Hukum Solat Berjemaah Jika Imam Dan Makmum Berbeza Mazhab



Soalan:
Adakah sah solat jikalau imam dan makmum berbeza mazhab fiqh?

Jawapan:

Perbezaan Mazhab

Sesungguhnya Islam datang dengan rahmat dan Islam sangat meraikan perbezaan. Perbezaan yang berlaku dalam kalangan manusia ini akan terus berlaku sebagaimana firman Allah SWT:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ . إِلّا مَنْ رَّحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
“Dan kalaulah Tuhanmu mengkehendaki, tentulah Dia menjadikan manusia umat yang satu. Dan kerana itulah mereka terus menerus berselisih. Kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu, dan kerana itulah Dia menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: ‘Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam daripada jin dan manusia (yang derhaka)’.” [Surah Hud (118-119)]

Ibn Kathir dalam tafsirnya mengatakan: “Pendapat-pendapat dalam kalangan manusia dalam perkara agama, iktiqad, cara hidup, mazhab dan pandangan akan terus berlaku. Kata Ikrimah: “Manusia adalah berbeza dalam menerima petunjuk dan hidayah Allah”. Kata al-Hasan al-Basri pula: “Perbezaan juga berlaku dalam menerima rezeki, ada yang kaya memperoleh banyak rezeki, ada yang miskin, sedikit rezekinya.” Dan pendapat masyhur yang lebih tepat adalah pandangan yang pertama.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/361)

Perbezaan-perbezaan yang wujud antara mazhab-mazhab yang muktabar hanyalah perbezaan kecil yang melibatkan hal-hal cabang, iaitu perkara-perkara furu’iyyah. Ia bukanlah perbezaan yang melibatkan perkara-perkara usul seperti aqidah, tauhid mahupun prinsip-prinsip dasar agama.

Perbezaan antara mazhab ini muncul atas beberapa sebab yang sememangnya sukar untuk dielakkan, seperti perbezaan tafsiran terhadap sesuatu dalil, atau beza anggapan terhadap kekuatan sesuatu hadith dan sebagainya. Ini semua adalah sesuatu yang lumrah lagi terbuka dalam agama dan ia adalah sesuatu yang sudah diterima umat sejak dari hari-hari pertama sejarah agama Islam ini lagi.

Hukum Solat Berjemaah Berbeza Mazhab Antara Imam Dan Makmum

Kita dapati, para sahabat dan generasi-generasi selepas mereka saling bersolat jemaah sesama mereka sekalipun terdapat perbezaan pendapat dalam beberapa hal furu' sesama mereka sendiri. Teladan ini juga didokongi oleh para Imam Mazhab sendiri.

Syeikh Taha Jabir al-'Alwani yang merupakan ulama’ semasa menukilkan kisah adab imam mazhab dalam berbeza di dalam kitabnya Adab al-Ikhtilaf fi al-Islam: “Perbezaan pandangan dalam kalangan imam mazhab tidak menghalang mereka untuk solat bersama, sepertimana Imam Abu Hanifah dan pengikutnya, Imam al-Syafi'e dan para imam yang lain, mereka semua solat di belakang imam-imam Madinah yang bermazhab Maliki dan selain mereka, walaupun imam daripada mazhab Malik tidak membaca basmallah secara sirr mahupun jahar.”

Beliau berkata lagi: “Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa seseorang yang sedang solat lalu berlaku pendarahan pada hidung, maka batallah solatnya itu kerana pendarahan hidung adalah salah satu dari hal yang menyebabkan batalnya wudhu'. Lain pula dengan pendapat Imam Malik bin Anas, yang dari anak-anak muridnya lahir Mazhab Maliki, beliau berpendapat pendarahan hidung itu tidaklah membatalkan wudhu'. Akan tetapi apabila di suatu ketika salah seorang dari anak murid Imam Ahmad bertanya kepadanya, apakah hukum solat di belakang imam yang tidak memperbaharui wudhu' apabila berlaku pendarahan hidung? Imam Ahmad menjawab: Adakah patut aku enggan bersolat di belakang Imam Malik dan Sa'id ibn Musayyib?” (Lihat Adab al-Ikhtilaf fi al-Islam, hlm. 118-119)

Jawapan Imam Ahmad di atas jelas menunjukkan bahawa perbezaan pendapat antara dirinya dan Imam Malik tidak menjadi penghalang bagi dia untuk tetap bersolat jemaah di belakang Imam Malik atau para pengikut mazhab Maliki.

Hal ini dibuktikan oleh sejarah umat islam daripada generasi ke generasi, semua daripada mereka akan Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah haji mereka, padahal imam-imam di kedua-dua masjid kota suci tersebut, Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabawi sewaktu ketika dahulu adalah terdiri dari anak-anak murid Imam Malik bin Anas, iaitu bermazhab Maliki dan sehingga sekarang para imam di dua tanah suci tersebut bermazhab Hanbali. Akan tetapi perbezaan mazhab sebegini tidak menghalang mereka dari bersolat jemaah bersama-sama, sekalipun terdapat perbezaan dalam etika solat seperti bacaan Basmalah dan bacaan doa qunut Subuh antara keempat-empat mazhab tersebut.

Perbezaan yang timbul antara ajaran mazhab tidak sepatutnya menjadi batu penghalang bagi kita umat Islam dari bersatu berjemaah mendirikan solat menghadap Allah SWT.

Kata Ibn Qudamah: “Maka mereka yang berbeza pada perkara furu’ seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi’e, solat di belakang mereka sah dan tidak makruh. Imam Ahmad memberikan nas bahawa para sahabat dan tabi’in dan generasi selepas mereka, terus menerus solat berimamkan sesama mereka walaupun mereka berbeza pandangan pada perkara furu’, hal ini seolah-olah menunjukkan mereka ijma’ dalam perkara ini.” (Lihat al-Mughni, 2/141)

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah pernah ditanya: “Adakah sah solat makmum di belakang imam yang berbeza dengan mazhabnya?” Maka beliau menjawab: “Solat seseorang lelaki di belakang orang yang berbeza mazhab dengannya sah dengan kata sepakat para sahabat, tabi’in dan mazhab imam yang empat.” (Lihat Majmu’ al-Fatawa, 23/378)

Oleh itu, seseorang makmum itu boleh bersolat di belakang seorang imam yang berbeza mazhab dengannya. Hal ini dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، فَقُولُوا: رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ، وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا، وَإِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا أَجْمَعُونَ
“Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya. Apabila dia rukuk, maka rukuklah. Apabila dia membaca 'Sami’ Allahu li man Hamidah' maka katalah 'Rabbana wa lakal-Hamd'. Apabila dia sujud, maka sujudlah. Dan apabila dia solat duduk maka bersolat duduklah kamu semua (dalam jemaah).” [Riwayat al-Bukhari (734) dan Muslim (414)]

Imam al-Nawawi menyebut dalam syarahnya: “Pada hadith ini menunjukkan bahawa wajib makmum mengikut imam pada takbir, pada berdiri, pada duduk, pada rukuk dan pada sujud.” (Lihat Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim,4/132 )

Daripada Abu Mas’ud al-Ansari RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا
“Yang menjadi imam kepada sesebuah kaum itu adalah mereka yang paling mahir terhadap Kitab Allah (al-Quran). Sekiranya mereka setanding dalam bacaan maka (dahulukan) yang paling berilmu tentang al-Sunnah (untuk menjadi imam). Sekiranya pengetahuan mereka terhadap Sunnah itu sama maka yang menjadi imam adalah mereka yang paling awal berhijrah. Sekiranya mereka sama dalam berhijrah pula dahulukanlah mereka yang paling awal memeluk agama Islam.” [Riwayat Muslim (673)]

Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menyebut: “Sesungguhnya individu yang paling warak didahulukan ke atas orang yang faqih dan lebih mahir tentang al-Quran. Ini kerana tujuan dari menjadi imam itu akan terhasil lebih banyak dari orang yang warak berbanding selainnya.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 5/173).

Hadith ini menunjukkan seseorang imam itu bukan diikut kerana mazhab yang sama, tetapi berdasarkan kriteria yang ditetapkan, seperti yang paling warak, yang paling baik bacaannya, yang paling faqih dan seumpamanya.

Kita ditegah dari melakukan sesuatu pergerakan solat yang berbeza dengan imam semata-mata kerana perbezaan mazhab antara imam dan makmum. Ini adalah berdasarkan perintah yang jelas daripada baginda Nabi SAW yang melarang para makmum melakukan sesuatu pergerakkan solat yang berbeza dengan imam yang mereka ikuti.

Rasulullah SAW bukan sahaja melarang perbuatan solat yang berbeza dengan imam, tetapi juga melarang seseorang itu daripada melakukan sesuatu perbuatan solat yang mendahului imam sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

أَمَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الإِمَامِ، أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ، أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ
“Tidak takutkah salah seorang dari kalian apabila dia mengangkat kepalanya dari rukuk dan sujud sebelum imam, (lalu) Allah akan menjadikan kepalanya (seperti) kepala keldai atau Allah akan menjadikan bentuknya (seperti) bentuk keldai.” [Riwayat al-Bukhari (691) dan Muslim (427)]

Imam al-Nawawi menyebutkan dalam syarahnya: “Perumpamaan ini (yang diberikan di dalam hadis ini) menunjukkan bahawa haramnya perbuatan tersebut (mendahului imam).” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 4/151)

Di dalam mazhab Syafi’e sendiri, antara syarat mengikut imam adalah, makmum tidak boleh beriktiqad bahawa batalnya solat imam. Dr. Muhammad al-Zuhaili menyebut di dalam kitabnya: “Sekiranya seorang yang bermazhab Syafi’e mengikut imam yang bermazhab Hanafi yang berwudhu' dan bersolat berdasarkan mazhabnya, dan orang yang bermazhab Syafi'e tersebut beriktiqad bahawa solat imam yang bermazhab Hanafi itu batal, maka tidak sah untuk dia mengikutnya. Ibrahnya bergantung kepada iktiqad makmum terhadap sahnya solat imam ataupun tidak. Secara praktikalnya, seorang makmum mesti beriktiqad bahawa sahnya solat imam yang diikuti walaupun mereka berbeza pada perkara furu’ dan pada perkara ijtihad, serta sah solat imam yang diikutinya dengan sangkaan baiknya.” (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 1/414)

Dalam isu qunut subuh pula, Imam Syams al-Din al-Ramli pula menyebut mengenai isu ini di dalam kitabnya: “Sekiranya seorang yang bermazhab Syafi'e mengikut imam bermazhab Hanafi dalam solat subuh, sekiranya dia berqunut dan dia sempat untuk sujud bersama imam pada sujud pertama, maka dia boleh melakukannya, jikalau tidak sempat, maka dia tidak boleh lakukan qunut tersebut, dan dia mestilah sujud sahwi selepas imam memberi salam sebagaimana pandangan muktamad, kerana berdasarkan iktiqadnya bahawa imam terlupa. Berbeza pula sekiranya dia memberitahu imam bahawa iktiqad makmum adalah berqunut tetapi imam tetap tidak berqunut, maka ianya tidak menjadi sebab untuk sujud sahwi kerana qunut tersebut bukan ditinggalkan disebabkan terlupa. Maksudnya tidak dituntut bagi makmum untuk sujud sahwi disebabkan imam tersebut meninggalkan qunut dan dia tidak memintanya daripada imam, bahkan dilarang baginya untuk sujud.” (Lihat Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, 2/68)

Imam al-Nawawi pula menyebut: “Sekiranya seorang yang bermazhab Syafie mengikuti imam yang bermazhab Hanafi, dan imam tersebut tunggu sebentar selepas bangun daripada rukuk, dan dia sempat untuk berqunut, maka dia boleh lakukannya. Jikalau dia tidak sempat, maka dia mesti mengikut imam untuk bersujud, dan dia perlu sujud sahwi jika kita menganggap ianya iktiqad makmum, manakala jika kita menganggap ianya iktiqad imam, maka tidak boleh untuk dia bersujud sahwi. Sekiranya seorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang imam bermazhab Syafi'e dalam solat subuh, maka imam meninggalkan qunut disebabkan terlupa dan dia sujud sahwi, maka makmum tersebut perlu mengikutnya, dan sekiranya dia meninggalkan sujud sahwi, dia perlu sujud sahwi jika kita menganggap ianya iktiqad imam, jika tidak, dia tidak perlu sujud sahwi.” (Lihat Raudhah al-Talibin wa 'Umdah al-Muftin,1/348)

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah dalam merumuskan hal ini pula menyebut di dalam al-Fatawa al-Kubra: “Hal ini seharusnya bagi makmum mengikut imam berdasarkan ijtihad imamnya, apabila imam tersebut berqunut, maka berqunutlah bersamanya, sekiranya imam meninggalkan qunut, maka tidaklah dia berqunut. Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti.” (Lihat Fatawa al-Kubra, 2/252)

Justeru, apabila seorang makmum mengikut imam yang berlainan mazhab dalam solat jemaah, hendaklah dia mengikut imam tersebut serta bersangka baik dan yakin bahawa sahnya solat imam yang diikutinya, serta mengikut setiap tatacara solat imam tersebut. Sikap sebegini adalah merupakan dasar manhaj para imam mazhab yang empat dan ia paling menepati tujuan serta objektif pensyariatan solat berjemaah itu sendiri.

Kesimpulan

Sebagai penutup, berdasarkan hujah-hujah yang kami kemukakan, kami menyimpulkan bahawa sah solat seorang makmum bersama dengan imam yang berlainan mazhab dengan syarat dia yakin akan sahnya solat imam tersebut. Hal ini kerana mereka hanya berbeza pada perkara furu’, bukan pada perkara usul. Selain itu, dengan keterbukaan dan toleransi sesama umat islam, selagi seseorang sah pada pandangan mana-mana mazhab yang muktabar, maka tidak ada masalah dalam solat mereka antara imam dan makmum. Perbezaan dalam mazhab ini sebenarnya rahmat bagi sekalian umat islam dalam menyelesaikan pelbagai isu terutamanya dalam isu fiqh. Wallahu A’lam.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kepada kita semua kefahaman yang tepat dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/hukum-solat-berjemaah-jika-imam-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Imam Menunggu Makmum Di Dalam Solat

Bolehkah Imam Menunggu Makmum Di Dalam Solat

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 466 hits
Soalan Saya merupakan seorang imam di sebuah masjid di ibu kota Bolehkah saya memanjangkan sedikit rukuk saya untuk menunggu makmum yang tiba lewat ke masjid supaya mereka memperolehi rakaat tersebut Jawapan Dalam solat berjemaah jika seseo...
Imam Tak Sempat Imamkan Solat Maut Kemalangan

Imam Tak Sempat Imamkan Solat Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 421 hits
MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR 23 Jun 2019 6 31 PM IPOH Imam Masjid Sultan Azlan Shah Mokhamad Ngifni Abdul Basir 33 tidak sempat mengimamkan solat Zuhur apabila dia
Kadar Panjang Bacaan Imam Bagi Solat Fardhu

Kadar Panjang Bacaan Imam Bagi Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 252 hits
Soalan Ada seorang imam di surau saya ini suka baca ayat ayat yang panjang khususnya ketika solat maghrib dan isyak Kadang kadang waktu maghrib dia baca surah pendek Waktu isyak panjang pula Pada waktu subuh lagi panjang bacaan surahnya Ada...
Solat Sunat Wuduk Amalan Bilal Bin Rabah

Solat Sunat Wuduk Amalan Bilal Bin Rabah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1377 hits
Bismillah Apakah amalan Bilal bin Rabbah yang buatkan Rasulullah dengar derap sandalnya di syurga Sesudah seseorang mengambil wuduk disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat Solat ini dikenali juga dengan nama Solat ...
Doa Selepas Solat Rumi

Doa Selepas Solat Rumi

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 5406 hits
Doa Selepas SolatDalam rumi Bis milla hirrahma nirrahimAlhamdu lillahi rabbil alamin Allahumma solliwasallim ala saiyidina Muhammadiw wa ala a lihi wasah bihi ajma in Allahumma inna nas alukal afwa wal afiah wal mu afatad da imah fiddi ni w...
Beritahu Anak Dalam Kandungan Yang Kita Nak Solat Bila Besar Dia Mudah Lakukan Solat

Beritahu Anak Dalam Kandungan Yang Kita Nak Solat Bila Besar Dia Mudah Lakukan Solat

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 381 hits
Didik anak faham tentang solat sejak dalam kandungan boleh membantu ibu untuk beribadah dengan tenang Pada permulaanya mungkin bayi akan merenggek tapi bila mereka mula membesar mereka akan faham dan mudah melakukan ibadah Masa mengandung a...
Pakai Kasut Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Sedang Solat

Pakai Kasut Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Sedang Solat

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 357 hits
Tular di media sosial samada di dalam Facebook atau Twitter beberapa rakaman menunjukkan seorang wanita masuk ke dalam masjid dengan membawa seekor anjing dan memakai kasut Pakai Kasut Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Seda...
Doa Selepas Solat Dhuha Beserta Rumi

Doa Selepas Solat Dhuha Beserta Rumi

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1018 hits
Doa Selepas Solat Dhuha Rumi Allahumma innadh dhuha a dhuha uka wal bahaa a bahaa uka wal jamaala jamaaluka wal quwwata quwwatuka wal qudrata qudratuka wal ishmata ishmatuka Allahuma inkaana rizqi fis samma i fa anzilhu wa inkaana fil ardhi...
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 477 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025