1mdb Jolok Manipulasi Najib



Tangkap la Jolok ni cepat..! Biar kita semua dengar dan tahu perkara sebenar...! Siapa juga yang bersalah mesti menerima hukuman..!
Hari ke-10: Najib mungkin telah dimanipulasi Jho Low - saksiPerbicaraan bekas perdana menteri, Najib Razak, yang dituduh melakukan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB memasuki hari kelapan hari ini
Di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah, Najib dihadapkan dengan 25 tuduhan membabitkan dana sebanyak RM2.28 bilion
Sebelum ini anggota parlimen Pekan itu diberikan cuti sakit dua hari atas faktor kesihatan, apabila beliau didapati mengalami konjunktivitis
Malaysiakini membawakan liputan perbicaraan itu secara langsung
Amhari: Najib mungkin dimanipulasi Jho Low10.45 pagi: Ahli perniagaan Jho Low mungkin telah memanipulasi bekas perdana menteri Najib Razak dalam soal 1MDB, kata bekas pegawai khasnya Amhari Efendi Nazaruddin
Dia setuju dengan kenyataan peguam Muhammad Shafee Abdullah berkenaan perkara itu ketika pemeriksaan balas
Shafee: Perdana menteri anda sendiri dimanipulasi Jho Low
Amhari: Saya setuju
Shafee: Anda setuju Jho Low mungkin manipulasi PM (Najib)
Amhari: Ada kemungkinan
Amhari juga setuju dengan Shafee bahawa bahagian pernyataan bertulisnya yang menyifatkan Jho Low sebagai "master manipulator" hanya merujuk kepada ahli perniagaan itu dan bukannya Najib
10 pagi: Bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin berkata dia dibawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menjalankan penggeledahan di tiga rumah pada Jun tahun lalu
Ia termasuklah rumahnya sendiri di Kota Damansara
Menurut keterangannya, penyiasat SPRM ke rumahnya pada 24 Jun sebelum menggeledah sebuah apartmen di Persiaran Tropicana keesokannya
Dia berkata apartmen itu bukan miliknya
SPRM turut menggeledah sebuah lagi unit kondominium di 3 Jalan Kia Peng selepas itu
Mahkamah diberitahu SPRM mengambil sejumlah dokumen, dua telefon Blackberry, dan beberapa komputer dari rumah Amhari
9.36 pagi: Najib masuk ke kandang tertuduh. Perbicaraan bermula dengan sambungan pemeriksaan balas terhadap bekas pegawai khasnya, Amhari Efendi Nazaruddin
9.31 pagi: Tertuduh Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk untuk menunggu perbicaraan bermula
Turut ada ialah ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah dan para peguam lain, serta ketua timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram dan pasukannya
Hari kesepuluh perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion mungkin menyaksikan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipanggil sebagai saksi pendakwaan kesembilan
Ia selepas peguam Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah semalam bahawa beliau mungkin memerlukan hanya dua jam lagi untuk menyoal balas bekas pegawai Najib, Amhari Efendi Nazaruddin, yang merupakan saksi kelapan
Shahrol Azral menjadi CEO 1MDB pada 2009 hingga 2013, sebelum dipindahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)
Difahamkan jika Shahrol Azral dipanggil untuk pemeriksaan utama hari ini, pernyataan bertulisnya akan lebih panjang berbanding pernyataan Amhari
Justeru perbicaraan untuk beberapa hari seterusnya ini dijangka melibatkannya. sumber

Sementara itu dilaporkan juga..Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak menyediakan laporan berhubung lawatannya ke China pada bulan Jun 2016 untuk Najib, tetapi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang menyediakannya.

Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata, laporan bertajuk "Update On China-Malaysia Economic Program: 18 July 2016" (Laporan Kemas Kini Mengenai Program Ekonomi China-Malaysia 18 Julai 2016) itu telah dikongsikan dengan Najib dan beliau memaklumkan maklumat yang kemas kini kepada bekas Perdana Menteri itu sebaik pulang daripada mesyuarat itu kerana beliau dihantar secara peribadi sebagai wakil khas kepada Najib.

Beliau berkata demikian ketika diperiksa balas oleh ketua peguam bela Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari kesembilan perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saksi pendakwaan kelapan itu, dalam keterangannya sebelum ini, memberitahu mahkamah yang beliau telah menerima dokumen sama ada daripada Jho Low menerusi e-mel secara peribadi atau daripada bekas pengarah 1MDB Terence Geh.

Muhammad Shafee: Kamu tidak tulis nama kamu atau nama Jho Low. Tiada nama pengarang bagi laporan itu?

Amhari Efendi: Tiada.

Muhammad Shafee: Kenapa begitu?

Amhari Efendi: Sebab sudah jelas hanya ada tiga orang kami (dia sendiri, Jho Low, Terence) terlibat dalam misi berkenaan... jadi adalah jelas ia datangnya daripada Jho Low. Datuk Seri Najib tahu.

Muhammad Shafee: Kamu kata dokumen ini datang daripada Jho Low. Bagaimana kamu memperolehnya?

Amhari Efendi: Melalui e-mel.

Muhammad Shafee: Kamu mendakwa secara lisan bahawa kamu telah menunjukkan dokumen itu kepada PM dan ia telah disediakan oleh Jho Low. Dia (Najib) telah menghantar kamu ke China sebagai wakil khas dia, adakah kamu mengatakan kamu tidak menyediakan apa-apa laporan.

Amhari Efendi: Betul.

Muhammad Shafee: Adakah kamu meminta dia (PM) untuk membacanya?

Amhari Efendi: Saya telah menjelaskan kepada dia bahagian pertamanya di mana terdapat di dalamnya cadangan supaya ditukar lembaga sektor daripada sektor swasta kepada sektor awam berhubung beberapa projek yang telah dibincangkan semasa lawatan ke China itu.

Muhammad Shafee: Kamu berikan Najib salinan ini?

Amhari Efendi: Saya memberinya satu salinan, kemudiannya saya percaya dia telah memulangkannya semula kepada saya.

Mahkamah turut diberitahu bahawa maklumat daripada Amhari Efendi menjadi sebab kanapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman Low di Jalan Kia Peng, di mana dia ditangkap oleh SPRM pada satu masa pada bulan Syawal (Hari Raya Aidilfitri) pada 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Sambil cuba mengingati kembali peristiwa itu, saksi penting itu berkata beliau telah pergi untuk menghadiri satu mesyuarat di umah Jho Low berhubung Terengganu Investment Authority (TIA) pada lewat 2008 atau awal 2009.

Muhammad Shafee: Kamu tahu di mana rumahnya sebelum itu?

Amhari Efendi: Tidak.

Muhammad Shafee: Adakah ia apartment Number 3 Kia Peng atau Apartment number 3, Kia Peng?

Amhari Efendi: Saya fikir nama apartmen itu Number 3 Kia Peng.

Muhammad Shafee: Nombor rumah yang betul pun kamu tidak boleh ingat tetapi kamu membawa SPRM ke sana?

Amhari Efendi: Saya mendedahkan mengenai lukisan pada papan putih di rumah Jho Low di Kia Peng.

Saksi itu berkata dia telah berkunjung rumah Jho Low dua kali dan telah dibawa ke ruang dapur rumah itu di mana di situ terdapat papan putih yang digunakan oleh Jho Low dalam perbincangan mengenai TIA.

“Saya ditahan oleh SPRM tidak lama selepas balik dari lawatan ke Thailand dan Kemboja bersama keluarga saya pada Julai tahun lepas,” tambah beliau.

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa papan putih itu adalah luar biasa kerana ia boleh mencetak secara langsung lakaran daripada papan putih itu dengan hanya menekan butang.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berhubung wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan MP itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan branch, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan 21 pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama
sumber

Siapa manipulasi siapa sebenarnya? Ini macam cerita mana dulu..! Ayam dulu ke telur dulu?Lu Fikir La Sendiri..!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2019/09/1mdb-jolok-manipulasi-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Trial Najib S Ex Aide Says Rosmah Called Jho Low Regularly Invited Him To Very Very Exclusive Events

1mdb Trial Najib S Ex Aide Says Rosmah Called Jho Low Regularly Invited Him To Very Very Exclusive Events

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 308 hits
Datin Seri Rosmah Mansor telephoned fugitive financier Low Taek Jho frequently and often hosted him at private events at her and Datuk Seri Najib Razak s family home here the High Court was told today Datuk Amhari Efendi Nazaruddin a former...
Bicara Kes 1mdb Tangguh Najib Sakit Mata Lagi

Bicara Kes 1mdb Tangguh Najib Sakit Mata Lagi

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 329 hits
Perbicaraan kes 1Malaysia Developement Berhad ditangguh hari ini berikutan Datuk Seri Najib Razak mengalami sakit mata Perkara itu dimaklumkan peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika prosidi...
Najib Masih Sakit Mata Bicara Kes 1mdb Najib Disambung Minggu Depan

Najib Masih Sakit Mata Bicara Kes 1mdb Najib Disambung Minggu Depan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 331 hits
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan pertuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad ditangguhkan sehingga Selasa kerana bekas perdana menteri itu mengalami jangkitan konjunktivitis pada matanya Melalui semakan mahkama...
Tia Ditukar Kepada 1mdb Adalah Baby Najib

Tia Ditukar Kepada 1mdb Adalah Baby Najib

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 292 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low menunjukkan minat dengan idea penubuhan Terengganu Investment Authority sejak ia dicadangkan pada 2008 Bekas peg...
1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 290 hits
Perbicaraan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development yang masuk hari ke 8 menyaksikan saksi Datuk Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan balas melibatkan pertuduhan penyelewengan dana RM2 3 bilion oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Pegu...
Najib 1mdb Trial Day 6 Najib S Ex Aide Deleted Emails After Release From Macc Remand

Najib 1mdb Trial Day 6 Najib S Ex Aide Deleted Emails After Release From Macc Remand

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 317 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its sixth day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings Summa...
1mdb Amhari Akui Minat Jadi Pegawai Khas Najib

1mdb Amhari Akui Minat Jadi Pegawai Khas Najib

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 344 hits
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin seolah olah terperangkap dengan soalan yang dikemukan oleh peguam bela mengenai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low pada prosiding 1Malaysia Development Berhad hari ini Perbicaraan skandal 1...
1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 446 hits
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin saksi kelapan kes 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Dua hari memberi keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaru...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah