Cara Beli Rumah Subsale Part 1


CARA BELI RUMAH SUBSALE - PART 1 | Membeli rumah adalah keputusan utama dan boleh menjejaskan masa depan kewangan anda. Walau bagaimanapun, ia tidak perlu rumit. Agent hartanah berdaftar dan berpengalaman ini telah membahagikan proses membeli rumah sub-sale supaya anda boleh memahami dengan lebih baik cara proses ini berfungsi, serta perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum memulakan carian rumah idaman anda

Cara beli rumah subsale
Bila kita beli rumah, sememangnya ia bukan suatu perkara yang mudah. Tambah lagi bila rumah ni memang kita beli sekali sahaja seumur hidup. Lebih membimbangkan, dengan tindakan kita yang sekali inilah, kalau tersilap langkah, terpaksa pula kita tanggung sampai 35 tahun. 
Setelah hampir 5 tahun saya dalam bidang hartanah, macam-macam cerita saya dengar berlaku, antaranya:
1. Agent tipu, loan tak lulus tapi tak nak refund booking, di Selangor2. Lawyer uruskan rumah, sampai 2 tahun tak dapat kunci lagi, rasanya di Penang3. Installment bank dah start, tapi kunci rumah tak dapat lagi4. Agent tipu market value di Selangor5. Kes lawyer larikan duit di Kulim, Kedah6. Kes waris terpaksa cover hutang rumah si mati

dan macam macam lagi. 
Disebabkan itu, rasanya elok juga saya kongsikan 10 perkara yang anda kena pastikan sebelum buat keputusan beli rumah, atau bayar deposit pada agent hartanah

Suka saya ingatkan juga, perkongsian ini adalah untuk rumah 2nd hand atau subsale sahaja, kalau rumah under construction atau rumah baru, penilaian kita akan sedikit berbeza

10 perkara tersebut ialah:
1. Full refund jika loan tak lulus, atau loan bank tak dapat penuh2. Minta agent quote dahulu harga lawyer fee kalau anda nak confirm3. Pastikan market value rumah yang nak dibeli pada paras yang betul4. Kalau rumah bawah sikit dari market value adalah lebih baik5. Insurance MRTT cover penuh dalam loan6. Anggaran bila dapat kunci7. Tanya agent, kenapa rumah dah bayar installment tapi masih lagi tak dapat kunci8. Dan bila dah dapat kunci, apa seterusnya9. Pengalaman agent hartanah10. Minta agent jelaskan kenapa kes dapat kunci boleh jadi terlalu lama

Sekali lagi saya nak ingatkan, 10 perkara di atas, bukannya pilih 1 atau 5 untuk anda apply. Sebaiknya semua perkara ini mesti dipastikan dahulu sebelum anda bayar duit deposit pada agent hartanah

Kita pergi ke point yang pertama

1. Full refund jika loan tak lulus, atau loan tak dapat penuh.
Ini yang paling parah, dalam tempoh kita Covid teruk antara tahun 2020 hingga 2021 yang lepas, memang tersangat ramai pembeli yang dalam proses jual beli rumah terpaksa ambil keputusan untuk cancel beli rumah. Di atas sebab kilang atau tempat kerja mereka yang mungkin terpaksa cut gaji, atau lebih teruk lagi jika ada pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja

Refund bila beli rumah ini kebiasaannya ada dua keadaan sahaja. Pertama, sebab loan tak lulus, atau kedua, harga rumah yang dijual pada harga RM300K, tapi loan hanya lepas  RM280K sahaja. Ini bermaksud pembeli perlu top-up lagi RM20K. Sebenarnya keadaan ini pun boleh  full deposit boleh dipulangkan

Dan kedaan ketiga, ada keadaan yang kadang-kadang kita sendiri tak sangka, iaitu diberhentikan kerja atau mungkin company muflis. 
Ini pun pernah berlaku, dan jika ini berlaku. Lebih baik agent pulangkan sahaja deposit, biar pembeli cari kerja lain dahulu. Dan mungkin kalau ada rezeki lain, boleh beli dengan agent sama semula. Full refund ini sepatutnya ada tertulis di dalam booking form, anda kena minta agent hartanah tunjukkan mana satu ayat yang mengatakan boleh refund. Ini sangat penting, sebab ramai yang dah terkena dan bila beritahu saya, memang tiada apa yang boleh saya bantu sebab ia bukan kes saya

2. Minta agent quote dahulu harga lawyer fee kalau anda nak confirm
Kos lawyer fee adalah kos yang paling ditakuti dan yang paling dibenci oleh semua orang, tapi percayalah kos lawyer fee adalah kos yang paling banyak berlaku salah faham. Mungkin sebab rasanya macam mahal. 
Tapi hakikatnya, mahal ni mungkin sebab kita tak biasa dengar. Itu sebab kita rasa macam mahal
Bila kita tentukan lawyer untuk ambil kes kita, janganlah tengok pada harga murah sahaja, sebab ada sahaja kes lawyer yang sailang duit. Bermaksud lawyer ini akan bawa lari duit yang mereka uruskan
Dan bila ia berlaku, memang kita ternganga

Ini pernah berlaku, sangat penting juga untuk tanyakan pada agent, adakah dia sudah biasa dengan lawyer sekian sekian. Sepatutnya, lawyer itu pun tiada masalah untuk quote-kan harga supaya anda pun tak terkejut sangat nanti

Kos lawyer fee ni, kalau memang boleh bayar cash, tiada masalah. Tapi kalau tak boleh, atau nak jimat, anda boleh bayar separuh sahaja. Lagi separuh masuk dalam loan. Masuk semua pun boleh, mengikut kuota kelayakan pembeli dan jenis bank juga. Kalau anda boleh pastikan awal-awal, bila loan lulus nanti, insyaAllah proses seterusnya akan lebih clean gitu

Apa-apa pun, semuanya boleh dibincangkan dengan agent hartanah, sebab itu adanya agent hartanah. Agent hartanah ini pemudah cara, sebab kami ni uruskan kes jual rumah setiap hari, setiap bulan, bertahun tahun

3. Pastikan market value rumah yang nak dibeli pada paras yang betul
Sebenarnya, bila beli rumah, harga yang diletakkan adalah bergantung kepada market value. Market value adalah harga pasaran yang ditentukan oleh pihak valuer. Bukan bank, bukan agent, bukan pemilik hartanah. Ia mesti daripada valuer.
Valuer ini juga, mesti yang bergerak sendirian, bukannya berat sebelah pada bank. Contoh, katakan valuer cakap harga rumah itu adalah RM300K. Yang paling cantik, rumah itu dijual dengan harga 290K, atau 280K, lagi rendah lagi bagus. 
Bermaksud, pembeli boleh markup RM10K atau RM20K untuk cover lawyer fee. Tapi katakan penjual, atau pemilik rumah nak jual lebih, dengan alasan dia sudah renovate banyak, mungkin RM330K. Adakah boleh terjual? Boleh juga, bermaksud, loan sampai 300K sahaja di bank. Tapi anda kena top-up lagi RM30K

Tapi ada juga kes, yang bank boleh up lagi harga RM330K. Bermaksud, anda sebenarnya telah beli RM30K daripada harga sepatutnya. Perkara ini anda boleh pastikan sendiri, di brick ataupun dengan valuer sendiri. Walaupun kerjanya agak leceh, sebab saya sendiri bila jadi agent hartanah, agak susah nak deal dengan pembeli yang nak market value sendiri

Tapi sebenarnya, memang ada agent hartanah yang ‘buat taik’. At least anda tahu, dan bila ia berlaku, dan anda rasakan macam harga itu mahal, anda pun tak berpuas hati dengan keadaan rumah, mungkin terpaksa juga untuk semak market value sendiri

4. Kalau rumah bawah sikit dari market value adalah lebih baik
Ya ini betul. Bayangkan, kalau kita nak simpan RM20K. Katakan kita simpan RM1,000 sebulan, satu tahun, baru RM12,000, dua tahun, baru RM24,000.. Kiranya hampir 2 tahun juga nak kumpul RM20K, itu pun kalau kita berjaya kumpul, kalau tiba-tiba kereta kita breakdown, atau tiba-tiba ada masalah lain, atau kita sendiri yang tak dapat kawal kumpul RM1,000 setiap bulan pula bagaimana

Kadang itu mungkin terpaksa atau lebih elok kita mark-up sahaja. Lagipun, RM10,000 mark-up, hanya tambah RM40 ke RM60 sahaja sebulan. Apa-apa pun, tepuk dada tanya diri sendiri. Mana yang lebih, sebaiknya agent hartanah bertindak sebagai pencetus idea untuk anda beli hartanah juga, bukan semata mata menjual dan mereka dapat komisen. 
5. Insurance MRTT cover penuh dalam loan
Bila kita buat apa-apa pinjaman, baik pinjaman rumah, personal loan, kereta mahupun motor, pasti ada kos insurance. Rumah juga begitu, ia disebut MRTT. Insurance rumah, ada dua, MRTT dan MLTT
MLTT kita kongsi kemudian, sekarang kita nak cerita tentang MRTT sahaja dahulu di sini

MRTT ni kebiasaannya boleh masuk dalam loan, bermaksud anda tak perlu top-up duit lain dan kebiasaannya juga kos MRTT ialah 5% daripada harga rumah. Andai kata, semasa buat pinjaman umur anda anggaran 30 tahun. Kalau umur dah 35 atau 40 tahun, anggaran 5% untuk kos MRTT akan tidak valid lagi sebab kos MRTT akan naik, ikut kepada umur dan kerja anda

So kalau harga rumah RM300K, kemungkinan MRTT dalam RM15K. Total loan anda ialah RM315K
Tapi ada kemungkinan, loan anda RM300K, MRTT RM30K, sepatutnya total pinjaman anda ialah RM330K. Tapi hanya RM15K sahaja boleh masuk dalam loan, baki RM15K anda perlu top-up duit sendiri. 
Jika ini berlaku, bermaksud, insurance loan tak cover penuh

• Boleh jadi pinjaman total 300K, tapi insurance hanya cover 200K sahaja• mungkin pinjaman selama 35 tahun, tapi insurance selama 20 tahun sahaja. 
Dan katakan selepas 20 tahun buat pinjaman, jika ada apa apa berlaku, memang waris yang akan terpaksa bersusah payah membayar hutang yang tinggal. Bukan sedikit juga tu.. Apa-apa pun, anda kena pastikan perkara ini dengan agent hartanah. Tapi ikut pengalaman saya, perkara ini susah untuk dijangka kerana bukan agent yang buat keputusan, bukan juga banker yang buat keputusan sebaliknya dari pihak ibupejabat. Apa-apa pun, anda kena bincang dengan agent hartanah untuk keputusan, keadaan mana lebih baik

Kebiasaannya, bila pembeli itu sudah cecah umur 40 tahun ke atas, memang insurance tak cover penuh. Bermaksud, anda kena top-up sikit duit kalau nak dapat coverage penuh

Adakah ini rugi? Bergantung kepada tujuan dan keadaan anda juga. Kalau memang seperti kes rumah saya di Changlun, Kedah, memang tiada masalah untuk client saya terima loan tak cover penuh, sebab dia hanya bercadang untuk duduk rumah itu dalam 10 tahun sahaja dan akan jual semula kemudian hari, sebelum pencen

Apa-apa pun, kena bincang dengan agent hartanah, pendekatan mana yang lebih baik. Percayalah, agent hartanah seperti kami ni tiada basic, tiada elaun. Semuanya semata-mata income daripada kes yang berjaya diselesaikan sampai dapat kunci. Bermaksud, nak tak nak, memang agent itu akan bersusah payah untuk bantu anda

Ini baru sebahagian sahaja, kita sambung bahagian 2 dalam post akan datang.. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca yang sedang mencari rumah atau ingin menambah pendapatan sampingan melalui jual-beli rumah. 


Regards,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ladyinredplanner.blogspot.com/2023/03/cara-beli-rumah-subsale-part-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Cara Beli Mohon Saham Ipo Malaysia Secara Online

2 Cara Beli Mohon Saham Ipo Malaysia Secara Online

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 403 hits
Jom rebut peluang mohon saham IPO Malaysia kerana ada peruntukan yang di sedia kan khas untuk kaum bumiputera sahaja Tak ramai dari kita yang tahu serta berminat untuk menceburi bidang saham terutama nya saham IPO Tahu kah anda pihak keraja...
Mampu Beli Kereta Honda Tetapi Tak Mampu Nak Naik Taraf Rumah Sendiri Wanita Sindir Jirannya Di Aplikasi Tiktok

Mampu Beli Kereta Honda Tetapi Tak Mampu Nak Naik Taraf Rumah Sendiri Wanita Sindir Jirannya Di Aplikasi Tiktok

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 452 hits
Seorang pengguna TikTok sengaja menyindir jirannya yang baru sahaja membeli sebuah kereta Honda sambil merakam keadaan rumah lelaki itu bagi menampakkan dia lebih mengutamakan kereta berbanding menaiktaraf kediamannya nbsp TikToker Anaayyy2...
Separuh Rakyat Malaysia Tak Mampu Beli Rumah Lebih Rm350 000

Separuh Rakyat Malaysia Tak Mampu Beli Rumah Lebih Rm350 000

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 206 hits
KUALA LUMPUR Kebanyakan rakyat di Malaysia tidak mampu untuk membeli hartanah kediaman di atas RM350 000 dan lebih separuh langsung tidak mampu membeli kediaman tanpa bantuan kerajaan PropertyGuru Malaysia dalam Kajian Sentimen Penguna Sepa...
Wujudkan Impian Masa Kecil Fuji Beli Rumah Mewah Tunai Dari Hasil Kerja Keras Sendiri

Wujudkan Impian Masa Kecil Fuji Beli Rumah Mewah Tunai Dari Hasil Kerja Keras Sendiri

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 160 hits
Bukan cuma impian masa kecilnya ternyata pencapaian Fuji bisa beli rumah sendiri juga bagian dari impian mendiang Bibi Ardiansyah dan Vanessa Angel
Hiburan Ini Untuk Maruah Shu Dan Anak Anak Mohon Dicerai Cara Baik Nurul Shuhada Nafi Ego Nak Pertahan Rumah Tangga

Hiburan Ini Untuk Maruah Shu Dan Anak Anak Mohon Dicerai Cara Baik Nurul Shuhada Nafi Ego Nak Pertahan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 204 hits
Hari ini pelakon Hafidz Roshdi dan isteri telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kes cerai yang difailkan isteri aktor itu Ditemui media beberapa hari yang lalu Shuhada mengakui dia masih menyayangi suami dan bapa kep...
Cara Beli Coin Tiktok Murah Malaysia Top Up Recharge

Cara Beli Coin Tiktok Murah Malaysia Top Up Recharge

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 733 hits
Cara Beli Coin Tiktok Murah Malaysia Top up Recharge Aplikasi Tiktok tidak lagi asing dalam kalangan remaja Ia merupakan platform media sosial yang memaparkan video berdurasi pendek untuk hiburan para pengguna akaun Tiktok Bukan itu sahaja ...
Beli Rumah Cash Tanpa Gangguan Lhdn Possible Ke Ini Tekniknya

Beli Rumah Cash Tanpa Gangguan Lhdn Possible Ke Ini Tekniknya

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 193 hits
Beli rumah cash tanpa 8216 gangguan 8217 LHDN 8216 possible 8217 ke Ini tekniknya Pertama kali apa yang kita kena faham adalah kenapa LHDN akan cari pembeli yang bayar cash tak kira lah beli kereta ataupun beli rumah Kalau anda nak beli rum...
Part 1 Raised Bed Mini Belakang Rumah

Part 1 Raised Bed Mini Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 270 hits
Projek raised bed mini belakang rumah ni dah lama tertangguh Sebab utama ialah untuk mengumpul kotak gabus atau polisterin yang sama saiz Akhirnya dapatlah di buat projek mini raised bed di belakang rumah ni alhamdulillah Inipun adalah baha...
Napak Tilas Rumah Angker Si Menir Di Pabrik Gula Bnajaratma

Napak Tilas Rumah Angker Si Menir Di Pabrik Gula Bnajaratma

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 205 hits
Kamar Si Menir BelandaSahabat Pagi Berkicau saya akan ajak jalan jalan memasuki area perumahan para menir belanda tempo dulu yaitu di Desa Banjataratma Kab Brebes yang sekarang sebagian areanya dijadikan Rest Area tol brebes di sana ada beb...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang