Bread Omelette Chicken Ham Resipi Sedap Power Yang Buat Mak Mertua Request Lagi


Bread Omelette Chicken Ham ini memang lain daripada biasa. Jika mahukan kelainan dalam penyediaan sandwic, bolehlah cuba buat hidangan simple tetapi padu ini. Sedap tak terkata! Sampai tiga kali mak mertua request.
Perkongsian Nurul Ateekah di dalam media sosialnya buat ramai yang ingin mencuba resipi ini. Gaya penyediaannya pun ringkas, tapi hasilnya betul-betul ‘umph’ sampai boleh buat orang tak berhenti puji.
“Mak mertua cakap kat suami, tak rasa lagi ke sandwic menantu mami ni buat? Mami pun tak boleh buat roti sandwich sesedap macam ni.”
Terus suaminya kata, “Hari cuti abang tolong buat. Biar Master nak rasa.”
Ini kali ketiga mak mertuanya request. Begitu sekali penangannya. Jom cuba buat Bread Omelette Chicken Ham ini sendiri di rumah.

Bahan-Bahan Bread Omelette Chicken Ham Roti Chicken ham Daun ketumbar Cili hijau Capsicum kuning Bawang merah Telur Keju Mayones Serbuk kari Serbuk lada putih Serbuk perasa Knorr Butter Cara Memasak Bread Omelette Chicken Ham 1.Gaul sebati semua bahan yang terdiri daripada telur, bawang merah, capsicum kuning, cili hijau, serbuk kari, serbuk lada putih, dan serbuk perasa Knorr.

2. Masak seketika chicken ham di atas kuali supaya aromanya keluar dan lebih wangi bila digabungkan dalam sandwic ini.

3. Gorengkan telur yang dicampur dengan bahan-bahan seperti bawang merah, capsicum kuning dan cili hijau. Bila telur dan bahan-bahan tadi masak sekata, letakkan kepingan keju di atasnya.


4. Letakkan pula dua kepingan chicken ham. Sapukan butter dan sapukan juga mayones. Letakkan roti di atas permukaannya. Masak sehingga garing lalu angkat.


5. Dah siap, bolehlah dipotong dua. Memang sedap tak terkata! Sesuai untuk sarapan, minum petang atau bila-bila masa terasa nak makan sandwic homemade yang padu macam ni.

Tips Untuk Hasil Bread Omelette Chicken Ham Lagi Sedap Setiap kali nak masak satu hidangan, pastikan dua roti, satu telur dan ambil sedikit daripada setiap bahan yang telah dipotong. Cara ini memastikan rasa seimbang dan tidak terlalu kuat pada mana-mana bahan.
Kalau suka rasa lebih pedas, boleh lebihkan sedikit cili hijau. Kalau nak rasa lebih cheesy, tambah satu lagi keping keju pada bahagian tengah. Semuanya terpulang pada selera masing-masing, tapi asasnya tetap sama supaya rasa Bread Omelette Chicken Ham ini kekal seimbang dan menyelerakan.
Ekstra Idea Hidangan Selain cara asas ini, ada banyak cara untuk mempelbagaikan sandwic ini tanpa lari daripada gaya asal. Boleh tambahkan tomato cincang halus, sedikit serbuk paprika atau bahkan letak kentang goreng nipis di dalamnya untuk rasa lebih ‘crunchy’. Walaupun ditambah variasi, tetap pastikan elemen utama Bread Omelette Chicken Ham dikekalkan kerana itulah yang menjadikan resipi ini unik dan digemari ramai.
Kredit & Rujukan: Nurul Ateekah  
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/11/bread-omelette-chicken-ham-resipi-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 243 hits
Sesekali menjamah Nasi Ulam Utara memang sedap Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam ulaman serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai Nak hasilkan menu ...
Cinnamon Roll Gebu Mudah Uli Tanpa Mixer Resipi Homemade Paling Sedap

Cinnamon Roll Gebu Mudah Uli Tanpa Mixer Resipi Homemade Paling Sedap

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 179 hits
Siapa yang tak suka cinnamon roll gebu dan wangi kayu manis Biasanya kalau teringin nak makan kenalah beli di kedai Tapi menerusi perkongsian saudara Adri Oppa ini puan puan boleh cuba buat sendiri di rumah Lebih menarik resipi ini sangat m...
Resipi Roti Jala Sedap Ikut Sukatan Adunan Ni Memang Perfect Lembut Hasilnya

Resipi Roti Jala Sedap Ikut Sukatan Adunan Ni Memang Perfect Lembut Hasilnya

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 228 hits
Roti jala memang antara hidangan tradisional yang sering menjadi pilihan ramai terutama sekali bila dihidang bersama kari ayam atau daging Namun bila nak buat dalam jumlah banyak ramai yang keliru dengan sukatan bahan Jangan risau Kali ini ...
Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 272 hits
Kuih Abok Abok adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai Hanya menggunakan bahan bahan yang ringkas kuih ini menjadi pilihan terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang Kalau dapat makan masa masih panas mema...
Bakwan Jagung Rangup Resipi Mudah Power Yang Wajib Cuba

Bakwan Jagung Rangup Resipi Mudah Power Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 238 hits
Bakwan Jagung memang antara snek yang tak pernah mengecewakan Rasa manis semula jadi jagung dicampur dengan aroma daun limau purut bawang dan cili bila digoreng bau dia saja dah cukup untuk buat satu rumah lapar Tidak hairanlah hidangan ini...
Popia Roti Sedap Rangup Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic

Popia Roti Sedap Rangup Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 228 hits
Popia Roti Sedap Rangup Sedapnya popia roti Ia merupakan idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan menggunakan lebihan roti sandwic atau roti sosej Makan panas panas memang terbaik pasti licin Jika tak habis boleh juga disejukbek...
Resipi Cottage Pie Ala Zahnita Versi Tekak Melayu Sedap Berkrim Bikin Ketagih

Resipi Cottage Pie Ala Zahnita Versi Tekak Melayu Sedap Berkrim Bikin Ketagih

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 279 hits
Kalau sebut Cottage Pie Ala Zahnita ramai terus bayangkan sajian klasik Inggeris dengan sentuhan daging cincang berlapis kentang lenyek lembut dimasak penuh kasih sayang dalam oven ala air tangan selebriti Zahnita Resipi asalnya mungkin dar...
Resipi Sambal Kicap Johor Sedap Tahan Lama Cicah Apa Pun Memang Padu

Resipi Sambal Kicap Johor Sedap Tahan Lama Cicah Apa Pun Memang Padu

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 206 hits
Resipi Sambal Kicap ni memang padu Andai ke Johor macam macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni Pisang goreng sukun goreng tempe goreng malah makan bersama bihun sup atau soto pun memang sedap Nak buat pun tak susah ...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 295 hits
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Di musim cuti ni lauk berasaskan ayam pastinya antara menu wajib ada setiap kali waktu makan Maklumlah budak budak ni lauk lain kurang minat Jika hari hari masak menu yang sama memang boleh buntu juga kan Jadi ap...
Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sayonara Tokyo Masak Udang Dan Kisah Mesin Basuh

Resepi Stew Ayam

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi