Tuntut Pinda Perlembagaan Hua Zong Eksploitasi Kebaikan Melayu
Hua Zong seperti ‘menjilat ludah sendiri’ apabila meminta kerajaan mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai kedudukan sekolah vernakular di bawah Perlembagaan Persekutuan, serta meminda atau memperkuatkan peruntukan yang relevan jika perlu.
Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, sebenarnya tindakan mencabar kedudukan persekolahan vernakular di mahkamah adalah tidak perlu – seperti yang dinyatakan Hua Zong – sekiranya mereka sendiri sedar diri dan tahu membawa diri di negara ini yang bertuan ini.
Menurut, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia itu, selama berpuluh tahun, masyarakat Melayu sebagai tuan rumah sabar dengan kerenah mereka yang rata-ratanya memperlihat kerakusan pada tahap tinggi pada setiap waktu.
“Sebenarnya masyarakat Melayu menyedarinya. Akan tetapi mereka bukan sahaja bertimbang rasa, mereka adalah orang yang amat baik hati terhadap tetamu yang bertandang.
“Bagaimanapun, sifat baik masyarakat Melayu ini dianggap sebagai kelemahan dan kebodohan, serta selalu dieksploitasi secukup-cukupnya oleh masyarakat Cina khasnya untuk keuntungan mereka.
“Ini bukan tidak disedari langsung oleh masyarakat Melayu. Tetapi budaya mereka yang tidak suka berkonfrantasi secara terbuka, untuk terus membuat baik diambil kesempatan oleh masyarakat Cina,” dakwanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Namun jelas beliau, semua itu ada hadnya dan percaya tindakan mencabar kedudukan sekolah vernakular di mahkamah akibat sudah banyak kali golongan itu melampaui batas.
Kok Seong menjelaskan, kewujudan sekolah vernakular bersifat ‘de facto’, iaitu ianya memang wujud – walaupun belum tentu lagi sah atau sebaliknya dari segi undang-undang.
Katanya, ianya tidak bersifat ‘de jure’, yakni betul-betul boleh wujud dan dibenarkan oleh undang-undang.
Hua Zong tuntut kerajaan tubuh jabatan ‘hal ehwal bukan Islam’
Dengan tindakan mencabar ini, kedudukan sekolah vernakular akan dimuktamadkan yang boleh bersifat tidak akan menyebelahi masyarakat bukan Melayu, katanya.
“Oleh itu, ada kebimbangan oleh masyarakat Cina dan perkara ini kini diminta diselesaikan melalui pemindaan Perlembagaan untuk menjadikan sekolah vernakular itu bersifat ‘de jure’.
“Permintaan ini bukan sahaja memperlihat masyarakat Cina sudah mahu ‘mengaku kalah’ setelah ‘bercakap besar’ tentang keabsahan sekolah vernakular di sisi perundangan negara.
“Ia juga memperlihat mereka sudah terdesak sehingga sanggup semacam mahu ‘menjilat ludah sendiri’, iaitu tidak mahu menyelesaikannya di mahkamah lagi, tetapi mahu secara lain di Parlimen pula,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan mahkamah hanya bersifat sehala, iaitu sama ada memang ataupun sebaliknya dan ia bergantung kepada fakta kes, khususnya perundangan negara mengenai sistem pendidikan.
“Oleh itu, hakikat keabsahan sekolah vernakular pasti dimuktamadkan yang belum tentu akan memihak kepadanya.
“Kebimbangan inilah yang menyebabkan masyarakat Cina khususnya, mahu strategi baharu, iaitu tidak diselesaikan di mahkamah lagi yang tidak semestinya memihak kepada mereka, tetapi di Parlimen sahaja yang masih boleh mencari ‘jalan tengah’ untuk kebaikan mereka.
“Saya kira ‘nasi sudah menjadi bubur’, iaitu ianya sudah terlambat kerana sikap rakus masyarakat Cina itu tidak mahu lagi dikompromi oleh masyarakat Melayu, yang mahu penyelesaiannya mengikut saluran betul,” katanya.
Tuntut pinda Perlembagaan, Hua Zong eksploitasi kebaikan Melayu
Baca Artikel Menarik:
Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
DAP tetap bantah PKR dan PAN lamar bekas pemimpin UMNO
Pengeluar Kereta Stellantis Ambil Alih Sepenuhnya Kilang NAZA Di Gurun, Kedah
Kes Bunuh Zulfarhan: 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah
Amanah sangat ‘terdesak’ mahu Idris untuk raih undi Melayu
Mahathir nafi guna wang kripto
Kena maki scammer, duit lambat masuk
Ana Raffali dikecam agungkan ‘Mat Salih’
Bank enggan terima duit rosak, lakukan ini segera
Bengang tidak dipilih semula, bekas ketua kampung cabut tiang elektrik
Yatt Hamzah jadi cleaner di Masjid Nabawi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hua Zong tuntut kerajaan tubuh jabatan ‘hal ehwal bukan Islam’
The post Tuntut pinda Perlembagaan, Hua Zong eksploitasi kebaikan Melayu appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/02/tuntut-pinda-perlembagaan-hua-zong-eksploitasi-kebaikan-melayu/