Video Tukang Cuci Masjidil Haram Mampu Menghafal Al Quran Boleh Tiru Bacaan Imam Masjidil Haram
Lelaki ini bekerja sebagai tukang cuci di Masjid al-Haram Makkah, akhirnya telah menghafal Al-Quran serta boleh meniru bacaan Imam2 Masjidil Haram. *الله اکبر*.
Walaupun berkerja sebagai Tukang cuci tetapi lelaki ini diberi peluang untuk mendengar alunan-alunan indah Al-Quran dari imam-imam besar Masjidil Haram sekaligus membolehkan dia menghafal Al-Quran. Hebat & sungguh mengharukan.
Menghafal Al-Quran adalah amalan yang sangat ditakuti Ib lis, dan sekaligus merupakan senjata paling ampuh melawan serta melumpuhkannya. Allah SWT telah menjanjikan kelebihan bagi mereka yang menghafal Al-Quran seperti yang digambarkan seperti berikut. (sumber dari hadis-hadis).
Ditempatkan di Syurga Yang Paling Tinggi
Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Amru Bin AlAsh r.a. dari Nabi, beliau bersabda:
“Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, “Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”
Ahli Al-Quran adalah Orang Yang Arif di Syurga
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah bersabda:
“Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni Syurga.”
Menghormati Orang Yang Menghafal Al-Quran Bererti Mengagungkan Allah
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Abu Musa Al Asya’ari r.a. ia berkata bahawasanya Rasulullah bersabda:
“Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak diamalkan, serta menghormati penguasa yang adil.”
Hati Penghafal Al-Quran Tidak Dis3ksa
Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.:
“Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”
Mereka Lebih Berhak Menjadi Imam Dalam Solat
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Mas’ud r.a:
“Yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al-Quran.”
Disayangi Rasulullah
Sabda Rasulullah s.a.w. dan Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Nabi menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam prang Uhud dalam satu liang l4had.
Kemudian Nabi bertanya, “Daripada mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran? Apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka Nabi memasukkan m4yat itu terlebih dahulu ke liang l4had.
Dapat Memberikan Syafaat Kepada Anggota Keluarga
Sabda Rasulullah s.a.w. danipada Ali bin Abi Thalib r.a.:
“Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk ner4ka.”
Penghafal Al-Quran Akan Memakai Mahkota Kehormatan
Sabdar Rasulullah s.a.w. danipada Abu Hurairah r.a: Orang yang hafal Al-Quran nanti pada hari ki4mat akan datang dan Al-Quran akan berkata;
“Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut diberikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi: “Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya. Al-Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redhailah dia.” Maka kepadanya dikatakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat, dia diberi tambahan satu kebajikan.
Hafal Al-Quran Merupakan Bekal Paling Baik
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Jabir bin Nufair:
“Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik dari sesuatu yang berasal dariNya iaitu Al-Quran”.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Sehinggit, matan.edu
The post [VIDEO] Tukang Cuci Masjidil Haram Mampu Menghafal Al-Quran & Boleh Tiru Bacaan Imam Masjidil Haram. appeared first on dePalmaSP.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://depalmasp.com/video-tukang-cuci-masjidil-haram-mampu-menghafal-al-quran-boleh-tiru-bacaan-imam-masjidil-haram/