Amelia Henderson Bahagia Jadi Diri Sendiri






Bukan sekali dua malah sudah acap kali, figura jelita bernama Amelia Henderson ini menjadi bahan bualan dan mangsa kritikan netizen.

Buktinya, setiap kali memuat naik gambar di Instagram, pasti berduyun-duyun netizen meninggalkan komen yang mempertikaikan caranya berpakaian. Tohmahan seksi, tidak takut Tuhan dan macam-macam dilemparkan terhadap dirinya, namun Amelia tenang, langsung tidak membalas terhadap kecaman ‘bersiri’ tersebut.

Menggali emosi dengan mengajukan soalan itu taktala bersua muka dengan pemilik nama sebenar Amelia Thripura Henderson tersebut pada sesi fotografi khas baru-baru ini, ternyata Amelia tidak mudah melenting malah tenang bersahaja memberikan jawapan.

“Kalau tak suka, unfollow atau block (sekat) sahajalah akaun Instagram saya. Ini (tahun) 2019, kita boleh mengekspresikan diri sendiri. Selagi apa yang saya buat tidak membahayakan orang dan tak sakiti sesiapa, jadi biarkanlah saya. Tidak perlulah membincangkan pasal saya.

“Kalau kita fokus untuk membahagiakan orang lain (netizen). Bila diri sendiri nak bahagia? Saya tidak boleh menjalani kehidupan dengan menuruti apa yang mereka mahukan kerana saya juga kena bahagiakan ibu dan memuaskan hati pihak pengurusan. Saya perlu melakukan apa yang terbaik untuk saya dan orang-orang di sekeliling saya,” katanya tenang, namun ada penegasan di situ.

Tambah wanita berusia 24 tahun ini, apa yang penting dan sudah cukup bagi dirinya ialah mempunyai insan-insan di sekeliling yang sentiasa menyokongnya.

“Memiliki keluarga, pihak pengurusan dan peminat yang melindungi saya, itu sudah cukup. Buat apa saya mahu fikirkan orang lain. Lagipun, sesetengah mereka yang meninggalkan komen dan mengecam itu menggunakan akaun palsu,” ujarnya

Biarpun dikritik, anak kacukan India-Scotland itu tidak mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen.

Lakonan

Tutup hal itu, barangkali ada yang tidak tahu Amelia sebenarnya sudah terlibat dalam dunia pengiklanan sejak berumur setahun dan untuk lakonan, dia sudah berjinak-jinak ketika usianya 13 tahun menerusi sitkom popular Keluarga Adam yang ditayangkan di TV2.

Biarpun selepas itu, Amelia terlibat dengan beberapa drama dan telefilem, namanya masih lagi samar-samar sehinggalah dia mula kembali aktif berlakon pada tahun lalu dan terkini, menerusi drama Cinta Non Grata.

Memegang watak sebagai Darlina, bakatnya dalam bidang lakonan semakin dikagumi apatah lagi dikelilingi barisan pelakon yang sudah lama memahat nama dalam industri lakonan tanah air seperti Edika Yusof, Esma Daniel dan Maria Farida.

Saat lakonannya dipuji, Amelia hanya melepaskan sebuah tawa kecil.

“Sejak kecil lagi saya sudah mula berlakon, justeru, saya tidak tahu sama ada memang berbakat atau tidak. Saya tak kata lakonan saya terbaik tetapi mungkin ada penambahbaikan kerana saya berpeluang mencari ilmu daripada pelakon-pelakon lain sepanjang pembabitan saya dalam dunia lakonan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amelia turut meluahkan rasa bertuah kerana dapat bergandingan dengan pelakon yang berpengalaman.

“Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan abang Edika (Yusuf) dan bagi saya, Edika sangat baik dan dia membantu memantapkan lagi lakonan saya,” katanya sambil menyimpulkan produksi Cinta Non Grata adalah antara kerjasama terbaik yang pernah dilaluinya.

Ulat buku

Melihat Amelia yang sering menghidupkan roh lakonan pada setiap naskhahnya, pasti ramai yang mahu menyelongkar sisi peribadinya yang barangkali tidak diketahui umum dan ini jawapan jujur yang keluar daripada mulut wanita berkenaan.

“Kalau nak tahu, saya seorang yang kuat bekerja. Selain itu, ketika zaman sekolah, saya bukanlah seorang budak popular sebaliknya seorang yang nerd (ulat buku) dan sering dibuli kanak-kanak lain,” dedahnya.

Tidak cukup dengan itu, siapa sangka, Amelia yang juga merupakan pengacara itu turut mendedahkan dia amat meminati pelakon jelita, Fasha Sandha.

Malah jika diberikan peluang, dia juga teringin untuk bergandingan dengan isteri kepada Aidil Aziz itu dalam drama yang sama.

“Saya amat mengagumi Fasha dan seandainya saya berpeluang bekerjasama dengannya, saya pasti sangat gembira. Bagi saya, dia seorang pelakon yang sangat berbakat besar. Setiap kali menonton naskhah lakonan Fasha, saya tak rasa dia sedang berlakon kerana lakonannya sangat hidup,” ujarnya.

Keperibadian Fasha yang sangat baik hati dan mesra setiap kali berjumpa juga membuatkan dia mengagumi wanita berusia 36 tahun itu.

Dalam pada itu, Amelia turut berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya dengan memberitahu, dia bakal melibatkan diri dalam sebuah filem, namun enggan menguar-uarkannya buat masa ini.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/amelia-henderson-bahagia-jadi-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bertudung Bukan Kerana Allah Depresi Tidak Dapat Jadi Diri Sendiri Fathia Latiff Sah Buka Tudung

Hiburan Bertudung Bukan Kerana Allah Depresi Tidak Dapat Jadi Diri Sendiri Fathia Latiff Sah Buka Tudung

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 587 hits
Akhirnya teka teki mengenai foto Fathia Latiff dengan imej berambut pendek yang tular beberapa hari lalu sudah terjawab apabila pelakon itu mengakui sudah membuka tudungnya Kata Fathia beliau sangat gembira dengan penampilan terbarunya itu ...
Tmj Jangan Ajar Itik Berenang Perhati Siasah Diri Sendiri Terlebih Dahulu

Tmj Jangan Ajar Itik Berenang Perhati Siasah Diri Sendiri Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 869 hits
Tolong jangan campuri urusan pentadbiran kerajaan persekutuan TMJ jangan ajar itik berenang Urusan dan pentadbiran kerajaan persekutuan tiada kena mengena dengan TMJ Sebenarnya TMJ tak menghormati undang undang serta tidak memahami perlemba...
Disangka Bunuh Diri Rupa Rupanya Dibunuh Suami Sendiri

Disangka Bunuh Diri Rupa Rupanya Dibunuh Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 335 hits
TASEK GELUGOR Seorang wanita yang ditemui mati bersama suaminya di dalam bilik rumah sewa mereka di Jalan Pokok Machang di sini pada Isnin sebenarnya telah dibunuh suami sendiri Disangka Bunuh Diri Rupa Rupanya Dibunuh Suami Sendiri
Bekas Presiden Peru Tembak Diri Sendiri Di Kepala Setelah Disabit Rasuah

Bekas Presiden Peru Tembak Diri Sendiri Di Kepala Setelah Disabit Rasuah

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 365 hits
Dunia Situasi mengejutkan berlaku apabila bekas Presiden Peru Alan Garcia bertindak untuk menembak dirinya sendiri pagi semalam apabila pihak polis memberkasnya yang berdepan tuduhan rasuah Alan Garcia kini dilaporkan telah meninggal dunia ...
Mencari Rentak Menulis Belajar Tentang Diri Sendiri

Mencari Rentak Menulis Belajar Tentang Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 700 hits
Mencari Rentak Menulis Belajar Tentang Diri Sendiri Assalamualaikum Aku dalam proses mencari rentak untuk menulis supaya apa sahaja bentuk penulisan yang aku kongsi baik di blog mahupun di platform media sosial lain harapnya memberi manfaat...
Saya Ada Cerita Saya Sendiri Pu Abu Enggan Ulas Lanjut Tindakan Ceraikan Isteri Demi Janda

Saya Ada Cerita Saya Sendiri Pu Abu Enggan Ulas Lanjut Tindakan Ceraikan Isteri Demi Janda

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 853 hits
Bekas isteri seorang pendakwah bebas Ain Afini mendakwa dia telah diceraikan talak satu oleh suaminya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi bekas peserta program Pencetus Ummah ketika hamil tujuh bulan semata mata mahu bernikah dengan se...
Rangkuman Kisah Alia Kanak Kanak Yang Didera Pengkid Kekasih Ibu Kandungnya Sendiri

Rangkuman Kisah Alia Kanak Kanak Yang Didera Pengkid Kekasih Ibu Kandungnya Sendiri

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 595 hits
Oleh Episod i Cikgu saya tidur dalam bilik air hampir setiap malam Kena basuh baju 5 orang guna tangan Adik saya pula tidur kat luar atas simen kata Alia sambil tersenyum Demi Tuhan aku tidak pernah sebak seperti hari ini Dah banyak kes aku...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi