Boleh Sambung Solat Selepas Salam Kerana Tidak Cukup Bilangan Rakaat Jabatan Mufti Wp Jabatan Mufti N Selangor




SOALAN: Bagaimanakah kalau kita bagi salam sebelum cukup rakaat, kemudian baru perasan atau diberitahu rakaat belum cukup. Betulkah kita perlu bangun dan tambah bilangan rakaat yang tidak cukup, kemudian sujud sahwi dan bagi salam, atau kena solat semula dari awal. Bagaimana pula kalau setelah salam yang awal tadi kita dah bercakap dan bergerak?
Jazakallah atas perhatian syeikh.
 

JAWAPAN 1: Jabatan Mufti WP
Dalam hal ini, sayugia kita merujuk kepada sejarah Islam, dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim dan lain-lain riwayat, bahawa Rasulullah SAW solat fardu Zuhur, dalam satu riwayat solat fardu Asar, sebanyak 2 rakaat lalu Baginda SAW bangkit menuju ke pintu dengan wajahnya yang serius. Lalu seorang sahabat yang dipanggil Dzul Yadain bertanya kepada Rasulullah SAW:
نَسِيتَ الصَّلَاةُ أَمْ أَقُصِرَتِ
Maksudnya: Adakah solat telah dipendekkan (oleh Syarak) atau engkau telah lupa ?

 

Jawab Rasulullah SAW: Solat tidak dipendekkan dan aku tidak pula lupa. Baginda SAW lalu bertanya kepada para sahabat yang lain: Apakah benar yang dikatakan Dzul Yadain itu?. Mereka membenarkannya. Lalu Baginda SAW bangkit dan menyempurnakan baki solat dua rakaat lagi beserta sujud sahwi. [Hadis riwayat Imam Muslim (573) dalam Sahihnya]
 

Hadis ini menerangkan tunjuk ajar Nabi SAW kepada para sahabatnya, dan umat keseluruhannya, tentang tatacara melengkap solat fardu yang tidak sempurna bilangan rakaatnya, kerana lupa atau sebagainya.


Justeru boleh disambung untuk melengkapkan bilangan rakaat yang belum sempurna jika selepas salam yang tersilap itu tidak diselangi dengan percakapan dan pergerakan yang banyak. 


Manakala, jika sudah berlalu tempoh yang panjang berserta pergerakan yang banyak (seperti mandi, makan minum) maka perlu ditunaikan semula solat daripada awal. Wallahua`lam. [JabatanMufti WP]

Jawapan 2: Jabatan Mufti Negeri Selangor
Merujuk kepada persoalan tuan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA beliau berkata;

 

Mafhumnya: “Rasulullah SAW telah solat bersama kami dalam salah satu solat al-‘asyi (zohor atau asar)”- Imam Ibnu Sirin menyatakan bahawa “Saidina Abu Hurairah RA telah memberitahu nama solat tersebut namun aku terlupa” - Saidina Abu Hurairah berkata: “Baginda SAW solat dengan kami dua rakaat kemudian memberi salam.

 

Lalu Baginda SAW bangun pergi ke sebatang kayu yang diletakkan melintang di dalam masjid lalu bersandar padanya dalam keadaan seperti menahan marah, lalu Baginda SAW meletakkan tangan kanannya ke atas tangan kiri lantas menyilangkan jari jemari, kemudian Baginda SAW meletakkan pipi kanannya di belakang tapak tangan kiri”. Kemudian para jama’ah yang keluar awal dari masjid berkata “solat telah dikurangkan kepada dua rakaat”. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar RA yang berada di belakang Nabi SAW tidak bertanyakan apa-apa kepada Baginda SAW kerana rasa hormat yang tinggi kepada Baginda SAW.

 

Di kalangan para sahabat ada seorang lelaki yang panjang tangannya digelar Zul Yadain bertanya kepada Baginda SAW. “Adakah kamu terlupa atau (rakaat) solat telah dikurangkan?” Baginda SAW menjawab “aku tidak terlupa dan solat juga tidak dikurangkan”. Baginda SAW betanya kepada para sahabat berkaitan kurangnya bilangan rakaat seperti yang didakwa. “Apakah benar apa yang dikatakan Zul Yadain?” Para sahabat menjawab “ya”.

 

Lantas Nabi SAW melangkah ke hadapan (tempat imam) lalu menyempurkan (rakaat) solat yang ditinggalkan kemudian memberi salam. Kemudian Baginda SAW bertakbir lalu sujud sepertimana sujudnya yang lalu atau lebih panjang (sujud sahwi), kemudian mengangkat kepalanya (bangun dari sujud) sambil bertakbir dan kemudian sujud semula sepertimana sujudnya yang lalu atau lebih panjang, kemudian mengangkat kepalanya sambil bertakbir”. Ibnu Sirin ditanya “adakah Baginda SAW memberi salam selepas takbir terakhir? Beliau menjawab, “aku diberitahu ‘Imran bin Husoin RA berkata “kemudian Baginda SAW memberi salam (selepas takbir terakhir)” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

Hadis di atas menjelaskan bahawa, seseorang yang sedar selepas memberi salam bahawa dia telah tertinggal rakaat solat, wajib bangun segera untuk menyempurnakan solatnya dengan syarat;

 

i. Jarak masa di antara memberi salam dan menyambung semula solat tidak terlalu lama. Di penghujung solat, disunatkan untuk sujud sahwi iaitu dengan dua kali sujud. Akan tetapi, jika selang masa terlalu lama maka solat wajib diulang semula dari awal.

 

ii. Tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk atau solat. Percakapan yang sedikit seperti menjawab teguran orang lain berkaitan bilangan rakaat tidak membatalkan solat. [JabatanMufti Negeri Selangor]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.orangmuo.my/2024/11/boleh-meneruskan-solat-selepas-salam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umrah Selepas Solat Subuh Sangat Nyaman Santai Dan Tidak Meletihkan

Umrah Selepas Solat Subuh Sangat Nyaman Santai Dan Tidak Meletihkan

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 256 hits
Hari Wukuf di Arafah bagi musim Haji 1445H dijangka jatuh sama ada pada 15 atau 16 Jun 2024 Majoriti jemaah haji Malaysia biasanya telah pun tiba awal di Makah antara 20 25 hari sebelum tiba hari wukuf di Arafah Ruang waktu dan hari yang ba...
Remaja 18 Tahun Maut Dihanyutkan Ombak Besar Selepas Selfie Tepi Tebing

Remaja 18 Tahun Maut Dihanyutkan Ombak Besar Selepas Selfie Tepi Tebing

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 185 hits
Suzalina Halidsuzalina bh com myFoto tangkap layar media sosialKUALA LUMPUR Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas dihanyutkan ombak kuat ketika bergambar di tepi tebing di Pantai Semeti Lombok Indonesia sebelum video yang m...
Cuba Lari Selepas Ragut Beg Lelaki Maut Langgar Pagar Kem Pga

Cuba Lari Selepas Ragut Beg Lelaki Maut Langgar Pagar Kem Pga

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 198 hits
Mohd Roji Kawimdroji bh com myMotosikal suspek yang terbalik selepas melanggar pagar besi di Kem PGA Batu Kawa Foto ihsan IPD PadawanKUCHING Seorang lelaki yang cuba melarikan diri sebaik meragut beg tangan milik seorang wanita maut selepas...
Wanita Ini Berjaya Dapatkan Semula Duitnya Daripada Scammer Selepas Ditipu Menerusi Instagram Ini Caranya

Wanita Ini Berjaya Dapatkan Semula Duitnya Daripada Scammer Selepas Ditipu Menerusi Instagram Ini Caranya

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 155 hits
Menerusi laman sosial X seorang wanita telah berkongsi bagaimana dia mendapatkan kembali wangnya daripada scammer Ceritanya dia telah membeli barang atas talian menerusi penjual dari Instagram namun parcel tersebut tidak sampai ke rumah mem...
Salam Takziah Ayu Citarasa Rinduan

Salam Takziah Ayu Citarasa Rinduan

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum WBT LEWAT petang semalam Sk baca status Blogger Che Mat Gebu bahawa En Razali bin Hamis suami kepada telah kembali ke rahmatullah Tak silap Sk En Razali telah 5 hari berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Enche Besar Hajjah Kh...
Salam 32 0 Ceroi

Salam 32 0 Ceroi

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 148 hits
Zainuddin Omar Prestasi calun PM11 yang di gembar gemburkan paling teruk antara semua negeri Negeri lain elok sahaja meningkat bajet kewangan mereka tetapi Terengganu menurun Nak salahkan siapa Salahkan sendiri kerana memilih negeri tanpa p...
Resipi Ubi Kayu Sira Ni Memang Sedap Pedas Manis Cukup Rasa

Resipi Ubi Kayu Sira Ni Memang Sedap Pedas Manis Cukup Rasa

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 136 hits
Ubi Kayu Sira Gula Pedas ini adalah kudapan orang lama yang sangat sedap Rasanya pedas manis membuatkan macam tak boleh berhenti makan Ringkas sahaja resipinya dan mudah disediakan Bagi yang nak cuba saudari Fatin Ramli ada kongsikan cara c...
14 Januari 2020 14 Januari 2025 Cukup 5 Tahun

14 Januari 2020 14 Januari 2025 Cukup 5 Tahun

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tarikh keramat ni akan tersemat dalam hidup CCL sampai bila bila Tanggal 14 Januari 2020 betul betul mengajar CCL apa itu erti kehilangan Kehilangan yang paling menyakitkan adalah kematian Kehilangan oran...
Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Bakwan Cucur Sayur

Dapur Goodday Misi Sarimah Tuyah Vs Che Ton

An Old Article The Contemptible M Y Power Elites

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home

Di Mana Keberkatan Sahur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akaun Bank Dibekukan Jangan Panik Ini Cara Buka Semula Akaun Anda

Pagi Lagi Dah Lagu Raya

Jom Jadi Boss Buka Branch Mixue Di Lokasi Anda Dengan Modal Yang Rendah Sahaja

Permohonan Ismp 2025 Biasiswa Perguruan Persekutuan

Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar

Speed Read A Royal Enfield Himalayan 450 Rally Bike And More