Kuarters Guru Sunyi Salah Siapa Kenapa Biarkan Tidak Dibuat Sewa Beli
Isu kuarters kerajaan terbiar rasanya bukan saja melibatkan kuarters guru tetapi perlu juga dilihat kuarters kerajaan yang lain. Terbiar dan tidak diselenggara dengan betul.
Persoalannya, kenapa tidak dibuat kuarters sewa beli sahaja kepada khusus kepada penjawat awam. Secara tak langsung, kerajaan dapat memperolehi keuntungan dan tidak perlu menanggung perbelanjaan penyelengaraan. Bukan itu saja, ia juga membantu kerajaan merancakkan lagi pembangunan perumahan pada harga mampu dibeli oleh penjawat awam mengikut gred.
Petikan Utusan :
Timbalan menterinya, Lim Hui Ying berkata, KPM berusaha untuk mencari penyelesaian bagi kuarters-kuarters yang tidak diduduki supaya tidak berlaku pembaziran.
“Secara keseluruhan, jumlah kuarters guru KPM adalah sebanyak 47,947 unit, di mana sebanyak 29,207 unit kuarters sedang diduduki manakala 18,740 unit kuarters tidak diduduki. Bagi kuarters guru yang tidak diduduki, KPM telah melantik perunding hartanah bagi menjalankan kajian mengoptimumkan penggunaan kuarters guru tidak berpenghuni milik KPM di seluruh negara.
“Skop kajian adalah merangkumi cadangan penyelesaian bagi mengoptimumkan kuarters kosong di seluruh negara. Kajian ini dijangka selesai pada akhir April 2023,” katanya semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini..
Selain itu, KPM memberi fokus kepada kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan kuarters guru yang didiami berdasarkan tahap kerosakan yang kritikal seperti kerosakan bumbung, pendawaian elektrik, perpaipan, kerosakan tandas, kumbahan dan kerosakan struktur bangunan
“Kerosakan kuarters yang melibatkan struktur akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Manakala, kerosakan kuarters yang tidak melibatkan struktur akan dilaksanakan oleh KPM. Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa oleh JKR dan KPM bagi memastikan skop kerja dipatuhi mengikut spesifikasi yang ditetapkan,”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2023/03/kuarters-guru-sunyi-salah-siapa-kenapa.html