Borang 34 Perkeso Kegunaannya Cara Mengisi Borang Dengan Betul


Borang 34 PERKESO – Kegunaannya & Cara Mengisi Borang Dengan Betul
Dengan mengisi Borang 34 PERKESO, anda boleh membuat tuntutan kepada pihak PERKESO sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini seperti kemalangan di tempat kerja atau sakit yang berpunca dari tempat kerja. 
Terdapat beberapa info penting yang anda perlu ketahui bagi memastikan tuntutan/claim anda diterima dengan mudah. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Borang 34 PERKESO untuk rujukan semua.  
BACA JUGA: Cara Claim PERKESO Jika MC Atau Cuti Sakit
Apa itu Borang 34 PERKESO? Borang 34 PERKESO, atau Borang Butiran Notis Dan Tuntutan Faedah adalah dokumen yang digunakan oleh pencarum untuk membuat tuntutan faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Malaysia. 
Borang ini digunakan dalam situasi di mana pekerja mengalami kecederaan, penyakit disebabkan pekerjaan, atau kematian semasa bekerja. 
Tuntutan ini membolehkan pekerja yang mengalami kecacatan kekal atau waris pekerja yang meninggal dunia untuk mendapat pampasan daripada PERKESO.
>> Skim Bencana Pekerjaan  Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:
Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan
Kemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.
Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan
Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya
Dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya
Di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan
Kemalangan Semasa Kecemasan
Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
Penyakit Khidmat
Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Contoh Penyakit Khidmat:
Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang berbahaya dan sebagainya Fungsi dan Kegunaan Borang 34 PERKESO Borang 34 PERKESO berfungsi sebagai alat utama yang memudahkan pekerja membuat tuntutan pelbagai faedah di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 
Borang ini digunakan terutamanya untuk mengurus tuntutan yang berkaitan dengan kecederaan pekerjaan, penyakit pekerjaan, atau kematian pekerja akibat kemalangan di tempat kerja. 
Berikut adalah huraian lebih lanjut mengenai setiap jenis faedah yang boleh dituntut melalui borang ini:
1. Faedah Hilang Upaya Sementara (HUT) Apa Itu Faedah Hilang Upaya Sementara (HUT)? Faedah Hilang Upaya Sementara (HUT) adalah faedah yang diberikan kepada pekerja yang tidak dapat bekerja buat sementara waktu akibat kecederaan atau penyakit yang berpunca daripada kemalangan atau kejadian di tempat kerja.
Dalam situasi ini, pekerja masih dalam proses pemulihan dan belum pulih sepenuhnya untuk kembali bekerja.
Siapa yang Layak? Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan.
Walau bagaimanapun, Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.
Kadar Faedah: Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM132 sehari.
2. Faedah Perubatan Apa Itu Faedah Perubatan? Pekerja yang ditimpa bencana pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital Kerajaan sehingga pulih sepenuhnya.
Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi dari hospital Kerajaan dan pekerja akan diberi rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar akan diberi jika per
Siapa yang Layak? Pekerja yang terlibat dalam kemalangan semasa bekerja atau yang mengalami penyakit pekerjaan yang disahkan oleh doktor layak menerima faedah ini. Faedah perubatan boleh digunakan selagi rawatan perubatan diperlukan untuk pemulihan.
Jenis Rawatan yang Ditanggung: Rawatan pesakit luar di klinik atau hospital panel PERKESO. Rawatan pesakit dalam seperti pembedahan atau rawatan lanjut di hospital kerajaan atau panel yang diiktiraf oleh PERKESO. Kos ubat-ubatan, peralatan perubatan (seperti tongkat atau kerusi roda) dan keperluan rawatan lain yang disarankan oleh doktor. 3. Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) Apa Itu Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)? Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) adalah faedah yang diberikan kepada pekerja yang mengalami kecederaan yang menyebabkan hilang upaya secara kekal.
Kecacatan ini boleh menghalang pekerja daripada bekerja seperti biasa atau mungkin menghadkan kapasiti kerja mereka.
Hilang Upaya Kekal boleh melibatkan kehilangan anggota badan, fungsi badan, atau gangguan mental akibat kecederaan atau penyakit pekerjaan.
Siapa yang Layak? Pekerja yang mengalami kecacatan kekal disebabkan oleh kemalangan semasa bekerja atau yang didiagnosis dengan penyakit pekerjaan yang menjejaskan keupayaan mereka bekerja layak membuat tuntutan HUK.
Kadar Faedah: Kadar harian Faedah Hilang Upaya Kekal adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM148.50 sehari.
4. Elaun Layanan Sentiasa Pekerja yang menerima taksiran hilang upaya langsung yang kekal dan tidak berdaya dengan teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyoran Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Khas atau Jemaah Doktor Rayuan. 
Jumlah Elaun Layanan Sentiasa adalah ditetapkan sebanyak RM500 sebulan.
5. Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional Kemudahan ini diberikan kepada pekerja yang layak dalam bentuk:
Pemulihan jasmani termasuk: Fisioterapi Terapi pekerjaan Pembedahan rekonstruktif Bekalan prostetik, ortotik dan lain-lain alat Bekalan ortopedik seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain Pemulihan vokasional termasuk: Latihan dalam bidang seperti elektrikal, jahitan, membaiki radio / TV, menaip dan lain-lain. Semua perbelanjaan kemudahan pemulihan di atas ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan. 6. Faedah Orang Tanggungan (FOT) Orang tanggungan layak menerima faedah ini sekiranya pekerja terlibat meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.
Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM148.50 sehari.
7. Faedah Pengurusan Mayat Amaun sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala. 
Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.
Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM3,000 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.
8. Faedah Pendidikan  Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman disediakan kepada anak tanggungan sekiranya orang berinsurans:
Meninggal dunia akibat bencana pekerjaan Menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal Permohonan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan PERKESO. BACA JUGA: Check SOCSO – Cara Semakan No PERKESO (TERKINI)
Cara Mengisi Borang 34 PERKESO Untuk mengisi borang 34 PERKESO dengan mudah, anda boleh rujuk fail PDF berikut:
Panduan_Mengisi_Borang_34Download Senarai Semak Dokumen Permohonan  Borang 34 Rujuk SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN  BORANG 34 melalui PDF berikut: 
SENARAI_SEMAK_BORANG_34Download Muat turun BORANG 34 PERKESO Borang_34Download Cara Menghantar Borang 34 PERKESO 1. Persediaan Borang Isi Borang: Pastikan Borang 34 diisi dengan lengkap dan tepat, termasuk semua maklumat peribadi dan butiran mengenai kemalangan atau penyakit. Dokumen Sokongan: Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan, seperti: Salinan kad pengenalan (depan dan belakang). Sijil cuti sakit asal. Laporan perubatan jika berkaitan. Laporan polis jika melibatkan kemalangan jalan raya. Salinan penyata akaun bank. 2. Penghantaran Secara Manual Hantar ke Pejabat PERKESO: Anda boleh menghantar borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan ke pejabat PERKESO terdekat. Pastikan anda menyimpan salinan borang dan dokumen untuk rekod peribadi. 3. Semakan Status Selepas menghantar borang, anda boleh menyemak status tuntutan anda melalui portal atau dengan menghubungi pejabat PERKESO untuk mendapatkan maklumat lanjut. Maklumat Lanjut Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini, sila rujuk portal rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 
Email: [email protected] Talian khidmat pelanggan: 1-300-22-8000

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/borang-34-perkeso/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=borang-34-perkeso

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Betul Simpan Salad Agar Tahan Lama 3 Minggu Dalam Peti Ais Pun Segar Lagi

Cara Betul Simpan Salad Agar Tahan Lama 3 Minggu Dalam Peti Ais Pun Segar Lagi

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 117 hits
Pengambilan makanan sihat seperti salad sayur sayuran dapat memberikan banyak manfaat terutamanya kepada kesihatan tubuh badan manusia Bukan sahaja mengenyangkan daun salad juga dikatakan mampu mengawal berat badan mereka yang menikmatinya ...
Cara Betul Mendidik Anak Tanpa Guna Ayat Anak Saya Ni Nakal

Cara Betul Mendidik Anak Tanpa Guna Ayat Anak Saya Ni Nakal

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 84 hits
Siapa sahaja tak suka berkongsi cerita tentang kejayaan anak anak Namun ada ibu bapa yang terlalu ingin bersikap rendah diri sehingga terlepas kata kata yang negatif tanpa sedar Lebih menyedihkan kalau anak itu mendengarnya sendiri Menerusi...
Tutorial Cara Isi Borang E Lhdn Dan Kwsp Online

Tutorial Cara Isi Borang E Lhdn Dan Kwsp Online

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 152 hits
Setiap majikan di Malaysia wajib menghantar Borang E kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri setiap tahun Borang ini memainkan peranan penting dalam memastikan kepatuhan kepada peraturan cukai dan memastikan sumbangan seperti Kumpulan Wang Simpan...
Doktor Bagi Tip Cara Masak Mee Segera Dengan Betul

Doktor Bagi Tip Cara Masak Mee Segera Dengan Betul

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 135 hits
Makan mee segera adalah pilihan yang popular bagi mereka yang tidak sibuk bekerja Penyediaan yang mudah dan cepat serta sedap menjadikan ia antara barangan yang wajib ada di rumah Namun ramai yang tidak sedar ia merupakan makanan disaluti b...
Borang Mykasih 2024 Syarat Permohonan Dan Cara Mohon

Borang Mykasih 2024 Syarat Permohonan Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 146 hits
Kerajaan terus menambahbaik program bantuan Sumbangan Asas Rahmah melalui kerjasama dengan MyKasih Foundation dan individu yang layak boleh memohon dengan mengisi borang MyKasih MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh n...
Borang Be Cara Isi Borang Be Online Soalan Lazim

Borang Be Cara Isi Borang Be Online Soalan Lazim

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 199 hits
Borang BE merujuk kepada borang cukai pendapatan individu pemastautin di Malaysia Setiap warganegara Malaysia atau pemastautin yang mempunyai pendapatan perlu mengisi borang ini dan mengemukakannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia...
Macam Macam Cara Aku Buat Untuk Tarik Keinginan Suami Masa Aku Dalam Pantang Dia Buat Hal Hampir Meroyan Aku Saat Itu

Macam Macam Cara Aku Buat Untuk Tarik Keinginan Suami Masa Aku Dalam Pantang Dia Buat Hal Hampir Meroyan Aku Saat Itu

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 86 hits
Tujuan penulisan ini hanyalah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan ingin juga meminta pendapat Aku seorang isteri yang dulunya pernah bekerja dengan jawatan yang bagus Namun demi menyelamatkan rumahtangga aku nekad letak jawatan Mem...
Myself Jpa Cara Daftar Pengguna Kali Pertama Login

Myself Jpa Cara Daftar Pengguna Kali Pertama Login

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 164 hits
MySELF JPA adalah sebuah platform digital yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Ia direka khusus untuk memudahkan urusan pelajar yang menerima tajaan JPA dalam menguruskan maklumat peribadi laporan akademik serta berhub...
Telur Kutu Penyebab Kutu Dan Cara Menghapuskannya

Telur Kutu Penyebab Kutu Dan Cara Menghapuskannya

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 74 hits
Sangat penting untuk orang yang mempunyai masalah kutu untuk mengetahui cara menghapuskan telur kutu ini Hal ini kerana kutu membiak dengan pantas dan banyak dalam satu satu masa Untuk anda yang ingin ketahui lebih lagi berkenaan telur kutu...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal