Bn Menang Prk Semenyih Kekalahan Demi Kekalahan Ph



BN Menang PRK Semenyih, Kekalahan Demi Kekalahan PH? | Setelah mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya kecil di Cameron Highlands pada 27 Januari yang lalu, sekali lagi Pakatan Harapan (PH) tewas dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Semenyih pada 2 Mac hari ini.  
Pada PRK Parlimen Cameron Highlands, calon BN Ramli Mohd Nor mendapat 12,038 undi untuk mengalahkan calon PH M. Manogaran (8,800 undi), serta dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi)

Manakala pada PRK DUN Semenyih pula, calon BN Zakaria Hanafi mendapat 18,864 undi menewaskan calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang mendapat 17,866 undi; calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul (847 undi) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang (725 undi)


Undi Melayu kepada BN kini jauh meningkat daripada sebelumnya hingga 59 peratus - jauh lebih tinggi berbanding 35.33 peratus pada PRU ke-14. Malah, kiraan undi awal di PRK Semenyih juga menunjukkan sejumlah 75 peratus anggota polis berpihak kepada BN berbanding 23.5 peratus memilih PH. Ia mungkin tanda bahawa pengundi yang memilih PAS pada PRU lalu mengundi BN kali ini

Data daripada kiraan tidak rasmi menunjukkan sokongan pengundi bukan Melayu kekal bersama PH, namun menurun sedikit di kawasan pusat mengundi tertentu di mana mereka merupakan golongan majoriti

Menariknya juga, PRK kali ini turut menunjukkan peratusan keluar mengundi yang tinggi iaitu 73.24 peratus, berbanding tiga PRK sebelumnya di Selangor iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. 
Naib Presiden PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kekalahan itu adalah isyarat kepada mereka untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan dalam sistem pemerintahan PH. Mengenai sama ada kekalahan itu ada mesej rakyat mula menolak PH, Mukhriz berkata, kalah dan menang adalah kelaziman bagi mana-mana pilihan raya dan PH perlu menerima hakikat tewas pada PRK kali ini

Dengan kemenangan ini, BN kini mempunyai lima kerusi DUN di Selangor manakala kerusi PH pula berkurangan kepada 50


Walaupun PH telah memenangi empat PRK sejak Mei 2018 sebelum ini, namun peralihan sokongan kepada BN secara besar-besaran di Cameron Highlands dan Semenyih merupakan hal yang tidak boleh diperlekehkan oleh PH, terutama sekali apabila BN berjaya merampas Semenyih buat pertama kalinya selepas tiga penggal dikuasai PH. 
Tambahan lagi senario politik yang berbeza di Cameron Highlands dan Semenyih juga seolah-olah menunjukkan rakyat tidak kira asal-usul serta latarbelakang (Cameron Highlands mempunyai populasi majoriti Orang Asli, manakala Semenyih mempunyai populasi majoriti penduduk separa bandar yang lebih peka dengan isu-isu semasa politik) sebulat suara menyatakan referendum mereka terhadap kepimpinan PH selama ini


Apakah yang mendorong kepada kekalahan demi kekalahan PH dalam jarak masa yang sangat dekat? Mungkinkah ini merupakan peringatan demi peringatan kepada PH bahawa rakyat sudah mula menolak kepimpinan PH selepas 9 bulan memerintah? Adakah kegoyahan PH dalam kedua-dua pilihanraya kecil tersebut mencerminkan kedudukan parti pemerintah itu dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 yang akan datang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2019/03/bn-menang-prk-semenyih-kekalahan-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Rasmi Bn Menang Prk Semenyih

Tak Rasmi Bn Menang Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 342 hits
Berdasarkan kiraan terkini calon BN Zakaria Hanafi menang PRK Semenyih menewaskan calon PH Muhammad Aiman Zainali BN setakat ini mendapat 49 98 peratus undi diikuti PH dengan 45 97 peratus PSM dan Kuan Chee Heng Berbaki satu lagi PDM Bandar...
Laluan Sukar Ph Menang Prk Dun Semenyih

Laluan Sukar Ph Menang Prk Dun Semenyih

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 426 hits
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan bakal melalui laluan yang sukar dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih apabila nilai integriti para pemimpin semakin terhakis akibat kegagalan menunaikan pelbagai janji Pensyarah Sains Politik U...
Prk Dun Semenyih Ph Hanya Menang Tiga Pdm

Prk Dun Semenyih Ph Hanya Menang Tiga Pdm

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 364 hits
ARIF ATAN Analisis PRK Dun Semenyih Pakatan Harapan hanya mencatatkan kemenangan di tiga daripada 23 pusat daerah mengundi dalam Pilihan Raya Kecil Dun Semenyih semalam PDM terbabit ialah Tarun Semenyih Indah dan Bandar Rinching 1 4 dengan ...
Peluang Ph Menang Prk Semenyih Tergugat Akibat Gagal Tunai Janji

Peluang Ph Menang Prk Semenyih Tergugat Akibat Gagal Tunai Janji

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 392 hits
Pengundi di Semenyih memberi amaran kepada Pakatan Harapan menjelang pilihan raya kecil 2 Mac ini atas kegagalan gabungan itu menunaikan janji pilihan raya umum lalu dan menangani isu kenaikan kos sara hidup Penduduk Flat Bandar Tasek Kesum...
Prk Semenyih Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka

Prk Semenyih Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 373 hits
SEMENYIH Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan yang m...
Calon Ph Berjanji Lebih Mesra Rakyat Jika Menang Prk Semenyih

Calon Ph Berjanji Lebih Mesra Rakyat Jika Menang Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 439 hits
HULU LANGAT Calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali 30 memberi jaminan dirinya mudah didekati dan tiada sebarang protokol jika rakyat ingin menemuinya Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Hulu Langat itu berkata beliau tid...
Peluang Menang Lebih Mudah Untuk Bn Di Prk Rantau

Peluang Menang Lebih Mudah Untuk Bn Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 399 hits
Penganalisis politik MIC BN dijangka terus menguasai DUN Rantau Lebih lebih lagi dengan peralihan sokongan pengundi Melayu kepada BN akhir akhir ini Gambar Astro AWANIPADA pilihan raya umum ke 14 Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan cal...
Prk Semenyih Polis Dan Pasangan Undi Awal Esok Spr

Prk Semenyih Polis Dan Pasangan Undi Awal Esok Spr

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 517 hits
THE MALAYSIAN TIMES SEMENYIH Seramai 858 orang daripada keseluruhan 951 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih akan menunaikan kewajipan mereka untuk mengundi esok Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Aziza...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Validating Startups Market Research


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini

Misi Ke Asrama Penuh Edisi Kelate

Calls For Reforms Must Be Sincere And Not For Political Mileage Hafiz Hassan

Refugee Voices In Humanitarian Response

Rafizi Exposes 3 Pmx S Polsecs Who Proactively Undermine Perceived Pkr Rabble Rousers

Alat Istemewa Untuk Lelaki