Bos Saiya Suruh Main Tembak Dahi Saja Doktor Perjelas Cara Guna Termometer Dengan Betul
Semua premis peniagaan wajib menjalankan proses pembersihan ekoran penularan wabak Covid-19 yang sedang berleluasa. Ini juga bagi memastikan semua premis yang beroperasi sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Pemilik premis juga diwajibkan menyediakan cecair pembasmi kuman, termometer pengukur suhu badan serta garisan bersaiz satu meter untuk penjarakan sosial seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Oleh itu, Ahmad Zakimi Abdullah merupakan seorang pakar perubatan dalam pada itu menjelaskan fungsi dan tatacara penggunaan alat termometer ini dengan betul.
Menurutnya, cara mengambil suhu tujuan saringan pintu masuk haruslah menggunakan termometer jenis infrared gun kerana termometer ini boleh diambil dari jarak jauh demi mengekalkan penjarakan sosial sebanyak 1 meter.
“Sekajap ya encik. Saiya mau check,” ujar seorang penjaga di pintu masuk satu premis.
Klik! Klik! Tut! Tut!
“Ok. Berapa suhu saya, tuan.”
“Owh. Encik tengok sendiri.” Penjaga itu menunjukkan suhu kepada saya di termometer.
“Oh 36.6. Boleh saya masuk, tuan?”
“Boleh, encik.”
“Berapa suhu yang takleh masuk, tuan?” Tanya aku lagi hanya ingin menguji.
“Oh tak tahu. Bos sauya suruh saiya tembak-tembak dahi saja, encik. Jadi saiya buat saja.”
Gulp!
Itu perbualan aku dengan seorang penjaga di pintu satu premis. Tak semua orang tahu kan. Oleh itu kita perlu memberi sedikit penerangan tentang tatacara penggunaan termometer untuk saringan awal.
Garis panduan dan SOP telah dikeluarkan oleh MITI dan OSH (dari Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerja, kementerian Sumber Manusia) tentang saringan suhu badan sebelum memasuki mana-mana premis, termasuklah; pasaraya, pejabat, hospital, klinik dan sebagainya.
Seperti sedia kita maklum, gejala utama COVID-19 adalah demam. Maka saringan yang paling senang adalah bacaan suhu badan. Ikut bacaan dalam garis panduan OSH adalah 37.5°C (darjah celsius) atau lebih tak akan dibenarkan masuk ke mana-mana premis. Ini penting.
Suhu badan normal adalah sekitar 36°C-37.4°C, maka suhu 37.5°C atau lebih sudah dikira anda demam – ini hanya untuk bacaan thermoscan infrared.
Bacaan suhu dengan termometer jenis lain dikira demam adalah berbeza; ketiak >37.2°C, mulut >37.8°C dan rektum (punggung) atau telinga >38°C.
Cara mengambil suhu tujuan saringan pintu masuk mestilah dengan menggunakan termometer jenis infrared gun kerana termometer ini boleh diambil dari jarak jauh demi mengekalkan penjarakan 1 meter.
Jarak menggunaan thermo gun ini taklah terlalu jauh kerana ia akan memberi ralat dan tidak tepat pada bacaan. Perlu lihat tatacara penggunaan termo gun mengikut pengeluar.
Penyaring perlu memakai PPE sekurang-kurangnya topeng muka. Penjarakan 1 meter adalah diwajibkan. Bateri termometer ini kena sentiasa diperiksa secara berkala juga.
Suhu 37.5°C (darjah celsius) atau lebih tak dibenarkan masuk ya.
Kita jaga kita.
Kita ingatkan kita.
Dr Zek
Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah
The post “Bos Saiya Suruh Main Tembak Dahi Saja”, Doktor Perjelas Cara Guna Termometer Dengan Betul appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/05/07/bos-saiya-suruh-main-tembak-dahi-saja-doktor-perjelas-cara-guna-termometer-dengan-betul/