Brownies Sedap Dalam Jar By Coolkids Cakery
Brownies Sedap Dalam Jar By Coolkids Cakery. Hi there, it's review time! Aku ni kalau review makan-makan memang jaranglah sangat sangat pasal aku bukanlah foodie blogger, nak buat review makan-makan ni aku tidak begitu experts.
Tapi, once in a while, aku review lah makan-makan yang aku suka. Kalau kengkawan yang kenal aku, ada yang tahu aku ni suka makan kek, suka cookies, suka dark chocolate.
Kebetulan hari tu aku beli brownies in a jar, so let me review these yummy brownies, manalah tahu ada yang suka makan brownies tapi malas gila nak baking, so korang bolehlah mencuba brownies yang aku nak suggest ni.
Agak lamalah sudah aku ndak makan brownies. Hari tu adalah aku buat instant brownies, beli yang siap sedia semua bahan dalam kotak, tinggal nak bake sahaja. Tapi ya Rabbi, dia punya manis tu aku memang ndak boleh berkompromi bah, manis gila tahap diabetes!
Kalau dulu, aku memang suka baking, buat kek makan sendiri. Setiap kali aku baking, mesti aku cut separuh jumlah gula daripada resipi yang sedia ada. Itupun aku still rasa manis
Aku bukan ndak mau makan manis-manis, tapi bila umur masuk 40-an ni, aku rasa dah masanya untuk aku jaga kesihatan baik-baik. Keluarga aku genetik kencing manis dan darah tinggi, jadi aku kalau boleh nak elak dari penyakit tu semua
Dan aku pun dah rasa macam nak retire dari main baking-baking buat kek. Kalau dulu rajin betul aku baking kek. Setiap bulan ada saja kek aku mau buat. Teehee
Bila aku nampak ada yang jual brownies dalam jar, aku belilah pasal boleh pos, dan aku yakin brownies akan sampai dalam keadaan selamat tanpa remuk. Good idea lah buat dalam jar ni
Pertama kali aku beli, aku grab 5 botol terus. Tapi bukan aku makan sorang-sorang. Aku berkongsi rezeki dengan adik bongsu aku dan mak mertua aku.
Nak belikan abang-abang aku, tapi mereka penghidap diabetes, so aku tak nak bagi makan benda-benda manis dekat abang-abang aku. Mak aku pun penghidap diabetes juga, so memang dah lama mak tak makan kek. Kalau aku belikan mak, mesti dia reject
Brownies sedap dalam jar by Coolkids Cakery. Pertama kali beli, aku rasa manis, tapi aku still boleh layan manis brownies tu
Kali kedua aku beli, aku grab 4 botol terus. Dan seller tukar sticker dari hijau ke hitam. Rasa brownies pula aku chat dengan seller untuk minta dia kurangkan manis tu
Dan alhamdulillah, aku prefer rasa brownies yang kurang manis. Walaupun rasa tak manis sangat, tapi ianya tak mengubah tekstur brownies tersebut, dan rasanya just nice, compliment dengan rasa coklat yang sedikit pahit.
Dah nama pun brownies in the jar, jadi janganlah expect dapat brownies dengan potongan segi empat cantik yang korang selalu nampak orang buat tu
Dah dalam jar, brownies dimampatkan. Satu jar ni, berat brownies dalam 400gram, dijual pada harga RM15.00 satu
Bagi aku harga affordable dan reasonable, sesuai dengan rasa yang sedap.
Sekarang ni harga bahan semua mahal. Nak buat kek dah tak macam dulu boleh dapat harga murah kan. So bila ada pilihan boleh beli brownies sebotol dua macam ni, aku happy sangat
Boleh simpan dalam peti sejuk. Hari tu aku beli, dalam dua minggu juga baru habis brownies aku. Rasa still sedap walaupun dah dua minggu aku peram dalam peti sejuk tu
Lagipun seller ni dia bukan buat siap siap brownies ni. Dia buat bila ada orang place order, so brownies ni fresh bila dia deliver kat customer dia
Brownies ni boleh dibeli di Shopee juga. Terpulang korang lebih prefer beli direct wasap seller tu, atau beli kat Shopee.
Tapi macam aku, dua-dua aku try. Beli dengan seller thru wasap, dan beli thru Shopee shop seller tersebut
Aku prefer beli dekat Shopee, pasal tak perlu nak chat-chat kat wasap. Chat saja terus kat Shopee. Seller pun dah bagi description pasal produk dia.
Dan bila korang beli di Shopee, korang pun tak perlulah nak bagi details nama dan alamat kan, lepas tu nak minta akaun bank seller nak bank in kan duit.
Kat Shopee kan boleh terus bayar, some more kalau guna Shopee Pay manatau boleh dapat free shipping, hehe ...
Kalau korang nak cuba Brownies Sedap Dalam Jar By Coolkids Cakery , boleh klik Shopee link di sini >>>>> Brownies In The Jar
Dan seller ni ada jual bawang goreng home made, jadi sesiapa yang nak cari bawang goreng home made, boleh beli kat Shopee link >>>>> Bawang Goreng Home Made Fresh Dan SedapFree Shipping Minimum Spend RM15 + 10% Cashback.
Hope korang bolehlah try brownies tu. Kalau tak nak manis, chat dengan seller tau minta dia kurangkan gula.
Dan yang tinggal sekitar Kota Kinabalu, boleh direct wasap seller untuk COD kalau mau beli brownie in the jar atau bawang goreng home made fresh dan sedap.
Coolkids Cakery :
wasap.my/60146788956/nakbelibrownies
wasap.my/60146788956/nakbelibawanggorengsedap
Ok, done bebel review Brownies Sedap Dalam Jar By Coolkids Cakery.
Time malam-malam tulis blog, kita layan makan Brownies Sedap Dalam Jar By Coolkids Cakery. So sedap.
Hugs and kisses. Stay healthy dan ikut sop. Kita jaga kita, kita belum menang melawan Covid19.
cheers.
...........................................
Nak Beli Perfume Victoria Secret?
Telegram: t.me/yourvictoriasecret
Instagram: @mrspip.igallery
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2021/07/brownies-sedap-dalam-jar-coolkids-cakery.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)