Birthday Dinner Di The Spoon Steakhouse Sambut Hari Lahir Habibi Ke 58
Tahun 2024, meningkat usianya ke angka 58 tahun, satu angka yang boleh dikatakan muda sebab belum lagi berstatus warga emas. heee. Alhamdulillah, beliau masih sihat, rutin menghantar anak ke sekolah dan ke pejabat, masih rajin membantu kerja di rumah dengan membasuh aju, menyidai baju, menyiang ayam, ikan sekembali dari pasar bersama, mengemas dan vacuum rumah dan banyak lagi kalau nak di nukilkan kat sini. Calon anugerah Best Daddy dan kerja-kerja tu semua dibuat sejak anak-anak kecil dan hingga dah besar panjang.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Bacaan latin: Fa bi`ayyi ālā`i rabbikumā tukażżibān
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar Rahman Ayat 13)
01 Mac - Birthday HabibiBirthday kedua bagi tahun 2024 selepas birthay Kak Yang pada Januari lepas. bezanya tahun ni tiada kek Tiramisu dari Chef Ross sebab lupa nak order dengan kesibukan yang sibuk dan sebab week days, kalau hari lahir dia jatuh pada hari Jumaat tu pasti umi order. Alasan sebenarnya umi dalam proses kurangkan gula dan mungkin anniversary nanti boleh minta Chef Ross buatkan.
Menu Pilihan Kami
Lamb Chop Shoulder (RM29) pilihan Kak Yang buat habibi dan Caesar Salad (RM18) buat Kak Yang. Kedua-dua portion menu ni memang banyak dan mengenyangkan. Personally rempah untuk lamb chop tu tak menepati selera habibi yang memang peminat lamb chop tapi harganya berbaloi
Chicken and Mushroom Risotto (RM29), pilihan umi dan Spagetti Meatball pilihan Ck Miya. Kedua-duanya memang sesuai dengan selera umi teruamat Risotto dengan cheesenya dan meatball dan spagetti pun secukup rasa
Portion keduanya pun banyak, jadi kalau anda lapar, sila order menu ni..hee
BBQ Chicken Leg (RM22) pilihan KC Iman dan Chicken Chop (RM22) pilihan Cik Cha. Keduanya menu ni memang sedap dan recommended
Nyonya Fried Rice (RM15) pilihan Ayong, yang recommended. Angah Ammar pula makan Mac and Cheese RM23) tapi tak sempat ambil gambarnya sebab masing-masing lapar heee
Wild Mushroom soup (RM15) dan Tomato soup (RM15) dengan garlic bread ni boleh juga anda cuba
Kami terima minuman dalam 30 minit selepas order dan makanan pula tiba 10 minit selepas tu, agak risau sebenarnya sebab ramai yang lapar. Selesai makan, berkumandang lagu "HappyBirthday" dan kek untuk habibi buat syarat sambutan hari lahir buat kesayangan
Sebelum makanan kami sampai, berkumandang lagu "Happy Birthday", untuk meja sebelah dengan kek rasanya buat si ayah dan lepas sambutan buat habibi, berkumandang untuk meja belakang kami. Memang hari sambutan hari lahir rupanya..hehee
Rating kamiMungkin tak sama dengan orang lain sebab selera antara kami pun tak sama.
PRICE : 9/10 | FOOD RATE : 7.5/10 | SERVING : 9/10 | AMBIANCE : 9/10
Menu 'Come Hungry Leave Happy'Bagi anda yang nak mencuba food disini, mungkin boleh menu yang dibawah ini dapat membantu, jadi bila sampai dah tahu apa nak dimakan
Ada kids menu, jadi mama papa atau mak ayah tak perlu pening sebab menu ni pun cukup menarik buat anak-anak yang masih kecil.
Kalau yang masih pening tentang beef cut, ada dimasukkan chart untuk anda pilih dan bagaimana cara ia dimasak ikut selera anda
Lokasi / Waktu OperasiSpoon Steakhouse Restoran
32, Jalan 1/27F, Pusat Bandar, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Contact: 013-305 0603
Selasa hingga Ahad : 6:00 ptg – 12:00 malam
Facebook: http://www.facebook.com/spoonsteakhouse
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2024/03/birthday-dinner-di-spoon-steakhouse.html