Hukum Puasa Selepas Separuh Bulan Syaban



Berkenaan isu yang akan dibincangkan adalah satu isu yang penting yang sering menjadi persoalan dan perbincangan oleh sebahagian individu apabila menghampiri bulan Ramadhan. Untuk itu, Irsyad al-Hadith pada kali ini akan membincangkan berkaitan dengan hukum berpuasa pada dua minggu akhir dalam bulan Syaban.

Maksud hadis: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban maka janganlah kalian berpuasa”.

Dalam maksud lain: “Apabila tiba pertengahan bulan Syaban, maka tidak ada puasa sehingga datangnya bulan Ramadhan”.

Dalam maksud yang lain pula: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, makanlah sehingga datangnya bulan Ramadhan”.

Dalam maksud yang lain lagi: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, maka tahanlah diri kalian dari berpuasa sehingga datang bulan Ramadhan”.
Takhrij al-HadithHadith ini disebut oleh Imam Ahmad (2/442), Abu Daud (2337), al-Nasaie (2923), al-Tirmizi (738), Ibn Majah (1651), al-Darimiy (1691) dan ramai lagi. Walaupun lafaznya berbeza tetapi maknanya adalah sama.
Hukum HadithHadith ini menjadi perselisihan antara para ulama dalam menyatakan hukum terhadap hadith ini. Sebahagian mereka mengsahihkan hadith ini dan sebahagian yang lain mengdhaifkannya.
Pendapat Pertama: Antara ulama yang mengsahihkan hadith ini:- Imam al-Tirmizi : Hadith adalah hasan sahih. [Lihat: Jami’ al-Tirmizi, no. Hadith 669].
- Imam Ibn Hibban : Hadith ini sahih. [Lihat: Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 3589].
- Imam Ibn Abd al-Bar: Hadith ini sahih. [Lihat: al-Istizkar, 10/239]
- Ahmad Syakir : Hadith ini adalah sahih. [Lihat: Ta’liq ‘ala Tahzib al-Sunan, 3/225]
Pendapat Kedua: Antara ulama yang mengdhaifkan hadith ini:- Imam Ahmad : Hadith ini munkar. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 135]
- Al-Athram : Hukum hadith ini adalah munkar. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 135]
- Abdulrahman bin Mahdi : Hadith ini munkar. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 135]
- Abu Zur’ah : Ini adalah hadith munkar. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 135]
Tarjih
Berdasarkan pendapat para ulama’ berkaitan hukum hadith ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini adalah dhaif walaupun ia juga disahihkan oleh sebahagian para ulama’. Antara sebab yang menyebabkan kami menyatakan bahawa hadith ini adalah dhaif adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya adalah:Pertama: Disebabkan al-‘Ala’ bersendiri dalam riwayat ini. Oleh sebab itu, hadith ini adalah gharib berdasarkan pendapat Imam al-Nasaie iaitu “kami tidak ketahui perawi yang meriwayatkan hadith ini melainkan daripada al-‘Ala bin Abdulrahman”. Selain itu, melalui pendapat Imam al-Tirmizi bahawa “kami tidak ketahui melainkan daripada jalan ini”.

Kedua: Hadith ini bercanggah dengan hadith yang sahih iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud : “Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari berpuasa atau dua hari”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 1812]
Walaubagaimanapun, kami juga berpendapat bahawa kepada sesiapa yang ingin berpuasa selepas pertengahan bulan Sya’ban dibolehkan bagi orang yang selalu melakukan puasa seperti puasa sunat Isnin dan Khamis. Begitu juga, bagi sesiapa yang berpuasa pada hari cerah dan juga yang melakukan puasa Nabi Daud AS. Ini merupakan pendapat jumhur ulama’ dalam masalah ini.Makna “فَلَا تَصُوْمُوْا”
Larangan berpuasa di dalam hadith tersebut adalah ditujukan kepada sesiapa yang bukan menjadi kebiasaannya berpuasa. Adapun bagi sesiapa yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa maka ia tidak menjadi masalah untuk dia berpuasa pada waktu tersebut. [Lihat: Fath al-Bari, 4/215]Pendapat ulama dalam masalah berpuasa pertengahan bulan SyabanBerikut adalah pendapat para ulama dalam masalah ini:
- Mazhab al-Syafie: Berpuasa selepas pertengahan bulan Sya’ban adalah haram atau makruh bagi sesiapa yang tidak biasa berpuasa dan jika ia tidak bersambung dengan hari sebelumnya. Dalam makna lain bagi orang yang berpuasa pada waktu tersebut sahaja. [Lihat: al-Mu’tamad, 2/216]
- Jumhur fuqaha’ : Dibolehkan berpuasa selepas daripada 15 Sya’ban. [Lihat: Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1635]
Hikmah tidak dibenarkan berpuasaTambahan pula, jika kita melihat dan berpegang bahawa hadith ini sahih sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama’ maka di sana terdapat hikmah mengapa tidak dibenarkan berpuasa pada waktu tersebut. Antara hikmahnya ialah supaya umat Islam menyiapkan diri mereka sebelum dalam menempuh bulan Ramadhan. Di mana pada bulan tersebut difardhukan bagi setiap orang Islam yang mukallaf untuk berpuasa sebulan penuh dalam bulan tersebut.
PenutupKesimpulannya, kami nyatakan sekali lagi bahawa puasa selepas daripada 15 Sya’ban adalah dibenarkan kerana hadith yang melarang untuk berpuasa adalah lemah dan bercanggah dengan hadith yang sahih. Lebih-lebih lagi jika seorang wanita itu ingin menggantikan puasa Ramadhannya, maka ianya dituntut. Ini kerana, Saidatina Aisyah RA menggantikan puasa Ramadhannya pada bulan Sya’ban. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan masa lapang agar kita dapat melaksanakan ibadat dengan sesempurna mungkin. Amin.

Sumber: http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1117-irsyad-al-hadith-siri-ke-73-hukum-puasa-selepas-separuh-bulan-sya-ban




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/04/fgr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Juadah Berbuka Paling Popular Sewaktu Bulan Puasa

5 Juadah Berbuka Paling Popular Sewaktu Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 1237 hits
Bila sampai je bulan puasa pasti ramai yang tak sabar untuk melaluinya Salah satu yang paling best bila bulan puasa ni adalah korang dapat pergi bazaar ramadhan yang buka setiap hari selama sebulan Best kan Apa agaknya benda pertama yang ak...
Orang Islam Beli Jual Makanan Bulan Puasa Boleh Dipenjara Di Selangor

Orang Islam Beli Jual Makanan Bulan Puasa Boleh Dipenjara Di Selangor

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 454 hits
Gambar individu ditangkap penguatkuasa agama kerana tidak berpuasa dan dibawa menaiki van jenazah Foto Ismaweb SHAH ALAM 24 April Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan dan Bahagian Pengurusan Halal komited ...
Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan Asal Usul Puasa Bulan Ramadhan

Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan Asal Usul Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 742 hits
Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog yang dirahmati Allah sekalian Saya pasti ramai diantara tidak mengetahui sejarah permulaan disyariatkan puasa ramadhan atau dalam erti kata mudah bilakah umat islam mula diwajibkan be...
Bayi 18 Bulan Maut Selepas Terjatuh Ketika Memanjat Jeriji Tingkap

Bayi 18 Bulan Maut Selepas Terjatuh Ketika Memanjat Jeriji Tingkap

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 765 hits
Bayi 18 bulan maut selepas terjatuh ketika memanjat jeriji tingkapSeorang bayi lelaki berusia 18 bulan dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh ketika memanjat jeriji tingkap di rumah pengasuhnya Mangsa Muhammad Aidil Amsyar Mu...
Hukum Tidur Selepas Masuknya Waktu Solat

Hukum Tidur Selepas Masuknya Waktu Solat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 398 hits
Soalan Apakah hukum seseorang itu tidur selepas masuknya waktu solat Contohnya seseorang itu tidur pada pukul 2 30 petang tanpa menunaikan solat zohor terlebih dahulu Jawapan Tidur merupakan satu perkara lumrah bagi seorang manusia yang nor...
Niat Jahat Hukum Najib Dari Tiga Bulan Kepada Usul Baru Tetap Sama Ismail Sabri

Niat Jahat Hukum Najib Dari Tiga Bulan Kepada Usul Baru Tetap Sama Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR 11 April Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebenarnya pihak kerajaan pimpinan Pakatan Harapan sudah lama berniat jahat untuk menghukum Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Jelas beliau ini...
Telur Sambal Tumis Idea Lauk Sahur Yang Simple Bulan Puasa Nanti

Telur Sambal Tumis Idea Lauk Sahur Yang Simple Bulan Puasa Nanti

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 842 hits
Tak lama lagi seluruh umat Islam akan berpuasa Sekarang ni ramai yang mula memikirkan juadah bersahur Lauk yang simple tapi membangkitkan selera selalunya jadi pilihan RASA berikan lauk telur masak sambal tumis yang sememangnya sedap dan me...
Setelah Nisfu Syaban 2019 Benarkah Dilarang Puasa Setelah Nisfu Syaban

Setelah Nisfu Syaban 2019 Benarkah Dilarang Puasa Setelah Nisfu Syaban

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 492 hits
Sya ban merupakan salah satu bulan penting dalam Islam Selain memiliki beberapa sejarah penting seperti perpindahan kiblat dari Masjid al Aqsha di Palestina menuju Masjid al Haram di Mekkah Sya ban juga memiliki beberapa keistimewaan salah ...
Air Soda Laici Herb Penyejuk Tekak Di Bulan Puasa

Air Soda Laici Herb Penyejuk Tekak Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 1101 hits
AssalammualaikumLayan Air soda laici herb sedap sgt SeMangkok besar buat ank2 asyik ulang alik buka peti ais
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv