Inilah Hukum Solat Dua Imam Di R R Menurut Mufti Wp


Kebanyakan daripada kita sering bermusafir sama ada untuk tuntutan kerja, pulang ke kampung untuk melawat ibu bapa tercinta atau pergi bercuti di mana-mana dengan keluarga tersayang.
Malah, soal untuk mencari tempat bagi mendirikan solat juga bukan sesuatu masalah kerana masjid-masjid begitu mudah dijumpai, selain di hentian Rehat dan Rawat (R&R) juga turut menyediakan kemudahan surau yang selesa.
Ini kerana, meskipun kita dalam keadaan bermusafir, tanggungjawab menunaikan solat fardhu perlu ditunaikan kerana ia merupakan kewajipan ke atas semua umat Islam.

Menyentuh mengenai mendirikan solat di surau R&R, adalah menjadi situasi biasa kita melihat ada sesetengah musafir yang singgah terutamanya dalam kelompok ramai menunaikan solat secara berjemaah dan dalam masa yang sama juga sudah ada kumpulan lain yang melakukan solat secara berjemaah.
Justeru, timbul persoalan bolehkah solat dilakukan oleh beberapa jemaah dengan beberapa imam yang berbeza di surau-surau R&R.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, adalah dibolehkan untuk berlakunya beberapa jemaah solat dalam keadaan serentak di surau-surau R&R secara umumnya.
“Ini kerana surau-surau di R&R tidak mempunyai imam rasmi dan tidak mempunyai ciri-ciri masjid yang rasmi.
“Meskipun begitu, bagi mendapat fadhilat besar solat berjamaah, disamping usaha untuk menzahirkan syiar dan kesatuan umat Islam, serta mengelakkan berlakunya kekeliruan apabila banyaknya imam dalam masa yang serentak, adalah lebih utama untuk dilakukan solat secara berjamaah dengan satu imam serta mengikuti tatacara solat yang telah kami sebutkan di atas,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, jelas Zulkifli ada sesetengah umat Islam yang masih keliru dengan beberapa permasalahan hukum yang berkait rapat dengan isu jamak dan qasar.
“Sebagai contohnya, sebahagian mereka yang dalam keadaan bermusafir memilih untuk mendirikan solat jemaah yang baharu sedangkan di dalam surau tersebut pada ketika itu telah ada solat berjamaah.
“Ini kerana mereka menyangkakan bahawa jemaah yang sedang berlangsung mendirikan solat secara tamam (penuh) sedangkan mereka ingin melakukan solat jamak dan qasar,” katanya.
Tambahnya lagi, isu berkenaan tidak sepatutnya timbul pada asalnya. Ini kerana, tatacara dalam melaksanakan solat dalam keadaan sebegini akan menjadi mudah sekiranya kita mengikuti panduan ditetapkan.
“Sekiranya seseorang yang bermusafir itu masuk ke dalam surau R&R dan mendapati terdapatnya solat berjamaah yang sedang didirikan, hendaklah dia mengikuti solat berjamaah tersebut meskipun dia sedang bermusafi.
“Sekiranya dia dalam keadaan muwafiq iaitu mengikuti solat berjamaah dari awal solat, dan imam melakukan solat secara tamam (solat penuh empat rakaat), maka hendaklah dia turut mengikut imam sehingga selesai solat,”katanya.
Bagaimanapun Zulkifli menegaskan bahawa solat berjamaah adalah lebih utama untuk didirikan dengan satu imam sahaja dalam satu-satu masa. Ia bagi menzahirkan syiar Islam iaitu umat Islam mampu bersatu dalam menunaikan solat berjamaah.
“Wujudnya banyak imam dalam satu masa yang sama serta di tempat yang sama, adalah gambaran luaran terhadap tiadanya kesatuan umat Islam dalam dada-dada mereka,”katanya.
The post Inilah Hukum Solat Dua Imam di R&R Menurut Mufti WP appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/inilah-hukum-solat-dua-imam-di-rr-menurut-mufti-wp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Memberi Salam Selepas Solat

Hukum Memberi Salam Selepas Solat

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 475 hits
Jom dengar apa Ustaz Azhar Idrus semoga manfaat kepada anda
Boleh Ke Makmum Baca Al Fatihah Ketika Imam Sedang Membacanya Mufti Wp

Boleh Ke Makmum Baca Al Fatihah Ketika Imam Sedang Membacanya Mufti Wp

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 2277 hits
Boleh ke makmum baca Al Fatihah ketika imam sedang membacanya Mufti WP Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Pernah tak selepas imam baca Fatihah kita pun baca Fatihah TAPI tak sempat kita nak habiskan bacaan lagi imam dah rukuk Perna...
Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah

Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1245 hits
Baru Dua Hari Dimasyurkan Sebagai Sultan Pahang Imam Masjid Dedah Perlakuan Sebenar Tengku Abdullah
Didik Anak Mengenai Seks Menurut Imam Ghazali

Didik Anak Mengenai Seks Menurut Imam Ghazali

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 423 hits
PENDIDIKAN seks adalah penting untuk mengajar anak kita tentang diri mereka malah melindungi diri mereka sendiri dari gangguan seksual Malah seorang sarjana Islam terkenal Imam Al Ghazali juga telah menulis beberapa teks tentang seks dalam ...
Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Menurut Pandangan Islam

Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Menurut Pandangan Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 1265 hits
Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Menurut Pandangan Islam Assalamualaikum Hai semua Terbaca berita mengenai seorang peniaga pakaian terpakai yang menjumpai duit dalam guni pakaian yang dia beli dari luar negara Bukan sedikit jumlah duit ya...
Hukum Solat Dalam Kereta

Hukum Solat Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 473 hits
SHAH ALAM Solat merupakan ibadah yang diwajibkan ke atas semua umat Islam mengikut waktu dan tempoh masa yang ditetapkan Bagaimanapun tidak dapat dinafikan masih ada dalam kalangan umat Islam yang masih lagi keliru atau kurang jelas mengena...
Enam Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali

Enam Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 312 hits
Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah dan hukumnya berdosa besar Firman Allah bermaksud Hai orang yang beriman kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita periksalah dengan sak...
Mufti Perlis Dedah Ada Ugutan Sihir Siam Kepada Imam Baharu

Mufti Perlis Dedah Ada Ugutan Sihir Siam Kepada Imam Baharu

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 813 hits
KANGAR 18 Jan Mufti negeri Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendedahkan ada kariah di salah sebuah masjid mengugut boleh melakukan sihir terhadap imam yang baru dilantik di masjid berkenaan Ujar Mohd Asri situasi itu berlaku ketika mereka d...
Ada Dua Rekomendasi Buat Pemerintah Tindak Terori Tanpa Langgar Ham

Ada Dua Rekomendasi Buat Pemerintah Tindak Terori Tanpa Langgar Ham

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 232 hits
Pemerintah kata Nostalgiawan harus cermat menyusun kurikulum atau strategi ketika menyiapkan pendekatan psikologi dan sosiologi Nantinya dua metode pendekatan itu bisa menjadi bekal para mantan narapidana teroris supaya siap turun kembali k...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lawatan Ke Hatnyai 24 11 2023 27 11 2023

Yummy Lean Ground Beef High Protein Recipe

Keropok Inang Inang Beras Pulut

Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

Tak Semua Lelaki Gagal

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan