Isteri Setia Adalah Isteri Yang Boleh Terima Suami Tidur Berdengkur



Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur. Jika seseorang itu berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika. Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan. 
Getaran tisu pada bahagian kerongkong menyebabkan bunyi dengkuran itu muncul. Sebagai seorang isteri, majoriti memang sentiasa sabar dengan bunyi dengkuran si suami setiap malam kan. Anda memang tabah dan setia, namun harus diingat, dengkuran ini boleh membawa maut jika terus dibiarkan

Kira-kira 50 peratus individu berdengkur dan ia dianggap perkara biasa. Namun apabila mengganggu tidur orang lain dan juga menyebabkan kualiti tidur terganggu, itu menandakan individu berkenaan memerlukan rawatan bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya

Ramai tidak tahu berdengkur mengakibatkan seseorang tidak mendapat kualiti tidur yang diinginkan. Ketika berdengkur badan sebenarnya tidak mendapat rehat secukupnya. Akibatnya mereka mudah mengantuk pada siang hari, kerap tidur, kelihatan tidak bermaya dan tidak boleh fokus pada kerja

Punca berdengkur

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu berdengkur. Selain masalah sinus, perbezaan anatomi struktur mulut menjadi punca kepada tahap dengkuran seseorang. Berdengkur juga kerap dialami mereka yang minum alkohol, alahan pada cuaca sejuk dan mempunyai berat badan berlebihan atau obes

Apabila lelangit lembut dalam keadaan tebal dan rendah serta mempunyai tonsil yang terlalu besar, ia menyebabkan tekak menjadi kecil pada bahagian belakang. Keadaan ini menyebabkan getaran berlaku sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat

Bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan bunyi dengkuran terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain. Begitu juga mereka yang minum minuman beralkohol sebelum tidur akan menyebabkan otot bergetar dan menghasilkan bunyi dengkuran

Berdengkur boleh dialami sesiapa sahaja sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berdengkur boleh menjadi tanda masalah tonsil

Oleh itu kanak-kanak yang kronik berdengkur perlu diperiksa oleh otolaringologis, yang boleh mencadangkan tonsilektomi untuk mengembalikan kanak-kanak itu kepada kesihatan yang normal

Rawatan untuk dengkur
Dengkuran yang serius perlu dirawat kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan aritmia (denyutan jantung tidak teratur)

Bagi individu yang tidak mendapat tidur berkualiti, mereka mudah mengantuk pada waktu siang, sakit kepala pada sebelah pagi, keletihan, cepat marah dan mengalami gangguan konsentrasi

Terdapat rawatan laser Fotona iaitu laser intraoral bagi mengurangkan dengkuran dengan berkesan. Ia pilihan yang tepat kerana rawatan ini tidak menyakitkan dan tidak membabitkan risiko pembedahan. Sebelum melakukan rawatan keadaan pesakit akan diperiksa terlebih dahulu. 
Selepas itu sejenis alat akan diletakkan di dalam mulut pesakit dan menerusi cahaya laser ia akan membuka saluran pernafasan farinks yang sempit di satu bahagian hidung, mulut dan tekak

Untuk menyelesaikan masalah berdengkur, laser Fotona akan meningkatkan saiz saluran udara dan mengurangkan pergolakan tisu sehingga bunyi dengkuran tidak lagi kedengaran

Rawatan Fotona menggunakan kaedah laser lembut yang memanaskan tisu di belakang tekak untuk membolehkan udara mengalir dengan lebih bebas. Laser ini mempunyai kesan pengetatan disebabkan pengecutan kolagen dalam tisu mukosa mulut

Apabila tisu lembut farinks mengecut, saluran udara mengembang dan getaran tisu lembut farinks terhenti. Ia dapat mengurangkan kesan apnea tidur dan amplitud dengkuran. Mereka yang mempunyai masalah dengkur perlu menjalani tiga sesi rawatan berasingan dalam tempoh enam minggu bagi mendapatkan kesan yang optimum. Hasilnya bertahan sehingga setahun dan terapi boleh diulang selepas itu

Penyelidikan membuktikan laser Fotona berupaya mengurangkan intensiti dan tempoh dengkuran. Pesakit akan mendapatinya mereka lebih selesa dan nyenyak. Rawatan ini juga tidak menyakitkan, mudah dan selamat

Tiada masa pemulihan dan pesakit tidak perlu memakai alat ketika tidur. Apa yang penting selepas rawatan pesakit dinasihatkan minum banyak air bagi mengurangkan rasa kering

Sumber: http://bit.ly/35q4ua5

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2020/02/isteri-setia-adalah-isteri-yang-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Memang Setia Pada Suami Tapi Anak Lelaki Mampu Rampas Cinta Itu

Isteri Memang Setia Pada Suami Tapi Anak Lelaki Mampu Rampas Cinta Itu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 527 hits
Suami isteri yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki zuriat sendiri Tidak kisahlah jantina anak asalkan bayi sihat sudah membuatkan kehidupan ibu ayahnya bahagia Kebanyakan pasangan mengharapkan untuk mempunyai anak sulung lela...
Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan

Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 406 hits
Suami wajib miang dengan isteri Nampak isteri dari jauh kenyit mata flying kiss selalu ajak isteri bergurau selalu buat lawak bagi isteri ketawa selalu ucap abang sayang sayang Jika tiba tiba mood tidak baik suami lebih baik diam dari berka...
Isteri Tak Minta Banyak Hanya Mahu Suami Setia Amalkan Doa Ini Hari Hari

Isteri Tak Minta Banyak Hanya Mahu Suami Setia Amalkan Doa Ini Hari Hari

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 1007 hits
Ada sesetengah suami isteri mengatakan apabila sudah lama berkahwin kadang kadang rasa sayang itu ada tetapi susah untuk ditunjuk Pada kita mungkin kerana suami atau isteri kita sudah tahu tentang perasaan kita jadi untuk apa kita nak luahk...
Bersabar Dengan Suami Adalah Dugaan Paling Besar Seorang Isteri Setuju Tak

Bersabar Dengan Suami Adalah Dugaan Paling Besar Seorang Isteri Setuju Tak

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 407 hits
Bersabar Dengan Suami Adalah Dugaan Paling Besar Seorang Isteri Setuju Tak Setiap wanita pasti ingin bergelar isteri Namun seringkali kita terbaca kisah kisah isteri dalam mengharungi alam perkahwinan Ada yang manis dan ada yang pahit Perko...
Bila Isteri Garang Keras Kepala Suami Kena Terus Setia Bersabar

Bila Isteri Garang Keras Kepala Suami Kena Terus Setia Bersabar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 366 hits
Gambar hiasanLumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan seorang suami Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri itu sendiri yang kurang matang terlalu manja emosional tidak bert...
Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak Anak

Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 878 hits
Sesibuk mana pun kita sebagai suami jangan sampai isteri rasa macam dia tak wujud Saya cari rezeki bukan buat benda bukan bukan Ya faham Tapi lepas habis cari rezeki terus la balik rumah dah sampai rumah jangan sibuk dengan hp pulak Luang m...
Jantung Lebih Sihat Tidur Lebih Lena Ini Sebab Kenapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpelukan Setiap Hari

Jantung Lebih Sihat Tidur Lebih Lena Ini Sebab Kenapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpelukan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 722 hits
Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi Jika sebelum ini suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan mungkin sebab rasa rimas pana...
Tak Perlu Beritahu Isteri Boleh Rasa Sendiri Kasih Sayang Suami Padanya

Tak Perlu Beritahu Isteri Boleh Rasa Sendiri Kasih Sayang Suami Padanya

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 466 hits
Seorang suami tanggung jawabnya besar Bukan sahaja perkahwinannya harus dijaga tetapi isteri tersayang perlu dilindungi Suami mempunyai hati yang keras sukar mengungkapkan kata cinta Tetapi dia akan berkorban apa sahaja demi kebaikan isteri...
Suami Meninggal Dalam Tidur Sampai Hari Ini Bcl Masih Belum Boleh Lelapkan Mata

Suami Meninggal Dalam Tidur Sampai Hari Ini Bcl Masih Belum Boleh Lelapkan Mata

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 359 hits
Pemergian suami tercinta Ashraf Sinclair secara mengejut sehingga kini masih lagi memberi kesan yang cukup mendalam di hati Bunga Citra Lestari Menurut penyanyi Afgan yang juga merupakan kenalan baik BCL dan Ashraf memberitahu kepada media ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord