Brunch Lempeng Kelapa W Asam Pedas Ikan Sembilang
Assalamualaikum WBT
LAGI dua hari nak masuk tahun 2025 ni asyik fikir nak makan sedap aje. Mula tahun 2025 nak mulakan diet drastik (kunun). Berat Sk statik tak turun-turun hampir dua tahun. Setiap kali timbang, pergerakan angka tu macam lebih kurang tu je, sama ada turun 600 gram, sat lagi besoknya dia pergi balik kat angka asal. Tu takpa, nak nak akhir tahun ni rasa baju seluar macam dah ketat terutama kat lengan dan ketiak. Hari tu timbang guna timbang pejabat, dah naik tiga kilo. Patutlah senak!
Teringin nak makan Nasi Kerabu Kak Yah tadi, eh.. tutup pulak. Tengok papan tanda, rupanya Kak Yah memang cuti hari Isnin. Dah, Kak Yah tutup, kami ke sebelah la.. Warung 60-an. Dah dekat pukul 11 pagi, tak ada orang dah. Cuma ada satu dua meja aje yang diduduki pelanggan. Ada seorang tu pulak tengah syok meratah kepala ikan sembilang sorang-sorang
Datang bertiga dengan Cikwa dan Angah. Cik Ani tak ada, dia tak sedap perut. Pesan dua mangkuk ikan sembilang bahagian badan, tapi Sk sorang jer makan semangkuk, hahaha. Angah makan nasi goreng dan lempeng sekeping. Sk dan Cikwa masing-masing makan dua keping lempeng
Tak tahu kenapa kali ni lempengnya macam liat sikit. Agaknya sebab dah sejuk ke, tapi masih suam-suam lagi
Tapi yang best, kuah asam pedas ni dah mesra betul. Biasa Sk datang pagi dalam pukul 8, kuahnya agak cair, agaknya sebab baru masak. Tadi pun nampak lauk asam pedas tinggal sepertiga periuk. Dekat sini, sekali dia masak asam pedas seperiuk besar tu ya. Sedap kuah asam pedasnya cuma bila letak ikan sembilang ni dia ada rasa macam klorin sikit. Ikan sembilang ni fragile kan, jadi, dalam kuah dia adalah serpihan isi ikan, tu yang buat lagi mesra rasa dia
Patut minum ais kosong aje tapi bila ditanya nak minum apa, tershashul sebut dot dot dot
Hari ni la agaknya dapat makan siang last tahun 2024 sama-sama. Esok dah plan nak makan sama dengan kawan office pulak sebagai penutup tahun 2024 dan nak sambut belated birthday Aida. Kesian, Aida.. lambat celebrate birthday dia sebab kitorang semua tengah banyak kerja. Nak tak nak, esok jugak kena pergi makan-makan, kalau tunggu 2025 nanti dah basi, hihi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/12/brunch-lempeng-kelapa-w-asam-pedas-ikan.html