Boleh Ke Makmum Baca Al Fatihah Ketika Imam Sedang Membacanya Mufti Wp


Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pernah tak.. selepas imam baca Fatihah, kita pun baca Fatihah TAPI tak sempat kita nak habiskan bacaan lagi, imam dah rukuk? Pernah tak korang sembahyang jemaah dengan seorang imam yang bacaan Al-Fatihah dan surah nya SANGAT laju sehingga kita tak boleh nak catch up? Kita pun apalagi.. tergesa gesa baca sebab nak kejar sekaligus menyebabkan rasa 'khusyuk' pun hilang. So, bagi mengelakkan benda tu berlaku, kita pun as a makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya juga. BOLEH ATAU TIDAK?
Jom kita baca jawapan dari mereka yang lebih alim dan berilmu dari kita!Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP | GAMBAR SEKADAR HIASAN | Image: GoogleBoleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP
Soalan:
Bolehkah makmum membaca al-Fatihah secara perlahan semasa imam sedang membaca al-Fatihah dalam solat berjemaah untuk mengelakkan daripada terlupa membacanya?
Jawapan:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Menjawab isu di atas, jika sekiranya sifatnya memang seorang yang sering pelupa, maka dibolehkan.[1]
Akan tetapi nas menyebut supaya perlu senyap ketika imam sedang membacanya. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A yang menyebut:
صَلَّى النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- بِأَصْحَابِهِ صَلاَةً نَظُنُّ أَنَّهَا الصُّبْحُ فَقَالَ : هَلْ قَرَأَ مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ. قَالَ رَجُلٌ أَنَا. قَالَ : إِنِّى أَقُولُ مَا لِى أُنَازَعُ الْقُرْآنَ.
Maksudnya: “Nabi SAW solat bersama para sahabatnya yang kami mengira ia adalah solat Subuh. Beliau kemudian bersabda: “Apakah ada salah seorang daripada kamu yang membaca surah (di belakangku)?” Seorang lelaki menjawab, “Saya.” Baginda lalu bersabda: “Kenapa aku ditandingi dalam membaca Al Qur`an?”
Riwayat Abu Daud (826), Ibn Majah (848), al-Nasa’ie (919) dan al-Tirmizi (195)
Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda:
وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا
Maksudnya: “Jika imam membaca (al-Fatihah), maka diamlah.”
Riwayat Muslim (932)
Ini adalah bertepatan dengan firman Allah SWT:
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Maksudnya: “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah al-A’raf: 204)
Walaubagaimanapun, para ulama mengatakan bahawa sekiranya imam adalah seorang yang cepat bacaan al-Fatihahnya contohnya seperti ketika sembahyang terawih, manakala makmum pula perlahan dalam membaca al-Fatihah, maka dibolehkan untuk mula membaca bagi mengelakkan selalu tertinggal.
Oleh itu, hendaklah dilihat pada suasana-suasana dan keadaan-keadaannya. Hal ini sering terjadi ketika solat terawih di kampung-kampung di tempat kita.kelebihan solat jemaah | image: GoogleSemoga Allah mengurniakan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin.

Nota Kaki:
[1] Dalam kitab Fath al-Mu’in disebut:
ﻭﺇﻥ ﺳﺒﻘﻪ ﺑﺎﻟﻔﺎﺗﺤﺔ ﺃﻭ اﻟﺘﺸﻬﺪ ﺑﺄﻥ ﻓﺮﻍ ﻣﻦ ﺃﺣﺪﻫﻤﺎ ﻗﺒﻞ ﺷﺮﻭﻉ اﻹﻣﺎﻡ ﻓﻴﻪ ﻟﻢ ﻳﻀﺮ
Maksudnya: “Jika makmum mendahului Imam dengan bacaan al-Fatihah atau tasyahhud yang mana menghabiskan bacaan salah satu dari keduanya sebelum imam memulakan bacaan itu, maka ia tidak memudaratkan.” (Lihat Fath al-Mu’in, 2/48. Lihat juga Mughni al-Muhtaj, 1/255)

[SUMBER]Boleh ke makmum baca Al-Fatihah ketika imam sedang membacanya? - Mufti WP


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/boleh-ke-makmum-baca-al-fatihah-ketika-imam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajib Baca Ini Sebab Kenapa Tidak Boleh Minum Air Botol Plastik Yang Ditinggalkan Dalam Kereta Terutamanya Wanita

Wajib Baca Ini Sebab Kenapa Tidak Boleh Minum Air Botol Plastik Yang Ditinggalkan Dalam Kereta Terutamanya Wanita

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 455 hits
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kan ser payu da ra terutamanya di Australia Dokt...
Bolehkah Solat Ketika Azan Masih Berkumandang Baca Ini Ramai Orang Zaman Sekarang Yang Masih Keliru

Bolehkah Solat Ketika Azan Masih Berkumandang Baca Ini Ramai Orang Zaman Sekarang Yang Masih Keliru

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 677 hits
SEMBAHYANG KETIKA AZANMENUNAIKAN SEMBAHYANG KETIKA AZAN DILAUNGKANSoalan Bolehkan saat azan dilaungkan Allahu Akbar Allahu Akbar seseorang itu terus menunaikan solat Jawapan Seseorang yang mengerjakan sembahyang ketika azan masih dilaungkan...
Inilah Hukum Solat Dua Imam Di R R Menurut Mufti Wp

Inilah Hukum Solat Dua Imam Di R R Menurut Mufti Wp

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 574 hits
Kebanyakan daripada kita sering bermusafir sama ada untuk tuntutan kerja pulang ke kampung untuk melawat ibu bapa tercinta atau pergi bercuti di mana mana dengan keluarga tersayang Malah soal untuk mencari tempat bagi mendirikan solat juga ...
Video Tukang Cuci Masjidil Haram Mampu Menghafal Al Quran Boleh Tiru Bacaan Imam Masjidil Haram

Video Tukang Cuci Masjidil Haram Mampu Menghafal Al Quran Boleh Tiru Bacaan Imam Masjidil Haram

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 426 hits
Lelaki ini bekerja sebagai tukang cuci di Masjid al Haram Makkah akhirnya telah menghafal Al Quran serta boleh meniru bacaan Imam2 Masjidil Haram Walaupun berkerja sebagai Tukang cuci tetapi lelaki ini diberi peluang untuk mendengar alunan ...
Ikan Serta Daging Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ketika Ibu Berpantang

Ikan Serta Daging Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ketika Ibu Berpantang

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 395 hits
Memang banyak pantang larang semasa berpantang termasuklah dari segi pemakanan kan Dari sinilah bermulanya kekurangan nutrisi dan makanan yang seimbang sedangkan semasa dalam pantanglah ibu ibu kena mendapatkan semula nutrisi untuk mengemba...
Allahuakbar Rebah Dan Tidak Sedarkan Diri Ketika Sedang Asyik Membaca Al Quran

Allahuakbar Rebah Dan Tidak Sedarkan Diri Ketika Sedang Asyik Membaca Al Quran

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 478 hits
Allahuakbar Rebah dan tidak sedarkan diri ketika Sedang Asyik Membaca Al Quran Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunggu waktu solat jumaat di Masjid Bandar di sini pagi tadi Abd Muhlis Daris 68 dari Kampung Tanjung Batu Ker...
Mufti Perlis Dedah Ada Ugutan Sihir Siam Kepada Imam Baharu

Mufti Perlis Dedah Ada Ugutan Sihir Siam Kepada Imam Baharu

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 733 hits
KANGAR 18 Jan Mufti negeri Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendedahkan ada kariah di salah sebuah masjid mengugut boleh melakukan sihir terhadap imam yang baru dilantik di masjid berkenaan Ujar Mohd Asri situasi itu berlaku ketika mereka d...
Autoimmune Disease

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

The Middle East Has Changed Permanently

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual

Saturday Jokes 270


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ramai Blogger Kian Menyepi Diri

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Kosong