Bod 1mdb Seperti Dipaksa Najib Luluskan Pinjaman As 750 Juta


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa ahli lembaga pengarah (BOD) 1MDB terkilan selepas mendapati permintaan penambahan pinjaman berjumlah AS$750 juta terus dibuat kepada Najib Razak bertujuan memaksa BOD bagi meluluskan pinjaman berkenaan.
Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, ketika membacakan penyataan saksinya berkata, perkara itu dibincangkan oleh BOD 1MDB semasa mesyuarat di Menara IMC pada 4 April, 2011.

Loading… Menurut Shahrol Azral, mesyuarat berkenaan membincangkan surat bertarikh 18 Feb, 2011 daripada Putera Turki bin Abdullah dan Tarek Obaid dari PetroSaudi International Limited (PSI) kepada Najib selaku pemegang saham 1MDB.
“Seingat saya, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin (Pengerusi Lembaga Pengarah) hanya memaklumkan mesyuarat secara lisan. Di antara isi kandungan surat Tarek Obaid adalah cadangan untuk 1MDB menambahkan pemberian pinjaman menerusi nota Murabaha, berjumlah AS$750 juta.
“Pihak BOD pada masa itu merasa terkilan kerana permintaan penambahan hutang ini dibuat secara terus kepada pemegang saham 1MDB iaitu Najib, seolah-olah dengan tujuan untuk ‘forcing the hand of the BOD’ meluluskan penambahan pinjaman ini,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Gopal Sri Ram pada perbicaraan hari ke-14 kes bekas Perdana Menteri itu membabitkan 1MDB.
Namun, saksi pendakwaan kesembilan itu berkata setelah mengambil kira perhubungan PSI dan 1MDB adalah perhubungan G to G (Kerajaan kepada Kerajaan) dan Najib telah lebih awal memberikan persetujuan beliau, BOD menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk membuat analisis lanjut mengenai penambahan hutang ini.
“Ia termasuk terma Nota Murabaha dan sumber wang jika 1MDB mahu meneruskan pemberian pinjaman berkenaan,” katanya.
Semalam saksi itu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mencadangkan supaya projek usahasama antara 1MDB dan PSI yang tidak aktif diubah dari bentuk ekuiti kepada bentuk Nota Murabaha kerana 1MDB tidak boleh menamatkan usahasama itu begitu sahaja kerana ia melibatkan hubungan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia.
Saksi penting pendakwaan itu turut mengesahkan beliau hadir pada mesyuarat berkenaan dan antara BOD yang hadir ialah Che Lodin, Ong Gim Huat (Pengarah), Ismee Ismail (Pengarah), Ashvin Jethanand (Pengarah), Radhi Mohamad dan Goh Gaik Kim (Setiausaha).
Shahrol Azral semasa dirujuk mengenai surat daripada Putera Turki bin Abdullah dan Tarek Obaid bertarikh 18 Feb, 2011 itu berkata beliau tidak pernah melihat surat berkenaan sebelum ini.
“Bagaimanapun, surat ini menunjukkan bahawa Putera Turki bin Abdullah menyatakan ada cara baru bagi kedua-dua negara (Malaysia dan Arab Saudi) untuk meneruskan usahasama antara negara melalui pelaburan bersama,” katanya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/bod-1mdb-seperti-dipaksa-najib-luluskan-pinjaman-as750-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 329 hits
The Malaysian authorities should recover fugitive businessman Low Taek Jho in order to question him regarding the 1Malaysia Development Berhad fiasco instead of having witnesses tell the court what he had said a lawyer said today Datuk Seri...
Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 347 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its 12th day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings Su...
Pmo Terpaksa Pertahan Najib Sebab Banyak Serangan Isu 1mdb

Pmo Terpaksa Pertahan Najib Sebab Banyak Serangan Isu 1mdb

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 369 hits
MALAYSIAKINI KES 1MDB NAJIB l Bekas pegawai khas Najib Razak hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa banyak serangan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad pada penghujung 2014 sehinggakan Pejabat Perdana Menteri ...
Najib Objects To Hearsay Evidence By Ex 1mdb Chief

Najib Objects To Hearsay Evidence By Ex 1mdb Chief

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 302 hits
Najib Razak has filed an objection to stop former 1MDB CEO Shahrol Azral Ibrahim from linking him to fugitive businessman Low Taek Jho saying this would amount to hearsay evidence His lawyer Muhammad Shafee Abdullah said such evidence could...
1mdb Najib Langgar Titah Agong

1mdb Najib Langgar Titah Agong

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 240 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengarahkan untuk meneruskan pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam yang dimohon oleh Terengganu Investment Authority Berhad berjumlah RM5 billion walaupun Sultan Mizan Z...
Najib 1mdb Trial Najib Never Told 1mdb To Follow Jho Low

Najib 1mdb Trial Najib Never Told 1mdb To Follow Jho Low

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 315 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak never told the 1Malaysia Development Board management to follow directives from fugitive businessman Low Taek Jho aka Jho Low The Kuala Lumpur High Court heard today Tuesday September 24 2019 tha...
Najib Had Ultimate Power Over 1mdb Tia Ex Ceo

Najib Had Ultimate Power Over 1mdb Tia Ex Ceo

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 263 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak had ultimate power in making decisions involving the financial affairs of 1MDB and Terengganu Investment Authorities Berhad the High Court was told yesterday Datuk Shahrol Azral Ibrahim Hal...
1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 293 hits
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi KUALA LUMPUR Ahli Perniagaan dalam buruan Low Taek Jhow atau Jho Low didakwa sangat rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya Malah Jho Low dikatakan begitu akrab dan san...
1mdb Jolok Manipulasi Najib

1mdb Jolok Manipulasi Najib

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 214 hits
Tangkap la Jolok ni cepat Biar kita semua dengar dan tahu perkara sebenar Siapa juga yang bersalah mesti menerima hukuman Hari ke 10 Najib mungkin telah dimanipulasi Jho Low saksiPerbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak yang dituduh me...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu