British Usir Melayu Dari Kuala Lumpur Secara Terancang


Populasi penduduk Melayu di Kuala Lumpur menurun secara radikal sejak beratus tahun sehingga hari ini kerana ‘muslihat’ penjajah British.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Penyelidik Interdisciplinary Research and International Strategy Institute (IRIS Institute), Hanis Noor berkata, ia dilakukan oleh British melalui strategi perbandaran kolonial serta strategi perang – Perang Klang.

Beliau berkata, pada tahun 1891 iaitu selepas berlakunya Perang Klang, demografi penduduk Melayu menurun secara radikal kepada 35 peratus sahaja.

Manakala, jika disoroti pada tahun 1957, bilangan penduduk Melayu di Kuala Lumpur pada ketika itu hanya sebanyak 17 peratus, katanya.

Keadaan ini sangat jauh berbeza daripada zaman Kesultanan Selangor pada tahun 1820 yang mana populasi penduduk Melayu adalah sebanyak 98 peratus, sementara baki dua peratus hanya buruh luar untuk mengerjakan lombong milik orang Melayu, katanya lagi.

“Ketika zaman Kesultanan Selangor, Kuala Lumpur sudah dijadikan sebagai penempatan Melayu dan perlombongan diusahakan. Lombong itu milik sultan dan diberi konsesi kepada penguasa Melayu untuk memakmur dan memajukannya.

“Tetapi, apabila British menjajah, sultan terpaksa memberikan lombong kepada syarikat British,” katanya dalam Webinar Kemerdekaan IRIS: Penjajahan dan Penghapusan Tersusun Orang Melayu di Bandar yang berlangsung, malam ini.

Hanis berkata, pada ketika itu terdapat lima syarikat kapitalis dari London yang ingin menguasai industri perlombongan malah melaksanakan diskriminasi polisi terhadap orang Melayu.

British telah melarang orang Melayu daripada melombong, katanya.

“Orang Melayu ini ditempatkan oleh British ke satu kawasan yang dinamakan Malay Agricultural Settlement yang kita kenal hari ini sebagai Kampung Baru.

“Mereka ditempatkan di sana untuk bertani, namun kawasan itu tanahnya tidak subur. Bayangkan kita dah dilarang daripada melombong, kita terpaksa bertani tetapi tak boleh dilakukan kerana tanah tidak subur,” katanya.

Namun, nasib juga tidak menyebelahi syarikat dari British kerana kelima-lima syarikat itu gagal memajukan perlombongan di Kuala Lumpur atas sebab penguasaan buruh oleh kapitan Cina.

“Akhirnya syarikat British gagal memajukan perlombongan di situ. Dalam catatan yang kami jumpa, direkodkan pada akhir tahun 1,800 atau awal tahun 1,900, anak buah kepada Yap Ah Loy iaitu Yap Ah Shak menguasai 43 buah lombong bijih timah di Kuala Lumpur, hasil daripada pembelian lombong daripada syarikat British, kerana mereka telah menguasai buruh Cina.

“Di sinilah hilangnya pegangan lombong orang Melayu, kemudian lahir golongan konglomerat. Sampai sekarang konglomerat itu masih meraih kekayaan,” katanya.

Selain itu, mengulas lanjut faktor penurunan penduduk Melayu di Kuala Lumpur ketika itu, Hanis berkata, ia berpunca daripada suasana yang tidak kondusif.

“Kuala Lumpur menjadi tempat industri pelacuran, candu, perjudian, pinjaman kredit atau ‘ah long’, secret society seperti kongsi gelap berleluasa ketika itu.

“Bayangkan keluarga Melayu muslim nak hidup dalam keadaan itu. Jadi sehingga 1957, hanya 17 peratus sahaja orang Melayu yang mampu bertahan. Kerana orang Melayu sudah tidak selesa nak hidup di kawasan yang tidak mesra Melayu,” katanya.

Manakala, menurut data banci 2010, seramai 40.5 peratus penduduk ataupun juga digelar ‘warga malam’ di Kuala Lumpur merupakan penduduk bangsa Melayu, sementara bangsa Cina (39.1 peratus).

“Perbezaan peratusan penduduk antara kedua bangsa ini hanya satu peratus. Orang Melayu tak sampai separuh. Daripada 40.5 peratus itu pula, mungkin lebih ramai dalam kategori M40, B40 dan dalam kategori penyewa bukan pemilik hartanah.

“Jadi dakwaan konvensional bahawa orang Melayu menguasai Kuala Lumpur sebenarnya tidak 100 peratus lengkap,” katanya. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/09/british-usir-melayu-dari-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daftar Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2021 Virtual Run

Daftar Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2021 Virtual Run

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 561 hits
Daftar Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2021 Virtual Run Assalammualaikum semua Sedar tidak sedar Ruby dah lama tidak bersukan Serius rasa macam tersentak apabila melihat berat badan 85kg Sejak PKP 18 March 2020 kebanyakan masa di r...
Jom Ke Kuala Lumpur

Jom Ke Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 342 hits
Jom Ke Kuala Lumpur Asalamualaikum salam sejahtera Maaf akan update cerita di Kuala Lumpur masa Januari 2020
5886 Aktiviti Agihan 250 Pek Makanan Kepada Golongan Memerlukan Di Sekitar Kuala Lumpur Ppim 28 08 2021

5886 Aktiviti Agihan 250 Pek Makanan Kepada Golongan Memerlukan Di Sekitar Kuala Lumpur Ppim 28 08 2021

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 365 hits
Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya satu Program Agihan Makanan oleh Restoran Anis Puteri Pantai Dalam NGO yang telah diselaraskan oleh wakil dari PPIM dan Persatuan Pasar Borong Selayang KL Sebanyak 250 bungkus Makanan telah diagihk...
Jawatan Kosong Psh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jawatan Kosong Psh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 336 hits
Jawatan Kosong PSH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini merujuk kepada tawaran permohonan Pekerja Sambilan Harian yang sedang dibuka sehingga tarikh tutup pada 11 September 2021 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempelawa warganegara Malaysia yang b...
Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 467 hits
Annabelle LeePada Isnin lalu orang ramai dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan Selangor telah memindahkan separuh daripada Hutan Simpan Kuala Langat Utara kepada sebuah syarikat swasta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan hal ...
Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selari Matlamat Pembangunan Selangor Jpns

Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selari Matlamat Pembangunan Selangor Jpns

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 336 hits
Nilai biodiversiti hutan simpan dan kawasan gantian hampir sama SHAH ALAM Kerajaan negeri Selangor telah mengambil kira kesemua aspek dalam membuat keputusan yang terbaik berkaitan isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara Jabatan P...
Kenapa Perlu Mangsakan Hutan Simpan Kuala Langat Demi Pembangunan

Kenapa Perlu Mangsakan Hutan Simpan Kuala Langat Demi Pembangunan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 355 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Apakah ada deal yang cuba disorokkan kerajaan PH Selangor BANGI Kenapa hutan simpan Kuala Langat Utara menjadi mangsa sedangkan banyak tanah tanah lain di Selangor yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan Persoa...
Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 370 hits
MALAYSIA NOW Takiyuddin berkata Malaysia komited untuk memastikan sekurang kurangnya 50 daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan Gambar Bernama Menteri Tenaga dan Sumber Asli ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia