Jemput Jemput Ikan Rebus Terengganu Paling Sedap


Assalamualaikum. Breakfast apa korang hari ni? Nak share satu resepi jemput jemput ikan simple tapi feveret kita dari dulu sebab mak selalu buat dulu-dulu. Tak kira untuk breakfast or tea time. Sekarang pun buat tapi dah jarang-jarang, kita pula yang ambil alih tugas masakkan untuk mak.
Rahsia Buat Jemput Jemput Terbaik Jemput2 ni sedap & yang penting ia sangat lembut!  Luar biasa lembut!!! Tak perlu guna telur tapi ia tetap lembut hingga ke petang.  MaDiHaA dapat ilmu ni dari kakak ipar… dialah yang beritahu MaDiHaA buat jemput2 guna air didih untuk dapatkan jemput2 yang lembut..so cuba2 alhamdulillah menjadi.
Mesti kena teknik menggaul tepong dengan air didih tu.. kalau salah teknik tak menjadi.  Terima kasih long yang sangat rajin & sangat pandai dalam bab masak memasak ni.. kalau lah long pandai berblog.. tentu lebih banyak ilmu yang dapat dikongsinya. tapi resepinya versi lain sikit. masa tu rajin banyak.
ada guna lesung batu. sekarang ni kira nak cepat jer. semua main kisar terus.haha. boleh tengok perbezaan resepinya kat SINI ye.
Sedap Makan Waktu Pagi Pagi ni sejuk, perut lapar. Bangun pukul 5.30pagi buka peti ais cari apa yangboleh di masak untuk anak-anak pagi ni. Ternampak ENO biru, ikan bilis dan tepung. Maka jadilah jemput-jemput gebu. Bahan-bahan senang dapat dan mudah untuk buat.
Anak-anak lepas solat subuh semua megadu lapar. Semalam pukul 6.00 petang makan malam sebab layan cerita Scarlet Heart. Pukul 12.00 malam tidur mengadu lapar. Makan maggi ler diaorang tu. Mak malas layan so kena masak sendiri. Pagi ni pasti mengaruk dengan mak diaorang awal lagi untuk makan.
Bahan-Bahan: • 2-3 ekor Ikan kembung/selayang rebus (ambil isi dan tumbuk)
• 3 cawan tepung gandum
• Air secukupnya
• 1 biji bawang besar (potong dadu)
• 1 biji lada besar (dimayang)
• Daun sup/daun bawang
• Garam secukup rasa
Cara Penyediaan Jemput-jemput Ikan Rebus Terengganu 1. Satukan semua bahan dan masukkan air sikit-sikit.
2. Kacau sebati sehingga menjadi adunan yang kita kehendaki.
3. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.
4. Siap. Boleh makan cicah dengan sos cili @ sos buat sendiri
 
Cara Pemilihan Ikan Bilis Ikan bilis wajib ada di setiap rumah. Boleh dibuat sambal, boleh dibuat jemput-jemput boleh juga dibuat bahan perasa dalam lauk sayuran. Nak rasa yang berbeza dan sedap haruslah cari yang terbaik. Kami bawakan yang terbaik untuk ibu-ibu dirumah iaitu Ikan bilis mata biru original dari Tawau, Sabah. Gred AAA siap kopek, ditapis hampasnya dan di pek cantik.
Rangup Tak liat Bersih Tak hapak Ikan bilis adalah antara makanan yang wajib ada di rumah. Andai nak cepat atau kurang selera makan, lauk ikan bilis boleh dijadikan sebagai lauk penyelamat. Jika dulu, ikan bilis boleh dikatakan lauk yang murah namun sekarang, harganya melonjak tinggi. Memang mahal.
Bila harga dah mahal, pastinya anda mahu memastikan ikan bilis yang dibeli adalah yang benar-benar berkualiti serta masih baru. Ini kerana rasanya enak serta masih ‘manis’. Berbeza dengan ikan bilis lama, rasanya agak kurang sedap, lambat garing bila digoreng serta agak berbau hapak. Memang kurang sedap.
Berikut adalah sedikit panduan dan tip memilih ikan bilis yang anda boleh praktikkan.
1. Lokasi Tangkapan – Di Malaysia, antara lokasi ikan bilis tersohor adalah di Pulau Pangkor, Pulau Langkawi dan perairan Sabah. Dikatakan ikan bilis dari ketiga-tiga lokasi ini adalah yang terbaik serta mempunyai kualiti yang bagus. Jika di Pulau Pangkor, ia memang terkenal dengan ikan bilis mata biru.
2. Belang Di Badan Bilis – Katanya, jika nak tahu ikan bilis berkualiti tinggi atau tidak, boleh dilihat pada di badannya. Ikan bilis yang berkualiti tinggi mempunyai belang berwarna putih makanan ikan bilis yang berbelang hitam adalah sebaliknya. Jadi nanti jangan lupa tengok dulu belang ikan sebelum beli tau.
3. Bau – Cium bau ikan bilis sebelum beli. Ini kerna, ikan bilis yang masih baru serta berkualiti mempunyai bau yang enak dan sedap dihidu. Berbeza dengan ikan bilis lama, ia lebih hapak dan berbau. Nanti bolehlah cuba hidu ya.
4. Ketahanan – Ikan bilis berkualiti dikatakan lebih tahan lama. Ia tidak cepat hapak malah tidak berbau walaupun anda telah lama membelinya.
5. Lembut – Jika dipicit dengan jari, ikan bilis tersebut mudah pecah, itu menandakan kualitinya yang bagus. Kalau masak guna bilis jenis ni, memang sedap.
6. Warna – Jika beli ikan bilis, boleh lihat jenis-jenis yang dijual serta perbezaan harganya. Biasanya ikan bilis yang bersih, putih dan berkilat, harganya memang mahal. Lagi putih warna bilsi tersebut, lagimahal harganya. Jika ikan bilis yang kelihatan kusam dan kekuninga, harganya jauh lebih murah.
Bahan Rahsia Jemput Ikan Bilis Dah ada plan ke nak masak apa untuk minum petang?Kalau belum ada, apa kata korang buat Cucur Ikan Bilis.Resepi simple dan sangat mudah disediakan.Bahan2 pun capai jer apa yang ada dalam peti ais tu.Psstt ni saya nak share satu tips petua supaya cucur atau bahan gorengan kita menjadi rangup dan sedap.
Ini rahsia makcik2 yang meniaga goreng pisang atau apa2 yang goreng rangup kat tepi jalan tu.Ishhh..memandai jer buat tuduhan kata guna tepung goreng ready made.Takde maknanya…guna tepung gandum biasa jer tau…
BAHAN RAHSIA dia ialah…MAJERIN CAIR dan guna AIR SEJUK hehe…Korang masukkan sedikit majerin dalam adunan yang nak digoreng.Magik kan majerin jer pun tapi hasilnya memang mantap.
Resepi Jemput Jemput Ikan Bilis kali ni, saya sediakan video tutorial.Dah agak lama jugaklah post ke utube sana.Macam biasalah ambil masa siket untuk publish kat blog ni.Kesnya malas nak mengarang ayat hahahaa. Okey jom kita semak resepi cekodok ikan bilis yang super sedap ni.
 
Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis – belah 2 kalau besar
1 ikat daun kucai – potong pendek
3/4 cawan bawang besar Holland – potong dadu
1 biji cili merah dipotong kecil – tak letak
1/4 sudu kecil soda bikarbanat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Secubit serbuk kunyit
1/2 cawan air panas mendidih
1 1/2 cawan air biasa – lebih kurang 250 ml
Cara cara:
Satukan kesemua bahan di atas kecuali air. Kacau rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya.
Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tuangkan air panas. Biarkan seketika supaya soda bikabanat naik. Panaskan minyak dan setelah minyak benar benar panas, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
Petua Buat Jemput Ikan Lembut Walaupun Sejuk Jemput bilis kalau dicicah dengan ape pun, confirm sedap…sambal potong, sambal tumis, sambal kicap, kuah kari, serunding….bercakap pasal jemput bilis nih, ade petua untuk melembutkan dan menyedapkan lagi jemput bilis nih….ni langkah-langkahnye :
1. Bawang merah dan ikan bilis dikisar sederhana kasar dan kemudian ditumis. Tambahkan segelas air dan biarkan menggelegak.
2. Masukkan tumisan tadi ke dalam adunan tepung dan tambahkan lagi air panas dalam 2 – 3 cawan.
3. Gaulkan rata dan barulah diletakkan air jarang. Gaulkan sehingga dapat adunan yang dikehendaki.
4. Selepas itu, bolehlah digoreng.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://anggur.uk/jemput-jemput-ikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kari Kepala Ikan Jenahak Yang Sedap

Kari Kepala Ikan Jenahak Yang Sedap

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 568 hits
Memang Covid 19 adalah isu sejagat buat masa sekarang Isu yang melanda seluruh dunia selepas ianya merebak dari Wuhan penghujung tahun 2019 Namun begitu ianya juga memerlukan strategi dan pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk memasti...
Resepi Asam Pedas Ikan Kerisi Simple Dan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Kerisi Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 358 hits
Resepi Asam Pedas Ikan Kerisi Simple dan SedapBahan bahan4 ekor ikan kerisi5 biji sayur bendiSebijik tomato Asam keping Daun kesum 10 tangkai cili kering 2 batang serai 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Sedikit belacan GaramGulaSerbuk...
Resepi Sambal Terung Ikan Bilis Mudah Dan Sedap

Resepi Sambal Terung Ikan Bilis Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 312 hits
Resepi Sambal Terung Ikan Bilis Mudah dan SedapBahan bahanTerung 20 ekor ikan bilis goreng garing3 sudu besar cili kering kisar2 ulas bawang merah kecil 2 ulas bawang putih Sedikit belacan Garam dan serbuk perasaCara Masak Sambal Terung Ika...
Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul

Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 308 hits
Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul Kita mesti ada daging korban kat rumah Daging korban ini rasanya memang sedap jerana berkat ibadah korban Macam macam cara dah masak daging jom pekena mee rebus daging pulak Bahan Bahan 1 kg Mee Kuning 15...
Resepi Sup Tulang Simple Paling Sedap Chef Wan Style

Resepi Sup Tulang Simple Paling Sedap Chef Wan Style

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 580 hits
Resepi Sup Tulang Simple Paling Sedap Chef Wan Style Salam semua untuk entry kali ini masih lagi bercerita pasal daging korban Lama juga sis tak pos pasal resepi sup tulang ni Kali ini buat sup tulang Sup paling sedap sup tulang lembu Macam...
Nasi Dagang Paling Sedap Kat Kuala Lumpur

Nasi Dagang Paling Sedap Kat Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 477 hits
AssalamualaikumWalaupun FD tinggal kat Terengganu hampir 10 tahun jarang sangat makan nasi tradisional Terengganu nasi dagang Pernah makan sekali terus suka But not too fanatic lah gitu Tapi sekarang dah dekat setahun duduk Kuala Lumpur gar...
Ayam Paprik Ala Thai Terlajak Sedap Menu Paling Anak Suka Ada Telur Dadar Ngam

Ayam Paprik Ala Thai Terlajak Sedap Menu Paling Anak Suka Ada Telur Dadar Ngam

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 502 hits
Menu ayam antara favourite anak anak Tak kisahlah masak apa pun jika lauk ayam laju je anak makan Kali ini mama boleh cuba buat paprik ayam macam kedai Thai Sebenarnya air tangan mama tu lagi sedap tau Ni resepi Ayam Paprik Ala Thai terlaja...
Jemput Jemput Dengan Inti Durian Elok Bulat Bulat Comel Bukan Main Sedap Lagi

Jemput Jemput Dengan Inti Durian Elok Bulat Bulat Comel Bukan Main Sedap Lagi

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 261 hits
Musim durian yang sedang hangat ini apa kata kita pelbagaikan resipi berasaskan durian Salah satu resipi yang mama boleh cuba adalah jemput jemput durian Bukan main sedap lagi Ringkas dan paling senang hendak dicuba Paling menarik inti duri...
Gulai Ikan Yu Daun Kesum Resepi Dari Terengganu Katanya

Gulai Ikan Yu Daun Kesum Resepi Dari Terengganu Katanya

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 1245 hits
Gulai Ikan Yu Daun Kesum Resepi Dari Terengganu Katanya Gulai Ikan Yu Daun Kesum Resepi Dari Terengganu Katanya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching