Bn Mahu Pinda Perlembagaan Untuk Masukkan 5 Adun Lantikan



malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 10, 2021 2:33 PM

PRN MELAKA | BN hari ini membentangkan manifesto mereka dengan pelbagai tawaran termasuk meminda perlembagaan negeri itu untuk membolehkan lima wakil rakyat lantikan dibawa ke DUN.

Mengumumkan hal itu Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berkata dengan adanya tambahan lima Adun lantikan itu kestabilan kerajaan negeri boleh wujudkan.

Katanya daripada lima Adun yang dilantik itu, ia akan turut membabitkan wakil belia dan tokoh yang tidak berkaitan dengan politik.

Bagaimanapun kata Mohamad untuk membolehkan langkah itu diambil BN perlu memenangi dua per tiga kerusi DUN Melaka pada 20 Nov ini.

"Barulah kita boleh sama-sama meminda perlembagaan ini dan melaksanakannya," kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu di Ayer Keroh hari ini.

Kata Mohamad langkah meminda perlembagaan negeri itu juga menunjukkan kesungguhan dan keberanian BN mendengar pandangan daripada semua pihak.

Manifesto BN untuk PRN Melaka itu bertajuk "Kestabilan Demi Kemakmuran" dibahagikan kepada lima teras utama iaitu

1. Kestabilan politik

2. Pertumbuhan ekonomi

3. Pentadbiran yang cekap

4. Masyarakat yang bersatu padu

5. Pembangunan mampan dan perkongsian kemakmuran

Menurut manifesto itu lagi BN juga berjanji untuk memastikan semua Adun termasuk pembangkang diberikan dana yang sama bagi menangani isu kestabilan politik.

Bagaimanapun hal itu ada dimasukkan dalam teks ucapan Mohamad namun tidak dibaca semasa dia menyampaikan ucapan tersebut.

Mengenai pertumbuhan ekonomi, ucapan Mohamad tertumpu kepada usaha mahu menyokong industri pelancongan Melaka, petani dan perniagaan kecil.

Selesaikan isu banjir

Dalam edaran kepada akhbar mengenai manifesto tersebut imej Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-wez) ditampilkan dengan ketara dan disifatkan sebagai kunci ke arah pertumbuhan ekonomi negeri.

M-wez ialah projek hartanah besar-besaran di atas tambakan pantai di kaawasan bandar lama Melaka.

BN juga berikrar untuk memastikan pantai di kawasan projek itu dibuka kepada orang ramai dalam tempoh 100 hari selepas mereka memenangi pilihan raya dan memastikan kelestarian alam sekitar.
Mengenai usaha menambah baik pentadbiran kerajaan, Mohamad berkata BN berikrar untuk menubuhkan Parlimen Belia untuk Melaka bagi mendapatkan pandangan golongan muda.

Pengumuman itu menyaksikan BN berikrar untuk meminda Undang-undang Tanah Melaka 1966 dalam tempoh setahun bagi memudahkan urusan jual beli tanah.

Mengenai masyarakat yang bersatu padu, BN berjanji untuk menubuhkan pusat latihan kemahiran, skim perumahan untuk pengantin baru dan melibatkan belia di daerah atau kerajaan tempatan membuat keputusan.

BN turut berikrar untuk menubuhkan pusat untuk menggalakkan belia terlibat dalam bidang seni dan menubuhkan e-sukan atau pusat sukan ekstrem.

BN berhasrat untuk "mengekalkan" dasarnya yang mempunyai 30 peratus wanita dalam penggubalan dasar. Tetapi, tiada butiran lanjut diberikan berhubung ikrar tersebut.

Mengenai pembangunan mampan dan kemakmuran bersama, BN berjanji untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma di kawasan luar bandar dan memastikan semua pemaju perumahan membina kemudahan keagamaan dan rekreasi dalam rancangan masing-masing.

Turut disentuh, BN berikrar akan menyelesaikan gangguan elektrik dan air di seluruh negeri dalam tempoh setahun.

Mereka juga berjanji untuk menyelesaikan banjir melalui lapan projek di seluruh negeri dalam tempoh lima tahun.

Mengenai alam sekitar, BN berikrar untuk memastikan sungai-sungai di Melaka adalah yang paling bersih di negara ini dalam tempoh setahun


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/bn-mahu-pinda-perlembagaan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntut Pinda Perlembagaan Hua Zong Eksploitasi Kebaikan Melayu

Tuntut Pinda Perlembagaan Hua Zong Eksploitasi Kebaikan Melayu

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 219 hits
Hua Zong seperti menjilat ludah sendiri apabila meminta kerajaan mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai kedudukan sekolah vernakular di bawah Perlembagaan Persekutuan serta meminda atau memperkuatkan peruntukan yang relevan jika per...
Prn Melaka Peruntukan Sama Rata Untuk Semua Adun 5 Adun Lantikan Antara Fokus Manifesto Bn

Prn Melaka Peruntukan Sama Rata Untuk Semua Adun 5 Adun Lantikan Antara Fokus Manifesto Bn

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 244 hits
by MELAKA Nov 10 Barisan Nasional berjanji menyediakan peruntukan kepada kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri jika gabungan itu diberi mandat menerajui kerajaan negeri kelak Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini termas...
Prn Melaka Dua Bekas Adun Idris Haron Dan Nor Azman Hasan Sah Sertai Pakatan Harapan

Prn Melaka Dua Bekas Adun Idris Haron Dan Nor Azman Hasan Sah Sertai Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 312 hits
MELAKA Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipecat daripada UMNO sah menyertai parti komponen Pakatan Harapan masing masing PKR dan Parti Amanah Negara Bekas ADUN Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan berkata beliau dan bekas ADUN Sung...
Dap Kekalkan Enam Bekas Adun Calonkan Dua Muka Baru

Dap Kekalkan Enam Bekas Adun Calonkan Dua Muka Baru

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 309 hits
MALAYSIA DATELINEDAP mengekalkan enam bekas Adun dan mencalonkan muka baharu pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Semua lapan calon daripada parti itu yang akan bertanding pada PRN Melaka akan menggunakan logo Pakatan Harapan kat...
Surat Terbuka Syed Saddiq Ph Jangan Terima Adun Lompat

Surat Terbuka Syed Saddiq Ph Jangan Terima Adun Lompat

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 258 hits
Pakatan Harapan diingatkan agar tidak sesekali bersekongkol dengan kumpulan pengkhianat di Melaka terutama empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat parti Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sebaik sahaja emp...
Mantan Adun Chenor Datuk Hj Ariffin Ismail Umum Melepaskan Jawatannya Dalam Umno

Mantan Adun Chenor Datuk Hj Ariffin Ismail Umum Melepaskan Jawatannya Dalam Umno

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 302 hits
MARAN Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Chenor Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Cawanngan Kampung Jengka Batu 13 dekat sini Pengumuman yang dibuat pada Mesyuarat Agong Tahunan UMNO caw...
Anwar Beri Bayangan Pkr Amanah Terima Bekas Adun

Anwar Beri Bayangan Pkr Amanah Terima Bekas Adun

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 336 hits
MALAYSIA DATELINEPengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini membayangkan PKR dan AMANAH masing masing akan menerima seorang bekas Adun sebelum pengumuman rasmi calon Dalam sidang media di Melaka tadi Presiden PKR itu berka...
Anwar Sahkan Dua Bekas Adun Umno Diambil Sebagai Calon Ph

Anwar Sahkan Dua Bekas Adun Umno Diambil Sebagai Calon Ph

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 275 hits
Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri Melaka akan diambil sebagai calon Pakatan Harapan kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang itu mengesahkan keputusan untuk menerima dua ADUN tersebut b...
Prn Melaka Ph Kekal Prinsip Tolak 4 Adun Berpaling Tadah

Prn Melaka Ph Kekal Prinsip Tolak 4 Adun Berpaling Tadah

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 291 hits
Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP kekal dengan keputusan menolak kesemua empat Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka yang sebelum ini menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Ra...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lindungi Anak Anda 5 Penyakit Yang Boleh Jadi Mimpi Ngeri

Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat