Borang Be Cara Isi Borang Be Online Soalan Lazim


Borang BE merujuk kepada borang cukai pendapatan individu pemastautin di Malaysia. Setiap warganegara Malaysia atau pemastautin yang mempunyai pendapatan perlu mengisi borang ini dan mengemukakannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) setiap tahun. 
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenainya..
BACA JUGA: Borang 34 PERKESO – Kegunaannya & Cara Mengisi Borang Dengan Betul
Apa Itu Borang BE? Borang BE adalah borang istihar pendapatan untuk individu yang tidak menjalankan perniagaan. Pendapatan individu tersebut adalah dari hasil gaji yang diterima setiap bulan sahaja.
Ia merupakan salah satu daripada pelbagai borang yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membantu individu melaporkan pendapatan mereka kepada pihak berkuasa cukai.
Siapa Yang Perlu Isi? Individu yang memenuhi syarat berikut perlu mengisi Borang BE:
Warganegara Malaysia atau individu pemastautin. Tidak menjalankan perniagaan (bagi mereka yang menjalankan perniagaan, Borang B perlu diisi). Mempunyai pendapatan yang dikenakan cukai dalam tahun taksiran. BACA JUGA: e-invois LHDN – Login, Garis Panduan Mulai 1 Ogos 2024
Cara Isi Secara Online Langkah 1: Daftar dan Dapatkan Sijil Digital Layari portal rasmi MyTax di pautan berikut: mytax.hasil.gov.my  Masukkan no kad pengenalan dan klik hantar. Sekiranya adna belum mempunyai sijil digital anda akan menerima mesej pop up seperti gambar di bawah.  Jadi anda perlu memohon sijil digital, sama ada melalui e-CP55D atau e-KYC.  Setelah pendaftaran berjaya, pautan pengaktifan akan dihantar ke emel anda. Klik pautan tersebut untuk mengaktifkan sijil dalam tempoh dua hari . NOTA:
 e-CP55D: Borang permohonan bagi log masuk kali pertama secara dalam talian
e-KYC: Pengesahan Identiti berdasarkan padanan dokumen pengenalan dan swafoto melalui telefon pintar. 
Langkah 2: Log Masuk ke Sistem MyTax Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan untuk log masuk ke sistem . Langkah 3: Pilih Borang e-BE Setelah log masuk, pada menu utama, klik pada e-Form atau e-Filing. Pilih borang yang sesuai untuk tahun taksiran yang anda ingin isi, iaitu Borang BE untuk individu yang tidak menjalankan perniagaan. Klik pada Borang BE untuk memulakan pengisian borang. Langkah 4: Isi Pendapatan Tahun Taksiran Pada bahagian Pendapatan Berkanun, masukkan semua sumber pendapatan anda untuk tahun taksiran. Ini termasuk: Pendapatan dari gaji: Jumlah gaji kasar, bonus, elaun, dan komisen. Pendapatan lain: Pendapatan dari sewaan hartanah, faedah, dan pelaburan (jika ada). Pastikan anda merujuk kepada Penyata EA yang diberikan oleh majikan anda untuk memastikan jumlah yang tepat. Jika anda mempunyai pendapatan dari sumber lain (contoh: faedah bank atau dividen), pastikan semuanya dilaporkan. Langkah 5: Tuntut Pelepasan Cukai Pada bahagian ini, anda boleh memasukkan jumlah yang layak untuk pelepasan cukai. Antara pelepasan yang boleh dituntut termasuk:
Pelepasan Individu dan Anak: RM9,000 untuk individu. Pelepasan Suami/Isteri: Jika anda menanggung pasangan yang tiada pendapatan. Pendidikan Anak: Pelepasan untuk yuran pengajian anak di institusi pendidikan tinggi. Perubatan Ibu Bapa: Perbelanjaan perubatan yang anda tanggung untuk ibu bapa. Pembelian Buku/Komputer: Pelepasan untuk pembelian bahan bacaan atau peralatan komputer. Insurans: Pelepasan untuk premium insurans hayat dan perubatan. Langkah 6: Masukkan Rebat Cukai (Jika Layak) Rebat cukai diberikan kepada individu yang layak berdasarkan situasi tertentu. Antara contoh rebat termasuk:
Zakat: Jumlah bayaran zakat yang dibayar boleh dituntut sebagai rebat. Rebat Pembayar Cukai: Jika pendapatan bercukai anda tidak melebihi RM35,000, anda boleh menuntut rebat cukai sebanyak RM400. Langkah 7: Semak Semula dan Hantar Borang Setelah semua maklumat dimasukkan, semak semula borang anda dengan teliti untuk memastikan tiada kesilapan. Anda boleh menggunakan kalkulator automatik yang disediakan dalam sistem e-Filing untuk mengetahui anggaran jumlah cukai yang perlu dibayar atau bayaran balik yang layak diterima. Jika semuanya betul, klik Hantar untuk menghantar Borang BE anda secara rasmi. Simpan salinan borang yang telah dihantar untuk rujukan pada masa hadapan. Langkah 8: Pembayaran Cukai (Jika Ada) Jika selepas menghantar borang, anda dikehendaki membuat bayaran cukai tambahan, anda boleh membuat pembayaran melalui pelbagai saluran seperti:
FPX (Perbankan Internet). Cek atau kiriman wang. Pembayaran di kaunter LHDN atau bank yang dilantik. Langkah 9: Cetak Bukti Penghantaran Selepas menghantar borang, pastikan anda mencetak atau menyimpan resit penghantaran e-Filing sebagai bukti bahawa anda telah mengemukakan Borang BE.
Tarikh Akhir Penghantaran Borang BE Pastikan anda mengemukakan Borang BE sebelum atau pada:
30 April untuk penghantaran manual. 15 Mei untuk penghantaran melalui e-Filing. Dokumen yang Diperlukan Untuk mengisi Borang BE bagi LHDN, anda perlu menyediakan beberapa dokumen penting. Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan:
1. Borang EA Penyata Pendapatan: Borang EA yang dikeluarkan oleh majikan mengandungi maklumat pendapatan tahunan anda dan potongan cukai yang telah dibuat.
2. Maklumat Peribadi Nombor Kad Pengenalan: Pastikan nombor kad pengenalan anda tersedia untuk pengisian maklumat individu. Alamat Surat-Menyurat: Alamat di mana anda ingin menerima surat daripada LHDN. 3. Pelepasan Cukai Dokumen Sokongan: Resit dan dokumen yang menyokong tuntutan pelepasan cukai seperti:
Resit perubatan Resit pendidikan Sumbangan kepada badan kebajikan 4. Pendapatan Tambahan (Jika Ada) Dokumen Pendapatan Lain: Jika anda mempunyai pendapatan dari sumber lain (seperti sewa atau pelaburan), sediakan penyata atau dokumen berkaitan.
5. Maklumat Kewarganegaraan Nombor Pasport: Bagi individu bukan warganegara, nombor pasport diperlukan.
6. Maklumat Bank (Jika Perlu) Nama dan Nombor Akaun Bank: Jika anda ingin mendapatkan bayaran balik melalui bank.
7. Taraf Perkahwinan Maklumat mengenai status perkahwinan anda, jika berkaitan.
8. Ejen Cukai (Jika Ada) Maklumat mengenai ejen cukai yang mewakili anda, jika berkenaan.
BACA JUGA: Borang E – Panduan Lengkap Mengisi Borang Dalam Talian
Perbezaan  Borang BE, B dan E Borang BE Kepentingan: Digunakan oleh individu yang tidak menjalankan perniagaan tetapi mempunyai pendapatan dari sumber lain seperti gaji, sewa, dan dividen. Seksyen Akta: Merujuk kepada pendapatan di bawah Seksyen 4(b) hingga 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967. Syarat Pengisian: Hanya individu pemastautin yang tidak mempunyai punca pendapatan perniagaan perlu mengisi borang ini. Tarikh Akhir Penghantaran: Biasanya pada 30 April setiap tahun. Borang B Kepentingan: Dikhususkan untuk individu yang menjalankan perniagaan (tunggal atau perkongsian). Seksyen Akta: Merujuk kepada pendapatan di bawah Seksyen 4(a) hingga 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967. Syarat Pengisian: Individu yang mempunyai punca pendapatan dari perniagaan diwajibkan mengisi borang ini. Tarikh Akhir Penghantaran: Biasanya pada 30 Jun setiap tahun. Borang E Kepentingan: Digunakan oleh majikan untuk melaporkan pendapatan pekerja dan potongan cukai yang telah dibuat sepanjang tahun. Seksyen Akta: Merujuk kepada pelaporan pendapatan di bawah Seksyen 83(1) Akta Cukai Pendapatan 1967. Syarat Pengisian: Dikenakan kepada majikan yang membayar gaji kepada pekerja. Tarikh Akhir Penghantaran: Biasanya pada 28 Februari setiap tahun bagi tahun taksiran sebelumnya. Ringkasannya:
Borang BE digunakan untuk individu tanpa punca pendapatan perniagaan. Borang B digunakan untuk individu yang menjalankan perniagaan. Borang E digunakan oleh majikan untuk melaporkan pendapatan pekerja. Memilih borang yang tepat adalah penting untuk memastikan laporan cukai anda adalah sah dan sesuai dengan undang-undang percukaian Malaysia. Contoh Borang BE (Tahun 2023) borang_be2023_1Download Soalan Lazim – FAQ Sila rujuk soalan-soalan lazim melalui PDF di bawah:
FAQBEMUAT TURUN Maklumat Lanjut Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai borang BE, sila rujuk nota penerangan yang disediakan oleh LHDN berikut:
notapenerangan_be2023_1Download

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/borang-be/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=borang-be

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tutorial Cara Isi Borang E Lhdn Dan Kwsp Online

Tutorial Cara Isi Borang E Lhdn Dan Kwsp Online

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 196 hits
Setiap majikan di Malaysia wajib menghantar Borang E kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri setiap tahun Borang ini memainkan peranan penting dalam memastikan kepatuhan kepada peraturan cukai dan memastikan sumbangan seperti Kumpulan Wang Simpan...
3 Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Online Kaunter Dan Atm

3 Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Online Kaunter Dan Atm

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 163 hits
Ada 3 cara keluarkan duit tabung haji Tabung Haji merupakan salah satu institusi simpanan yang popular di Malaysia terutamanya bagi umat Islam yang menyimpan untuk menunaikan ibadah haji Untuk memudahkan para pendeposit TH menyediakan pelba...
Tutorial Cara Memohon Upu Online Lengkap

Tutorial Cara Memohon Upu Online Lengkap

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 144 hits
Tutorial Cara Memohon UPU Online Lengkap Ketahui cara memohon UPU online lengkap step by step Proses permohonan UPU secara online merupakan langkah penting bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi di Malay...
Sayu Hati Tengok Ibu Kendong Anak Bersama Anak Kecil Isi Minyak Waktu Malam Bantuan Ditolak Cara Baik

Sayu Hati Tengok Ibu Kendong Anak Bersama Anak Kecil Isi Minyak Waktu Malam Bantuan Ditolak Cara Baik

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 119 hits
Video seorang ibu yang menunggang motorsikal bersama dua anak kecilnya yang tular di platform TikTok ternyata amat menyentuh hati ramai Ketika minyak diisikan ke dalam motorsikal bayi kecil pula terpaksa dikendong kemas dalam pelukan Meneru...
Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut Online Melalui E Gumis

Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut Online Melalui E Gumis

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 208 hits
Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut Jom ketahui cara tuntut wang tidak dituntut Kini dengan kemajuan teknologi urusan tuntutan Wang Tidak Dituntut semakin mudah melalui portal e GUMIS Portal ini membolehkan pemilik WTD membuat semakan serta per...
Cara Berurusan Secara Online Dengan Bijak

Cara Berurusan Secara Online Dengan Bijak

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 261 hits
Dunia online memang macam macam ada dari beli baju hingga bayar bil semuanya di hujung jari Ikuti tips bijak ini supaya urusan atas talian korang lancar dan selamat 1 Saring sumber maklumat Jangan mudah percaya dengan semua yang terpapar di...
Cara Buat Side Income Online Dari Rumah Tanpa Modal

Cara Buat Side Income Online Dari Rumah Tanpa Modal

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 179 hits
Nak tahu cara buat side income secara online dari rumah tanpa modal Dalam artikel ni saya nak kongsikan dengan anda real case study bagaimana untuk The post appeared first on
Bekerja Dari Rumah Sspa Prinsip Pelaksanaan Soalan Lazim

Bekerja Dari Rumah Sspa Prinsip Pelaksanaan Soalan Lazim

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 134 hits
Bekerja Dari Rumah SSPA Prinsip Pelaksanaan Soalan Lazim Bermula pada 1 Disember 2024 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Para penjawat awam boleh memilih sama...
Borang 34 Perkeso Kegunaannya Cara Mengisi Borang Dengan Betul

Borang 34 Perkeso Kegunaannya Cara Mengisi Borang Dengan Betul

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 117 hits
Borang 34 PERKESO Kegunaannya Cara Mengisi Borang Dengan Betul Dengan mengisi Borang 34 PERKESO anda boleh membuat tuntutan kepada pihak PERKESO sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini seperti kemalangan di tempat kerja atau sakit yan...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel