Botol Susu Anak Mesti Bersih Jangan Biar Lama Lama Ini Tip Saranan Dari Doktor
Botol susu anak sememangnya penting dicuci bersih sebelum digunakan semula. Salah satu punca utama masalah cirit birit dan keracunan makanan pada anak kita datangnya dari botol susu yang digunakan anak. Jadi perlukan dibasuh dan dibilas bersih.
Apa perkara penting perlu diutamakan? Ini tip dan saranan penjagaan yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari. Barulah anak kita sihat dan tak ada masalah keracunan dan cirit birit. Penting untuk kita jaga.
Masa saya jadi doktor pelatih dekat wad kanak kanak dulu, setiap kali rawat pesakit saya selalu perasan yang doktor pakar bukan setakat periksa tubuh bayi tu tapi siap tengok lagi macam mana rupa botol susu yang digunakan. Detail sungguh.
Sampaikan mereka tanya dah berapa lama guna botol susu tu? Macam mana cara parent basuh? Masa basuh tu guna berus apa? Dan banyak lagi.
Rupa-rupanya itu semua penting sangat sebab botol susu sebenarnya boleh jadi sarang pembiakan kuman dan punca bayi dapat keracunan dan cirit birit!
Syukur saya belajar benda-benda tu. Dapatlah praktik pada anak-anak masa terpaksa berikan botol susu.
Secara ringkasnya, parent kena pastikan 10 perkara ni diamalkan betul-betul bila anak guna botol susu:
✅ Usaha cuci botol susu bayi sebaik saja mereka selesai menyusu. Pastikan juga tangan kita tu bersih semasa proses mencuci tu.
✅ Tak boleh biarkan sisa susu tak habis lama dalam botol susu. Mesti buang terus sebab kita tak nak ia jadi medium pembiakan kuman dan bakteria, jadi basi lalu menghasilkan bau yang kurang enak.
✅ Hati-hati masa mencuci puting susu. Guna berus khas supaya ia tidak mengoyakkan puting. Puting yang terkoyak atau merekah pun boleh jadi sarang kuman membiak.
✅ Gunakan juga berus botol khas untuk botol susu supaya seluruh sudut botol tu bersih dan tak ada kotoran yang tertinggal.
✅ Gunakan cairan pembersih botol susu yang betul. Cari je liquid cleanser yang khusus untuk mencuci botol bayi. Tak kisahlah jenama apa pun asalkan memang dikhaskan untuk cucian botol dan selamat untuk bayi.
✅ Pastikan botol susu sentiasa kering. Jangan simpan terus dalam keadaan basah dan tertutup ya. Keringkan botol setelah dibersihkan atau anginkan ia dengan meletakkan di rak atau tempat khas bagi mengeringkan botol dan puting.
✅ Sterilkan botol dan puting secara berkala.
✅ Bagus kalau dapat sediakan lebih dari 3 botol susu. Bertukar-tukar botol susu memudahkan parent untuk make sure setiap botol bergilir-gilir dibersihkan sempurna.
✅ Paling penting, tukar botol sekurang-kurang setiap 3 bulan – 6 bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, nampak kekuningan dan bercalar sana sini.
✅ Akhir sekali, galakkan anak minum menggunakan cawan seawal yang boleh dan secara berperingkat.
Jika bayi selalu cirit birit, periksa balik cara kita kendalikan botol susu mereka. Entah-entah punca keracunan tu bermula dari situ.
Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!
Sebagai parents, kita perlu peka dengan keselamatan anak. Sama ada di rumah mahupun ketika di bawa keluar, bahaya ada di mana-mana. Lengkapi diri dengan ilmu pertolongan cemas supaya kita tidak panik sekiranya berdepan dengan situasi tak diingini. Jom, serta e-workshop Stay Safe: Bahaya Di Mana-Mana, Lindungi Anak Anda sekarang!
Pendaftaran PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/stay-safe/ dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
The post “Botol Susu Anak Mesti Bersih” Jangan Biar Lama-Lama, Ini Tip & Saranan Dari Doktor! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/botol-susu-anak-mesti-bersih-jangan-biar-lama-lama-ini-tip-saranan-dari-doktor/