Idea Khari Ni Nak Hapuskan Pencen Kalau Dia Berada Dalam Umno Akan Pupus Umno Dalam Malaysia






IDEA KJ HAPUSKAN PENCEN PENJAWAT AWAM HANYA JADIKAN BEKERJA DENGAN KERAJAAN TIDAK LAGI DIMINATI.


Sebagai tanda sokongan terhadap cadangan menghapuskan pencen untuk Ahli Parlimen dan ahli politik yang berkhidmat dalam kerajaan, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bukan saja setuju sepenuhnya terhadap perkara itu, malah juga mahukan pencen untuk penjawat awam turut dihapuskan.
Bagaimanapun, kata beliau, cadangannya itu hanya untuk pengambilan baharu penjawat awam saja, bukan terkait mereka yang sedang dalam perkhidmatan ketika ini.
Khairy Jamaluddin atau KJ dilaporkan melontarkan idea penghapusan pencen penjawat awam itu sebagai jalan untuk membantu mengimbangi kedudukan fiskal negara.
Sebagai gantinya, mereka dikehendaki melakukan caruman dengan KWSP, sama seperti pekerja sektor swasta.
Dalam hal ini, mereka yang cuba berbahas berkaitan isu pencen hendaklah jangan terbabas dalam melontarkan idea masing-masing.
Ini kerana cadangan asal penghapusan itu hahyalah untuk ahli-ahli Ahli Parlimen dan ahli-ahli politik yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik saja, tanpa menyentuh sama sekali penjawat awam.
Ini kerana, selain pencen mereka besar jumlahnya, syarat memperolehi pencen juga amat mudah iaitu hanya perlu berkhidmat selama tiga tahun atau 36 bulan saja dengan kerajaan.
Dengan itu, ramai yang melihat pembayaran pencen itu akan memakan jumlah wang negara yang besar, lebih-lebih lagi jika setiap lima tahun bila diadakan PRU berlaku pula pertukaran kerajaan.
Dengan itu, kewajaran untuk dihapuskan pencen tersebut ada munasabahnya.
Namun demikian, idea tambahan KJ agar penjawat awam baru yang diambil bekerja juga harus tidak lagi diberi pencen adalah cadangan yang amat keterlaluan.
Pertamanya, gaji penjawat awam di negara ini boleh dikira masih rendah berbanding sektor swasta, terutama pekerja bawahan dan pasukan beruniform.
Adanya pencen merupakan tarikan untuk mereka bekerja dengan kerajaan berikutan lebih terjamin masa depan selepas bersara nanti.
Tetapi, memandangkan gaji mereka masih relatif rendah, pencen yang menunggu setelah berusia 55 tahun juga tidaklah setinggi mana.
Jadi, kenapa benda sebegini mahu dimansuhkan?
Kedua, sekitar 90 peratus pekerja sektor awam adalah merupakan orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti negara ini.
Di mana-mana negara pun di dunia ini, pekerja sektor awam adalah dikuasai oleh penduduk majoritinya, tetapi dalam konteks negara kita, tidaklah pula ada sekatan untuk kaum-kaum lain bekerja dengan kerajaan.
Dengan mencadangkan penghapusan pencen itu, ia seperti meletakkan KJ tiada keprihatinan terhadap orang Melayu sendiri yang merupakan penduduk majoriti negara ini.
Ketiga, dengan tiada lagi pencen bagi sektor awam, ini sekaligus akan menjadikan bekerja dengan kerajaan bukan lagi sesuatu yang menarik untuk diceburi.
Sudahlah gaji lebih rendah berbanding sektor swasta, kemudian pencen pula dihapuskan, siapa akhirnya mahu bekerja dengan kerajaan?
Kecuali jika kerajaan mampu menawarkan skim gaji yang setaraf dengan sektor swasta, barulah minat itu mampu diwujudkan kembali.
Soalnya, mampukah kerajaan menggubal gaji yang tinggi itu dan tidak mungkinkah jika ia dilakukan, kosnya barangkali lebih tinggi lagi berbanding membayar pencen? – ShahbudinHusin 28/09/2023.













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/idea-khari-ni-nak-hapusjan-pencen-kalau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Lawan Idea Tak Ada Akhirnya Buat Fitnah

Nak Lawan Idea Tak Ada Akhirnya Buat Fitnah

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 136 hits
Nak lawan idea memang out Sebab otak mandul tak pernah ada idea bernas Sebab tu cuma mampu cipta persepsi palsu dan membuat fitnah Lepas tu selalu kena hentam sebab selalu ponteng sidang Dari yang paling atas sampai yang bawah semua kaki po...
Senarai Pemenang Pingat Malaysia Di Sukan Asia Hangzhou 2023 Kedudukan Carta Terkini

Senarai Pemenang Pingat Malaysia Di Sukan Asia Hangzhou 2023 Kedudukan Carta Terkini

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 313 hits
Bagi yang anda ingin ketahui senarai kutipan pingat bagi kontinjen Malaysia sepanjang Sukan Asia Hangzhou 2022 berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober 2023 anda boleh tengok senarai kami sediakan disini Untuk edisi ke 19 temasya Suka...
Kerja Part Time Di A W Bagi Seluruh Rakyat Malaysia Berkelayakan Minimum Spm

Kerja Part Time Di A W Bagi Seluruh Rakyat Malaysia Berkelayakan Minimum Spm

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 271 hits
Kerja Part Time di A W Bagi Seluruh Rakyat Malaysia Berkelayakan Minimum SPM 7 Kerja Part Time di A W Bagi Seluruh Rakyat Malaysia Berkelayakan Minimum SPM untuk kemasukan bulan september 2023 Maklumat ini dikongsilan agar memberi manfaat d...
Orix Leasing Malaysia Berhad Celebrates 50 Years Of Empowering Sme Growth

Orix Leasing Malaysia Berhad Celebrates 50 Years Of Empowering Sme Growth

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 182 hits
ORIX Leasing Malaysia Berhad has been at the forefront of driving industrial progress by empowering small and medium enterprises in Malaysia The pioneer in equipment leasing has to date impacted over 70 000 Malaysian businesses since its in...
Mohon Kerja Part Time Mcdonald S Yang Mempunyai Lebih 200 Cawangan Di Malaysia

Mohon Kerja Part Time Mcdonald S Yang Mempunyai Lebih 200 Cawangan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 254 hits
Mohon Kerja Part Time McDonald s yang Mempunyai Lebih 200 Cawangan di Malaysia 11 Info kerja sambilan kali ini admin bawakan khas mengenai restoran segera McDonald s Ianya salah satu rangkaian restoran makanan segera yang paling terkenal di...
7 Eleven Malaysia Collaborates With 7 Eleven International To Elevate Food Quality With New Commissary Factory Facility

7 Eleven Malaysia Collaborates With 7 Eleven International To Elevate Food Quality With New Commissary Factory Facility

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 232 hits
7 Eleven Malaysia the nation s premier convenience store chain is thrilled to announce its partnership with 7 Eleven International the global Master Franchise of the 7 Eleven brand The latter oversees more than 45 000 7 Eleven outlets acros...
Sambutan Hari Malaysia Di Aussie

Sambutan Hari Malaysia Di Aussie

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 328 hits
Nampak naw dah lama gambar2 ni terperap dalam draft Sekitar pasar merdeka sempena majlis kemerdekaan yang ke 66 dan Hari Malaysia yang telah diadakan pada 9 September yang lalu di Hay St Subiaco Western Australia Puji dan syukur pada IlahiA...
Iwk Fitness Amp Film 2023 Suntik Semangat Kesukanan Amp Cintakan Negara Sempena Hari Malaysia

Iwk Fitness Amp Film 2023 Suntik Semangat Kesukanan Amp Cintakan Negara Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 263 hits
Sempena sambutan Hari Malaysia 2023 IWK Eco Park Pantai Dalam sebuah taman sukan dan rekreasi awam yang diuruskan oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd menganjurkan program IWK Fitness amp Film 2023 bagi menyuntik semangat kesukanan dan patri...
Malaysia Perlu Bantah Who Ca Pindaan Ihr 2005 Harian Metro 26 09 2023

Malaysia Perlu Bantah Who Ca Pindaan Ihr 2005 Harian Metro 26 09 2023

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 328 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut kerajaan turut membantah Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negar...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi