Brownies Sedap From Ibakeyou
Assalamualaikum..
Halo-halo semua orang apa kabar? I Al-hamdulillah sihat je cuma ada lose some weight sikit due to recovering from I punya surgery last 2 weeks. Also susah jugak nak makan dengan braces I ni. I ada cabut 2 gigi geraham so macam susah jugak la nak kunyah. I rasa sapa yang follow I punya IG mesti tau yang I admitted 2 weeks ago dekat Prince Court. But I OK. Don't worry tau? Sorry sebab I dah tak update my blog macam selalu. I busy menyelamatkan dunia, lagipon rasa macam kalau update pon, ada ke orang nak baca sebab blog ni dah macam so yesterday je. Orang lagi banyak tengok update dalam IG kan? Ke Tik-tok sebenarnya? Sazli tu asyik cakap 'Bye-bye Instagram' lepas tu mengekek gelak anak beranak dengan Shein tengok orang punya Tik-tok. I takde pon account Tik-tok tapi suka la jugak kekadang tengok Shanom buat Tik-tok. I takde bakat berlakon, joget semua so Tik-tok macam tak relevant dengan jiwa I je. Hehe
Ada yang mintak I update pasal I punya journey Braces I. Pooooon I tak sempat jugak nak share but You guys boleh je DM I anytime dekat IG I. Nanti I reply kat sana. Kalau tanya I, OK ke pakai braces, jawapan I 'Patut I pakai masa I muda-muda lagi'. But yet, never too late to have a perfect smile. One more thing, sapa yang rasa macam nak lose weight tu, memang bagus la kalau pakai braces. Dari I mula pakai, sampai sekarang actually within 3 months, I dah lose almost 10kg pon. Banyak kan? Masa I mula pakai tu, memang kemuncak kegemukan lah sebab time tu Mac - July kan kita MCO? So hari-hari masak je, lepas tu makan mana la aku tak gemok. Dengan Dalgona Coffee la and Brownies pagi petang siang malam sekali last weight I is 69.7 ko ghaser?????? Mata pon dah tak nampak dah sebab bila gemok habes dia penyet muka. Huwaaaa. That is the moment when I decide to pakai braces straight away. Pejam mata keluar deposit RM3,000.00
Blessing in disguise, walaupon I gemok masa MCO but turn out now I dah jadik Baker lah! Hahaha. Tak sangka kan? Masa MCO tu I cuba 3-4 resepi Brownies lepas tu, I combine and improvise semua ikut kesedapan tekak I until I come out with my own Brownies recipe. Resepi yang I guna ni paling menepati I punya tekak and I paling suka (I nak cakap Brownies I paling sedap tapi kang over pulak hahahaha). Pastu pada semua yang DM I tanya bila nak jual Brownies, sekarang I dah jual. Tak beli siap eh
As for now, I buat 2 jenis Brownies. Almond and Brownies biasa. Nanti kalau ada permintaan apa-apa boleh la bagitau I, I cuba buat. Tapi jangan la mintak bukan-bukan. I ni baru je nak berjinak-jinak dalam area membaking ni but InsyaAllah Brownies I sedap sebab I guna semua premium ingredient. Choc I guna only Hershey's, Tollhouse and Beryl's ONLY.
Brownies I size 8x8. I potong siap-siap bite size so that nkorang boleh ngap terus. Untuk Brownies biasa, RM55.00 and Almond pulak RM60.00
OK I kasik close up sikit.
Untuk yang tak boleh decide nak Plain or Almond, so I come out with 'Bini Dua'. Hahahaha. Sebelah plain, sebelah almond. Yang ni RM58.00
I punya Brownies jenis chewy, rich of rasa chocolate sebab dalam dia I letak lagi Chocolate Chips. So bila gigit tu ada rasa choc chips. I balance rasa manis dia dengan masin-masin hujung lidah. I boleh buat ikut level kemanisan nkorang. Sesapa yang pernah order, cakap manis dia just nice but pada yang suka kurang manis, boleh request dengan I. Let say ada yang nak lebih garing pon boleh, I boleh lebihkan masa bakar but personally Brownies kalau garing sangat, texture dia macam 'cakey' sikit but taste bud kita ni subjective and tak sama kan
Just bagitau apa preference nkorang, nanti I cuba buat. As for now, I takde buat postage lagi. Ada permintaan but I tengah cari-cari cara macam mana nak post Brownies ni. Nanti I cuba and let say I dapat cari method, I boleh la buat postage as well. Selain dari Brownies, I ada jugak buat Jelita Marble/Soft Buttercake. Nkorang boleh check dekat IG Baking I @_ibakeyou. Click je dekat situ. Pastu pilih la nak macam mana. OK? I tak buat delivery sebab I tak cukup masa kerana I part time Power Rangers. So, It's either pick up or guna delivery service macam Grab or Lalamove. Tau
Kepada yang dulu cakap nak rasa air tangan Chooyaya, please order LAPAN. Hahahaha
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2020/10/brownies-sedap-from-ibakeyou-cecece.html