Bolehkah Melayu Tolak Rasuah


Baru-baru ini, saya amat teruja bercampur hairan apabila seorang pemilik syarikat media tanah air melancarkan perang membanteras rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tak heboh sedemikian. Ahli politik lagilah tak bising. Akademia buat tak kisah saja pasal rasuah. Tapi si pemilik surat khabar Melayu ini nampak bersungguh-sungguh nak perangi rasuah.

Mula-mula saya ingat nawaitu orang itu kut kut lah nak bersandiwara politik, mungkin nak jadi menteri atau ahli Parlimen. Manalah tahu. Tetapi setelah saya mendengar ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan beliau, orang ini betul-betul sahih nak banteras rasuah.

Apa kaedah beliau? Antara yang saya faham, beliau menyarankan orang muda dalam parti politik menolak pemimpin lama, terutama yang bergelumang dengan rasuah. Beliau sebut pemimpin UMNO yang dibicarakan pasal rasuah perlu ditolak. Yang pelik sikit, pemimpin lama seperti Tun M dan Anwar pun beliau kata all must go. Jadi, mungkin kaedah beliau adalah tolak geng lama, ambil orang muda bersih putih. Itu agaknya.

KITAB
Antara kaedah beliau, orang Melayu perlu kembali kepada ajaran al-Quran. Baginya, al-Quran jelas mengandungi pesanan dan amaran menjaga amanah dan menolak kemungkaran seperti rasuah.

Saya rasa perkataan ‘rasuah’ tak ada dalam kitab tetapi memadai dengan menjaga amanah dan menegak keadilan untuk semua.

Ada lagi beberapa kaedah yang beliau sarankan tetapi saya hendak komen dua benda di atas. Pertama, pasal isu sosial dan politik, manakala kedua, isu agama. Rumusan saya, kedua-dua kaedah yang disarankan bakal menghadapi kegagalan. Biar saya jelaskan.

Bagi isu sosial dan politik, orang Melayu sudah lemak dibuai naratif, ada wang, ada kuasa. Siapa yang ajar mereka sedemikian agaknya? Ada yang kata PM tahun 1980-an, ada yang kata lebih awal lagi. Tiba-tiba maruah Melayu dikaitkan dengan kekayaan yang banyak dan cepat. Lagi banyak, lagi baik. Lagi cepat, lagi hebat. Tak payah buka kedai 7 pagi sampai 10 malam, 360 hari setahun.

Rasionalnya? Kuasa perlukan wang. Kalau ada wang, orang Melayu boleh berkuasa. Tak ada wang, boleh cakap kosong saja. Ramai politikus Melayu memang kerja dia cakap kosong saja. Jadi, orang Melayu rata-rata terpikat dengan naratif ini. Jadi, Melayu petani ke, Melayu jual goreng pisang ke, Melayu cikgu ke atau Melayu profesor ke serta Melayu arkitek ke, semua sokong geng Melayu pegang kuasa.

Sekarang jom tengok hal agama pula. Haa..yang inilah bola tanggung saya. Mengikut kawan kita yang nak banteras rasuah tadi, kita perlu betulkan agama dan jadikan ia pedoman untuk menjijikkan rasuah, macam kita makan benda tak halal.

Tetapi sayangnya baru-baru ini, daging halal pun dirasuahkan oleh orang Melayu. Ada juga ahli akademik luar negara yang tuduh pensijilan halal pun makan suap berjuta-juta. Kalau kita lihat pandemik Covid-19, yang banyak diakibatkan oleh pekerja-pekerja asing yang tinggal serumah macam ikan sardin. Siapa yang ‘sardinkan’ mereka?

KHUTBAH
Pada pandangan saya, orang agama tak kisah pasal rasuah. Bukti pertama, khutbah Jumaat. Berapa kali kita dengar tentang bahaya dan dosa besarnya rasuah? Yang kita dengar, dosa besar minum alkohol, dosa besar lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT), dosa besar berzina dan pelacuran dan dosa besar jadi pemikir liberal. Yang kita tak dengar, jenis-jenis rasuah, pemimpin-pemimpin besar berasuah, institusi agama pun tumpang berasuah dan golongan ustaz serta pemimpin politik Islam yang berasuah.

Saya semak khutbah Jabatan Kemajuan ISlam Malaysia (Jakim). Saya skrol tajuk-tajuk khutbah tahun 2020, tak ada rasuah. 2019, 2018, 2017, 2016 pun tak nampak. Saya terus search Google khutbah Jakim+rasuah. Baharu jumpa. Tahun 2013, tajuknya Kebersamaan Memerangi Rasuah. Maka saya pun bacalah. Mauduknya, khutbah itu bersikap terlalu umum.

Jadi, saya rumuskan, perjuangan membanteras rasuah bakal gagal. Sebabnya, narratif Islam kita dipegang oleh agamawan dan politikus agama yang berkepentingan. Tambahan pula, naratif wang dan kuasa tidak diperangi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu atau pun profesor Melayu.

Pepatah Melayu berkata, sekali air bah, sekali pantai berubah. Pepatah moden pula berbunyi, sekali Melayu rasuah, alamat sukar nak ubah-ubah.

Oleh: PROFESOR Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/bolehkah-melayu-tolak-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Dan Najib Yang Kini Sudah Tidak Dipedulikan Lagi Umno Menunggu Rebah Kerana Pimpinan Lemah Dan Rasuah

Zahid Dan Najib Yang Kini Sudah Tidak Dipedulikan Lagi Umno Menunggu Rebah Kerana Pimpinan Lemah Dan Rasuah

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 202 hits
NORAN RADZUAN PRESIDEN X PRESIDEN MENGHITUNG HARI Tiada lagi suara suara samada dari pemimpin pemuda dan Cybertrooper UMNO mempertahankan Najib mahu Zahid yg menjadi Presiden UMNO ketika ini Malah ada Exco Pemuda sibuk membela TS Muhyiddin ...
Ada Penjenayah Dalam Perikatan Nasional Sebab Itu Rasuah Cecah Paras Bahaya The Third Force

Ada Penjenayah Dalam Perikatan Nasional Sebab Itu Rasuah Cecah Paras Bahaya The Third Force

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 275 hits
Rakyat mempunyai pandangan tersendiri dari bawah dan kini disahkan lagi oleh Mahathir dari posisi atas yang tahu lebih banyak dan jelas Korup hanya berjaya dari segi kemeriahan dan kesungguhan yang dianjurkan golongan pertengahan tetapi has...
Tolak Pengusung Jenazah Keluar Daripada Khemah Zon Pui Polis Tahan Empat Beradik Larikan Mayat Bapa Dari Hospital

Tolak Pengusung Jenazah Keluar Daripada Khemah Zon Pui Polis Tahan Empat Beradik Larikan Mayat Bapa Dari Hospital

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 225 hits
93 total views 15 views today Polis menahan empat beradik di Kampung Panji Laut di Lahad Datu yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang berada di bawah kes pesakit dalam siasatan di Hospital Lahad Datu semalam Ketua Polis Daerah Lahad...
Tolak Darurat Derhaka Kepada Agong Atau Kerajaan Pn

Tolak Darurat Derhaka Kepada Agong Atau Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 485 hits
POSTED BY AMIR WRLRTuduhan kononnya Pakatan Harapan atau sesiapa yang menolak perisytiharan darurat bermakna derhaka kepada titah Yang di Pertuan Agong menjadi polemik yang hangat diperbincangkan Bagi pakar undang undang Perlembagaan Dr Azi...
Sriwijaya Air Ingatkan Keluarga Korban Tolak Oknum Tawarkan Urus Asuransi Kecelakaan

Sriwijaya Air Ingatkan Keluarga Korban Tolak Oknum Tawarkan Urus Asuransi Kecelakaan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 167 hits
District Manager Sriwijaya Air Pontianak Faisal Rahman mengingatkan pihak keluar korban jatuhnya pesawat Sriwijaya Air nomor penerbangan SJ 182 untuk menghindari penawaran oknum untuk mengurus asuransi kecelakaan karena sudah difasilitasi d...
Ronaldo Tolak Tawaran Arab Saudi

Ronaldo Tolak Tawaran Arab Saudi

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 373 hits
LONDON Cristiano Ronaldo dilaporkan menolak tawaran berjuta ringgit untuk memperomosikan produk pelancongan Arab Saudi Perjanjian bernilai 6 juta euro setahun difahamkan akan dibayar supaya Ronaldo membuat kunjungan ke negara berkenaan dan ...
Hadi Rasuah Adalah Mengambil Harta Secara Sukarela

Hadi Rasuah Adalah Mengambil Harta Secara Sukarela

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 207 hits
Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu kepada hakim hakim kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan dosa padahal kamu mengetahui Surah AlBaqarah Ay...
Perbicaraan Kes Rasuah Netanyahu Disambung

Perbicaraan Kes Rasuah Netanyahu Disambung

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 168 hits
Perbicaraan kes rasuah Netanyahu disambung Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Feb 2021 11 43PM
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa