Bolehkah Haiwan Yang Dikasi Alat Jantannya Dijadikan Qurban


Soalan
Assalamualaikum SS Mufti. Bolehkah haiwan yang telah dikasi, dijadikan sebagai haiwan korban?
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Takrif Kasi
Menurut Kamus Dewan Bahasa, kasi bermaksud sudah dihilangkan alat jantannya atau tidak ada sifat jantannya lagi. Perbuatan mengasi bermaksud menghilangkan alat jantannya. Perkataan lain yang memiliki maksud yang hampir sama ialah kembiri. Ia juga bermaksud tidak ada jantannya atau sifat kejantanannya, atau sudah dihilangkan jantannya. Mengembiri merupakan perbuatan seseorang menghilangkan (membuang) alat jantannya. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)
Kasi atau castrate dalam istilah perubatan ialah merujuk kepada perbuatan membuang testis. Dalam istilah arab, ia disebut (الإخصاء) iaitu penghapusan fungsi alat jantina manusia atau haiwan (lelaki/jantan).
Menurut Wikipedia, pengembirian atau pengasian (castration) adalah tindakan bedah dan atau menggunakan bahan kimia yang bertujuan untuk menghilangkan fungsi testis pada jantan atau fungsi ovarium pada betina. Pengembirian dapat dilakukan baik pada haiwan ataupun manusia. (Lihat Wikipedia Ensiklopedia Bebas)
Kembiri atau kasi kambing adalah satu proses dimana testis kambing jantan dibuang untuk menjadikan kambing tersebut sesuai menjadi kambing pedaging. Apabila testis pada zakar kambing jantan ini dibuang maka kambing tersebut tidak dapat mengawan di mana ianya akan menjadi lebih gemuk akibat kurang aktif untuk mengawan. (Lihat Kembiri Kambing (Kasi) oleh Mohd Anim Hosnan)
Pada asasnya, para ulama’ mazhab Syafi’e membolehkan mengasi haiwan yang halal dimakan ketika haiwan tersebut masih kecil, dan mengharamkannya ketika haiwan tersebut sudah besar. Imam Nawawi menukilkan pendapat Imam Baghawi yang menyebut: “Haram mengasi semua haiwan yang tidak boleh dimakan. Adapun haiwan yang boleh dimakan maka boleh mengasinya ketika masih kecil, dan haram ketika sudah besar.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, 9/117)
Ulama’ Hanabilah membolehkan pengembirian binatang ternakan kerana ia akan mengelokkan (menggemukkan) dagingnya, dan memakruhkan mengasi binatang yang tidak halal kerana tidak ada manfaatnya dan menyakiti mereka. Begitu juga para ulama’ Hanafiyyah dan Malikiyyah juga membolehkan pengembirian pada haiwan ternakan yang halal dimakan. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 19/122)
Bolehkah Haiwan Kasi Dijadikan Haiwan Korban?
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يُضَحِّيَ ، اشْتَرَى كَبْشَيْنِ عَظِيمَيْنِ ، سَمِينَيْنِ ، أَقْرَنَيْنِ ، أَمْلَحَيْنِ مَوْجُوءَيْنِ
Maksudnya: “Bahawa apabila Rasulullah SAW hendak melaksanakan qurban, maka Baginda membeli dua ekor kibasy yang besar, gemuk, bertanduk dan berwarna belang (hitam dan putih), yang dikasi.”
Riwayat Ibn Majah (3122), Ahmad (25046) dan al-Baihaqi dalam
al-Sunan al-Kubra (18827) dan Syu’ab al-Iman (1486)
Manakala dalam lafaz yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah R.A, beliau berkata:
ذَبَحَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الذَّبْحِ كَبْشَيْنِ أَقْرَنَيْنِ أَمْلَحَيْنِ مُوجَأَيْنِ
Maksudnya: Nabi SAW pada hari Korban menyembelih dua ekor kambing yang bertanduk, hitam putih bulunya, dan dikasi.”
Riwayat Abu Daud (2795)
Imam al-Khattabi Rahimahullah berkata: “Sebahagian ulama’ memakruhkan haiwan yang dikasi kerana kekurangan anggotanya. Yang sahih, ia tidaklah makruh. Ini kerana pengasian (castration) akan memberikan manfaat pada dagingnya (menjadi enak/gemuk), dapat menghilangkan lemak serta bau busuk haiwan. Anggota tersebut juga bukan anggota yang dimakan.” (Lihat Syarh al-Sunnah, 4/335. Pendapat ini juga dinukilkan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, 10/10)
Imam Nawawi berkata: “Diharuskan (binatang korban) sama ada jantan, betina atau yang dikasi.” (Lihat Minhaj al-Talibin, 320)
Al-Bujairimi juga menyebut bahawa dibolehkan haiwan korban daripada binatang ternakan seperti unta, lembu, kambing sama ada betina atau jantan walaupun yang dikasi. (Lihat Hasyiyah al-Bujairimi ‘ala Syarh al-Manhaj, 4/397)
Dr Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya menyebut: “Para ulama bersepakat bahawa korban tidak dibolehkan kecuali dengan binatang ternakan iaitu: Unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri (termasuk kambing) dengan segala jenisnya mencakupi yang jantan atau betina, sama ada yang dikasi atau yang tidak dikasi (pejantan). (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/259)
Kesimpulan
Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di atas, haiwan atau ternakan yang telah dikasi adalah boleh dan sah untuk dibuat korban atau akikah. Ia tidaklah termasuk dalam kecacatan yang menghalang sahnya sesuatu haiwan untuk dijadikan korban.
Semoga Allah SWT menerima ibadah korban yang kita lakukan dan mengurniakan kita ilmu dan kefahaman dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin.
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Bolehkah Haiwan yang Dikasi Alat Jantannya Dijadikan Qurban? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/bolehkah-haiwan-yang-dikasi-alat-jantannya-dijadikan-qurban/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Buah Feri Akan Dijadikan Produk Pelancongan

Lima Buah Feri Akan Dijadikan Produk Pelancongan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 434 hits
Kenyataan media Datuk Pengerusi SPPP Pulau Pinang 22hb Jun Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Datuk Tan Teik Cheng mengumumkan bahawa lima buah feri ikonik lama Pulau Pinang akan diserahkan kepada syarikat yang berkelayakan mulai ...
Hiburan Seluar Tidur Dijadikan Baju Netizen Terhibur Dengan Gelagat Aaisyah Dhia Rana

Hiburan Seluar Tidur Dijadikan Baju Netizen Terhibur Dengan Gelagat Aaisyah Dhia Rana

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 313 hits
Gelagat anak perempuan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana mencuri perhatian warganet apabila beliau memuatnaik satu hantaran video di akaun Instagramnya sedang memperagakan fesyen ciptaannya sendiri AdvertisementSebelum ini warganet ter...
Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang

Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 437 hits
Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang Satu lagi projek perlombongan sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar untuk menggali bijih besi di kawasan hutan simpan yang sudah dinyahwartakan di Kuala ...
Sterling Bengang Dijadikan Umpan Untuk City Dapatkan Kane

Sterling Bengang Dijadikan Umpan Untuk City Dapatkan Kane

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 253 hits
Tidak keterlaluan untuk mengatakan Raheem Sterling merupakan salah satu tunjang utama kepada kejayaan Manchester City dalam mendominasikan kejuaraan domestik di England untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini Bagi pasukan yang memiliki...
Tempahan Qurban Secara Online Melalui Nuraqiqah 1442 2021 Di Tanah Suci Makkah

Tempahan Qurban Secara Online Melalui Nuraqiqah 1442 2021 Di Tanah Suci Makkah

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 301 hits
Assalamualaikum Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang kini tempahan korban boleh dilakukan secara Online atau dalam talian di NurAqiqah NurAqiqah juga menjadikan ibadah korban dan aqiqah semakin mudah dan cepat dan lebih...
Design Logo Almasyhur Qurban

Design Logo Almasyhur Qurban

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 485 hits
Design LogoAlMasyhur Qurban Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau lain lain sila hubungi kami melalui email atau telegram Email Visit our W...
Aqiqah Centre Tawarkan Qurban Online Kambing 2021

Aqiqah Centre Tawarkan Qurban Online Kambing 2021

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 410 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Aqiqah Centre Tawarkan Qurban Online Kambing 2021 pula dengan korang Ya lah dalam suasana PKP kat negara kita sekarang nie memang susah kalau plan nak buat apa pun kan Jadi nak mudahkan ...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Free Ferry Services In Penang For Wesak Day

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel