Bn Dikata Sudah Menang Pru15 Dari Segi Moral


 


RIUH rendah sekali suasana politik sejak Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu. Banyak bertaburan analisa daripada pelbagai pihak mengenai peluang kemenangan parti-parti yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Walaupun pertandingan banyak penjuru akan berlaku, tiga pesaing utama adalah Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). Hasil kajian dan pemerhatian saya serta rakan-rakan ahli akademik lain, sudah ada petunjuk yang nyata bahawa BN akan menang selesa dalam PRU15 ini.
Pertamanya, tahap kesiapsagaan BN jauh lebih terkehadapan berbanding PN dan PH. Sejak memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, memang BN sentiasa bersiap siaga malah amat bersemangat sekali untuk menghadapi PRU15. Berulang-ulang kali seruan supaya Parlimen dibubarkan dikumandangkan oleh para pemimpin BN khususnya UMNO supaya sebuah kerajaan lebih kuat dapat ditubuhkan.
Pada masa sama, para pemimpin PN dan PH pula menyediakan pelbagai alasan mereka yang tersendiri supaya Parlimen tidak dibubarkan sehingga ke hujung penggal. 12 menteri Kabinet dari PN malahan sampai ke peringkat mendahului PM dalam soal ini dengan mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Oktober lalu. Dalam warkah ini, mereka menyembah maklum tidak bersetuju PRU15 dilangsungkan pada tahun ini atas alasan utamanya, banjir yang dijangka berlaku. Sebaliknya, mereka mahu PRU15 dilangsungkan selepas musim Monsun Timur Laut yang bermula November ini berakhir pada Mac 2023.
Di pihak lain pula, PH, melalui ahli Parlimen DAP, Charles Santiago mengemukakan cabaran undang-undang di mahkamah memohon pembubaran Parlimen diisytiharkan tidak sah. Selain prosedur undang-undang secara teknikal yang dikatakan tidak bertepatan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, hujah mengenai banjir turut digunakan.
Kesemua ini jelas memberikan gambaran kepada rakyat bahawa BN sudah menang dari sudut moral berbanding kedua-dua PN dan PH yang tidak bersedia untuk menghadapi PRU15. Lebih utama lagi adalah poster boy dan rekod prestasi BN adalah jauh lebih baik berbanding PN dan PH. BN melalui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam mesyuaratnya pada 14 April lagi secara sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri.
Pengumuman lebih awal calon PM ini berdasarkan keputusan PRN sebelumnya yang disertai pengumuman lebih awal calon ketua menteri atau menteri besar memberi kelebihan besar kepada parti politik yang berbuat demikian. Menariknya, hampir tiada suara langsung dari dalam UMNO mahupun parti-parti komponen BN yang mempertikaikan keputusan MKT UMNO tersebut.
Ini tidak menghairankan kerana selaku PM, Ismail Sabri telah mencatatkan banyak kejayaan yang menjadikan beliau popular termasuk mengemudi negara keluar dari pandemik Covid-19 selain merealisasikan beberapa inisiatif baharu dan besar dalam pentadbiran. Berbanding tempoh 22 bulan negara berada di bawah PH dan 17 bulan dengan PN, tempoh 14 bulan negara berada di bawah pentadbiran BN dengan Ismail Sabri sebagai PM adalah tempoh paling produktif negara.
SKANDAL MORAL
Siapa sangka hanya dalam tempoh sesingkat itu Ismail Sabri berjaya melakukan pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran yang sebelumnya telah cuba diusahakan oleh beberapa PM lain tetapi masing-masing menemui kegagalan. Antaranya, sokongan sebulat suara yang diterima ke atas dua pindaan besar dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan larangan kepada ahli Parlimen untuk bertukar parti.
Jika hanya dalam tempoh sesingkat itu sudah banyak pembaharuan dalam pentadbiran berjaya dilaksanakan, bayangkanlah apa lagi yang tidak mampu beliau lakukan jika diberi ruang lebih panjang untuk menjadi PM selepas PRU15.
Dari segi faktor peribadi pula, Ismail Sabri tidak pernah terlibat dalam apa-apa kontroversi, baik dari sudut skandal moral ataupun apa-apa masalah integriti, sekali gus membolehkan UMNO dan BN membawa agenda urus tadbir baik. Sepanjang tempoh singkat pentadbirannya juga, Ismail Sabri mempamerkan wajah seorang pemimpin mengamalkan corak kepimpinan konsultatif yang akan memuatkan sedapat mungkin semua pandangan diberikan oleh kawan mahupun lawan.
Hubungan baik Ismail Sabri dengan semua pihak khususnya aktor-aktor penting dalam pentadbiran negara yang antaranya merangkumi pihak istana dan penjawat awam, malah dengan para pemimpin parti pembangkang juga adalah aset besar untuk UMNO dan BN. Tidak dinafikan ada fitnah yang dibawa bagi menunjukkan Ismail Sabri hanya akan digunakan sebagai alat tetapi yang sebenarnya menjadi PM, sama ada secara de jure atau de facto adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Walaupun begitu, fitnah ini jelas tidak ke mana kerana telah berkali-kali penegasan di sebaliknya dibuat, malah Ismail Sabri dan Ahmad Zahid telah bersama-sama menjelajah negara atas platform Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran. Bermula di Bagan Datuk, Perak pada 17 Oktober, jelajah yang meliputi lokasi-lokasi lain seperti di Kulim Bandar Baharu, Kedah; Hulu Terengganu, Terengganu dan Kimanis, Sabah ini juga akan berlangsung di Bera, Pahang, pada 27 Oktober ini.
Di setiap lokasi dipertegaskan berkali-kali mengenai kepentingan bersolidariti dalam kalangan setiap ahli dan pemimpin UMNO dan BN demi menggapai kembali dominasi dalam PRU15 dan mengenai ketiadaan masalah di antara pemimpin tertinggi UMNO dan BN.
Dan setakat ini model berkerajaan dalam mana PM bukan datang daripada pemimpin tertinggi parti ternyata membuahkan hasil yang bagus sekali, membolehkan parti menguasai kerajaan dan menghasilkan lebih elemen semak dan imbang.
 
DATUK Dr. Wan Hashim Wan Teh Profesor Emeritus di Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/10/bn-dikata-sudah-menang-pru15-dari-segi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musa Hitam Semua Parti Termasuk Umno Takut Tiada Yakin Menang Pru15

Musa Hitam Semua Parti Termasuk Umno Takut Tiada Yakin Menang Pru15

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 220 hits
MalaysiakiniBekas timbalan perdana menteri Musa Hitam membuat spekulasi bahawa Umno dan BN tidak akan mampu menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum ke 15 nanti dan akan menjadi minoriti Bercakap pada program Bicara Tokoh Kecelaruan Po...
Ismail Sabri Kekal Pm Jika Bn Menang Pru15

Ismail Sabri Kekal Pm Jika Bn Menang Pru15

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 182 hits
malaysiakini comEKSKLUSIF Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai poster boy calon perdana menteri daripada BN pada Pilihan Raya Umum Ke 15 yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii berkata Umno ti...
Pru15 1 Undi Penentu 3 Keputusan

Pru15 1 Undi Penentu 3 Keputusan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 376 hits
TINGGAL kurang tiga minggu bagi rakyat kembali ke pusat mengundi untuk menentukan mandat Lebih 21 juta layak untuk berbuat demikian Sabtu ini hari penamaan calon dan disusuli dengan pengundian sebenar pada 19 November dan di antara kedua du...
Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri Jika Bn Menang Pru15 Zahid Hamidi

Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri Jika Bn Menang Pru15 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 169 hits
The ReporterFoto Borneo Post OnlineMajlis Kerja Tertinggi UMNO dilaporkan telah mencalonkan Ismail Sabri sebagai poster boy calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ini Ahli MKT UMNO Razlan Rafii berkata keputusan itu telah dibuat...
Ph Akan Mansuhkan Tol Lebuhraya Utara Selatan Jika Menang Pru15

Ph Akan Mansuhkan Tol Lebuhraya Utara Selatan Jika Menang Pru15

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 298 hits
Pakatan Harapan sedia memansuhkan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan jika mereka diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Memetik laporan China Press Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata ketika menerajui kerajaan...
Pm Ismail Akui Bajet 2023 Adalah Janji Bn Kepada Rakyat Jika Menang Pru15

Pm Ismail Akui Bajet 2023 Adalah Janji Bn Kepada Rakyat Jika Menang Pru15

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 187 hits
PM Ismail akui Bajet 2023 adalah janji BN kepada rakyat jika menang PRU15Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kenyataannya berhubung pemecatan 12 menteri Perikatan Nasional dari Kabinet Kerajaan kerana menghantar surat bantahan p...
Bebaskan Najib Selepas Menang Pru15 Bn Beri Jaminan Takkan Campuri Urusan Mahkamah

Bebaskan Najib Selepas Menang Pru15 Bn Beri Jaminan Takkan Campuri Urusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 186 hits
The ReporterBarisan Nasional memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan mencampuri urusan kehakiman jika berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki berkata BN sentiasa menghormati sistem perundangan dan ...
Syed Saddiq Zahid Boleh Tanding Tapi Buruk Dari Segi Moral Laporan

Syed Saddiq Zahid Boleh Tanding Tapi Buruk Dari Segi Moral Laporan

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 195 hits
agendaily com29 10 2022Hakikat bahawa mahkamah telah mengarahkannya untuk membela diri menunjukkan bahawa pihak pendakwa raya telah membuktikan ada kes terhadap mereka Presiden MUDA dan penyandang kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul...
Bebaskan Pemimpin Yang Dianayai Oleh Kerajaan Mahathir Jika Umno Menang Pru15 Adalah Satu Tanggung Jawab

Bebaskan Pemimpin Yang Dianayai Oleh Kerajaan Mahathir Jika Umno Menang Pru15 Adalah Satu Tanggung Jawab

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 239 hits
Oleh Adam Malik Mahathir meroyan pada tulisan nya sekali lagi Selepas tulis terus Mahathir cabut lari tanpa lihat apa respon dan komen rakyat pada tulisan nya Begitu lah Mahathir membuat cerita dari sudut pandangan diri sendiri tanpa ambil ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut