Myself Jpa Cara Daftar Pengguna Kali Pertama Login


MySELF JPA adalah sebuah platform digital yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.
Ia direka khusus untuk memudahkan urusan pelajar yang menerima tajaan JPA dalam menguruskan maklumat peribadi, laporan akademik, serta berhubung dengan pihak JPA. 
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai sistem MySELF JPA termasuklah  cara mendaftar pengguna kali pertama dan cara log masuk.
BACA JUGA: Semakan Keputusan Penajaan Biasiswa JPA 2024 (eSila)
Apa Itu MySELF JPA? MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed) adalah aplikasi atas talian yang disediakan khas kepada pelajar dan pegawai tajaan JPA untuk mengemaskini dan menguruskan maklumat tajaan mereka secara layan diri dengan menggunakan kaedah ‘Single Sign-On’.
NOTA:
Definisi tajaan JPA disini adalah mana-mana bentuk tajaan samada biasiswa atau pinjaman di peringkat Kursus Persediaan, Diploma, Ijazah, Sarjana atau pun Sarjana Lanjutan (PhD).  Pelajar/pegawai yang hanya ditaja kursus pendek atau sijil adalah tidak dibenarkan menggunakan MySELF. 
Pengguna MySELF   Pengguna MySELF terdiri daripada: 
Pelajar tajaan JPA dalam dan luar negara;  Pegawai tajaan JPA dalam dan luar negara;   Bekas pelajar tajaan JPA dalam dan luar negara;  Bekas pegawai tajaan JPA dalam dan luar negara.  Perkhidmatan Dalam Sistem MySELF Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH) Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi Semakan Status Senarai Hitam Lapor Diri Atas Talian Permohonan Penangguhan Kontrak Permohonan Pertukaran Penjamin Permohonan Elaun Tambahan Permohonan Pelanjutan Pengajian Pautan Sistem MySELF MySELF boleh dicapai melalui URL: https://myself.jpa.gov.my/
Cara Daftar & Login MySELF Pertama Kali Bagi Pengguna MySELF baharu, pendaftaran kali pertama perlu dilakukan sebelum menggunakan sistem. Berikut merupakan tatacara pendaftaran:  
1. Layari MySELF di pautan berikut: https://myself.jpa.gov.my
2. Klik sini untuk mendaftar bagi Pendaftaran Kali Pertama 
3. Seterusnya, baca dan fahami semua maklumat yang dinyatakan. Klik,  “Teruskan pendaftaran eSILA-ID”
NOTA: eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On – SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF.
4. Daftar eSILA-ID. Masukkan butiran diperlukan (Sila masukkan emel peribadi yang aktif bagi tujuan pengaktifan akaun). 
5. Emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang anda daftarkan. Klik link pada emel pengaktifan tersebut.
6. Isikan pada ruangan Log Masuk:
eSILA-ID: No. kad pengenalan Kata Laluan: Seperti yang telah didaftarkan NOTA:
Pengguna yang pernah mendaftar dan merupakan pelajar atau pegawai tajaan JPA boleh terus log masuk untuk menggunakan MySELF; Pendaftaran baru akan memerlukan pengaktifan akaun melalui emel yang akan dihantar kepada pemohon. Sila semak akaun emel selepas mendaftar untuk pengaktifan; Sila masukkan alamat emel [email protected] ke dalam address book emel bagi mengelakkan masalah penerimaan emel pengaktifan. Tidak Terima Emel Pengaktifan / Lupa Kata Laluan Tab bantuan disediakan sekiranya pengguna mengalami masalah tidak terima emel pengaktidan atau terlupa kata laluan.
Pengguna diminta untuk memasukkan eSILA-ID (Nombor Kad Pengenalan) dan klik, hantar. Kata laluan sementara dan emel pengaktifan akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan. 
BACA JUGA: PIDN JPA: Semakan Keputusan Tajaan Biasiswa 2024
Modul Sistem MySELF mempunyai beberapa modul iaitu:
i) Modul Utama: Modul ini memaparkan ringkasan Maklumat Pelajar, Maklumat Tajaan Terkini, serta Pengumuman JPA (hebahan adalah dari semasa ke semasa). 
ii) Modul Peribadi: Modul Peribadi memaparkan Maklumat Diri Pelajar dan Maklumat Perhubungan. Kemaskini Maklumat Perhubungan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.  
iii) Modul Pengajian: Modul Pengajian memaparkan semua maklumat berkaitan pengajian seperti keputusan peperiksaan, rancangan pelan pengajian, dan sebagainya. 
iv) Modul Bayaran: Paparan bagi bayaran elaun dan penyata terkini kepada pelajar.  
v) Modul Bayaran Balik: Paparan bagi jumlah tuntutan, baki tuntutan dan rekod bayaran balik (5 transaksi terakhir bayaran balik) yang telah dibuat oleh pelajar.
Soalan Lazim – FAQ 1. Saya telah terlupa kata laluan?
Jika anda mengalami masalah lupa kata laluan, anda perlu masuk ke dalam modul Terlupa Kata Laluan yang terdapat di dalam Sub-Navigasi pada bahagian kiri portal ini. Kemudian, anda perlu memasukan eSILA-ID dan menekan butang Reset Kata Laluan di dalam modul tersebut.
2. Saya tidak menerima emel pengaktifan.
Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pengguna dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pengguna boleh klik pada butang memohon emel pengaktifan semula dengan klik pada capaian ini.
3. Saya tidak menerima sebarang salinan emel pemakluman Aktiviti MySELF.
Pengguna dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi. Sekiranya masih tiada, sila masukkan alamat emel [email protected] ke dalam Contact untuk memastikan penerimaan salinan emel aktiviti MySELF. Rekod aktiviti semasa MySELF masih boleh disemak di halaman utama (Home) MySELF.
4. Akaun saya telah didaftarkan oleh pengguna lain.
Mohon hubungi pasukan teknikal berserta bukti pengenalan diri seperti salinan MyKad untuk semakan pihak teknikal selanjutnya.
5. Apa itu eSILA-ID?
eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On – SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF.
6. Saya telah mendaftar. Tetapi ketika log masuk, sistem memaklumkan bahawa rekod pelajar/pegawai tidak wujud.
Sistem MySELF hanya boleh diakses oleh pelajar atau pegawai tajaan JPA yang mendapat tajaan penuh di bidang Diploma, Ijazah, Sarjana atau PHD sahaja.

Bagi pelajar/pegawai yang baru ditaja, Sistem MySELF boleh diakses dalam tempoh 30 hari selepas pelajar mendapat bayaran yuran atau elaun kali pertama.

Bagi pelajar/pegawai yang mempunyai tajaan JPA menggunakan Kad Pengenalan Lama, penetapan kata laluan lama perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya tidak ditetapkan semasa pendaftaran eSILA-ID. Penetapan Kad Pengenalan Lama boleh dilakukan disini.

Sekiranya tuan/puan/saudara/saudari menepati syarat diatas tetapi masih gagal untuk log masuk, sila berhubung dengan pihak pentadbir bantuan lanjut.
7. Saya mempunyai tajaan menggunakan Kad Pengenalan Lama tetapi saya tidak menetapkan kad pengenalan tersebut semasa mendaftar. Apa perlu saya lakukan?
Bagi pelajar/pegawai yang mempunyai tajaan JPA menggunakan Kad Pengenalan Lama tetapi tidak ditetapkan semasa pendaftaran eSILA-ID, penetapan Kad Pengenalan Lama boleh dilakukan disini.

8. Saya perlu memuat naik fail ke MySELF tetapi saiz fail saya melebihi saiz fail yang ditetapkan. Apa perlu saya lakukan?
Pelajar boleh mengecilkan saiz fail tersebut dengan mengikuti tutorial yang telah disediakan di sini.
9. Saya pernah mendaftar dan menggunakan Sistem Laman Interaktif JPA. Bolehkah saya menggunakan akaun yang sama untuk log masuk MySELF?
Pelajar/Pegawai yang mempunyai akaun Laman Interaktif JPA perlu mendaftar semula untuk menggunakan MySELF kerana MySELF menggunakan teknologi lain yang mengutamakan keselamatan data pengguna yang tidak ada di Laman Interaktif.
Muat turun manual sistem MySELF di sini (PDF):
Manual_Pengguna_MYSELF__Cara_Memuatnaik_Keputusan_Peperiksaan_Setiap_SemesterMUAT TURUN Maklumat Lanjut Sila layari Portal Penajaan Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk sebarang maklumat lanjut.
Atau,layari sistem MySELF https://myself.jpa.gov.my/bantuan.php untuk sebarang bantuan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/myself-jpa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=myself-jpa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Login Myself Jpa Cara Daftar Myself Jpa Dan Soalan Faqs Myself Jpa

Login Myself Jpa Cara Daftar Myself Jpa Dan Soalan Faqs Myself Jpa

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 103 hits
MySELF JPA adalah platform digital yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia khusus untuk pelajar serta pegawai yang menerima tajaan daripada JPA Platform ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan maklumat peribadi laporan aka...
Itinerari Ke Tokyo Jepun Pengalaman Pertama Kali Di Jepun

Itinerari Ke Tokyo Jepun Pengalaman Pertama Kali Di Jepun

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 199 hits
Alhamdulillah sejak zaman belajar ini kali ke 3 aku dapat jejak kaki di negara orang Sebelum negara ini aku dapat jejak kaki di bumi Jadi untuk kali ke 3 ini dapat jejak kaki di bumi samurai bumi matahari terbit bumi yang pedat dengan manus...
Besar Betul Netizen Teruja Paus Bungkuk Kali Pertama Muncul Di Pulau Redang

Besar Betul Netizen Teruja Paus Bungkuk Kali Pertama Muncul Di Pulau Redang

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 108 hits
Tular di media sosial memaparkan penemuan mamalia laut dipercayai paus bungkuk kali pertama muncul di Pulau Redang semalam sehingga mencuri perhatian ramai Menerusi video itu seorang lelaki menyebut Ikan paus ikan paus ikan paus ikan paus t...
Pertama Kali Rasa Ubi Lambung Viral

Pertama Kali Rasa Ubi Lambung Viral

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 126 hits
Satu masa dulu ubi lambung ni pernah viral Tapi masa tu kita tak terkejar kejar nak into the scene cuba rasa Tak tahulah kenapa macam tak beria sangat nak rasa Sekarang ni viral lagi tak ek Tapi bila nampak ada orang jual kita pun ambil kes...
Panduan Buat Passport Pertama Kali Di Utc

Panduan Buat Passport Pertama Kali Di Utc

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 205 hits
Tiba tiba selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan degree Adik di Johor kawan kawan dia pakat nak pi bercuti ke Vietnam bulan November ni nbsp Kak ana tak lah risau sangat nak lepas kan dia sebab depa pi ramai dan ada yang dah berpengala...
Cara Daftar Aplikasi Sabah Smart Parking Mudah Dan Pantas

Cara Daftar Aplikasi Sabah Smart Parking Mudah Dan Pantas

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 149 hits
Tak Perlu Lagi Kupon Sabah Smart Parking Gantikan Sistem Lama Mulai OktoberAplikasi Sabah Smart Parking bagi menggantikan sistem tempat letak kereta berkupon boleh mula dimuat turun secara percuma menerusi Google Play atau Apps Store bermul...
Universiti Pertama Tawar Ijazah Untuk Influencer Siap Ajar Cara Buat Untung Lagi

Universiti Pertama Tawar Ijazah Untuk Influencer Siap Ajar Cara Buat Untung Lagi

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 80 hits
Salah sebuah universiti di Ireland akan menyediakan program ijazah dalam bidang Pempengaruh Media Sosial atau Influencer Program Sarjana Muda dalam Penciptaan Kandungan dan Media Sosial di Southeast Technical University di Carlow akan mener...
Cara Simpan Duit Gaji Yang Pertama Untuk Beli Kereta Kereta Baru Atau Kereta Second Sesuai

Cara Simpan Duit Gaji Yang Pertama Untuk Beli Kereta Kereta Baru Atau Kereta Second Sesuai

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 201 hits
Memiliki kereta sendiri adalah impian ramai orang terutama sekali apabila baru sahaja mendapat gaji pertama Namun pembelian kereta merupakan keputusan kewangan yang besar dan perlu dilakukan dengan berhati hati Untuk itu langkah pertama ada...
Lelaki Acu Parang Bertengkar Dengan Pengguna Jalan Raya Ditahan

Lelaki Acu Parang Bertengkar Dengan Pengguna Jalan Raya Ditahan

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 103 hits
Amirul Aiman Hamsuddinbhnews bh com myPolis menahan lelaki berusia 24 tahun yang bertindak luar kawalan dengan mengacukan senjata tajam dalam kejadian di Telok Panglima Garang di sini semalam KUALA LANGAT Berang kerana ditegur muntah dan bu...
Khutbah Jumat Al Qur An Bicara Tentang Hujan

Khutbah Jumat Harta Titipan Allah Gunakan Untuk Kebaikan

Empty Page Matahari Chord

Validating Your Startup Idea

Kena Scam Dengan Sakinah Top Fb

Buka Akaun Bisnes Hong Leong Bank Secara Online 100 Tak Perlu Pergi Bank

Leadership Quotes By Inspirational Women

Pengalaman Menambah Nilai Kad Touch N Go Di Caring Pharmacy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Ingatan Buat Ezam Jangan Pentingkan Diri Dan Hipokrit Kami Akan Lawan Kamu

G Dragon Power Lyrics

Demi Anak Ina Naim Memilih Untuk Berkahwin Lagi

Cara Memilih Percetakan Flyers Yang Profesional

Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Setahun Berlalu