Boikot Kurma Medjoul Keluaran Israel Beli Kurma Dari Palestin


Umat Islam di seluruh dunia digesa menyemak label pada produk buah-buahan bagi mengelakkan daripada membeli kurma keluaran negara haram Israel.

Penganjur boikot, Friends of Al-Aqsa (FOA - foa.org.uk) – yang berpangkalan di UK – berkata, langkah itu sebagai usaha menentang jenayah apartheid pengganas Israel ke atas Palestin.


Dengan cara tidak membeli kurma Israel, masyarakat Islam boleh menghantar mesej jelas mengecam pendudukan haram Israel dan apartheid di Palestin.

Israel ialah pengeluar kurma Medjoul terbesar di dunia, dengan 50 peratus kurma Israel dieksport ke Eropah, yang dijual di pasaraya utama serta kedai tempatan di seluruh benua, kata FOA dalam satu kenyataan.

SENARAI SYARIKAT ISRAEL PENGELUAR KURMA
*Setakat yang diketahui.

MEHADRIN


Jenama: Mehadrin
Laman web: mehadrin.co.il

GALILEE


Jenama: Galilee
Laman web: galilee-export.com

HADIKLAIM


Jenama: King Solomon Dates
Laman web: hadiklaim.com

MEDJOOLPLUS


Jenama: MedjoolPlusMp
Laman web: medjoolplus.com

AGRIFOOD-MARKETING


Jenama: Star Dates
Laman web: agrifood-marketing.com

JORDAN RIVER-DATES


Jenama: Jordan River Dates
Laman web: jordanriver-dates.com

CARMEL AGREXCO

Jenama: King Medjoul Dates
Laman web: agrexco.com

URBAN PLATTER


Jenama: Urban Platter
Laman web: urbanplatter.in

NAVAFRESH


Jenama: King Solomon Dates -Medjoul Natural Dates
Laman web: navafresh.com

NEGARA EROPAH PENGIMPORT KURMA PENGGANAS ISRAEL

Menurut FOA, United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali antara yang mengimport buah kering dalam kuantiti banyak.

Pada tahun 2020, UK mengimport lebih 3,000 tan kurma dari Israel bernilai AS$8.9 juta.

Atas dasar itu, FOA mendesak boikot berkenaan dilancarkan berikutan tindakan kejam Israel membunuh sekurang-kurangnya 62 rakyat Palestin termasuk 13 kanak-kanak setakat tahun ini.

Kerajaan Israel meningkatkan perobohan rumah pada kadar yang membimbangkan dan berjanji untuk mengembangkan penempatan haramnya, katanya.

FOA menegaskan, organisasi hak asasi manusia antarabangsa termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch menyatakan bahawa Israel melakukan jenayah apartheid, namun negara Eropah gagal mengenakan sekatan ke atas Tel Aviv atau menegakkan undang-undang antarabangsa.

KEMPEN BELI KURMA MEDJOUL DAN PRODUK PALESTIN


Kurma Medjoul Palestin

Berikut adalah kenyataan dan fakta ARIHA bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan Kurma Medjoul ARIHA dari Palestin.

1. Objektif ARIHA

Objektif utama ARIHA ialah untuk membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan para peladang, pekerja dan peniaga Palestin untuk menjamin 'sustainability' rakyat Palestin di Tebing Barat yang situasinya berlainan dari Gaza.

Projek pertanian Palestin terutamanya kurma sudah terbukti membantu rakyat Palestin dan bukannya memberi mudarat (contoh oleh Palestinian Agricultural Relief Committees, PARC seperti di bawah).

ARIHA turut menyalurkan bantuan kewangan hasil keuntungan jualan ke Palestin.

Pek media PARC: https://zaytoun.uk/frequently-asked-questions/

2. Sumber kurma Medjoul ARIHA

Kurma Medjoul ARIHA diambil dari ladang kurma di daerah Ariha (Jericho) yang berada dibawah pentadbiran kerajaan Palestinian Authority (boleh rujuk Oslo Accord 1993).

ARIHA mempunyai 'Certificate of Origin' dari Palestinian Authority yang membuktikan produk kurma ARIHA adalah hasil rakyat Palestin.

ARIHA juga mempunyai rakan kongsi yang memeriksa sendiri ladang-ladang kurma dan kilang pembungkusan untuk memastikan setiap biji kurma ARIHA adalah hasil tulen rakyat Palestin.

3. 100% hasil keluaran rakyat Palestin

Ladang kurma di ARIHA dimiliki sepenuhnya oleh peladang kurma Palestin dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Israel.

Malah, peladang kurma Palestin bersaing dengan peladang Israel yang menerima subsidi pertanian dari kerajaan Israel.

ARIHA berharap pembeli kurma sentiasa berhati-hati dan memeriksa label, jenama kurma untuk memastikan kurma yang dibeli adalah produk tulen rakyat Palestin (lawati https://www.foa.org.uk/campaigns).

4. Tiada 'cukai export' oleh Israel

Tiada sebarang 'cukai export' dikenakan oleh Israel ke atas semua produk Palestin yang diexport.

Malangnya, semua pintu masuk/keluar Tebing Barat dikawal oleh Israel, oleh itu peniaga Palestin terpaksa menghantar export mereka melalui pelabuhan yang dikendalikan oleh Israel.

Semua rakyat Israel dan Palestin hanya perlu membayar yuran yang sangat minima (yuran pemeriksaan, dsb) untuk menggunakan kemudahan pelabuhan.

5. Kapal/kontena

Kurma ARIHA dihantar oleh pembekal Palestin menggunakan kapal/kontena milik Jepun/Taiwan/Singapura dan TIDAK dihantar menggunakan kapal/kontena syarikat Israel.

6. ARIHA dan Aqsa Syarif

ARIHA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap import dan pengurusan kurma Medjoul Palestin.

Aqsa Syarif Berhad tidak mengeluarkan modal dan tenaga kerja serta tidak terlibat dalam pengurusan.

ARIHA memberikan hasil keuntungan jualan ke Aqsa Syarif untuk disalurkan ke projek-projek perladangan Palestin.

ARIHA mengharapkan agar semua pihak tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat atau meragukan yang boleh menutup pintu rezeki rakyat Palestin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Memahami Perjuangan Palestin Disebalik Kelicikan Zionis YahudiSejarah Intifada Rakyat Palestin Menentang Kezaliman Zionis Yahudi
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/03/boikot-kurma-medjoul-israel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Beli Rumah Subsale Part 1

Cara Beli Rumah Subsale Part 1

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 243 hits
CARA BELI RUMAH SUBSALE PART 1 Membeli rumah adalah keputusan utama dan boleh menjejaskan masa depan kewangan anda Walau bagaimanapun ia tidak perlu rumit Agent hartanah berdaftar dan berpengalaman ini telah membahagikan supaya anda boleh m...
Beli Baju Sekolah Anti Kedut Thomx School Secara Online

Beli Baju Sekolah Anti Kedut Thomx School Secara Online

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 310 hits
Beli Baju Sekolah Anti Kedut ThomX School Secara Online Assalamualaikum Hi korang Sesi persekolahan bagi sesi 2023 2024 bakal bermula tidak berapa lama jer lagi Untuk sesi persekolahan kali ini KakYa dah siapkan baju sekolah anak anak Kalin...
Mampu Beli Kereta Honda Tetapi Tak Mampu Nak Naik Taraf Rumah Sendiri Wanita Sindir Jirannya Di Aplikasi Tiktok

Mampu Beli Kereta Honda Tetapi Tak Mampu Nak Naik Taraf Rumah Sendiri Wanita Sindir Jirannya Di Aplikasi Tiktok

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 476 hits
Seorang pengguna TikTok sengaja menyindir jirannya yang baru sahaja membeli sebuah kereta Honda sambil merakam keadaan rumah lelaki itu bagi menampakkan dia lebih mengutamakan kereta berbanding menaiktaraf kediamannya nbsp TikToker Anaayyy2...
Kuarters Guru Sunyi Salah Siapa Kenapa Biarkan Tidak Dibuat Sewa Beli

Kuarters Guru Sunyi Salah Siapa Kenapa Biarkan Tidak Dibuat Sewa Beli

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 585 hits
Isu kuarters kerajaan terbiar rasanya bukan saja melibatkan kuarters guru tetapi perlu juga dilihat kuarters kerajaan yang lain Terbiar dan tidak diselenggara dengan betul Persoalannya kenapa tidak dibuat kuarters sewa beli sahaja kepada kh...
Beli Rumah Cash Tanpa Gangguan Lhdn Possible Ke Ini Tekniknya

Beli Rumah Cash Tanpa Gangguan Lhdn Possible Ke Ini Tekniknya

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 211 hits
Beli rumah cash tanpa 8216 gangguan 8217 LHDN 8216 possible 8217 ke Ini tekniknya Pertama kali apa yang kita kena faham adalah kenapa LHDN akan cari pembeli yang bayar cash tak kira lah beli kereta ataupun beli rumah Kalau anda nak beli rum...
Ni Bukan Yang Aniaya Bini Tu Ke Jenama Baju Melayu Terkenal Dikecam Hebat Netizen Tak Kuasa Nak Beli Sebab Sejarah Lama

Ni Bukan Yang Aniaya Bini Tu Ke Jenama Baju Melayu Terkenal Dikecam Hebat Netizen Tak Kuasa Nak Beli Sebab Sejarah Lama

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 345 hits
Baru baru ini sebuah jenama pakaian baju melayu terkenal telah menjadi bualan ramai berikutan kejayaan syarikat itu menghiasi papan iklan elektronik gergasi di tengah ibu kota Ia menjadi tumpuan kerana papan iklan gergasi itu kebiasaannya d...
Beli Rantai Tangan Terbaru Dari Habib Jewels

Beli Rantai Tangan Terbaru Dari Habib Jewels

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 341 hits
Habib Jewels adalah sebuah perniagaan menjual emas dengan rekaan yang simple hinggalah eksklusif yang jarang ditemui di kedai emas lain Sebab itu lah saya kerap juga membeli barang kemas 916 di HJ walaupun harganya agak tinggi sedikit Beli ...
10 Hal Yang Perlu Diwaspadai Ketika Jual Beli Online

10 Hal Yang Perlu Diwaspadai Ketika Jual Beli Online

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 213 hits
Selamat Datang di Blog Orang IT Tak terasa sebentar lagi memasuki bulan Suci Ramadhan sementara saya belum mempersiapkan bacaan bacaan artikel bernuansa ramadhan dan idul fitri padahal menebar kebaikan di bulan suci tersebut pahalanya berli...
Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai