Umrah Selepas Solat Subuh Sangat Nyaman Santai Dan Tidak Meletihkan



Hari Wukuf di Arafah bagi musim Haji 1445H dijangka jatuh sama ada pada 15 atau 16 Jun 2024. Majoriti jemaah haji Malaysia biasanya telah pun tiba awal di Makah antara 20 - 25 hari sebelum tiba hari wukuf di Arafah.

Ruang waktu dan hari  yang banyak sementara menanti saat rukun Haji paling utama iaitu hari wukuf pada 9 Zulhijah, para bakal haji sudah tentu ingin mengambil peluang dan kesempatan untuk menunaikan umrah sunat sebeberapa banyak yang boleh dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.

Berdasarkan pengalaman sendiri setelah  menunaikan umrah pada sebelah malam, pagi dan tengah hari, maka amat disyorkan kepada jemaah haji yang tinggal jauh berulang alik ke masjid, supaya melakukan Umrah Sunat pada waktu pagi selepas solat Subuh, dan ini adalah yang terbaik, kerana kita dapat melakukannya dengan lebih tenang tidak tergesa-gesa, cuaca pada waktu pagi di sini sangat sesuai dengan penduduk Malaysia, ruang masa pun agak panjang. 

Setiap hari ke masjid berjalan kaki sejauh 2km pergi dan balik jika mampu dan keadaan ini sudah tentu memberi kesan yang agak berat menggunakan banyak tenaga terutama mereka yang sudah berumur, ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas menyebabkan ramai menghidap masalah kesihatan seperti demam, batuk, dan selesema.  Alternatif terbaik mengatasi masalah tersebut anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi dengan kos 20 riyal sekali perjalanan.

Berdasarkan isu-isu di atas yang sering dihadapi, maka melaksanakan Umrah bermula selepas solat Subuh (Subuh Mekah 4.11pagi) ketika tubuh kita cukup rehat dan cukup tidur adalah pilihan terbaik. Kualiti tidur yang sihat dan rehat yang cukup sangat membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh menjadi lebih segar. Satu perkara lagi, cuaca pada waktu pagi amat nyaman dan suhu belum begitu panas sesuai dengan tubuh kita.


Selepas bersarapan, jam 5.30 pagi terus berangkat ke miqat terdekat iaitu Tanaim, jika naik teksi ia mengambil masa kira-kira 10 atau 15 minit.  Selesai solat tahiyat masjid, solat sunat ihram, dan berniat umrah dan berihram, segera bertolak ke Haramain. Biasanya kos tambang 50 Riyal dari hotel ke Tanaim dan ke Masidilharam. Pastikan duit tambang mesti di bayar ketika telah tiba di Masjidilharam.

Ketika tiba diperkarangan masjid kira-kira jam 6.00 pagi, cuaca masih lagi nyaman dan persekitaran Kaabah masih lagi redup. Segeralah tunaikan tawaf 7 keliling dengan tenang, tidak perlu tergesa-gesa mahu cepat selesai. Tenang is good.

Bermula dari sudut hajar aswad, mulakan dengan mengangkat tangan kearah hajar aswad dan takbir 3 kali, bismillahi allahuakbar, bismillahi allahuakbar, bismillahi allahuakbar dan kucup tangan lalu teruskan pusingan.

Masalah yang sering timbul ketika tawaf ramai yang terlupa atau was-was berapa bilangan pusingan yang telah dilakukan.  Maka cara terbaik untuk mengingat bilangan pusingan tawaf adalah dengan menyediakan doa-doa tertentu yang berbeza dibaca pada setiap pusingan ketika berada dari penjuru Kaabah rukun Iraqi, rukun Syam hingga penjuru Kaabah rukun Yamani.  Anda boleh sediakan nota ringkas atau nak mudah beli saja nota umrah di kedai atau shoppe. InsyaAllah anda tidak akan terlupa setiap pusingan tawaf.

Doa yang dibaca ketika berada dari penjuru Kaabah hajar aswad ke rukun Iraqi adalah sama setiap pusingan, "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah allahuakbar, walahaulawala kuwata illa billa hil aliyil aziim". Baca berulang kali.

Manakala doa ketika berada antara rukun Yamani ke penjuru hajar aswad pula bacalah, "Robbana aatina fidunia hasanah wafilaakhirati hasanah wakina azabannaar" berulang kali.

Selesai tawaf pada pusingan ke tujuh secara sedikit demi sedikit anda harus bergerak mengarah ke kanan untuk laluan keluar dari tawaf dan pastikan telah melepasi garisan penjuru aswad, dan lakukanlah solat sunat tawaf setentang berhadapan pintu Kaabah atau Makam Ibrahim.

Kemudian segera bergegas ke tempat Saie dan lakukan Saie bermula dari Sofa.  Ketika melakukan Saie sama juga halnya sering terlupa bilangan. Kaedah untuk mengingat sama seperti ketika tawaf iaitu sediakan doa-doa ringkas berbeza bagi setiap kali Saie.

Selesai saja Saie segeralah menggunting rambut untuk bertahalul, maka selesailah sudah pekerjaan Umrah.  Setelah 3 jam selesailah umrah dalam kedaan cuaca masih lagi nyaman, tidak panas.  Anda berjaya menyelesaikan ibadah umrah kira-kira jam 9.00 pagi.  Enak bukan.  Semoga memberi manfaat kepada pembaca.

Para jemaah haji sering dinasihatkan dan dingatkan oleh pihak Tabung Haji supaya sentiasa menjaga kesihatan diri fizikal dan mental kerana menjelang hari-hari ketika berada di Arafah hingga Mina, ia adalah hari-hari yang sangat mencabar menguji kesabaran dan kecergasan diri setiap tetamu Allah.

Justeru, dua minggu atau sekurang-kurangnya 10 hari sebelum hari wukuf para jemaah haji dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti berat seperti tidak melakukan Umrah dan sebagainya untuk memastikan setiap individu berada dalam keadaan yang cukup bersedia dari aspek kesihatan diri serta kemampuan fizikal dan mental tahap tinggi bagi menghadapi hari-hari yang penuh dengan pelbagai ujian.

Demi keselamatan kesejahteraan dan kesihatan diri, supaya ibadah haji dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menepati syarat dan dan syariat maka semua para tetamu Allah perlu peka dan patuh dengan segala arahan dan maklumat daripada pihak Tabung Haji. Semoga ibadah haji dan umrah kita diterima Allah swt, Aamiin.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.orangmuo.my/2024/06/tempat-penginapan-jauh-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Sambung Solat Selepas Salam Kerana Tidak Cukup Bilangan Rakaat Jabatan Mufti Wp Jabatan Mufti N Selangor

Boleh Sambung Solat Selepas Salam Kerana Tidak Cukup Bilangan Rakaat Jabatan Mufti Wp Jabatan Mufti N Selangor

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 59 hits
SOALAN Bagaimanakah kalau kita bagi salam sebelum cukup rakaat kemudian baru perasan atau diberitahu rakaat belum cukup Betulkah kita perlu bangun dan tambah bilangan rakaat yang tidak cukup kemudian sujud sahwi dan bagi salam atau kena sol...
Ramai Puji Idea Balang Solat Diana Danielle Anak Makin Semangat Nak Solat

Ramai Puji Idea Balang Solat Diana Danielle Anak Makin Semangat Nak Solat

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 79 hits
Lain orang lain caranya Idea pelakon cantik jelita Diana Danielle bagi menggalakkan kedua anaknya menunaikan ibadah solat dipuji ramai Mana tidaknya menerusi beberapa perkongsiannya di Insta Story anak perempuannya Aurora dilihat sedang gig...
Ozlynn Syukur Sambut Bulan Rejab Bersama Keluarga Dapat Solat Berjemaah Mengaji

Ozlynn Syukur Sambut Bulan Rejab Bersama Keluarga Dapat Solat Berjemaah Mengaji

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 113 hits
Pelakon Ozlynn syukur apabila dapat menyambut bulan Rejab bersama suaminya Johan dan anak anak dengan melakukan ibadah keagamaan seperti solat berjemaah mengaji dan usrah Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ozlynn atau nama sebenarnya R...
Rukun Solat

Rukun Solat

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 102 hits
Rukun solat terbahagi pula kepada tiga bahagian iaitu fi li qauli dan qalbi Maksud Qalbi ialah rukun melibatkan hati niat tertibMaksud Qauli pula ialah rukun melibatkan perkataan atau bacaan Bacaan harus didengar oleh telinga sendiri Antara...
Ustaz Kazim Kongsi Doa Untuk Anak Autisme Baca 16 Kali Lepas Solat

Ustaz Kazim Kongsi Doa Untuk Anak Autisme Baca 16 Kali Lepas Solat

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 55 hits
Dikurniakan seorang anak autism sememangnya satu anugerah dan ladang pahala yang besar buat ibu bapa Namun berdepan cabaran dan kesabaran dalam mendidiknya bukan sedikit Tampil prihatin dengan ibu bapa Ustaz Kazim Elias tampil berkongsi doa...
Wanita Ini Berjaya Dapatkan Semula Duitnya Daripada Scammer Selepas Ditipu Menerusi Instagram Ini Caranya

Wanita Ini Berjaya Dapatkan Semula Duitnya Daripada Scammer Selepas Ditipu Menerusi Instagram Ini Caranya

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 81 hits
Menerusi laman sosial X seorang wanita telah berkongsi bagaimana dia mendapatkan kembali wangnya daripada scammer Ceritanya dia telah membeli barang atas talian menerusi penjual dari Instagram namun parcel tersebut tidak sampai ke rumah mem...
Cuba Lari Selepas Ragut Beg Lelaki Maut Langgar Pagar Kem Pga

Cuba Lari Selepas Ragut Beg Lelaki Maut Langgar Pagar Kem Pga

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 99 hits
Mohd Roji Kawimdroji bh com myMotosikal suspek yang terbalik selepas melanggar pagar besi di Kem PGA Batu Kawa Foto ihsan IPD PadawanKUCHING Seorang lelaki yang cuba melarikan diri sebaik meragut beg tangan milik seorang wanita maut selepas...
Remaja 18 Tahun Maut Dihanyutkan Ombak Besar Selepas Selfie Tepi Tebing

Remaja 18 Tahun Maut Dihanyutkan Ombak Besar Selepas Selfie Tepi Tebing

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 88 hits
Suzalina Halidsuzalina bh com myFoto tangkap layar media sosialKUALA LUMPUR Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas dihanyutkan ombak kuat ketika bergambar di tepi tebing di Pantai Semeti Lombok Indonesia sebelum video yang m...
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Jjcm Kuching Day 2 Semenggoh Nature Reserve

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Five Benefits Of Orange Juice

Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Advertise Up To 200 Million Emails