Boleh Tamatkan Pkp Tetapi Ketatkan Sop Tiada Rentas Negeri Pakar Perubatan



“PKP tetapi macam tak PKP”. Itulah persepsi dan tanggapan rata-rata masyarakat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di seluruh negara, kecuali Sarawak.
Isu itu timbul apabila ‘PKP 2.0’ dikatakan tidak begitu berjaya melandaikan kes penularan COVID-19 yang mencecah empat angka setiap hari dengan penguatkuasaannya dilihat amat longgar, dan kerana itu ada rasa bimbang jika PKP kali ini ditamatkan, situasi jangkitan COVID-19 dalam negara akan menjadi lebih teruk.
Bagi Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, apa yang lebih penting adalah prosedur operasi standard (SOP) diketatkan agar penularan pandemik itu tidak menjadi lebih parah dan matlamat untuk menurunkan angka kes semaksimum yang mungkin akan dapat dicapai.
“Orang jadi marah sekarang ini kerana walaupun PKP, tetapi SOP tidak tentu hala, seperti tiada PKP. Sebenarnya kalau tiada PKP tidak apa tetapi SOP dan pematuhannya adalah yang paling penting bagi melandaikan lengkung penularan,” katanya kepada Bernama.
Pada 25 Jan lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKP yang dijadual berakhir pada 4 Feb ini, tidak akan dilanjutkan bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaannya.
Namun keesokannya, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia hanyalah bayangan yang dibuat oleh Dr Noor Hisham, dan keputusan sama ada pelaksanaan PKP lebih ketat atau kembali kepada PKP Bersyarat (PKPB), bergantung kepada keputusan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dr Zainal Ariffin berkata jika PKP ditamatkan dan PKPB diperkenalkan kembali, perlunya larangan menjalankan perjumpaan sosial beramai-ramai atau apa jua perhimpunan yang melibatkan ramai orang, selain larangan rentas negeri.
“Mana-mana majlis tertutup khususnya seperti makan-makan, kenduri-kendara, sambutan hari jadi yang melibatkan ramai orang tidak seharusnya dibenarkan. Buat seperti negara lain contohnya di Singapura, hanya lima orang sahaja maksimum boleh berkumpul untuk majlis sosial.
“Selain itu, jadikan pemakaian pelitup muka sebagai mandatori iaitu apabila keluar rumah sahaja automatik pakai atau dikenakan tindakan. Penjarakan fizikal juga perlu diutamakan, kalau nampak ramai berkerumun di kedai atau pejabat, ambil tindakan,” katanya.
Sementara itu, Dr Zainal Ariffin berkata kerajaan perlu bertindak lebih tegas terhadap industri perkilangan dengan menutup kilang terbabit apabila terdapat laporan bahawa pekerja mereka positif COVID-19.
“Kilang mencatatkan kes yang sangat tinggi, jadi kerajaan perlu lebih bertegas…kalau dahulu bila kes ribu-ribu baru diarahkan tutup, tetapi sekarang ini jika kilang catatkan satu atau dua kes sahaja ia perlu diarahkan tutup sampailah keadaan bertambah baik,” katanya.
Beliau berkata kerajaan juga sepatutnya menyediakan dan menunjukkan kepada rakyat segala strategi mereka untuk melawan COVID-19, sepertimana Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengeluarkan 200 muka surat strategi untuk memerangi COVID-19 pada hari pertama menjadi presiden.
Dr Zainal Ariffin berkata kerajaan juga boleh melaksanakan PKP bersasar dengan ‘menutup’ negeri-negeri yang mencatatkan kes yang tinggi seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
Beliau turut mengingatkan meskipun PKP ditamatkan dan diganti dengan kaedah yang lain, namun angka positif diramal tidak akan menurun untuk sekurang-kurangnya 10 hingga 14 hari berikutan tempoh pengeraman COVID-19.
Senada dengan Dr Zainal Ariffin, pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Yahya Mat Arip berkata negara lebih memerlukan PKP secara bersasar, berbanding secara menyeluruh, yang boleh dilaksanakan terhadap sektor ‘panas’ yang telah dikenal pasti.
“Kita sedia maklum akan kesan pelaksanaan PKP terhadap masyarakat, terutamanya dari segi sektor ekonomi dan pada masa yang sama juga, kita perlu menangani wabak COVID-19 dengan bilangan kes empat angka…mengimbangi kedua-dua perkara ini ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa.
“Pihak berkuasa sudah mengenal pasti beberapa sektor yang menjadi ‘hotspot’ kepada kes COVID-19, maka mungkin boleh PKP disasarkan kepada sektor-sektor ini,” katanya sambil menambah, tempoh 14 hari mungkin boleh dijadikan asas untuk PKP bersasar.
Beliau berkata sama ada PKP, PKPB atau PKP Pemulihan (PKPP) dilaksanakan atau SOP diperketatkan sekalipun, jika kesedaran masyarakat adalah rendah, ia juga tidak akan membantu menurunkan bilangan kes dan seterusnya menyekat penularan wabak COVID-19.
Katanya, PKP adalah usaha fizikal dalam menghalang usaha virus untuk mencari ‘perumah’ (manusia), maka sebab itu semasa PKP kerajaan mengehadkan pergerakan dan interaksi rapat ‘perumah’ agar jangkitan terhadap ‘perumah’ baharu dapat dihalang.
“Kesedaran masyarakat sangat penting dalam mematuhi SOP yang ditetapkan dan ini adalah cabaran yang sangat besar. Kita perlu mengambil contoh masyarakat New Zealand dalam mematuhi SOP dan kita lihat kepada kejayaan mereka. Majoriti masyarakat faham akan peri pentingnya dalam mematuhi SOP tetapi ada juga sebahagian yang tidak, mereka inilah akan mendatangkan masalah,” katanya.
Dr Yahya berkata oleh itu, vaksin adalah cara untuk menghadapi masalah COVID-19 dalam masyarakat iaitu dengan mewujudkan imuniti kelompok, negara akan mempunyai peluang lebih baik dalam menyekat penularan COVID-19.
– BERNAMA

The post Boleh tamatkan PKP tetapi ketatkan SOP, tiada rentas negeri – Pakar perubatan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/31/boleh-tamatkan-pkp-tetapi-ketatkan-sop-tiada-rentas-negeri-pakar-perubatan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=boleh-tamatkan-pkp-tetapi-ketatkan-sop-tiada

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Pakar Perubatan Cadangkan Ketatkan Sop Serta Tiada Rentas Negeri Bagi Tamatkan Pkp

Covid19 Pakar Perubatan Cadangkan Ketatkan Sop Serta Tiada Rentas Negeri Bagi Tamatkan Pkp

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 292 hits
Covid19 Pakar perubatan cadangkan ketatkan SOP serta tiada rentas negeri bagi tamatkan PKP Covid19 Pakar perubatan cadangkan ketatkan SOP serta tiada rentas negeri bagi tamatkan PKP PKP tetapi macam tak PKP Itulah persepsi dan tanggapan rat...
Suami Isteri Pjj Boleh Rentas Negeri Bermula Esok

Suami Isteri Pjj Boleh Rentas Negeri Bermula Esok

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 355 hits
KHABAR gembira buat pasangan jarak jauh apabila mereka dibenarkan merentas negeri bermula Rabu Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Selasa petang Namun katanya pasang...
Menteri Rentas Negeri Kebal Langgar Pkp

Menteri Rentas Negeri Kebal Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 308 hits
Prosidur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan telah pun wujud sejak Mac 2020 Namun malangnya pihak berkuasa sering memburu dan mengkompaun rakyat marhaen yang melanggar SOP sedangkan pada masa sama kurang bertindak ke atas menteri m...
No Pkp No Darurat Ketatkan Dan Kuatkan Sop

No Pkp No Darurat Ketatkan Dan Kuatkan Sop

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 302 hits
Rakyat tidak takut lalai ambil mudah ambil ringan dengan alasan dan harapan covid 19 AKAN berlaku pada orang lain pada org tua lain dan bukan pada aku dan keluarga aku Kami kebal kuat antibody Pemimpin kerajaan hingga ke tahap PM memberi co...
Pkp 2 0 Disambung Hingga 18 Februari Rentas Negeri Aktiviti Sosial Masih Tidak Dibenarkan

Pkp 2 0 Disambung Hingga 18 Februari Rentas Negeri Aktiviti Sosial Masih Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 247 hits
Hasimi MuhamadFebruari 2 2021 Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri Gambar hiasanKUALA LUMPUR Rentas negeri dan aktiviti...
Permohonan Rentas Negeri Pada Musim Pkp Dan Pkpb

Permohonan Rentas Negeri Pada Musim Pkp Dan Pkpb

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 3431 hits
Assalamualaikum sahabat reader sekalian Semua orang tahu PKP 2 0 telah dilanjutkan sehingga 4 Feb 2021 jadinya semua rakyat tidak dibenarkan merentas negeri dan daerah sesuka hati kerana kes covid 19 makin galak sekarang angka kes cecah rib...
Boleh Pula Menteri Rentas Negeri Berkumpul Makan Tidak Amal Jarak

Boleh Pula Menteri Rentas Negeri Berkumpul Makan Tidak Amal Jarak

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 298 hits
FAZLI RADZIBuat kesekian kalinya orang ramai menganggap kerajaan mengamalkan dasar pilih kasih apabila menteri dilihat selamba melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dan prosedur operasi standard bagi mengawal penularan Covid 19 Tular gambar...
Rentas Negeri Punca Zon Hijau Di Kenakan Pkp

Rentas Negeri Punca Zon Hijau Di Kenakan Pkp

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 401 hits
Assalammualaikum Salam pagi minggu yang tak ada bezanya dengan hari hari biasa Biasa la berada di negeri zon merah 24jam 7 hari seminggu hanya berkurung dalam rumah la dengan anak anak bila tak ada urusan penting untuk keluar Sampaikan buda...
Mengejutkan Polis Kelantan Lulus Lebih 52 000 Kebenaran Rentas Daerah Negeri

Mengejutkan Polis Kelantan Lulus Lebih 52 000 Kebenaran Rentas Daerah Negeri

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 369 hits
Polis Kelantan meluluskan lebih 52 000 surat kebenaran rentas daerah dan negeri kepada golongan yang dibenarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri itu bermula 16 Januari lalu di negeri itu Ketua Polis Kelantan DCP Shafi...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage