13 Koleksi Resepi Rendang Sedap


13 Koleksi Resepi Rendang Sedap  | Entahlah raya kali ni rasa macam tak raya pun ada. Dah lost pengiraan tarikh Hari Raya Aidil Adha kali ni sebab kalau dulu kita pasti dengar hebahan penerbangan pertama dan terakhir menuju ke Tanah Suci tapi tahun ni seperti tahun lepas, memang zero.
Minggu lepas DH ada cakap eh bila raya ya dan pertama kalinya DH cakap raya kali ni tak nak buat ketupat tapi dia nk suruh buat gulai daging seperti biasa. Kali ni nak makan dengan lemang jer dan ketupat nasi Adabi. Mood? jangan ditanya sebab entah mana hilangnya mood tu




Bonda pula seperti biasa nakkan rendang daging campur yang dah jadi tugasan Chef Ross untuk menyediakannya. So jom la tengok 13 koleksi resepi rendang sedap yang memang sedap untuk dimasak, tak kira raya atau tidak. 
13 Koleksi Resepi Rendang Sedap Resepi Rendang Daging Campur Masakan BondaResepi Rendang Daging Campur BerempahResepi Rendang TokResepi Rendang Daging Pedas UtaraRendang Dendeng DagingRendang Ayam PedasRendang Ayam PencenRendang KerangRendang Ayam MinangResepi Daging Rendang PadangResepi Rendang Ayam BerkuahResepi Rendang ItikResepi Rendang Daging Hitam
1. Resepi Rendang Daging Campur Masakan Bonda

Bahan A1 kg daging - dipotong saiz sederhana500 gm paru  - direbus hingga lembut dan dipotong sederhana1 kilo santan pekat5 sudu besar kerisik3 helai daun kunyit - dihiris halus4 inci lengkuas, diketuk5 keping asam gelugurGaram secukup rasaSedikit minyak untuk tumis
Bahan B - dikisar halus20 tangkai cili kering, dibuang biji 20 biji cili api5 batang serai2 inci halia15 ulas bawang merah7 ulas bawang putih
Cara membuatnya:Campurkan bahan dikisar dengan daging dan paru. Panaskan minyak dan masukkan daging dan paru dan dimasak dengan api sederhana. Tambah air supaya kesemua bahan menjadi mesra. Masukkan santan dan daun kunyit yang dihiris serta asam gelugur. Kacau dan biarkan hingga kuah menjadi pekat.Akhir sekali masukkan kerisik, garam secukupnya. Kalau suka kering, boleh biarkan ianya dimasak sehingga kering tapi rendang ni sedap kalau dibiarkan basah dan sedikit berkuah. Siap!

2. Resepi Rendang Daging Campur Berempah

Bahan A600 gm daging - dipotong saiz sederhana300 gm paru  - direbus hingga lembut dan potong tebal1 sudu besar serbuk ketumbar1 sudu besar serbuk jintan putih1 sudu besar serbuk jintan manis1 cawan santan cair1/2 kilo santan pekat3 sudu besar kerisik2 sudu besar gula kabung 2 helai daun kunyit dipotong halusGaram secukup rasaSedikit minyak untuk tumis
Bahan B - dikisar 2 genggam cili kering, dibuang biji 3 inci lengkuas3 batang serai2 inci halia8 ulas bawang merah saiz sederhana4 ulas bawang putih

Cara membuatnyaAdunkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, jintan putih dengan sedikit air hingga sebati.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan rempah, dimasak sekejap dan masukkan cili yang dikisar. Masak dan tumis lama sehingga naik minyaknya.Masukkan daging, paru dan santan cair, kerisik, masukkan gula melaka, kacau rata. Masukkan santan pekat bila rendang sudah nampak agak masak.Akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris dan masak hingga menjadi kering ikut selera.Siap!
3. Resepi Rendang Tok

Bahan2 genggam cili kering, dibuang biji 1 1/2 kg daging - dipotong dadu3 liter santan4 sudu kerisik4 inci isi kelapa, dihiris kecil jadi kepingan dan disangai2 helai daun kunyit - dihiris3 helai daun salam3 batang serai - diketuk1 batang kulit kayu manis4 biji bunga lawang10 biji bunga cengkih1 1/2 gula gerek/kabungGaram secukup rasaMinyak untuk menumis
Bahan B - disangai 11/2 sudu makan jintan manis1/2 sudu makan jintan putih2 sudu makan biji ketumbar
Bahan C - dikisar20 biji cili kering - dibuang biji1 sudu teh lada hitam10-15 biji bawang merah1 labu bawang besar5 ulas bawang putih3 sm lengkuas5 batang serai5 sm halia3 sm kunyit hidupbahan yang disangai 
Cara membuatnyaPerapkan daging dengan 1/4 bahan kisar dalam 1 -2 jamPanaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih hingga naik wangi dan masukkan bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.Masukkan daging yang diperap dan dikacau sehingga sebati.Masukkan santan, gula gerek/kabung, garam, kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau dan tambah air sekiranya perlu supaya kesemuanya menjadi mesraBila daging nampak empuk, masukkan kepingan kelapa kecil yang disangai tadi, kacau dan dimasak sehingga kuah betul-betul jadi kering.
Nota :Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.
4. Resepi Rendang Daging Pedas Utarapix _eny abdullah

Bahan A800 gm daging - dipotong sederhana20-30 biji cili kering, dibuang biji dan dikisar halus1 paket serbuk Rempah Rendang - dibancuh dengan sedikit air 2 cawan santan pekat3 sudu besar kerisik2 sudu besar gula kabung / gula melaka / gula merah (kurangkan ikut selera)3-4 helai daun limau purut2 helai daun kunyit, diracik halusGaram secukup rasa
Bahan B - dikisar3-4 inci lengkuas3 batang serai2 inci halia8 ulas bawang merah saiz sederhana4 ulas bawang putih
Cara membuatnya:Satukan bahan kisar, cili kisar, daging dan santan di dalam kuali bersama rempah rendang  yang telah dibancuh dengan sedikit air. Buka api sederhana dan renih sehingga rendang mendidih.Masukkan garam, gula melaka, daun limau purut atau daun kunyit.Masukkan kerisek dan biar rendang merenih sehingga kuah menjadi pekat dan kering. Akhir sekali taburkan daun kunyit yang diracik halus. Siap.
13 Koleksi Resepi Rendang Sedap 5. Rendang Dendeng Daging


Bahan A1 kg daging pejal - dipotong sederhana, tidak besar dan tidak kecilKicap manisSos tiramAir rebusan dagingGaram dan Gula secukup rasa
Bahan B - ditumbuk kasar20 ulas bawang merah5 batang serai1 in halia
Bahan C- dikisar2 gengam cili kering, dibuang biji2 inci belacan
Cara membuatnya:
Langkah 1Daging direbus sehingga lembut, toskan. Air rebusan disimpan.Apabila daging sejuk, tumbuk daging (tumbuk dengan batu penumbuk) hingga lembut tapi jangan hancurSelesai ditumbuk, perap daging dengan kicap manis hingga sebati dan mesra dalam 30 - 45 minitPanaskan minyak dan goreng daging perapan tadi 
Langkah 2Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, kicap manis, sedikit gula dan garam, kacau hingga menjadi garing jangan hangit.Akhir sekali masukkan daging dan masukkan air rebusan daging. Renih dengan api sederhana hingga kering. Kacau kerap supaya daging tidak hangit dan melekat di dasar kuali. Siap!


6. Rendang Ayam Pedas



Bahan A1 ekor ayam - dipotong saiz sederhana2 kg santan3 sudu kerisek3 keping asam gelugur1 helai daun kunyit, dihiris halus3 helai daun limau purut (optional)Garam secukup rasa

Bahan B - dikisar10 ulas bawang merah2 labu bawang putih2 inci halia1 inci kunyit hidup4 batang serai2 inci lengkuas 
Bahan C - dikisar20 tangkai cili kering, dibuang biji10 tangkai cili api
Cara membuatnyaTumis bahan yang dikisar hingga naik bau wangi dan masukkan bahan C (cili kering dan cili api kisar), tumis sehingga pecah minyak.Masukkan ayam dan santan, masak sehingga keduanya mesra. Masak dengan api sederhana.Masukkan kerisek, garam dan sedikit gula serta asam gelugur, kacau dan biarkan direnih. Akhir sekali taburkan daun kunyit yang dihiris.  Masak sehingga kuah menjadi pekat, kering dan pecah minyak. Siap!
7. Rendang Ayam Pencen

Bahan A1 ekor ayam tua potong 18500 gm santan,3 batang serai - diketuk1 sudu makan biji ketumbar - disangai dan ditumbuk halus3 keping asam gelugur3 sudu kerisek2 helai daun kunyit - dihirisGula, garam secukup rasa
Bahan B - dikisar3 inci kunyit hidup3 inci halia2 inci lengkuas1 biji bawang besar8 biji bawang kecil3 ulas bawang putih15 tangkai cili kering - dibuang biji
Cara membuatnya :Ayam dipotong sederhana, dicuci dan direbus dalam kuali bersama serai yang diketuk dalam api sederhana sehingga air rebusan hampir keringMasukkan bahan yang dikisar bersama biji ketumbar yang telah ditumbuk serta asam gelugur. Renihkan dan guna penutup untuk menutup masakan (kacau sesekali supaya masakan tidak melekat)Alihkan penutup dan biar direnih hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan.Masukkan kerisek dan gula (jika suka), dikacau supaya sebati dan taburkan daun kunyit yang dihiris dan akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Siap!
Nota : Ayam pencen atau ayam tua memang perlu dimasak lama dan lebih sedap kalau dimakan sehari selepas dimasak supaya semua bahan sebati 
8. Rendang Kerang

Bahan A2 kilo kerang - disangai dan dikeluarkan isi
Bahan B - untuk dikisar25 tangkai cili padi kampung (kalau suka lebih pedas, boleh tambah)2 -3 tangkai cili hijau4-5 biji bawang merah2 labu bawang besar4 ulas bawang putih7 batang serai2 inci halia1 inci lengkuas2 inci kunyit hidup

Bahan C2 cawan santan kelapa4 sudu kerisik2 - 3 keping asam gelugur2 helai daun kunyit, dihiris halus

Cara memasakPanaskan minyak di dalam kuali, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.  Tumis sehingga pecah minyak.Masukkan asam gelugur dan santan, renihkan dengan api sederhana hingga kuah menjadi agak kering.Masukkan isi kerang, daun kunyit dan akhir sekali kerisik, dikacau hingga sebati.  Masak hingga sehingga agak kering dan pecah minyak. Terpulang kalau inginkan rendang yang kering, boleh biarkan rendang menjadi kering atau sukakan rendang yang masih lembab berkuah.Tutup api dan masukkan garam secukupnya.  Siap!Nota :Kerang ddibasuh, direndam dalam air campur garam kasar dalam 20 minit. Garam berfungsi sebagai agen pencuci kotoran di kulit kerang dan dapat membuang segala racun dan bakteria dalam kerang

Nak cuba rendang kerang pedas, baca SINI
9. Rendang Ayam Minang

Bahan-Bahan1 ekor ayam2 sudu besar kerisik2 batang serai - dititik5 helai daun limau purut1 asam keping1 sudu besar serbuk jintan manis1 sudu besar serbuk jintan putih1 biji kelapa - santan pekatgaram dan gula secukup rasa
Bahan Kisar18 tangkai cili kering4 ulas bawang putih4 hiris lengkuas3 cm halia1 biji bawang besar1 inci kunyit hidup2 batang serai
Cara Memasak Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukan jintan putih dan jintan manis, hingga naik bau dan masukan ayam.Bila ayam nampak masak dan mendidih, masukan santan pekat dan kacau rata sampai pecah minyak. Kena kerap dikacau supaya tidak berkerak.Masukan limau purut dan kerisik, kacau dan masukan garam dan gula secukup rasa dan juga asam gelugur. Kacau kerap supaya tidak hangit Bila kuah nampak agak kering, tutup api. Siap!kredit khazanahkileksiresepi.blogspot.com

10. Resepi Daging Rendang Padang

Bahan  1.5 kg daging2 liter santan2 helai daun kunyit, simpulkan4 helai daun limau purut2 keping asam gelugur2 batang serai - diketuk
Bahan dikisar12 ulas bawang merah2 cm halia - dibakar3 cm kunyit - dibakar1 sdt jintan - disangai1/2 sdt serbuk pala100 g cili merah besar1/2 sdm serbuk ketumbar6 ulas bawang putih5 biji buah keras100 g cili merah keriting2 cm lengkuas
Cara memasak:Potong daging dalam bentuk kiub ikut citarasa anda, jangan terlalu kecil supaya daging tidak hancur apabila dimasakMasukkan santan didalam kuali berserta serai dan hirisan bawang merah asam gelugur dan daun kunyitKacau kerap hingga kuah mendidih tapi santan tidak pecah minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar dan kacau dengan kerap. Masak dalam 20 - 30 minit Bila santan nampak pecah minyak, masukan potongan daging rendang yang sudah dibersihkan.Pastikan masak dengan api kecil dan kesemua bahan meresap dan mesra dengan daging hingga daging nampak empuk dan sebati. Biarkan kuah agak keringkredit merdekadotcom
11. Resepi Rendang Ayam Berkuah

Bahan-bahan1 ekor ayam dipotong 183 biji bawang besar 1 mangkuk santan2 helai daun kunyit - dihiris6 helai daun limau purut - dicarik1 keping asam gelugorSedikit gula peang

Bahan dikisar15 tangkai cili kering4 biji bawang merah3 ulas bawang putih2 inch halia5 batang serai1 1/2 inch lengkuas1 1/2 inch kunyit hidup1 sudu biji ketumbar

Cara membuat:Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kacau biar sebati. Pastikan dengan api sederhanaMasukkan kerisik, santan asam gelugur gula dan garam, kacau biar sebatiMasukkan sehelai daun limau yang dicarik dan daun kunyit yang dihiris, dikacau supaya sebati dan mesra. Siap

12. Resepi Rendang Itik

Bahan:1 ekor itik - potong, bersihkan dan toskan2 kilo santan3 batang serai - diketuk5 sudu kerisek2 keping asam gelugor daun kunyit dihirisGaram secukup rasa 
Bahan - dikisar20 biji cili api10 biji bawang merah5 ulas bawang putih5cm halia 3 cm lengkuas 5 cm kunyit hidup 
Cara memasak:Masukkan itik, serai, bahan kisar serta air didalam kuali. Kacau dan dimasak dengan api sederhana sehingga air kering dan tambah air supaya daging itik menjadi lembutMasukkan santan  dan masak sehingga itik empuk dan kuah sedikit kering. Pastikan dikacau kerap agar tidak melekat. Akhir sekali masukkan kerisik, daun kunyit dan garam secukupnya. Kacau hingga serata dan tutup api. 

13. Resepi Rendang Daging Hitam


Bahan:1 kg daging2 inci gula melaka merah3/4 sudu kerisek1 cawan kicap lemak manis3 cawan santan pekatGaram 
Bahan Tumis:1 biji bawang merah besar6 ulas bawang putih1~2 inci halia4 kuntum bunga lawang4 kuntum bunga cengkih2 inci kulit kayu manisBuah pelaga
Bahan disangai dan dikisar kering:2 sudu ketumbar2 sudu jintan manis3 sudu jintan putih10 biji lada hitam
Bahan dikisar:1~2 biji bawang besar merah 6~8 bawang putih 1 mangkuk cili kering 

Bahan hiasan2 biji bawang besar - dibelah empatcili besar hijau 
Cara memasak:Daging dipotong nipis atau ikut kepada citarasa, dibasuh dan ditoskan. Jangan tebal dan besar sangat, nanti lambat masak.Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bahan tumis. Kacau sampai garing dan kekuningan serta naik bauMasukkan bawang putih dan merah yang telah dikisar dan kacau hingga wangi dan pecah minyak menjadi warna jernih.Masukkan cili kering kisar dan kacau sebentar hingga masak dan garing dan masukkan santan dan gula melaka, kacau hingga sebati. Masukkan daging yang ditoskan, dikacau hingga kuah jadi pekat dan masak.Masukkan kerisek, sedikit kicap, bawang/cili potong jika suka, serta garam secukup rasa. Kacau, biar kuah hingga kuah menjadi pekat. Siap



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/08/resepi-rendang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Rendang Tok

Resepi Rendang Tok

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 244 hits
RENDANG TOKBAHAN BAHAN 1kg daging10 ulas bawang merah dikisar halus5 ulas bawang putih dikisar halus3sm lengkuas dikisar halus3sm halia dikisar halus5 batang serai dikisar halus5 sudu cili giling dikisar halusKunyit sedikit dikisar halus2 h...
Resepi Puding Oreo Sedap

Resepi Puding Oreo Sedap

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 419 hits
Resepi puding oreo sedap Ramai suka makan puding dan ada bermacam macam jenis puding yang ada Nak buat puding ni memang mudah saja Tak ambil masa yang lama Lagipun keluarga terutama kanak kanak memang suka dengan puding ini Sekarang ini ram...
Resepi Nasi Ayam Lebanon Sedap Memukau

Resepi Nasi Ayam Lebanon Sedap Memukau

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 525 hits
Resepi Nasi Ayam Lebanon Sedap Memukau Selalu dah makan nasi mandy apa kata kita cuba masak lain sikit dari nasi mandy Hari ini kita cuba masak nasi ayam Lebanon pulak Makanan Lebanon ni memang sedap dan tak susah pun nak masak dia Apa lagi...
Resepi Telur Lemak Cendawan Sedap Rupanya

Resepi Telur Lemak Cendawan Sedap Rupanya

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 363 hits
RESEPI TELUR LEMAK CENDAWAN SEDAP RUPANYASelama ni tak pernah terpikir pun nak masak lemak telur dengan cendawan Bila dah masak sedap rupanya
Resepi Biskut Coklat Chip Ala Che Nom Rangup Sedap Sangat Confirm Licin

Resepi Biskut Coklat Chip Ala Che Nom Rangup Sedap Sangat Confirm Licin

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 416 hits
Samada musim raya atau tidak coklat yang satu ini iaitu Coklat Chip sentiasa jadi rebutan semua orang Lagi lagi yang rangup memang layan makan depan televisyen dengan anak anak Resepi biskut coklat chip ala ala chef media sosial terkenal Ch...
6 Jenis Resepi Masakan Telur Sedap Dan Mudah Disediakan

6 Jenis Resepi Masakan Telur Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 889 hits
Kalau sebut masakan telur ni sebenarnya banyak jenis masakan telur sedap sedap yang boleh kita sediakan Lagi lagi masa tengah nak berjimat cermat maka telur la yang paling senang dan cepat untuk dimasak Teringat zaman kecil kecil dulu masak...
Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul

Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 309 hits
Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul Kita mesti ada daging korban kat rumah Daging korban ini rasanya memang sedap jerana berkat ibadah korban Macam macam cara dah masak daging jom pekena mee rebus daging pulak Bahan Bahan 1 kg Mee Kuning 15...
Resepi Sup Tulang Simple Paling Sedap Chef Wan Style

Resepi Sup Tulang Simple Paling Sedap Chef Wan Style

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 581 hits
Resepi Sup Tulang Simple Paling Sedap Chef Wan Style Salam semua untuk entry kali ini masih lagi bercerita pasal daging korban Lama juga sis tak pos pasal resepi sup tulang ni Kali ini buat sup tulang Sup paling sedap sup tulang lembu Macam...
Resepi Gulai Lemak Siput Sedut Kelate Style Sedap

Resepi Gulai Lemak Siput Sedut Kelate Style Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 349 hits
Resepi Gulai Lemak Siput Sedut Kelate Style SedapBahan bahan 1 kg Siput Sedut 2 batang serai Santan pekat kotak kecil Daun kesum2 keping asam keping gelugorGaram secukup rasaBahan kisar3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 10 biji cili pa...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas