Antara Amalan Dan Doa Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan
Sebenarnya banyak sahaja amalan dan doa murah rezeki yang diajar di dalam Islam. Kita boleh amalkan setiap hari sehingga menjadi rutin harian kita semata-mata kerana Allah dengan asbab untuk memperolehi rezeki berlimpah ruah. Ingatlah Allah itu Maha Kaya.
Kita diajar di dalam usaha setiap perkara yang kita lakukan dan kita mahu selitkan dengan berdoa dan tawakkal kepada Allah. Inilah senjata umat Islam yang tiada pada umat lain. Setiap perkara yang berlaku walaupun atas usaha keras kita, ianya tidak akan berhasil melainkan dapat kebenaran dari Sang Pencipta.
Baca Juga : 5 facts about the Prophet's Mosque (Masjid Nabawi)
Kita kerja siang dan malam untuk hidup senang dan kaya raya tetapi tidak juga berjaya. Ini keraja rezeki dan kaya itu hanya akan datang atas kebenaran Allah sahaja. Jadi selepas kita berusaha dengan pekerjaan, solat dan mintalah doa supaya segala perkara yang dibuat tersebut mendapat redha daripadaNya dan dimakbulkan doa kita.
Amalan kita juga memainkan peranan. Adakah tingkah laku kita, amalan kita sehari-hari mendapat redha Allah? Adakah ianya bertepatan dengan ajaran Islam? Jadi antara amalan dan ibadah yang boleh dibuat supaya kita murah rezeki dan menjadi kaya seperti dibawah.
Amalan Murah Rezeki
#1. Solat Pada Awal Waktu
Bagaimana kita nak Allah kabulkan doa kita dan murahkan rezeki kita, kalau ibadah utama seperti solat pun kita tak jaga. Jadi berusahalah untuk tunaikan solat pada awal waktu dan lebih baik jika lakukan secara berjemaah tak kira dimana sahaja dan tempat terbaik adalah di masjid.
#2. Amalkan Solat Dhuha
Solat Dhuha boleh dilakukan 28 minit selepas Syuruk sehingga 10 minit sebelum masuk Zohor. Jika syuruk pada hari tersebut pukul 7 pagi. Jadi pukul 7.28 pagi anda sudah boleh kerjakan Solat Sunat. Solat Dhuha akan mencukupkan keperluan seseorang dengan rezeki yang tidak sangka-sangka.
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ
Maksudnya: Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097
#3. Lakukan Solat Tahajjud
Solat sunat Tahajjud boleh dilakukan dengan walaupun tidur sebentar pada tengah malam. Dikala manusia lain tidur, anda bangun dan lakukan solat sunat Tahajjud yang padanya banyak kelebihan yang ada termasuk dimurahkan rezeki
#4. Amalan Sedekah
Amalan sedekah juga antara amalan yang boleh dimurahkan rezeki kita. Niatlah kerana Allah dengan memberi itu akan membuka lagi rezeki yang lebih luas kepada kita. Ingatlah tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah. Lagi banyak kita sedekah dan derma, lagi murah rezeki kita.
#5. Banyakkan Baca Al-Quran
Sentiasalah berdamping dan membaca Al-Quran. Tidak boleh tidak sehari kita mesti sentuh dan baca al-Quran walaupun sehelai. Lazimkan rutin harian kita sentiasa membaca al-Quran supaya mendapat syafaat daripadanya dan juga dimurahkan rezeki.
#6. Istighfar kepada Allah Setiap Hari
Lazimi lidah kita dengan istighfar kepada Allah. Tidak kira dimana anda berada sentiasa ucapkan 'Astaghfirullah Halazim" dengan meminta keampunan daripadaNya. Kita boleh sebut di mulut secara senyap dimana-mana sahaja. Sementara tunggu bas, dalam LRT, sambil berjalan pun boleh kita istighfar
Baca Juga : 5 Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya
Doa Murah Rezeki
Doa ini diambil sendiri daripada perkongsian Mohamad Bin Mohsin dimana beliau amalkan 3 doa ini yang diajar oleh ibunya dimana mereka dimurahkan rezeki yang banyak dan baik walaupun hanya bekerja sebagai seorang guru sahaja. Sedikit sebanyak mungkin doa murah rezeki ini boleh kita amalkan semata-mata kerana Allah dengan asbab kita dimurahkan rezeki
#1. Doa Nabi Sulaiman
Doa Nabi Sulaiman yang memohon rezeki dan kerajaan yang hebat daripada Allah antara doa yang diajar oleh ibu ini
Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ". (Saad 38:35)
#2. Doa Ketika Minum Air Zam-Zam
Doa ini diajar oleh Nabi kita hendak minum air Zam-Zam tetapi kita amalkan walaupun ketika minum air biasa sahaja. Semoga dengan asbab tersebut dengan limpah rahmah daripadaNya, Allah akan bukan pintu rezeki untuk kita
"Ya Allah aku memohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala macam penyakit
#3. Doa Nabi Waktu Pagi
Ini antara doa yang diajar oleh Nabi yang boleh diamalkan pada waktu pagi. Doa ini terkandung dalam kita A-Azkar
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima
Inilah 3 doa yang diamalkan yang juga diajar oleh ibunya kepada beliau sehingga murah rezeki ibunya walaupun mempunyai 8 orang anak. Semoga amalan dan doa ini juga, kita boleh amalkan dan jadikan rutin harian kita nanti untuk murah rezeki. Semoga bermanfaat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2020/02/antara-amalan-dan-doa-murah-rezeki-yang.html