Jaga Anak Lelaki Kena Sabar Maklumlah Hero Geram Tapi Sayang


Bila ada anak lelaki, memang pening! Dia punya lasak tu macam-macam perangai dia buat. Akal pun panjang, ada saja idea. Anak lelaki ada kebaikan mereka tersendiri, biarpun kuat bermain tapi mereka cukup prihatin dan peka dengan perasaan orang terutamanya ibu mereka.
Artikel Menarik: [Bijak Selesai Masalah, Anak Suka Membaca Akalnya Kreatif!]
Nak jaga anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya bukan mudah. Ada cabaran tersendiri, maklumlah setiap anak ada perwatakan dan kerenah tersendiri kan? Untuk ibu ayah yang mempunyai anak lelaki, berikut beberapa tip yang boleh Pa&Ma kongsikan untuk anda;
PANTAU TAHAP AGRESIF ANAK
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya), dan kemudian beraksi seolah-olah mereka membunuh orang jahat. Jika anak lelaki anda pernah bermain begini, ia menunjukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan.

Melakonkan watak sebagai polis dan penjahat atau bermain ala-ala situasi berdepan zombi dapat menggalakkan anak untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah). Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan.
Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar. Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif.
Tidak perlu marah, cukup sekadar menerangkan perkara yang harus mereka tahu supaya mereka faham dan bukannya mengelak daripada melakukannya kerana takut dimarahi anda.
TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Ayah terutamanya digalakkan untuk melayan isteri, ibu dan adik-beradik perempuan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh.
Artikel Menarik: [Ketahuilah! Bila Anak Buat Kita ‘Angin’, Dia Cuma Mahu Perhatian]
Salah satu cara yang baik untuk mengajar anak lelaki cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.

TEKANKAN CIRI-CIRI KEBAIKAN DAN SENSITIVITI
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh membacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan. Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau mengalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.
Meraikan anak lelaki dengan kasih sayang dan penghargaan juga boleh menjadikan mereka lebih mudah mendengar kata.
GALAKKAN EKSPRESI EMOSI
Sentiasa berikan galakan kepada anak  untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu ayah anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang seusatu hal.
Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan judge tetapi beri galakan untuk mereka bercerita dengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan anak.

BERI ANAK RUANG
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja. Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama.
Jika bermain dengan ayah, banyakkan permainan survival. Ibu pula boleh banyakkan bermain dengan aktiviti skil harian.
Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sedari kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Jaga Anak Lelaki Kena Sabar, Maklumlah Hero. Geram Tapi Sayang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jaga-anak-lelaki-kena-sabar-maklumlah-hero-geram-tapi-sayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bulu Mata Senyuman Bikin Cair Baru 9 Bulan Wajah Anak Tasha Shila Buat Ramai Geram

Bulu Mata Senyuman Bikin Cair Baru 9 Bulan Wajah Anak Tasha Shila Buat Ramai Geram

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 178 hits
Kelibat ibu cantik jelita Tasha Shila sudah lama tidak muncul di kaca TV Semuanya demi memberi perhatian lebih kepada cahaya mata sulungnya Raees Zander yang kini sudah pun berusia sembilan bulan Melewati Instagram Tasha tidak gemar berkong...
Lirik Sabar Sayang Amstr

Lirik Sabar Sayang Amstr

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 249 hits
sebenarnya sa ni ada jalan cari uangbukan mo jalan jalan sembarangko tunggu saja pasti nanti sa pulangjadi sa harap ko bisa tahansa su tau ko jadi tolong mengertisa tidak mungkin hilang sa masih disinisa ada banting tulang hampir sa mo mati...
Orang Ingat Aku Takut Bini Tapi Anak Yg Minta Boleh Tak Jangan Sentuh Perempuan Ketika Berlakon

Orang Ingat Aku Takut Bini Tapi Anak Yg Minta Boleh Tak Jangan Sentuh Perempuan Ketika Berlakon

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 200 hits
Sebak mendengar pengakuan ikhlas pelawak bernama Joey ini Jujur mengakui ketika sibuk dengan melawak dia terlalai sehingga terlupa akan tanggung jawabnya
10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri

10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 186 hits
Melihat pengorbanan isteri melahir dan membesarkan anak tidak terungkap dengan kata kata Begitu banyak yang dikorbankan isteri untuk membesarkan bayi kecil kita Inilah yang cuba dikongsikan pelakon Aiman Hakim Ridza buat isteri tercintanya ...
Waspada Ini Bukan Merupakan Bentuk Kasih Sayang Tapi Toxic

Waspada Ini Bukan Merupakan Bentuk Kasih Sayang Tapi Toxic

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 167 hits
Ingat hal hal semacam ini bukan merupakan bentuk kasih sayang sama sekali Ini namanya toxic
Anak Meragam Sepanjang Jalan Sampai Muka Pucat Tapi Tindakan Bapanya Mendapat Pujian

Anak Meragam Sepanjang Jalan Sampai Muka Pucat Tapi Tindakan Bapanya Mendapat Pujian

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 154 hits
AGAM anak kecil yang kuat menangis sememangnya menjadi dugaan buat pasangan yang baru berkahwin Begitulah yang dialami suami isteri ini apabila terpaksa memasang buaian untuk menidurkan anak mereka di dalam kereta yang sedang bergerak Video...
Hiburan Minta Duit Dekat Anak Tapi Kena Tengking Tindakan Wanita Ini Raih Pujian Netizen

Hiburan Minta Duit Dekat Anak Tapi Kena Tengking Tindakan Wanita Ini Raih Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 225 hits
Sebagai anak kita pastinya akan melakukan apa sahaja untuk membahagiakan kedua ibu bapa tidak kiralah dari segi emosi dan wang ringgit Namun tidak semua anak mempunyai rasa tanggungjawab yang sama dan membiarkan ibu bapa terabai dan menghar...
Aurat Ibu Masa Menyusukan Anak Kena Jaga Didik Ajar Anak Anak Lain Rasa Hormat

Aurat Ibu Masa Menyusukan Anak Kena Jaga Didik Ajar Anak Anak Lain Rasa Hormat

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 187 hits
Kita bertutup dengan kain namun ada waktunya perlakuan kita diperhatikan dengan rasa kurang senang pada orang yang memandang Begitu juga dengan anak anak kita yang lain Di saat kita sedang menyusu sambil kita mencari ruang tersorok ada baik...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran