Bolehkah Imam Menunggu Makmum Di Dalam Solat



Soalan:
Saya merupakan seorang imam di sebuah masjid di ibu kota. Bolehkah saya memanjangkan sedikit rukuk saya untuk menunggu makmum yang tiba lewat ke masjid supaya mereka memperolehi rakaat tersebut?

Jawapan:
Dalam solat berjemaah, jika seseorang itu sempat rukuk bersama imam, maka dia telah memperolehi rakaat tersebut walaupun dia hadir lewat dan masuk ke dalam solat ketika imam sedang rukuk. Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah telah berkata: “Jika seseorang itu sempat rukuk bersama imam dalam keadaan yang yakin sebelum imam bangun daripada rukuk, maka dia memperolehi rakaat tersebut.” [Rujuk al-Iqna’ fi Halli Alfaazi Abi Syuja’ (1/170)]

Perkara ini adalah bersandarkan kepada sebuah hadith:

إِذَا جِئْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ وَنَحْنُ سُجُودٌ فَاسْجُدُوا وَلَا تَعُدُّوهَا شَيْئًا وَمَنْ أَدْرَكَ الرَّكعَةَ فَقَدْ أَدْرَكَ الصَّلاةَ
“Jika kamu tiba untuk menunaikan solat, dan kami sedang sujud, maka teruslah melakukan sujud dan tidak dikira daripadanya sesuatu. Sesiapa yang memperolehi satu rakaat, maka dia memperolehi solat tersebut.” [Riwayat Abu Daud (893)]

Sheikh Syamsul Haq Al-'Azim Al-Abadi Rahimahullah telah memberi komentar ke atas hadith ini dengan berkata: “Jumhur para ulama’ salaf dan khalaf berpendapat bahawa sesiapa yang sempat rukuk bersama imam, maka rakaat tersebut dikira tanpa meletakkan syarat wajib untuk menghabiskan bacaan surah al-Fatihah.” [Rujuk ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud (3/108)]

Namun begitu, para ulama’ berbeza pandangan mengenai hukum imam menunggu makmum ketika rukuk bagi membolehkan makmum tersebut memperolehi rakaat tersebut kepada dua pandangan utama:

Pandangan Pertama: Makruh untuk imam menunggu ketika rukuk bagi membolehkan makmum masuk solat bersamanya. Ini adalah pandangan dalam mazhab Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam al-Auza’ie dan qaul qadim dalam mazhab Imam asy-Syafi’e.

Pengecualian diberikan jika dibimbangi berlakunya kemudaratan yang akan berlaku seperti jahilnya jemaah yang ditunggu tersebut sehingga dia menganggap telah memperolehi rakaat tersebut walaupun tidak sempat rukuk bersama imam. Maka, ketika itu dibolehkan untuk imam menunggu makmum masuk solat bersamanya ketika rukuk. [Rujuk al-Syarh al-Kabir (1/323)]

Perbuatan menunggu makmum di dalam solat adalah makruh kerana ia akan membebankan jemaah lain yang terpaksa menunggu jemaah tersebut. Di samping itu, perbuatan menunggunya seolah-olah melakukan perbuatan syirik dalam ibadah seperti riya’. Ini kerana imam telah melakukan satu perbuatan di dalam solat yang disebabkan oleh makhluk, bukannya perbuatan tersebut dilakukan kerana Allah. [Rujuk al-Mughni (2/173), Nail al-Author (3/165)]

Pandangan kedua: Sunat untuk menunggu jemaah lain ketika rukuk, tetapi dengan beberapa syarat. Ini adalah pandangan dalam mazhab Imam asy-Syafi’e dan Imam Ahmad. [Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/230), Tuhfah al-Muhtaj (2/259), Syarh Muntaha al-Iradat (1/267), al-Mughni (2/173-174)]

Imam an-Nawawi Rahimahullah telah berkata: “Yang sahih adalah sunat untuk imam menunggu makmum lain ketika rukuk dengan beberapa syarat iaitu; jemaah yang ingin menyertai imam sudah berada di dalam masjid ketika mana imam menunggu (pada waktu rukuk), tidak menunggu dalam tempoh yang sangat lama sehingga melampaui batas, dan melakukan perkara tersebut dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukannya kerana ingin memenangi hati orang yang akan masuk solat berjemaah dan untuk membezakannya dengan orang lain (seperti disebabkan kedudukannya yang tinggi).” [Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/230)]

Dalil kepada pandangan ini adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang diriwiyatkan daripada Anas bin Malik RA:

مَا صَلَّيْتُ وَرَاءَ إِمَامٍ قَطُّ أخَفَّ صَلَاةً، وَلَا أَتَمَّ مِنَ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم، وَإِنْ كَانَ لَيَسْمَعُ بكاءَ الصَّبيِّ، فيُخَفِّفُ مَخَافَةَ أَنْ تُفْتَنَ أمُّهُ
“Aku tidak pernah solat di belakang imam yang lebih ringan dan lebih sempurna daripada solat di belakang Nabi SAW. Apabila Baginda mendengar suara bayi menangis, maka Baginda akan meringankan solat tersebut kerana dibimbangi akan menyusahkan ibunya.” [Riwayat al-Bukhari (708) dan Muslim (469)]

Hadith ini menunjukkan bahawasanya Nabi SAW merubah keadaan solat untuk maslahah individu tertentu, iaitu demi kebaikan ibu kepada bayi yang sedang menangis yang berkemungkinan terganggu apabila mendengar suara tangisan anaknya. Keadaan ini adalah sama seperti keadaan imam yang menunggu sebentar untuk membolehkan jemaah lain masuk solat menyertainya. [Rujuk al-Syarh al-Mumti’ ‘ala Zad al-Mustaqni’ (4/198)]

Dalil lain yang dijadikan hujah menegenai perkara ini adalah berdasarkan hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri RA:

لقَدْ كَانَتْ صَلاةُ الظُّهْرِ تُقامُ فَيَذْهَبُ الذّاهِبُ إلى البَقِيعِ فَيَقْضِي حَاجَتَهُ, ثُمَّ يَتَوَضَّأُ, ثُمَّ يَأْتي ورَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ في الرَّكْعَةِ الأُولَى ممَّا يُطَوِّلُها
“Sesungguhnya solat zohor telah dimulakan, kemudian telah pergi salah seorang daripada kami ke Baqi’ untuk menunaikan hajatnya, kemudian dia berwudhu'. Selepas itu, dia kembali kepada Rasulullah SAW (yang menjadi imam solat Zohor) pada rakaat pertama yang telah dipanjangkannya.” [Riwayat Muslim (454)]

Imam asy-Syaukani Rahimahullah telah bekata: “Hadith telah menjadi dalil bagi mereka yang berpendapat bahawa disyariatkan untuk memanjangkan rakaat pertama bagi menunggu jemaah yang ingin solat bersama bagi memperolehi kelebihan berjemaah.” [Rujuk Nail al-Author (3/165)]

Bagaimana pula jika imam memanjangkan sedikit tempoh duduk ketika tasyahud akhir bagi membolehkan makmum yang tiba lewat untuk solat berjemaah bersama-sama dengan imam?

Kami nukilkan kata-kata Imam an-Nawawai Rahimahullah bagi menjawab persoalan ini: “(Keadaan Kedua), yang sahih adalah sunat untuk menunggu makmum ketika duduk tasyahud akhir dengan syarat-syarat terdahulu (jemaah yang ingin menyertai imam sudah berada di dalam masjid ketika mana imam menunggu pada waktu duduk tasyahud akhir), tidak menunggu dalam tempoh yang sangat lama sehingga melampaui batas, dan melakukan perkara tersebut dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukannya kerana ingin memenangi hati orang yang akan masuk solat berjemaah dan untuk membezakannya dengan orang lain (seperti disebabkan kedudukannya yang tinggi).” [Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/230)]

Kesimpulan

Kami berpandangan bahawa adalah disunatkan untuk imam menunggu makmum yang ingin solat berjemaah bersama-samanya, tetapi dengan beberapa syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Imam an-Nawawi serta diperincikan lagi oleh Sheikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Rahimahallah:

Hendaklah waktu imam menunggu dalam solat adalah ketika rukuk atau ketika duduk tasyahud akhir sahaja.Tidak ada kebimbangan terlepasnya waktu solat disebabkan perbuatan menunggu tersebut.Makmum yang ditunggu sudah berada di tempat solat ketika imam sedang menunggunya.Menunggu makmum yang lewat kerana Allah, bukan kerana sebab lain.Tidak menunggu makmum yang lewat terlalu lama.Tidak membezakan antara makmum yang ditunggu dengan makmum-makmum lain yang lewat sepertinya.Mempunyai sangkaan bahawa makmum yang baru datang akan mengkutinya (imam).Mempunyai sangkaan bahawa makmum yang ditunggu memahami bahawa dia memperolehi rakaat tersebut jika sempat rukuk bersama imam.Mempunyai sangkaan bahawa makmum yang ditunggu sempat melakukan takbiratul ihram dengan sempurna.
[Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/230), Nihayah az-Zain fi Irsyad al-Mubtadi’in (hlm. 132)]

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/bolehkah-imam-menunggu-makmum-di-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Solat Berjemaah Jika Imam Dan Makmum Berbeza Mazhab

Hukum Solat Berjemaah Jika Imam Dan Makmum Berbeza Mazhab

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 283 hits
Soalan Adakah sah solat jikalau imam dan makmum berbeza mazhab fiqh Jawapan Perbezaan MazhabSesungguhnya Islam datang dengan rahmat dan Islam sangat meraikan perbezaan Perbezaan yang berlaku dalam kalangan manusia ini akan terus berlaku seb...
Kadar Panjang Bacaan Imam Bagi Solat Fardhu

Kadar Panjang Bacaan Imam Bagi Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 252 hits
Soalan Ada seorang imam di surau saya ini suka baca ayat ayat yang panjang khususnya ketika solat maghrib dan isyak Kadang kadang waktu maghrib dia baca surah pendek Waktu isyak panjang pula Pada waktu subuh lagi panjang bacaan surahnya Ada...
Imam Tak Sempat Imamkan Solat Maut Kemalangan

Imam Tak Sempat Imamkan Solat Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 421 hits
MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR 23 Jun 2019 6 31 PM IPOH Imam Masjid Sultan Azlan Shah Mokhamad Ngifni Abdul Basir 33 tidak sempat mengimamkan solat Zuhur apabila dia
Niat Solat Jumaat Cara Mengerjakannya

Niat Solat Jumaat Cara Mengerjakannya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 628 hits
shoes on pray by Bagaimana niat solat Jumaat Dan bagaimana pula cara mengerjakan solat jumaat Ini adalah panduan mudah untuk melakukan sembahyang fardu jumaat Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini ...
Rotan Kaki Anak Murid Sebab Tidak Solat Ini Tindakan Bakal Dikenakan Kepada Cikgu Ini

Rotan Kaki Anak Murid Sebab Tidak Solat Ini Tindakan Bakal Dikenakan Kepada Cikgu Ini

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 489 hits
SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan sabitan terhadap seorang guru agama selepas dia didapati bersalah mencederakan kaki muridnya berusia 11 tahun menggunakan rotan kerana enggan menunaikan solat Rotan Kaki Anak Murid Sebab...
Guru Rotan Kaki Murid Enggan Solat Dipenjara Sehari Denda Rm4 000

Guru Rotan Kaki Murid Enggan Solat Dipenjara Sehari Denda Rm4 000

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 440 hits
Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan terhadap seorang guru agama selepas didapati bersalah mencederakan kaki muridnya menggunakan rotan kerana enggan menunaikan solat semalam Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman penjara sehari da...
Cara Solat Subuh Panduan Asas

Cara Solat Subuh Panduan Asas

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 806 hits
Bagaimana cara solat subuh Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat fardu subuh secara mudah dan boleh difahami oleh semua orang Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai Setiap bacaan akan dipermudahkan denga...
13 Rukun Solat Yang Wajib Diketahui

13 Rukun Solat Yang Wajib Diketahui

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 553 hits
Apakah rukun solat yang wajib diketahui Panduan ini akan menunjukkan kepada anda mengenai rukun solat perkara yang membatalkan solat dan perkara perkara lain yang berkaitan dengannya Anda WAJIB tahu kerana Jika anda tertinggal salah satu ru...
Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat

Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 2859 hits
Bagaimana bacaan doa iftitah yang betul Artikel ini akan memberi panduan mengenai bacaan doa iftitah yang betul dan dipermudahkan dengan ejaan Rumi Hukum berkaitan juga turut dinyatakan Semoga membantu mereka yang masih baru belajar solat P...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids