Ismail Sabri Kekal Pm Jika Bn Menang Pru15


malaysiakini.com
Shakira Buang
Diterbitkan: Oct 16, 2022 10:00 AM
EKSKLUSIF | Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai 'poster boy' calon perdana menteri daripada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii berkata, Umno tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuat pada perhimpunan agungnya tahun lalu.

Malah, katanya, ketetapan tersebut dibuat tanpa sebarang perjanjian antara Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Sabri selaku perdana menteri sementara.

"Ia tak ada perjanjian, sebab yang saya tahu dan yang kita dah putuskan, perdana menteri akan terus jadi perdana menteri seperti yang kita umumkan pada tahun lepas.

"Kita cakap dalam Perhimpunan Agung Umno bahawa Ismail Sabri akan terus menjadi poster boy dan Datuk Seri Ahmad Zahid akan menjaga parti.

"Jadi, itulah perkara yang kita perlu lakukan untuk kita melihat kepada pembahagian kuasa," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Razlan berkata demikian ketika ditanya apakah terdapat perjanjian antara Ahmad Zahid dan Ismail Sabri berhubung kedudukan perdana menteri.
April lalu, MKT Umno sebuat suara memutuskan Ismail sebagai calon perdana menteri pada PRU akan datang.

Perkara itu dipertegaskan sekali lagi oleh Ahmad Zahid pada 18 September lalu.

Bagaimanapun terdapat penganalisis politik yang berpendapat kedudukan Ismail sebagai poster boy BN bukan jaminan dia akan dilantik sebagai PM selepas PRU15.

Presiden parti tak semestinya PM

Mengulas lanjut, Razlan berkata, bukanlah perkara baru apabila presiden sesebuah parti tidak dilantik menjadi ketua kerajaan atau perdana menteri.

"Saya rasa (soal pembahagian kuasa) banyak dilakukan negara-negara luar pun. Kalau kita tengok negara seperti Indonesia atau di India, tak semestinya presiden parti itu akan menjadi perdana menteri dan sudah tiba masanya untuk kita melihat kepada perkara itu," katanya.
Jelasnya, presiden parti membawa suara akar umbi dan berhak menyuarakan dasar yang terbaik kepada perdana menteri demi kebaikan rakyat.

"Permintaan Umno ini bukan permintaan presiden seorang, permintaan Umno ini adalah permintaan yang dibawa daripada akar umbi.

"Jadi, sebagai perdana menteri, dia kena dengarlah kehendak rakyat," katanya.

Razlan memberikan contoh desakan yang dibuat Umno agar kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika negara dilanda wabak Covid-19.

"Umno membawa mandat rakyat di bawah untuk meminta perdana menteri (ketika itu Muhyiddin Yassin) melakukan pengeluaran KWSP akaun kedua .

“Kalau nak ikutkan perdana menteri dan juga semua anggota kabinet termasuk menteri kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tak setuju untuk berbuat demikian.

"Tetapi kehendak rakyat macam mana? (Rakyat) nak, jadi kita bawa suara-suara ini dan Umno menjadi pelopor untuk membawa suara rakyat agar kerajaan dengar dan itulah yang sebenarnya kita cuba buat," katanya.

Justeru Razlan berkata adalah lebih baik Ahmad Zahid kekal sebagai presiden parti dan Ismail Sabri mengetuai kerajaan sekitanya BN menang PRU15.

"Saya rasa semua ini adalah kebaikan untuk semua rakyat,” tambahnya.

Dalam pada itu, Razlan menangkis dakwaan bahawa Umno BN akan campur tangan dalam kes mahkamah melibatnya pemimpinnya sekiranya menjadi kerajaan.

"(Bekas MB Selangor) Datuk Seri Khir Toyo masuk penjara, kita tak pernah pun minta ampunkan, (kes) dia berjalan seperti biasa dan ramai juga pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang dikenakan tindakan.

“Kita beri hak kepada mahkamah untuk tentukan (keputusan) termasuklah banyak pemimpin-pemimpin PKR, DAP yang masuk penjara (selepas diputuskan mahkamah)," katanya.

Pada 10 Oktober lalu, Ismail mengumumkan pembubaran parlimen selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Suruhanjaya Piihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRU15 pada 20 Okt ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/ismail-sabri-kekal-pm-jika-bn-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri Jika Bn Menang Pru15 Zahid Hamidi

Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri Jika Bn Menang Pru15 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 170 hits
The ReporterFoto Borneo Post OnlineMajlis Kerja Tertinggi UMNO dilaporkan telah mencalonkan Ismail Sabri sebagai poster boy calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ini Ahli MKT UMNO Razlan Rafii berkata keputusan itu telah dibuat...
Pm Ismail Akui Bajet 2023 Adalah Janji Bn Kepada Rakyat Jika Menang Pru15

Pm Ismail Akui Bajet 2023 Adalah Janji Bn Kepada Rakyat Jika Menang Pru15

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 187 hits
PM Ismail akui Bajet 2023 adalah janji BN kepada rakyat jika menang PRU15Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kenyataannya berhubung pemecatan 12 menteri Perikatan Nasional dari Kabinet Kerajaan kerana menghantar surat bantahan p...
Ismail Sabri Kekal Poster Boy Bn Calon Pm Kata Zahid

Ismail Sabri Kekal Poster Boy Bn Calon Pm Kata Zahid

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 169 hits
Ismail Sabri kekal poster boy BN calon PM kata Zahid Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Oct 2022 6 06PM
Ismail Sabri Pn Ministers Letter To Agong Irrelevant To Govt Legitimacy

Ismail Sabri Pn Ministers Letter To Agong Irrelevant To Govt Legitimacy

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 150 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob today said the legitimacy of his administration remains even as 12 ministers had in a letter to the Yang di Pertuan Agong recorded their objections for the 15th general elections to be held within this yea...
Something Amiss About Ismail Sabri S Cabinet

Something Amiss About Ismail Sabri S Cabinet

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 326 hits
MP SPEAKS Out of 31 ministers in Prime Minister Ismail Sabri Yaakob s cabinet there are 12 from Perikatan Nasional Last Thursday these 12 ministers wrote to the King voicing out their stand against holding the next general election this yea...
Naratif Baru Ameno Nak Cabut Jwtn Pm Ismail Sabri Pula

Naratif Baru Ameno Nak Cabut Jwtn Pm Ismail Sabri Pula

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 150 hits
Naratif baru ameno nak cabut jwtn PM Ismail Sabri pula Cara minta YDPA bubar nampak takleh jalan YDPA dah dpt taklimat khas banjir dan dah dapat gambaran sebenar sendiri Nak suruh Ismail Sabri letak jwtn mgkn susah Nasib Ismail Sabri lps tu...
Pm Ismail Sabri Forced By Crazy People In Umno To Dissolve Parliament

Pm Ismail Sabri Forced By Crazy People In Umno To Dissolve Parliament

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 184 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Armada chief Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal said Ismail Sabri himself does not want to propose a dissolution BERNAMA picMOHD HUZAINI DAUDKUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob is being f...
Semua Perdana Menteri Mahathir Kacau Sejak Bila Mahathir Sayang Ismail Sabri

Semua Perdana Menteri Mahathir Kacau Sejak Bila Mahathir Sayang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 206 hits
Oleh Adam MaikKedudukan Ismail Sabri terancam Sejak bila Mahathir Sayang Perdana Menteri UMNO Mahathir membuat kenyataan baru2 ini bahawa UMNO berpeluang memenangi pilihanraya ke15 namun kedudukan Ismail Sabri terancam kata nya Sambil itu M...
No No Confidence Motion For Pm Ismail Sabri

No No Confidence Motion For Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 173 hits
PAS vice president Datuk Seri Idris Ahmad who was among the 12 Perikatan Nasional ministers who sent a letter to the King to object to a general election during the year end monsoon season said they never raised the issue of losing confiden...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord