Boleh Ke Sambut Hari Lahir Di Kubur Anak Ini Pandangan Dr Zulkifli Al Bakri


Menyambut hari kelahiran anak yang sudah kembali ke rahmatullah seakan menjadi satu trend buat mak ayah yang menyambutnya di tanah perkuburan. Hal ini sudah semestinya mendapat perhatian dari para ulamak.
Adakah hal ini tidak menyentuh mana-mana sensitiviti dan dibolehkan? Berikut merupakan penjelasan dari Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai masalah yang semakin menular ini.

Telah sampai kepada kami satu soalan berkenaan ibu bapa yang telah membawa kek ke kubur anaknya yang sudah meninggal dunia, di samping menyanyikan lagu “Happy birthday.”
Persoalan seperti ini sentiasa berlegar dalam khalayak masyarakat sama ada dibolehkan atau tidak dan adakah termasuk dalam perbuatan yang bercanggah dengan akidah, atau ia tidak dibolehkan dalam Islam.
Untuk menjawab masalah ini dengan lebih terperinci, kami noktahkan kepada beberapa noktah. Kematian merupakan hal yang pasti berlaku kepada setiap manusia yang bernyawa.

Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”-(Surah Ali ‘Imran: 185)
Dan kita sudah tentu akan kembali kepadanya kerana kita adalah milik-Nya.
Firman Allah SWT:
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ‎
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”- (Surah al-Baqarah: 156)
Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka kewajipan kepada yang hidup adalah untuk memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan mengebumikannya di tanah perkuburan, bahkan ia menjadi fardhu kifayah kepada mereka yang masih hidup untuk melakukannya.
Manakala bagi mereka yang sudah pergi meninggalkan kita, ketika itu mereka berada dalam hukum alam barzakhiyyah yang berbeza dengan alam dunia ini.

 
Justeru, cara untuk kita berinteraksi dengan alam barzakh atau mereka yang ada dalam alam kubur, telah diajar oleh Rasulullah SAW. Di antara adabnya ialah, mengucapkan salam kepada mereka; penghuni kubur dengan lafaz:
السَّلاَمُ عَلَى أهْلِ الدِّيَارِ مِنَ الـمُؤْمنِيْنَ وَالـمُسْلِمِيْنَ، وَإِنَّا إنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُونَ، نَسْأَلُ الله لَنَا وَلَكُمُ العَافِيةَ
Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kampung (kubur), daripada kalangan orang-orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan izin Allah akan mengikuti kamu. Kami memohon kepada Allah kesejahteraan bagi kami dan juga kamu.”
Atau lafaz:
السَّلاَمُ علَيْكُمْ يَا أهْلَ القُبُورِ، يَغْفِرُ اللهُ لَنا وَلَكُمْ، أنْتُم سَلَفُنَا، وَنَحْنُ بِالأَثَرِ
Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas kamu, wahai penghuni kubur. Semoga Allah mengampuni kami dan juga kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami akan menyusul.”
-Mendoakan si mati seperti mana nas doa dan salam di atas.
-Sebahagian ulama mengharuskan untuk bersedekah dengan bacaan ayat al-Quran seperti yang disebutkan dalam sebahagian riwayat.

 
 
Justeru, menziarahi kubur tujuannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat dan bukannya berkenaan kehidupan mahupun kelahiran.
Berdasarkan nas di atas, kubur merupakan tempat yang luar biasa. Oleh itu, Islam menggalakkan umat islam untuk menziarahi kubur dengan tujuan untuk mengingati mati.
Kesimpulannya, kami katakan bahawa perbuatan tersebut adalah lebih baik jika ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim dan juga memberi makan kepada fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya.
Maka, tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
The post Boleh Ke Sambut Hari Lahir Di Kubur Anak? Ini Pandangan Dr Zulkifli Al Bakri! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/boleh-ke-sambut-hari-lahir-di-kubur-anak-ini-pandangan-dr-zulkifli-al-bakri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Unik Anak Anak Yang Lahir Pada 29 Februari Sambut Hari Jadi 4 Tahun Sekali

Fakta Unik Anak Anak Yang Lahir Pada 29 Februari Sambut Hari Jadi 4 Tahun Sekali

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 162 hits
Tanggal 29 Februari merupakan hari yang sangat unik bagi masyarakat di seluruh dunia Uniknya tarikh yang muncul empat tahun sekali ini atau dikenali sebagai tahun lompat memberikan tambahan masa 24 jam dalam kalendar Fenomena ini berlaku ke...
Birthday Dinner Di The Spoon Steakhouse Sambut Hari Lahir Habibi Ke 58

Birthday Dinner Di The Spoon Steakhouse Sambut Hari Lahir Habibi Ke 58

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 165 hits
Tahun 2024 meningkat usianya ke angka 58 tahun satu angka yang boleh dikatakan muda sebab belum lagi berstatus warga emas heee Alhamdulillah beliau masih sihat rutin menghantar anak ke sekolah dan ke pejabat masih rajin membantu kerja di ru...
Sambut Hari Wanita Antarabangsa Bersama Vivo Malaysia

Sambut Hari Wanita Antarabangsa Bersama Vivo Malaysia

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 185 hits
Hari Wanita Antarabangsa ini vivo Malaysia bersedia untuk menyemarakkan intipati kewanitaan dengan kempen yang menakjubkan dengan kerjasama Christy Ng khusus untuk menghormati dan memperkasakan wanita di seluruh Malaysia Dari 8 Mac hingga 1...
Doa Hari Lahir Memohon Keberkatan Umur Kebaikan Dunia Akhirat

Doa Hari Lahir Memohon Keberkatan Umur Kebaikan Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 248 hits
Doa Hari Lahir Memohon Keberkatan Umur Kebaikan Dunia Akhirat Hari lahir adalah adalah merupakan hari yang istimewa untuk setiap individu Terdapat pelbagai cara untuk meraikan hari istimewa ini salah satunya ialah dengan memanjatkan doa seb...
Dikecam Beri Telefon Bimbit Kepada Anak Madammu Bidas Netizen Kena Pandai Kawal Tak Boleh Pukul Rata

Dikecam Beri Telefon Bimbit Kepada Anak Madammu Bidas Netizen Kena Pandai Kawal Tak Boleh Pukul Rata

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 246 hits
Pensohor media sosial dan usahawan terkenal Madammu tampil membidas kecaman netizen yang mengkritiknya memberi telefon bimbit kepada anaknya yang masih bayi Dikecam beri telefon bimbit pada anak Ujar Madammu teknologi seperti telefon bimbit...
29 February 2024 Selamat Hari Lahir Yang Ke 8 Iman Harraz

29 February 2024 Selamat Hari Lahir Yang Ke 8 Iman Harraz

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 179 hits
29 February 2024 Selamat Hari Lahir Yang Ke 8 Iman Harraz Selamat kembali 29 February selepas empat tahun menanti Alhamdulillah Kita masih bertemu dengan tarikh yang unik Ini untuk tahun 2024 kerana hanya insan terpilih sahaja yang diberi a...
Sambut Hari Perisytiharan Kemerdekaan Melaka Pada 20 Februari 2024 Dengan Program Percuma

Sambut Hari Perisytiharan Kemerdekaan Melaka Pada 20 Februari 2024 Dengan Program Percuma

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 262 hits
Sambut Hari Deklarasi Kemerdekaan Melaka pada 20 Februari 2024 dengan masuk percuma ke tempat tempat yang wajib dilawati di Melaka seperti Melaka River Cruise Menara Taming Sari Melaka Museum Gallery Zoo Melaka Bird Park Al Khawarizmi Obser...
Biasakan Anak Di Dapur Latih Sejak Kecil Boleh Bantu Anak Picky Eater

Biasakan Anak Di Dapur Latih Sejak Kecil Boleh Bantu Anak Picky Eater

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 201 hits
Pening juga kepala bila melayankan si kecil yang jenis memilih makanan Hanya makan makanan yang dirasakan bersesuaian dan tidak berani untuk mencuba Membiasakan anak dengan ruang dapur dan memberi peluang untuk membantu urusan ibu di dapur ...
Mama Papa Bila Buat Kerja Rumah Ajak Anak Buat Sekali Tak Apalah Tak Sempurna Asal Boleh Berdikari

Mama Papa Bila Buat Kerja Rumah Ajak Anak Buat Sekali Tak Apalah Tak Sempurna Asal Boleh Berdikari

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 123 hits
Mama dan papa setiap kali membuat cubalah ajak sekali anak untuk buat bersama Tidak kisahlah jika hasil kerja mereka tidak sempurna paling penting mereka pandai mengurus diri Secara tidak langsung mama dan papa melatih untuk berdikari Tidak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization