Adakah Penjawat Awam Ditahan Ingkar Pkp Akan Hilang Pencen




Dua peguam berbeza pendapat sama ada pesara kerajaan yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) akan kehilangan pencen mereka.
Adnan Seman berkata, pesara kerajaan yang dipenjarakan walaupun sehari kerana melanggar PKP akan kehilangan manfaat itu, tetapi peguam Muhammad Rafique Rashid Ali tidak bersetuju.
“Pencen bukan hak, tetapi keistimewaan dan boleh dirampas selepas disabitkan kesalahan,” kata Adnan kepada FMT.
Terdapat kira-kira 850,000 pesara awam yang menerima pencen.
Seksyen 21 (1) Akta Pencen 1980 menyatakan pencen atau faedah lain akan dihentikan serta-merta apabila pesara itu dikenakan hukuman mati atau penjara oleh mahkamah.
Bagaimanapun, Seksyen 21 (2) menyatakan pencen itu akan dikembalikan dengan kesan retrospektif dalam kes pesara itu selepas disabit bersalah, menerima pengampunan.
Peguam itu berkata, bayaran pencen akan diteruskan jika individu itu dijatuhkan hukuman dalam bentuk lain, seperti denda, bukannya penjara.
PKP diisytiharkan menggunakan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Di bawah Peraturan 6, pesalah boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya jika didapati mengingkari PKP.
Selasa lalu, Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, polis akan mengurangkan tumpuan dalam mengeluarkan kompaun kepada pengingkar PKP, sebaliknya mereka yang ditahan akan dihadapkan ke mahkamah.
Katanya, Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 akan digunakan mulai sekarang kerana hukumannya lebih berat.
Pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, manakala pesalah kali ke-2 boleh dipenjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, Rafique berkata, peruntukan di bawah Akta Pencen perlu dibaca bersama Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-orang Yang Tidak Diingini 1969.
“Membaca Seksyen 21 secara berasingan boleh mengelirukan dan seseorang itu perlu ingat kewujudan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-orang Yang Tidak Diingini yang berkaitan pendaftaran penjenayah.”
Katanya, pendaftar di bawah undang-undang itu perlu mendaftarkan sesiapa saja yang disabitkan pelbagai kesalahan yang dianggap boleh didaftarkan di bawah Jadual 1 dan 2.
“Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tidak disenaraikan. Oleh itu, mereka yang melanggar PKP tidak boleh dianggap sebagai pesalah boleh didaftarkan.”
Rafique berkata, polis dan pihak pendakwaan perlu menjelaskan peruntukan apa di bawah penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan.
“Saya difahamkan polis bergantung kepada Seksyen 269 Kanun Keseksaan untuk menahan orang atas alasan tindakan cuai yang ming menyebarkan jangkitan sebarang penyakit berbahaya kepada nyawa.”
Katanya, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba mewartakan peraturan itu untuk menghukum pengingkar PKP yang enggan duduk di rumah, tetapi Ismail mengumumkan undang-undang induk itu akan digunakan kerana ia memperuntukkan hukuman lebih berat.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/16/adakah-penjawat-awam-ditahan-ingkar-pkp-akan-hilang-pencen/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=adakah-penjawat-awam-ditahan-ingkar-pkp-akan-hilang-pencen

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Pencen Boleh Hilang Pencen Jika Dipenjara Kerana Pkp

Penjawat Awam Pencen Boleh Hilang Pencen Jika Dipenjara Kerana Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 435 hits
Dua peguam berbeza pendapat sama ada pesara kerajaan yang melanggar perintah kawalan pergerakan akan kehilangan pencen mereka Adnan Seman berkata pesara kerajaan yang dipenjarakan walaupun sehari kerana melanggar PKP akan kehilangan manfaat...
Pkp Pun Sempat Buat Parti Liar 34 Individu Termasuk Penjawat Awam Ditahan Polis

Pkp Pun Sempat Buat Parti Liar 34 Individu Termasuk Penjawat Awam Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 803 hits
Kerajaan sudah memberi arahan untuk semua rakyat Malaysia berkurung di rumah supaya rantaian covid 19 ini dapat diputuskan dalam masa terdekat Namun masih ada golongan yang keras kepala Foto Harian MetroMemetik laporan Harian Metro sejak du...
Lelaki Berduaan Dengan Isteri Orang Ditahan Ingkar Pkp

Lelaki Berduaan Dengan Isteri Orang Ditahan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 424 hits
LELAKI berstatus suami ditahan bersama wanita yang juga isteri orang dalam pemeriksaan Op Covid 19 di Hulu Terengganu kelmarin Pasangan berusia 41 dan 28 tahun terbabit ditahan ketika berduaan dalam kereta dipercayai milik lelaki terbabit d...
Mp Batu Ditahan Ingkar Pkp

Mp Batu Ditahan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 405 hits
Prabakaran dibawa ke IPD Sentul untuk disoal siasat BANGI Ahli Parlimen Batu P Prabakaran hari ini ditahan polis atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Menurut rakaman suara ringkas yang dikongsi salah seorang pegawai wakil ra...
Suami Ditahan Ingkar Pkp Isteri Datang Balai Minta Restu Nak Bersalin

Suami Ditahan Ingkar Pkp Isteri Datang Balai Minta Restu Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 474 hits
ALOR SETAR Seorang wanita yang sarat mengandung sembilan bulan sanggup datang untuk melihat suaminya yang ditahan polis dalam pemeriksaan di Jalan Seberang Putra Sungai Baru Alor Setar malam tadi Wanita berusia 30 an itu ditemani jirannya d...
Pesara Ingkar Pkp Tiada Bayaran Pencen Bulanan

Pesara Ingkar Pkp Tiada Bayaran Pencen Bulanan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 648 hits
Persaraan merupakan status seseorang pekerja yang telah berhenti dari kerjanya Ia biasanya berlaku disebabkan mencapai had umur Ada juga persaraan yang disebabkan faktor lain seperti keadaan fizikal ataupun dengan pilihan PersaraanPautan Pe...
Sesiapa Yang Ingkar Pkp Akan Terus Ditahan

Sesiapa Yang Ingkar Pkp Akan Terus Ditahan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 424 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sesiapa yang didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan akan terus ditahan direman seterusnya dikenakan tindakan mahkamah ketika penguatkuasaan perintah itu memasuki fasa ketiga esok Men...
Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal

Rumah Mesra Rakyat 2026 Semakan Permohonan

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Perubahan Besar Kwsp Untuk Tahun 2026 Apa Yang Perlu Tahu

Rekomendasi Film Bioskop Januari 2026 17 Film Paling Dinanti Dari Horor Brutal Sampai Drama Bikin Nangis

Lelaki Indonesia Kongsi Hal Yang Buatnya Faham Tentang Malaysia

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hadiah Dari Etuza

Why Plump Feels Different Trust Technology And Tasteful Game Design

Pertarungan Mendebarkan Kelana United Fc Tewaskan Kuala Lumpur Dalam Liga Wanita Nasional 2025

Greater Inclusivity Membangunkan Strategi Untuk Kesejahteraan Ekonomi Di Malaysia

Hiburan Masih Banyak Yang Perlu Diperbaiki Hantaran Haqiem Rusli Buat Isteri Curi Tumpuan Ramai

Lirik Lagu Perlu Mendidik Bukan Merosakkan Mufti Wilayah Persekutuan