Bom Jangka Pencen Apa Penyelesaiannya


freemalaysiatodaycom
Rex Tan04 Oct 2023

Semua mata tertumpu kepada Anwar Ibrahim berkait langkahnya menangani beban besar mendanai pencen penjawat awam.
Penjawat awam dan pesara kerajaan membentuk jumlah besar ‘bank undi’ yang mana tidak boleh diketepikan Anwar Ibrahim walaupun pembayaran pencen berterusan meningkat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Cadangan bekas menteri supaya skim pencen kerajaan diubah kerana boleh menjadi “bom jangka” untuk perbelanjaan masa depan ditolak penjawat awam, Cuepacs, yang melihat gesaan itu sebagai “mengarut serta tidak wajar dibangkit”.

Cuepacs berkata, kesatuan itu tidak akan menerima apa jua cadangan menjejaskan keistimewaan penjawat awam itu.

FMT melihat isu utama membelenggu skim pencen penjawat awam Malaysia.

Kenapa ‘bom jangka’?

Sistem pencen melibatkan RM30.5 bilion dalam belanjawan negara tahun ini, hampir 8% daripada RM389 bilion dengan pertambahan RM3 bilion berbanding Belanjawan 2021.

Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob meramalkan pembayaran pencen boleh mencapai kira-kira RM46 bilion pada 2030.

Dana sebesar itu mesti ditangani sebelum Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan mampu menunaikan ikrar untuk memotong defisit belanjawan kepada 3.5% pada 2025.

Apa penjawat awam dapat?

Akta Pencen 1980 menetapkan formula bagi pengiraan pencen penjawat awam. Penjawat awam berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun layak menikmati minimum pencen 50% daripada gaji bulanan terakhir. Bagi mereka berkhidmat 30 tahun, jumlah itu meningkat kepada 60%.

Berdasarkan formula itu, pekerja kesihatan bersara gred U29 dengan gaji terakhir RM3,476 selepas 25 tahun perkhidmatan layak menerima bayaran pencen RM1,738 sebulan.

Bagaimanapun, pada 2022, garis kemiskinan Malaysia ditetapkan RM2,589, meletakkan sejumlah besar pesara kerajaan hidup di bawah garis kemiskinan dan berada dalam kategori B40 selepas 25 tahun berkhidmat.

Kenapa tiada apa dilakukan?

Reform terhadap pencen akan berisiko ‘menyinggung’ 1.7 juta pengundi (sejuta penjawat awam dan 700,000 pesara), kumpulan yang umumnya dilihat sebagai “bank undi” kepada kerajaan memerintah.

Hak pesara kerajaan juga dilindungi Perlembagaan Persekutuan, yang mana menyatakan kerajaan tidak boleh berkompromi skim pencen yang dianugerahkan kepada penjawat awam.

Dalam erti kata lain, skim pencen tidak boleh dimansuhkan begitu sahaja. Kajian terperinci diperlukan bagi menentukan kaedah terbaik jika kerajaan berhasrat melakukan perubahan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan berkait pindaan tidak berperlembagaan

Pada Jun, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan mahkamah bawahan menolak pindaan terhadap undang-undang kawal selia pencen penjawat awam sebagai tidak berperlembagaan.

Katanya, pindaan Seksyen 3 Akta Pelarasan Pencen 2013 yang meletakkan bekas penjawat awam dalam situasi “kurang memihak pesara” berhubung hak mereka menikmati kenaikan pencen.

Mahkamah mengarahkan dikembalikan kandungan asal dalam Seksyen 3 akta tersebut.

Ini bermakna, penetapan 2% kenaikan tahunan diterima semua pesara sejak 2013 ditarik balik, dengan pembayaran pencen kembali kepada jumlah diterima sebelum pindaan.

Bagaimanapun, kerajaan berkata pesara terkesan tidak perlu mengembalikan wang telah diterima mereka. Sebagai tambahan, insentif pembayaran khas dijanjikan sehingga Disember tahun ini.

Pesara juga menjangkakan kerajaan mengumumkan diteruskan insentif terbabit bermula Januari depan apabila Belanjawan 2024 dibentang.

Semakan semula pencen dijangka meningkat susulan semakan balik skim gaji penjawat awam yang sedang berjalan dan dijadual lengkap menjelang hujung tahun depan.

Apa penyelesaiannya?

Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin mencadangkan pengambilan penjawat awam masa depan diletakkan dalam skim melibatkan caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), berbanding diberikan pencen.

Cadangan lain daripada kumpulan pesara penjawat awam, G25, adalah kerajaan mengembalikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan subsidi bersasar bagi menampung dana besar pencen.

Dalam keadaan itu, pastinya pembentangan Belanjawan 2024 oleh Anwar pada 13 Okt dinantikan untuk mendengar penyelesaian kepada isu itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/10/bom-jangka-pencen-apa-penyelesaiannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mansuh Pencen Ahli Politik Ada Mp Anggap Pakar Ekonomi Hipokrit

Mansuh Pencen Ahli Politik Ada Mp Anggap Pakar Ekonomi Hipokrit

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 99 hits
malaysiakini comCadangan memansuhkan pencen untuk semua menteri dan ahli parlimen tidak disambut baik oleh sesetengah ahli parlimen dengan menganggap langkah tersebut tidak adil Malaysiakini cuba mendapatkan maklum balas dari 26 daripada 22...
Batalkan Pencen Mp Errrrrr Boleh Tak

Batalkan Pencen Mp Errrrrr Boleh Tak

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 140 hits
Pakar ekonomi dah beri pendapat kita tunggu pula pendapat pakar IT jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya
Syed Saddis Dedah Mp Terima Pelbagai Jenis Pencen

Syed Saddis Dedah Mp Terima Pelbagai Jenis Pencen

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 153 hits
Gaji MP boleh dikatakan cecah puluhan ribu Gaji terendah pejawat awam pula RM1 2k lebih Kami merujuk kepada laman web Gaji terendah bagi pegawai bawahan N11 Pada tahun 2015 Gaji bulanan MP dinaikkan seperti dinyatakan dalam Dengan lulusnya ...
Mansuhkan Pencen Mp Untuk Mereka Bersama Rakyat Muhammed

Mansuhkan Pencen Mp Untuk Mereka Bersama Rakyat Muhammed

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 128 hits
malaysiakini comBekas penasihat ekonomi perdana menteri Muhammed Abdul Khalid berpendapat semua menteri dah ahli parlimen patut diajar untuk merasai kesempitan hidup seperti dilalui orang orang kebanyakan dengan membatalkan pencen mereka Un...
Rm2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat

Rm2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 196 hits
PETALING JAYA Dakwaan RM2 bilion setahun dibelanjakan untuk membayar pencen bekas ahli Parlimen dan bekas anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri perlu dijawab oleh kerajaan Perkara itu dibangkitkan pengamal undang undang Datuk Khairul Anw...
Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen Adilkah

Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen Adilkah

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 233 hits
SARANAN untuk memansuhkan pencen ahli politik khususnya wakil rakyat dan menteri dilihat wajar dan perlu dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan dan pihak berkaitan Daripada memberi pencen kepada mereka ini semua lebih baik mencarum ke ...
Siapa Tekan Suis Pelepasan Bom Atom

Siapa Tekan Suis Pelepasan Bom Atom

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 156 hits
Anda mungkin tidak mengenali dua orang individu didalam gambar diatas Tetapi aku yakin korang pernah baca dan lihat filem hasil kerja dua anggota tentera udara Amerika Syarikat ini Hasil kerja mereka berdua menyebabkan Perang Dunia Kedua ta...
Penstrukturan Semula Boustead Beri Impak Positif Jangka Panjang Ltat Kata Menteri

Penstrukturan Semula Boustead Beri Impak Positif Jangka Panjang Ltat Kata Menteri

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 138 hits
PENSTRUKTURAN semula Boustead Holdings Bhd penting bagi membolehkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengurangkan kebergantungan pendapatan daripada syarikat tersebut kata Menteri Pertahanan Mohamad Hasan Beliau berkata pengurangan pemeganga...
Idea Khari Ni Nak Hapuskan Pencen Kalau Dia Berada Dalam Umno Akan Pupus Umno Dalam Malaysia

Idea Khari Ni Nak Hapuskan Pencen Kalau Dia Berada Dalam Umno Akan Pupus Umno Dalam Malaysia

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 170 hits
Sebagai tanda sokongan terhadap cadangan menghapuskan pencen untuk Ahli Parlimen dan ahli politik yang berkhidmat dalam kerajaan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bukan saja setuju sepenuhnya terhadap perkara itu malah juga mahukan ...
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Bila Tutup Dapo

Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Jadual Perlawanan Negara Terlibat Senarai Pemain Malaysia

Jemson Mekar Chord

Resepi Sotong Dan Fishcake Goreng Pedas