Boleh Memprorog 9799



1.20 petang: Pimpinan utama PH mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Petaling Jaya. Sebelum itu difahamkan wakil rakyat PKR berkumpul lebih awal dan mengadakan mesyuarat dalaman. Antara yang dilihat tiba di hotel itu ialah Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; Chang Lih Kang (Naib Presiden PKR); Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip antara yang dilihat hadir di hotel di PJ

Anwar yang ditemui media bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan sebelum memasuki lif. 
"Saya ada mesyuarat," katanya.

LANGSUNG: MP Ranau nafi sertai Azmin tinggalkan PKR
Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 8:36 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 1:25 tengahari

LANGSUNG | Kemelut penjajaran semula kuasa politik negara memasuki hari kelima. Ia bermula dengan cubaan mengalih kuasa yang gagal pada Ahad lalu. Semalam perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, membayangkan apa akan berlaku dalam tempoh sehari dua ini, iaitu membentuk kerajaan yang melangkaui sempadan parti. 

LANGSUNG 1.16 petang: Seorang daripada ahli parlimen PKR yang dinamakan sebagai mengikut Azmin Ali meninggalkan parti itu hari ini mendakwa beliau tidak terlibat dalam langkah tersebut. Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, berkata beliau masih kekal sebagai ahli parlimen PKR. Pengumuman itu dibuat hanya tiga hari selepas sekumpulan 11 ahli parlimen PKR mengumumkan keputusan mereka menjadi ahli parlimen bebas. "Untuk rekod, saya masih dalam PKR. Saya juga menafikan memberi persetujuan meninggalkan PKR. "Saya akan menjelaskan hal ini kepada jawatankuasa dan biro (parti) petang ini," katanya di Facebook. 
1 petang: Sidang DUN Johor - yang dijadual berlangsung pada 5 Mac ini - ditangguhkan ke tarikh baru, kata Adun PH Mengkibol, Tan Hong Pin. Kata Tan, perkembangan itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat, namun tiada tarikh ditetapkan setakat ini. Katanya sidang itu akan diadakan apabila kemelut yang melanda sekarang dapat ditangani. 

12.55 tengah hari: Portal berita The Star Online melaporkan Yang di-Pertuan Agong akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-raja Melayu sebelum solat Jumaat, esok. Sebentar tadi Dr Mahathir Mohamad - selaku perdana menteri interim - mengadap Agong di Istana Negara. Hampir semua ahli parlimen mengadap Agong dalam usaha menyelesaikan kemelut politik yang berlaku sekarang. Seorang pegawai Istana Negara pula memberitahu, mesyuarat esok belum lagi dapat disahkan. 

12.50 tengah hari: Adun Pemanis di Johor, Dr Chong Fat Full, mengumumkan beliau menjadi penyokong PH. "Saya mengekalkan sokongan kepada PH," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini. Sebelum ini Chong sering disebut-sebut sebagai Adun yang akan meninggalkan PKR dan dipercayai menyertai tujuh Adun Bersatu menurunkan tandatangan menyokong pembentukan gabungan kerajaan baru di Johor. Dengan pengumuman terbaru Chong hari ini, kedudukan kerusi di DUN Johor adalah 28 untuk kerajaan negeri berbanding 26 pembangkang. Dua Adun lagi - Salahuddin Ayub dari Amanah dan Mazlan Bujang (Bersatu) - tidak menandatangani akuan bersumpah. 

Sumber:
LANGSUNG: MP Ranau nafi sertai Azmin tinggalkan PKR

12.25 tengah hari: Dr Mahathir Mohamad tiba semula di Perdana Putra dengan kenderaan rasminya. Media sempat merakam air muka Dr Mahathir yang kelihatan suram. Beliau sebelum itu mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

12.20 tengah hari: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, mengaitkan cadangan kerajaan perpaduan dibayangkan Mahathir Mohamad dengan pemerintahan diktator. Membuat kenyatan di Twitter, ahli parlimen Shah Alam itu berkata, Mahathir meninggalkan PH apabila Bersatu keluar dari gabungan berkenaan. "Beliau mahukan mandat untuk dirinya atas kapasiti peribadi, tiada ikatan, tiada komitmen kepada sesiapa. "Kuasa penuh dan mutlak. Bagaimana kita bersetuju untuk suatu kediktatoran?" ciapnya. Menurut beliau, langkah PH menyokong Anwar Ibrahim adalah tindakan yang betul diambil walaupun mempunyai risiko.

LANGSUNG: Kedah kini ditadbir Bersatu dan PH 
Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 8:36 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 12:34 tengahari

LANGSUNG | Kemelut penjajaran semula kuasa politik negara memasuki hari kelima. Ia bermula dengan cubaan mengalih kuasa yang gagal pada Ahad lalu. Semalam perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, membayangkan apa akan berlaku dalam tempoh sehari dua ini, iaitu membentuk kerajaan yang melangkaui sempadan parti. 

LANGSUNG 12 tengah hari: Di Alor Setar, Kedah, Mukhriz Mahathir berkata negeri itu kini ditadbir bersama oleh Bersatu dan PH. Menurut menteri besar itu, bagaimanapun ia bukanlah kerajaan perpaduan seperti yang dibayangkan oleh bapanya merangkap perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad. "Semuanya kekal kecuali kami kini dikenali sebagai kerajaan Bersatu-PH," katanya. Beliau juga memberitahu, pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa. Kata Mukhriz beliau mengadap pihak istana hari ini dan memaklumkan perkembangan politik semasa, selain menyerahkan 18 surat perakuan daripada semua Adun PH dan Bersatu yang menyokongnya kekal sebagai menteri besar. "Baginda sultan memperkenankan surat sokongan itu, justeru kerajaan negeri berharap rakyat kekal tenang dan rasional," katanya. Mukhriz menambah, Kedah tidak terjejas dengan perkembangan yang berlaku di peringkay pusat. "Fokus kami ialah Kedah dan kami berharap krisis yang berlaku sekarang dapat diselesaikan segera," katanya. Menemani Mukhriz membuat kenyataan itu ialah Adun dari Amanah, DAP dan PKR. 

12 tengah hari: Selepas berada dalam Istana Negara kira-kira sejam, Dr Mahathir Mohamad dihat meninggalkan kawasan itu. Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan dibuat. Terdahulu perdana menteri interim itu menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

11.30 pagi: Annuar Musa menafikan laporan akhbar The Star yang mendakwa Umno serta PAS bersetuju menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri. Kata Setiausaha Agung Umno itu, laporan tersebut tidak benar. "Pendirian kami tetap (iaitu) agar parlimen dibubarkan. "Sebarang kenyataan rasmi hanya dikeluarkan oleh presiden dan setiausaha agung," ciapnya di Twitter.

Terdahulu The Star memetik Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mendakwa semua ahli parlimen mereka serta Umno menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Muhyiddin.

10. 57 pagi: Dr Mahathir Mohamad memasuki Pintu 1 Istana Negara.

10.30 pagi: Kenderaan membawa Dr Mahathir bergerak meninggalkan pejabatnya untuk ke Istana Negara.

10.10 pagi: Menurut laporan, Dr Mahathir Mohamad akan mengadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi ini. Hal itu disahkan kemudian oleh Pejabat Perdana Menteri kepada Malaysiakini. 

10 pagi: Isteri perdana menteri interim, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, memasuki pekarangan Jabatan Perdana Menteri. Kenderaan membawa Siti Hasmah kemudian berhenti sejurus selepas melepasi pintu masuk, sebelum kelihatan beliau mengedarkan bar coklat kepada wartawan yang menunggu di situ. "Ambil... mari ambil," katanya katanya sambil menghulurkan bekas coklat tersebut. Ditanya mengenai kesihatan dirinya, Siti Hasmah - seperti biasa - tersenyum sambil berkata: "Alhamdulillah, sihat,"katanya. Beliau turut menasihati petugas media yang membuat liputan di situ sejak Isnin supaya menjaga kesihatan masing-masing. "Jaga diri ya," katanya tersenyum. 

9 pagi: Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, berkata PH berpendapat cadangan Dr Mahathir untuk menubuhkan kerajaan melangkaui batas parti tidak dapat diterima kerana kerajaan sebegitu tidak terikat dengan sebarang manifesto PRU14. Katanya ia juga bercanggah dengan mandat yang diperoleh daripada rakyat pada 9 Mei 2018. Menciap di Twitter pagi ini, Ong bagaimanapun berkata PH berterima kasih kepada Mahathir kerana ketegasannya menolak kerjasama dengan Umno dan PAS atas dasar prinsip. Dengan alasan sama juga, katanya, PH meminta Mahathir membentuk kerajaan baru bersama PH. Melalui cadangan yang dibawa Mahathir, kata Ong, beliau boleh melantik sesiapa saja termasuk Azmin Ali yang menyebabkan PH tumbang daripada kerajaan baru-baru ini. "Ini tidak boleh diterima PH dan kebanyakan pengundi," katanya. Menurut Ong lagi, kegagalan Mahathir menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH juga membuatkan gabungan itu tidak ada pilihan lain kecuali menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri demi menunjukkan komitmen mereka terus melaksanakan manifesto. 

8.55 pagi: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut baik tindakan PH yang tegas dan jelas menamakan calon perdana menteri mereka, dan pada masa yang sama memberikan komitmen untuk meneruskan mandat yang diberikan oleh rakyat pada Mei 2018. Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan, berkata masalah sebenar PH bukanlah pada dasar perjuangan mahupun manifesto sebaliknya tindakan mereka membelakangkan janji tersebut serta terlalu lemah dalam pelaksanaannya. "PH juga terlalu kerap bergaduh dalam isu persoalan peralihan kuasa dan tidak mempunyai kata sepakat dalam isu-isu yang melibatkan isu perkauman," katanya.

S Arutchelvan

Pada masa sama PSM melihat Dr Mahathir Mohamad sudah hilang mandat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan atau membentuk kerajaan campuran kerana tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen. "Dalam keadaan ini, langkah terbaik untuk beliau ialah berundur dan melepaskan masa depan politik negara kita kepada parti-parti lain. "Tindakan Mahathir melepaskan kuasa dan membuat satu peralihan secara aman, akan dilihat sebagai tindakan bijak seorang negarawan kanan, sebaliknya jika kemelut ini terus dimain-mainkan berdasarkan sentimen perkauman, atau sentimen kroni dan sebagainya, maka beliau akan dituduh sebagai pihak yang mencetuskan harapan dan pada masa sama menghancurkan harapan tersebut," kata Arutchelvan. 

8.15 pagi: Umno mengarahkan semua ketua bahagiannya dari seluruh negara berkumpul di ibu pejabat parti itu hari ini. Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, berkata mereka dipanggil untuk menghadiri pertemuan khas bersama presiden parti serta anggota majlis tertinggi pada jam 3 petang. Dalam siri ciapannya di Twitter, Annuar juga mengulangi pandangan bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, mengenai keabsahan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim. "Dalam keadaan sekarang option (pilihan) hanya satu!!! Kembalikan kuasa kepada rakyat, bubar parlimen dan dalam masa 60 hari adakan pilihan raya umum," katanya. Untuk rekod, selepas menjadi peguam negara, Apandi dilantik menjadi pengerusi Lembaga Disiplin Umno sebelum beliau meletak jawatan baru-baru ini. 

7.30 pagi: Bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, meminta maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kemelut yang sedang melanda sekarang. Katanya mungkin ada antara orang ramai yang menganggap semua ahli politik adalah "dua kali lima saja" "Ini bukan 'politik rakyat' yang mencetuskan reformasi satu ketika dahulu. Tapi kali ini - dalam simpang-siur yang memeningkan - silap-silap hari bulan, mereka bosan, mual dan jelak," katanya. Justeru, ahli parlimen Kuala Selangor itu berharap rakyat tidak terus dibebani dengan gelagat buruk serta kerakusan ahli politik, termasuk perbuatan mengkhianati perjuangan dan rakan. "Apa yang dipaparkan itu mengganggu kesejahteraan bahkan menambahkan penyeksanaan hidup rakyat," katanya. Beliau juga menyarankan semua pihak agar tidak menghangatkan lagi suasana dengan memainkan sentimen perkauman dan agama. 

7 pagi: Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali mempersoalkan keabsahan jawatan perdana menteri sementara. Beliau yang sebelum ini berkhidmat sebagai pengerusi Lembaga Disiplin Umno berkata, perlembagaan negara tidak memperuntukkan jawatan tersebut. "Perdana menteri interim tiada dalam perlembagaan. "Dalam keadaan sekarang, mengikut konvensyen, Agong boleh membubarkan Dewan (Rakyat) atas budi bicara tuanku, jika pada hemat tuanku tiada ahli parlimen yang memperoleh kepercayaan ahli dewan untuk dilantik sebagai perdana menteri," katanya. Ketika PH - yang dijatuhkan sebahagian pemimpin dalam PKR dan Bersatu - mahukan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, BN dan PAS pula mahu agar parlimen dibubarkan untuk membuka jalan kepada pilihan raya umum ke-15. Dalam keadaan tiada mana-mana pihak memiliki majoriti di parlimen, erpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan selepas baginda selesai menemui semua ahli parlimen di Istana negara pada kelmarin dan semalam.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512367

Kuasa Agong tangani krisis politik negara
Ali Imran Mohd Noordin
Diterbitkan Hari ini 11:43 pagi hari

Keterampilan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Ketua Utama Negara Malaysia dan "Payung Negara" menjadi kunci utama meleraikan konflik politik yang sedang melanda negara. Beberapa perkembangan terkini menggoncang kepimpinan serta pentadbiran negara dengan yang paling mengejutkan, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 24 Feb sebagai perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang kemudian melantik beliau sebagai perdana menteri interim (sementara). Peletakan jawatan Perdana Menteri juga membawa maksud peletakan jawatan seluruh anggota Kabinet. Kelmarin (25 Feb), di perkarangan Istana Negara, Al-Sultan Abdullah bertitah baginda akan melaksanakan tanggungjawab baginda bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani perkembangan politik semasa negara. Satu daripada tindakan yang diambil baginda ialah menemu bual sendiri semua 221 Ahli Parlimen (tidak termasuk Dr Mahathir) pada 25 Feb dan 26 Feb bagi mendapatkan maklum balas serta pendapat setiap anggota Dewan Rakya, antaranya mengenai situasi politik negara. Menurut pakar perlembagaan negara, Professor Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, peranan penting Yang di-Pertuan Agong dapat dilihat dengan lebih mudah dalam keadaan seperti ini kerana sesuai dengan peranan baginda sebagai pengimbang kepada pelaksanaan sistem demokrasi negara. 

Beliau memberitahu Bernama, takhta Yang di-Pertuan Agong yang seringkali dianggap segelintir masyarakat hanya sekadar simbol, hari ini terbukti dalam memainkan peranan sebagai pengimbang yang bijaksana kepada kestabilan keadaan politik negara. “Kemelut politik kali ini menampilkan kesukaran tertentu terutamanya dalam menangani perkara sensitif dan persoalan perundangan yang tidak nyata secara harfiah dalam Perlembagaan. “Namun, sehingga kini Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan kebijaksanaan baginda sehingga menambahkan keyakinan rakyat bahawa kemelut politik ini akan dapat diselesaikan dengan sempurna. "Pelaksanaan peranan baginda sebagai Ketua Utama Negara dalam menentukan Perdana Menteri Malaysia adalah antara peranan yang paling mencabar, " tambahnya. 

Keadaan berbeza

Pada pandangan Shamrahayu, mungkin sebelum ini rakyat tidak nampak fungsi Yang di-Pertuan Agong kerana keadaan politik negara stabil. 

"Situasi dahulu dangan sekarang berbeza. Saya fikir penyerlahan peranan dan kuasa raja sudah dapat boleh dilihat pada masa sekarang dan institusi Raja akan memainkan peranan lebih besar lagi pada masa akan datang,” katanya. Beliau turut menjelaskan, sistem perlembagaan yang diamalkan Malaysia berbeza dengan apa yang diamalkan di England. Antara bukti perbezaan itu adalah keputusan yang dibuat institusi beraja di England harus mendapat pengesahan dari Parlimen namun hal ini tidak berlaku di Malaysia. 

Keputusan yang dibuat Sultan pada Peringkat Negeri disahkan oleh Dewan Diraja mengikut Perlembagaan Negeri, manakala Yang di-Pertuan Agong pada Peringkat Persekutuan pula dipilih dan dilantik serta bersaksikan para ahli Majlis Raja-Raja dan bukannya Ahli Parlimen. Di Malaysia, Peranan dan Kuasa Raja-raja dalam Sistem Raja Berperlembagaan ditulis dengan jelas dalam Perlembagaan Negara yang merupakan Undang-undang Tertinggi Negara.

Titah Diraja

Tindakan Seri Paduka menitahkan setiap Ahli Dewan Rakyat menghadap baginda bagi mendapatkan pengesahan dan kenyataan tentang kepercayaan mereka tentang landskap politik negara adalah yang pertama kali berlaku di peringkat Persekutuan.

"Pendekatan yang diambil oleh Al-Sultan Abdullah ini menjadi satu titik sejarah kepada negara dalam membina convention atau amalan perlembagaan bagi negara kita dengan mengambil pendirian tentang beberapa perkara yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Shamrahayu. Menurut beliau, perkara sama pernah berlaku pada peringkat negeri apabila Almarhum Sultan Azlan Shah juga memperkenalkan langkah sama dalam mengimbangi suasana politik tidak menentu di negeri Perak suatu ketika dahulu. Melalui tindakan ini dapat dilihat bahawa Seri Paduka amat memahami keresahan para Ahli Dewan Rakyat sehingga memberikan mereka ruang untuk menyatakan pandangan secara peribadi kepada baginda. 

“Moga pendekatan bijaksana yang diambil oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini dapat menzahirkan keadilan kepada semua pihak dan juga dapat membuktikan Pelaksanaan Peranan Baginda dengan Adil dan Saksama sebagaimana baginda zahirkan dalam Sumpah Takhta Baginda dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan,” kata Shamrahayu.

Peruntukan perlembagaan

Beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan menggariskan peranan Yang di-Pertuan Agong. Peruntukan berkenaan termasuklah Perkara 39 yang mengisytiharkan bahawa Kuasa Eksekutif adalah terletak hak ke atas Yang di-Pertuan Agong dan kuasa baginda berhak melaksanakan kuasa eksekutif tersebut. Dalam keadaan politik semasa, perkara ini dijadikan asas kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri Interim bagi membantu baginda melaksanakan kuasa elsekutif baginda.

Shamrahayu berkata, Perkara 40(2) pula memberikan kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri. "Kuasa budi bicara ini ‘diikat’ dengan syarat bahawa seseorang yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri hendaklah seorang Ahli Dewan Rakyat, dan juga seseorang yang pada hemat baginda, mungkin mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat (Perkara 43(2)(a) , “ tambahnya. Selain dua syarat di atas, Yang di-Pertuan Agong juga hendaklah memastikan bahawa calon tersebut bukan seorang yang mendapat taraf kewarganegaraan dengan cara pendaftaran atau naturalisasi (Perkara 43(7) ). Tambah beliau, perkara lain berkaitan ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pembubaran Dewan Rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 55(2) yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog (menangguh) atau membubarkan Parlimen.

“Sangat penting untuk semua rakyat Malaysia memahami peranan dan fungsi institusi beraja di negara kita, sama ada pada peringkat Persekutuan dan juga pada peringkat negeri,” kata beliau lagi.

- Bernama
Related Reports

Mahathir di Istana Negara mengadap Agong
Kerajaan perpaduan tak demokratik, tak pragmatik
Makna di sebalik politik angka
'Cukup-cukuplah pamer kejelikan kita di celah kesempitan rakyat'

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512392

Ahli Parlimen PH jelaskan mengapa tak dapat terima k'jaan baru Dr M
News  |  Diterbitkan Hari ini 11:57 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 12:00 tengahari

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming hari ini menjelaskan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menerima hasrat Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan kerajaan melangkaui batas parti kerana ia bertentangan dengan manifesto pilihan raya umum 14. Menurutnya, memandangkan sebelum ini perdana menteri sementara itu telah menolak untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, maka tindakan mereka mencalonkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim merupakan satu-satuya pilihan yang ada. “Kami berterima kasih kepada @chedetofficial (Mahathir) kerana tidak bersetuju untuk menubuhkan kerajaan bersama Umno dan PAS atas dasar pendirian. Sebab inilah kami memintanya untuk menubuhkan satu kerajaan PH yang baru.

“Tetapi apabila beliau memaklumkan kepada pemimpin PH yang beliau mahu menubuhkan kerajaan melangkaui batas parti (government of individuals not of parties), ia jelas ia merupakan cadangan yang tidak dapat dilaksanakan. “Kerajaan baru ini tidak seperti manifesto PRU14 dan ia menentang mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU14,” ciapnya di Twitter hari ini. Semalam, PH mengesahkan mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri berdasarkan keputusan yang dicapai sebulat suara, selepas Mahathir tidak bersetuju mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH. Ong yang pernah menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri juga berkata, ahli parlimen Langkawi itu juga boleh memilih sesiapa sahaja yang beliau inginkan dalam kabinetnya nanti termasuk Azmin Ali, katanya sambil menyifatkan bekas timbalan presiden PKR tersebut sebagai dalang utama keruntuhan kerajaan PH.

“Ia tidak boleh diterima kepada PH dan kepada ramai di kalangan penyokong dan pengundi (PH) juga,” tulisnya.

Kerajaan PH sepatutnya dipertahankan

Sementara itu, ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof pula berpendapat kerajaan PH sepatutnya dipetahankan dan bukannya digantikan dengan sistem kerajaan perpaduan. “Mereka yang menggangu-gugat perpaduan dengan berbagai sabotaj kepada usaha pemulihan termasuk Lembaga Tabung Haji (TH) dan lain-lain sepatutnya diambil tindakan bukan dengan cubaan menjatuhkan kerajaan PH yang hadir untuk perpaduan atas asas ketelusan dan demokrasi. “Mungkin apa yang Dr Mahathir sebut bahawa Kerajaan Perpaduan banyak cabarannya memang betul tetapi menafikan usaha reform selama hampir dua tahun ini atas alasan politiking adalah keterlaluan.

“Orang lain buat onar tiba-tiba PH sebagai kerajaan reform pula dikatakan gagal?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini. Mujahid yang pernah menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini juga berkata konsep kerajaan perpaduan oleh Mahathir masih kabur dan berpendirian kewujudan kerajaan PH disebabkan mandat yang diberikan oleh rakyat. “Dr Mahathir menjadikan kuasa perdana menteri sebagai penentu tanpa perlu mengambil pandangan ketua-ketua parti secara konsensus untuk senarai kabinet. “Ini adalah ironinya kehadiran PH adalah untuk mereformasikan instituisi kerajaan bagi memelihara kepentingan negara dan perpaduannya,” katanya.

Related Reports

Kuasa Agong tangani krisis politik negara
Mahathir di Istana Negara mengadap Agong
Kerajaan perpaduan tak demokratik, tak pragmatik
Makna di sebalik politik angka

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512394

Makna di sebalik politik angka
Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor
Diterbitkan Hari ini 9:34 pagi

ULASAN | Lewat petang 26 Feb, Yang di-Pertuan Agong selesai menemu bual 221 ahli parlimen bagi mendapatkan kepastian mereka sama ada mahu menyokong kepemimpinan Dr Mahathir Mohamad atau mengadakan pilihan raya umum (PRU) yang baru. BN dan PAS kelmarin bersepakat mahukan PRU. Di Dewan Rakyat jumlah kerusi mereka ketika ini ialah 60. Ahli parlimen PH pula menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka. Jumlah kerusi dimiliki ketiga-tiga parti dalam PH kini ialah 92 orang. Parti Bersatu, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan dan bebas menunjukkan sokongan kepada Mahathir. Jumlah mereka pula ialah 70 orang. 

Apakah makna di sebalik politik angka ini?

Maknanya, permainan masih terbuka dan perebutan ke tampuk kuasa masih berterusan. Pertama, nampaknya terdapat tiga paksi kuasa yang terbentuk di Malaysia sejak lewat malam semalam. Pertama, kumpulan yang menyokong Mahathir; kedua, kumpulan yang menyokong Anwar; dan ketiga, kem Muafakat Nasional.

Belum pernah di Malaysia

Jika pengundian benar-benar dilakukan secara en bloc dan partisan dalam situasi di atas, tiada pihak - termasuk termasuk kumpulan Mahathir - dijangka, boleh membentuk majoriti, iaitu sokongan ahli parlimen melebihi 111 orang. Kumpulan Anwar pula nampaknya mempunyai pluraliti di parlimen meskipun tidak mendapat majoriti - sekiranya benar sokongan kepada beliau hanya dalam kalangan ahli parlimen PH sahaja dan secara penuh. 

Justeru jika PRU cuba dielakkan, maka beberapa pilihan muncul.

Antaranya, pertama, dengan menubuhkan kerajaan perpaduan sebagaimana diusulkan kumpulan yang menyokong Mahathir. Beliau sendiri mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan berdasarkan gabungan majoriti secara individu, dan bukan kumpulan. Hal ini bagi mengelak mana-mana parti yang bersaiz besar seperti Umno, PKR dan DAP menguasai dan mempengaruhi kerajaan pimpinan beliau.

Kedua, mungkin perlu dipertimbangkan membentuk kerajaan secara minoriti. Kerajaan seumpama ini belum pernah berlaku di Malaysia, namun hal biasa di Eropah termasuk di dalam sistem demokrasi berparlimen United Kingdom (UK) yang sering menjadi ikutan dan rujukan Malaysia. Dengan praktik politik yang semakin terpecah-pecah menjadi lumrah, kewujudan kerajaan minoriti juga semakin normal. Pentadbiran Theresa May di UK pada 2017 adalah kerajaan minoriti. Dalam konteks ini, Anwar dan PH mempunyai kelebihan - meskipun tiada majoriti di parlimen - tetapi merupakan parti yang mempunyai sokongan terbanyak di Parlimen. Dari sudut perlembagaan, konsep ini boleh menimbulkan persoalan undang-undang kerana terma "keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat" ada tercatat di dalam fasal 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Namun hal ini tidak semesti dibaca secara literal, sebaliknya juga secara substantif berdasarkan keperluan dan kepentingan semasa, bagi maksud menolak keadaan di mana berlaku kebuntuan.

Kekalkan kestabilan, elak kebuntuan

Ketiga, jika kedua-dua hal tadi tidak dapat dilakukan, maka PRU adalah jalan yang tinggal untuk keluar dari keadaan kebuntuan ini. Namun tiada jaminan keadaan akan lebih baik dari keadaan semasa, dan kemungkinan keadaan deadlock juga akan sekali lagi berlaku, kerana politik Malaysia kini begitu terpecah-pecah dan tinggi persaingannya. Jika ini berlaku ia tentu sekali lagi merugikan kerana belanja yang besar diperlukan untuk mencapai tujuan tersebut. Kestabilan politik negara juga masih belum reda sepenuhnya, begitu juga dengan keadaan ekonomi kita dan antarabangsa. Namun pilihan PRU juga boleh menawarkan keputusan yang lain, dengan dinamik baru yang mungkin membolehkan pencapaian majoriti yang jelas pada pemenangnya nanti. Mengadakan semula PRU pada waktu ini mungkin boleh memberi kesan yang besar kepada ekonomi dan masyarakat Malaysia yang semakin terkesan dengan kelembapan ekonomi global dan kebangkitan politik identiti dan populisme lewat ini. 

Selain ia juga mungkin akan menambah banyak lagi politicking di tanah air. Justeru konsep kerajaan perpaduan - atau lebih kehadapan, konsep kerajaan minoriti - perlu dipertimbangkan sebaik-baiknya kerana ia adalah sesuatu yang semakin normal, dan hal yang lebih praktikal di dalam sistem parti yang terpecah-pecah. Namun hal ini tentu sekali hanya apabila ketiadaan majoriti, dan atas sebab-sebab keperluan yang penting dalam mewujudkan kerajaan, mengekalkan kestabilan dan mengelakkan situasi deadlock. PRU yang baru juga mempunyai kelebihan dan mungkin juga boleh menjadi jalan keluar kepada keadaan deadlock kini. Apapun, terpulang kepada kebijaksanaan Agong dan kerajaan interim menyelesaikan kemelut politik dan memutuskan perkara ini bagi memastikan kelangsungan negara, kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat terus terpelihara. 

Daulat Tuanku, Dirgahayu Malaysia!
Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor ialah penganalisis politik.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512375

'Cukup-cukuplah pamer kejelikkan kita di celah kesempitan rakyat'
Dr Dzulkefly Ahmad
Diterbitkan Hari ini 8:56 pagi

ULASAN | Mewakili kawan-kawan, saya pohonkan kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami sedar apa yang diistilahkan oleh disiplin sains politik sebagai kemelut politik elit ini sememang layak ditanggapi rakyat sebagai golongan politikus yang saling mencari formula politik koalisi bagi menubuhan sebuah kerajaan. Mungkin sahaja ada yang berkata, dua kali lima sahaja semuanya. Aduh! Lalu ia tidak akan mencetuskan keinginan rakyat untuk turut berdemonstrasi di jalanan kalau ia gagal mencapai keputusan tuntas. Ini bukan politik rakyat yang mencetuskan gerakan Reformasi satu ketika dahulu. Tapi kali ini - dalam simpang-siur yang memeningkan - silap-silap hari bulan, mereka (rakyat) akan bosan, mual dan jelak. Justeru, jangan terus-terusan membebani rakyat dengan pelbagai gelagat buruk serta kerakusan kita, termasuk kesanggupan mengkhianati perjuangan dan kawan-kawan! Cukup-cukuplah mempamerkan kejelekan tabiat kita di celah-celah kesempitan kehidupan rakyat.

Apa yang dipamerkan itu mengganggu kesejahteraan, bahkan menambahkan penyeksanaan hidup mereka. Ketika rakyat menantikan pakej rangsangan ekonomi dan keprihatinan kerajaan menangani seterusnya wabak Covid-19, tetapi kemelut ini pula yang kita hadiahkan sebagai 'penyelesaian' buat mereka. Sekarang political impasse (kebuntuan politik) dalam menentuan perdana menteri kelapan Malaysia bakal mengundang pelbagai reaksi serta melibatkan wacana yang kurang produktif. Malah ia mungkin sahaja berpotensi untuk meledakkan berontak. Jangan sampai hilang kewajaran dan arah. Berpada-padalah berpolitik kerana rakyat mahukan kebaikan daripada kekusutan ini, bukan perbalahan serta pertelingkahan berpanjangan. Jangan tajamkan lagi sensitiviti ras dan agama. Tidak sopan menjadikan semua ini modal politik. Segera tamatkan era tidak berkerajaan ini. Tidak wajar negara dikemudi secara berpanjangan oleh hanya seorang perdana menteri interim. Ayuh! 

Daulat Tuanku. 

DR DZULKEFLY AHMAD ialah ahli parlimen Kuala Selangor merangkap bekas menteri kesihatan, serta pengarah strategik Amanah. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512370

Kenangan manis ditemu duga Agong
Hassan Karim
Diterbitkan Hari ini 8:16 pagi

ULASAN | Sebagai ahli parlimen Pasir Gudang yang mewakili PKR dalam gabungan PH, pagi Rabu 26 Feb lalu adalah hari yang cukup bersejarah dalam hidup saya. Pada hari itulah kali pertama saya bertemu secara peribadi dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. Untuk ke istana, saya bersiap sebaik mungkin dengan pakaian serba hitam bersama kot, tali leher berwarna merah, bersongkok dan berkasut hitam murah yang dibeli di pasar raya Mydin di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur petang sebelumnya. Maklumlah, untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong. Kasut sedia ada - yang dipakai dari rumah di Johor - sudah hampir koyak. 

Cerita perjalanan ke Istana Negara dipercepatkan. Pintu besar balai Istana Negara dibuka dua orang bentara. Saya membaca bismilah dan melangkah masuk dengan yakin. Itulah langkah saya untuk memilih perdana menteri kelapan Malaysia. Saya memandang lurus tegak. Di hadapan saya - dalam jarak 10 meter - berdiri baginda Agong. Apa yang saya patut buat? Saya mengangkat kedua belah tangan ke dahi tanda hormat kepada raja. Itu juga kali pertama dalam hidup saya menjunjung duli kepada raja. Dalam hidup saya sejak muda, secara jujur, saya tidak begitu selesa dengan institusi feudalisme.

Bukan bahasa istana

Tetapi apabila hidup saya sudah masuk ke zon warga emas - dan kerana ingin menyokong sahabat saya, Anwar Ibrahim, untuk menjadi perdana menteri Malaysia - saya sanggup ke istana dan melakukan ritual adat Melayu semasa mengadap raja. Satu dilema yang saya lalui pagi itu. Saya melangkah tegak lurus ke arah meja yang telah disediakan bersama sebuah kerusi kayu. Agong berdiri tegak berdepan meja itu. Saya belum sempat mengangkat ke dua belah tangan untuk menjunjung duli, baginda Tuanku yang lebih muda daripada saya menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Hati saya rasa tersentuh dengan sikap baginda yang ramah mesra itu. Sikap saya yang agak antiroyalis semasa muda-muda dulu mula cair dengan budi bahasa Tuanku Al-Sultan Abdullah. 

Saya memberi salam kepada baginda Tuanku. "Assalamualaikum Tuanku," ujar saya dengan nada hormat sambil menyambut salaman. "YB dari kawasan mana?" tanya baginda. "Saya mewakili parlimen Pasir Gudang, Tuanku." Ketika itu saya cepat sedar bahawa saya tidak menggunakan bahasa istana yang betul. Biasaya perkataan "saya" tidak digunakan, sebaliknya perkataan "patik". Tetapi secara jujur sekali lagi, jauh di hati saya, saya tidak selesa menyebut perkataan "patik".

Saya mengisi satu borang yang disediakan di atas meja. Tuanku yang berdiri dekat dengan meja itu menyaksikan saya mengisi borang penting itu, yang akan menentukan siapakah bakal perdana menteri kelapan Malaysia. Pada bahagian atas borang itu - yang formatnya hampir sama seperti surat akuan berkanun (statutory declaration atau SD) saya menulis nama Anwar Ibrahim dengan jelas dan terang sebagai perdana menteri kelapan Malaysia, disaksikan Tuanku Agong. Sebagai seorang ahli parlimen dan juga seorang peguam bela serta peguam cara, apa yang saya lakukan di Istana Negara di hadapan raja pagi itu menyedarkan saya akan realiti Malaysia ini sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Dalam suasana negara mengalami krisis perlembagaan berkaitan perlantikan perdana menteri maka peranan kuasa Agong seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan boleh memberikan jalan keluar. Selepas menandatangani borang tersebut dan menyemak semula bahawa semuanya ditulis dengan sempurna, saya pun bangun dan hendak mengangkat kedua belah tangan menjunjug duli kepada Tuanku yang masih berdiri di depan saya. Tetapi Tuanku lebih cepat menghulurkan tangannya untuk berjabat salam dengan saya. 

Saya melangkah meninggalkan balai Istana Negara selepas itu dengan kenangan manis ditemu duga oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong dalam usaha cermat dan hati-hati baginda memilih siapakah yang layak menjadi perdana menteri kelapan menurut kuasa dan budi bicara baginda berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Sebagai ahli parlimen, sebagai rakyat dan warganegara serta sebagai pengamal undang-undang, saya berpuas hati dengan tindakan dan cara penyelesaian yang dilakukan oleh baginda. 

HASSAN KARIM ialah ahli parlimen PKR mewakili kawasan parlimen Pasir Gudang. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512365




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/boleh-memprorog-menangguh-9799.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Kita Sangat Hebat Boleh Jadi Macam Macam Jadi Mak Cik Van Sekolah Anak Pun Boleh

Isteri Kita Sangat Hebat Boleh Jadi Macam Macam Jadi Mak Cik Van Sekolah Anak Pun Boleh

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 573 hits
Kehebatan seorang isteri dalam menyelesaikan segala tugasan rumah memang tak boleh dinafikan lagi ya Dalam pada si isteri memasak di dapur dia masih sempat ambil pakaian kotor untuk dibasuh Betapa lajunya otak wanita berhubung Pada kaum lel...
Barcelona Beli Pemain Selepas Transfer Window Tutup Boleh Ke

Barcelona Beli Pemain Selepas Transfer Window Tutup Boleh Ke

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 244 hits
Barcelona baru sahaja mengumumkan bahawa mereka mendapatkan pemain baharu iaitu Martin Braithwaite dengan nilai perpindahan sekitar 18 juta Pemain tersebut setuju dengan kontrak sehingga 2024 Barcelona dilaporkan memasukkan klausa perpindah...
Isteri Setia Adalah Isteri Yang Boleh Terima Suami Tidur Berdengkur

Isteri Setia Adalah Isteri Yang Boleh Terima Suami Tidur Berdengkur

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 501 hits
Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur Jika seseorang itu berdengkur ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan Getaran tisu pada bahagian kerongkong m...
Ingin Lari Dari Topik Yang Menyedihkan Malaysia Boleh

Ingin Lari Dari Topik Yang Menyedihkan Malaysia Boleh

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 285 hits
Assalamualaikum uollz Intro dan dailog di bawah mungkin buat orang nak muntah sikit tapi niat sebenar bukan itu so readers silalah bertahan hingga ke penulisan yang terakhir sebelum membuat sebarang kesimpulan yang aneh ye Kekeke At least a...
Lebih Marah Dari Pujuk Tak Elok Untuk Anak Besar Nanti Dia Boleh Jauh Hati

Lebih Marah Dari Pujuk Tak Elok Untuk Anak Besar Nanti Dia Boleh Jauh Hati

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 400 hits
Lebih marah dari pujuk kesannya sangat besar untuk perkembangan anak Memang kebanyakan anak akan nampak takut dan dengar kata bila di marah tetapi untuk jangka masa panjang tak berapa elok Pernah lihatkan bila ibu bapa memarahi anak automat...
Graduan Ini Jelaskan Bagaimana Kerja Part Time Ketika Belajar Boleh Membantu Mahasiswa

Graduan Ini Jelaskan Bagaimana Kerja Part Time Ketika Belajar Boleh Membantu Mahasiswa

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 328 hits
Mencari kerja sambilan atau part time selepas menamatkan persekolahan adalah perkara yang sangat popular dalam kalangan remaja di negara kita Boleh dikatakan hampir setiap orang akan teruja untuk mencari kerja kerja part time ini di kedai k...
Antara Amalan Dan Doa Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

Antara Amalan Dan Doa Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 3212 hits
Sebenarnya banyak sahaja amalan dan doa murah rezeki yang diajar di dalam Islam Kita boleh amalkan setiap hari sehingga menjadi rutin harian kita semata mata kerana Allah dengan asbab untuk memperolehi rezeki berlimpah ruah Ingatlah Allah i...
Rakyat Israel Langgar Perintah Kuarantin Boleh Dipenjara Sehingga Tujuh Tahun

Rakyat Israel Langgar Perintah Kuarantin Boleh Dipenjara Sehingga Tujuh Tahun

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 286 hits
BAITULMAQDIS 21 Feb Rakyat Israel yang melanggar arahan kuarantin COVID 19 boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun memetik kenyataan Kementerian Kesihatan pada Khamis lapor agensi berita Anadolu Dalam satu kenyataan kementerian itu berk...
Zed Zaidi Didakwa Buat Kenyataan Berhubung Covid 19 Yang Boleh Sebabkan Kegentaran Pada Umum

Zed Zaidi Didakwa Buat Kenyataan Berhubung Covid 19 Yang Boleh Sebabkan Kegentaran Pada Umum

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 471 hits
Presiden Persatuan Seniman Malaysia Rozaidi Jamil hari ini adalah antara empat individu didakwa di Mahkamah di sini kerana membuat kenyataan berhubung COVID 19 di media sosial yang boleh menyebabkan kegentaran pada orang awam Loading Pada 3...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya