Boleh Hilang Pencen Jika Sabit Kesalahan Pkp



KUALA LUMPUR: Pesara kerajaan yang disabit kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga membawa hukuman penjara walaupun sehari bakal berdepan kehilangan manfaat wang pencen yang diterima setiap bulan.

Peguam, Adnan Seman berkata, mengikut aspek perundangan, seseorang pesara itu masih layak menerima wang pencen selagi mana dia cuma didakwa di mahkamah atau didenda.

Bagaimanapun, katanya mengikut Seksyen 21 (1) Akta Pencen 1980, seseorang pesara itu akan hilang kelayakan pencen serta-merta sebaik hukuman mati atau penjara dijatuhkan terhadapnya.

“Mana-mana individu yang menerima pencen atau faedah lain di bawah akta ini dan dikenakan hukuman mati atau penjara dalam suatu tempoh oleh mahkamah, pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti serta-merta.

“Namun, pencen ini boleh diperoleh semula mengikut Seksyen 21 (2) Akta Pencen 1980 sekiranya dia mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

“Dalam hal ini, pengampunan Yang di-Pertuan Agong membolehkan elaun tanggungan diberi namun jumlahnya bergantung kepada apa yang difikirkan patut untuk isteri atau anak pesara dari segi nafkah dan faedah mereka, selain untuk pesara sejurus tamat menjalani hukuman (penjara),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, pesara kerajaan seharusnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat untuk sentiasa mematuhi PKP biarpun mereka tidak lagi berkhidmat dalam sektor awam.

“Pesara kerajaan pernah berkhidmat sebagai penjawat awam yang mana secara jelas mereka dididik dengan nilai untuk menyokong sepenuhnya peraturan kerajaan.

“Dalam keadaan sekarang, mereka bukan saja perlu patuh malah sama-sama menjadi contoh serta menasihati individu sekeliling untuk mengikut sepenuhnya PKP,” katanya ketika dihubungi.

Melalui Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, mana-mana individu yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Pesalah PKP juga boleh didakwa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan penalti tidak dikenakan apabila disabit kesalahan sebaliknya dipenjara tidak lebih dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Kesalahan kedua atau berikutnya juga boleh membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/boleh-hilang-pencen-jika-sabit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Pencen Boleh Hilang Pencen Jika Dipenjara Kerana Pkp

Penjawat Awam Pencen Boleh Hilang Pencen Jika Dipenjara Kerana Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 401 hits
Dua peguam berbeza pendapat sama ada pesara kerajaan yang melanggar perintah kawalan pergerakan akan kehilangan pencen mereka Adnan Seman berkata pesara kerajaan yang dipenjarakan walaupun sehari kerana melanggar PKP akan kehilangan manfaat...
Adakah Penjawat Awam Ditahan Ingkar Pkp Akan Hilang Pencen

Adakah Penjawat Awam Ditahan Ingkar Pkp Akan Hilang Pencen

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 436 hits
Dua peguam berbeza pendapat sama ada pesara kerajaan yang melanggar perintah kawalan pergerakan akan kehilangan pencen mereka Adnan Seman berkata pesara kerajaan yang dipenjarakan walaupun sehari kerana melanggar PKP akan kehilangan manfaat...
Kami Bertiga Berdoa Baca Al Quran Supaya Rindu Hilang Lepas Pkp Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

Kami Bertiga Berdoa Baca Al Quran Supaya Rindu Hilang Lepas Pkp Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 529 hits
Bila rasa rindukan ibu dan ayah saya serta adik adik akan berdoa supaya rasa rindu ini hilang Itulah perasaan Hussain Izzuddin Che Mamad yang baru berumur 9 tahun Dia meluahkan rasa sebak apabila melihat adik adiknya sedih tidak dapat berju...
4 Aplikasi Menonton Video Bersama Rakan Yang Boleh Dicuba Sepanjang Tempoh Pkp

4 Aplikasi Menonton Video Bersama Rakan Yang Boleh Dicuba Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 501 hits
Ekoran peningkatan mendadak wabak Covid 19 semua bandar bandar utama seluruh dunia termasuk Malaysia kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 memberi impak dahsyat sehingga menjejaskan banyak pergerakan dan aktiviti seharia...
Resipi 1 Doh Boleh Buat Macam Macam Kuih Sesuai Sangat Dicuba Waktu Pkp Ni

Resipi 1 Doh Boleh Buat Macam Macam Kuih Sesuai Sangat Dicuba Waktu Pkp Ni

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 679 hits
Sepanjang tempoh PKP perut asyik lapar saja Rajinlah si ibu mencari pelbagai resipi kuih muih untuk dicuba Cara terbaik adalah mencuba satu resipi yang sama untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih yang menarik via grup Berkongsi Ilmu Kuih Mu...
Thermomix Jadi Viral Masa Pkp Sebab Boleh Masak 57000 Resepi

Thermomix Jadi Viral Masa Pkp Sebab Boleh Masak 57000 Resepi

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 1446 hits
Katannya Berlaku Dua Tahun Lepas di PerthSebelum ni tak ramai pun yang ambil tahu pasal mesin masak ini Tapi apabila diperintah berkurung di rumah atau mematuhi arahan PKP mesin ini menjadi tular Maklumlah ramai yang sudah menjadi pakar mem...
Pkp Fasa Tiga Hantar Makanan Lebih 10km Tanpa Bukti Boleh Ditangkap

Pkp Fasa Tiga Hantar Makanan Lebih 10km Tanpa Bukti Boleh Ditangkap

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 380 hits
INDIVIDU yang menjalankan perkhidmatan penghantaran barang perlu menunjukkan kad pengenalan dan bukti pesanan makanan kepada anggota keselamatan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negeri ini Pemeriksa...
Boleh Pasang Internet Waktu Pkp Ismail Sabri

Boleh Pasang Internet Waktu Pkp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 425 hits
PUTRAJAYA 18 April Perkhidmatan pemasangan dan penyediaan Internet di kawasan kediaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan adalah dibenarkan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata sebelum pemasangan dilakukan di ru...
Ibu Bapa Remaja Engkar Pkp Juga Boleh Dikenakan Tindakan

Ibu Bapa Remaja Engkar Pkp Juga Boleh Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 328 hits
IBU bapa dan penjaga kepada remaja di bawah umur 18 tahun yang ditangkap kerana engkar Perintah Kawalan Pergerakan juga boleh dikenakan tindakan undang undang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata ibu bapa dan penjaga terbabi...
Inquest Zara Qairina Landed On Her Feet Says Pathologist

Anwar Should Donate Rm1 Mil Of His Rm11 Mil Personal Wealth To Gaza

Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

Kg Sg Baru Redevelopment Must Be For Malays Only Johari

Kampung Sungai Baru Bergolak

Chelsea Didakwa Langgar Peraturan Pembayaran Ejen

Macc Confirms Move To Cancel Passport Of Ex Pm S Son In Law Over Graft Probe Believed In West Asia

Heavy Rain Causes Flash Floods At Sultanah Aminah Hospital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Irwan Dino Di Hari Bertemu Waris Bil 1 2025

Keretapi Sarong 2025

Rombengan

Beli Adidas Adilette Platform Slides Masa Sale Berbaloi

Tun M Perli Sprm Pmx Tolong Bagitahu Harta Saya Di Uk Nak Tuntut Hadiah Kepada Orang Miskin

Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa