Bn Dan Masa Depan Malaysia Brand Politik Tersendiri




Barisan Nasional (BN) terbentuk pada 1973 sebagai alternatif kepada Parti Perikatan. Ia adalah respon politik dampak peristiwa 13 Mei dan merosotnya sokongan terhadap Parti Perikatan dalam pilihanraya 1969.
Parti Perikatan hilang lebih separuh dari undi popular walaupun mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan. DAP, Gerakan dan PAS telah menunjukkan peningkatan sokongan yang ketara.
Bila berakhirnya tempoh darurat pasca peristiwa Mei 13, Parti Perikatan memulakan rundingan untuk membentuk kerjasama politik dengan Gerakan dan PPP. Kedua-duanya menyertai Perikatan pada 1972 dan disusuli oleh PAS. Barisan Nasional didaftarkan pada 1974 sebagai kerjasama politik 9 parti.
Pada Mei 2018, Barisan Nasional tewas untuk pertama kalinya dalam sejarah politik Malaysia. Barisan Nasional ditinggalkan oleh rakan parti komponennya. Lumrah politik begitulah. Tiada kawan setia selamanya dan tiada musuh selamanya juga. Hanya UMNO, MCA dan MIC terus bersetia dengan BN.
Apa yang dialami oleh Parti Perikatan pada 1969 sekali lagi menghantui BN. Bezanya Perikatan masih membentuk Kerajaan. BN pada 2018 pula menjadi pembangkang. Dan DAP menjadi pemenang terbesar pada 2018, sama seperti 1969.
Setelah tewasnya BN, ramai yang merasakan ia sudah tidak lagi relevan. Anggapan sedemikian sangat simplistik. Mungkin ramai yang lupa, BN tidak tewas di Sarawak. Parti komponennya yang meninggalkan ia setelah menang. BN juga menang di Sabah, tetapi pemimpin BN yang terpilih meninggalkan BN.
Setelah hampir dua tahun BN telah berjaya menyesuaikan dirinya sebagai pembangkang. Dan dalam beberapa pilihanraya kecil, BN telah menang dan menunjukkan lonjakan sokongan. Namun itu tidak pula bermakna jenama BN itu telah pulih dan rakyat telah kembali menyokongnya seperti dahulu. Kemenangan BN disumbangkan oleh beberapa faktor.
Pertama ialah kekecewaan rakyat terhadap Pakatan Harapan. Kedua ialah kerana kerjasama strategik BN dan PAS. Ketiga ialah kerana rakyat telah mula boleh membandingkan keupayaan BN mengurus negara dibandingkan dengan PH. Dan terakhir, kerana kemampuan BN yang terus sederhana, menonjolkan calon yang baik dan strategi kempen yang berkesan.
Apa makna semua ini kepada BN? Setelah dua tahun, ternyata BN tidak hilang fokus. BN terus teguh sebagai parti dengan peranan berbeza. Ia terus dengan jenama sederhana dan inklusifnya. Ia tidak kehilangan semua pengaruh dan ‘goodwill’. Malah ia masih dikenang sebagai formula politik yang lebih baik, berjaya dan membuahkan hasil jika dibandingkan dengan PH.
Jika kita merasakan BN itu toksik, maka PH dalam dua tahun, adalah lebih toksik daripada BN. Kerosakan jenama PH itu adalah lebih parah, cepat dan berganda. Jika kita merasakan BN memerlukan jenama baru, PH memerlukan lebih dari jenama dan penampilan baru. Jika BN dikatakan formula lapuk, apa yang PH lakukan, semuanya menggunakan formula yang usang dan digunakan BN sebelum ini.
BN adalah jenama yang sinonim dengan Malaysia dan segala kejayaannya. Benar ada pelbagai kekurangan, tetapi ia tidak dapat mengatasi jasa, sumbangan dan kejayaan BN menciptakan Malaysia yang moden.
Lihat sahaja dalam pilihanraya Kimanis lepas. BN berjaya menepis segala tomahan terhadapnya. Rakyat sesungguhnya rasional. Mereka boleh merasakan pengalaman hidup di bawah BN jauh berbeza dibawah Kerajaan PH dan Warisan. Dan mereka memilih BN walaupun ia pembangkang.
Apa yang dialami oleh BN sekarang, adalah apa yang telah dilalui oleh pelbagai parti besar dunia. LDP, Kongres, Labour, Conservative, Golkar dan pelbagai lagi. Semuanya melalui pengalaman yang tidak linear. Politik sememangnya tidak akan linear. BN memerlukan paradigma baru sesuai pengalaman barunya sebagai pembangkang.
Apa paradigma itu?
Pertama, ialah BN beroperasi dalam konteks Malaysia yang berubah, dipacu oleh ‘disruptive technologies’ dan lanskap politik yang ‘very uncertain’. Ia mesti luwes dan mempunyai keanjalan.
Untuk membolehkan ia anjal dan luwes, ia mesti membuang ‘rigidity’ dalam tatakelola operasinya sebagai parti politik. Malah ‘rigidity’ BN lah yang barangkali menyebabkan ia ditinggalkan begitu sahaja oleh rakan komponennya selepas PRU ke 14.
Kedua, jalan sederhana atau ‘the middle path’ harus kekal menjadi tulang belakang ideologi BN. Rakyat percaya bahawa Malaysia hanya boleh ditadbir dengan aman dan adil menggunakan prinsip kongsi kuasa dan konsensus. BN tidak harus membiarkan ‘the middle path’ ini dirampas pemilikannya oleh pakatan politik yang lain.
Formula baru mesti diterokai. BN++ mungkin hikmah yang BN perlukan. Tidak semua perlu menjadi anggota komponen BN untuk bekerjasama dengan BN. Rakan BN pula, tidak perlulah hanya institusi politik.
Tiada masalah untuk BN bersekutu dengan pergerakan madani, tokoh berpengaruh dan kesatuan sekerja demi permuafakatan politik berkepentingan nasional. Rakan sekutu BN++ bagaimanapun harus menandatangai ‘code of conduct’ bagi membolehkan hubungan pelbagai pihak diuruskan secara berhemah.
Samada BN atau BN ++, Barisan Nasional adalah ‘brand’ politik yang punya keunggulan tersendiri. Membangun sebuah keungggulan politik memakan masa. BN telah melaluinya. Hanya kerana ia tewas sekali, tidak bermakna ia akan tewas selamanya. Dengan strategi yang betul, luwes dan ‘future proof’, BN akan menjadi lebih baik, dinamik dan kontemporari.
Ingat lah “there are many victories worse than a defeat.” BN mesti melakukan apa yang Parti Perikatan lakukan pada 1973. Sejarah pastinya senatiasa berulang dan ia benar-benar berulang pada 2018.
Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/02/bn-dan-masa-depan-malaysia-brand-politik-tersendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rangkaian 5g Di Malaysia Teknologi Masa Depan

Rangkaian 5g Di Malaysia Teknologi Masa Depan

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Syarikat telekomunikasi Malaysia sedang meningkatkan usaha pelaburan dan kerjasama untuk menyokong pelancaran 5G di negara Malaysia Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Bhd Datuk Noor Kamar
Selagi Ada Puak Nih Selagi Itulah Politik Malaysia Tak Aman

Selagi Ada Puak Nih Selagi Itulah Politik Malaysia Tak Aman

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 261 hits
Mohd Zulaimi KazinAmbo malas laye sebenarnya teori kerajaan pintu belake nih buang masa jah tapi adala sikit sikit untuk nyakat geng kartel sebab puak dialah yang guna macam macam sifir untuk dapat majoriti dalam parlimen Hj Zakaria Bera da...
10 Desain Laptop Masa Depan

10 Desain Laptop Masa Depan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 362 hits
10 Desain Laptop Masa Depan Laptop Bukan barang asing lagi bagi kita di masa sekarang bnayak aktifitas yang dilakukan melalui perangkat ini mulai dari sekedar memutar lagu nonton video internetan dan lain lain Taukah kamu bagaimana bentuk d...
Mercedes Benz Most Popular Luxury Car Brand In Malaysia

Mercedes Benz Most Popular Luxury Car Brand In Malaysia

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 270 hits
Mercedes Benz s innovative technology and emotional design are popular with car buyers PETALING JAYA Mercedes Benz has retained its position as the most popular premium luxury car brand in the nation for 2019 with a total of 10 020 cars bei...
Dymm Yang Di Pertuan Agong Diminta Campur Tangan Menyelesaikan Kemelut Politik Malaysia

Dymm Yang Di Pertuan Agong Diminta Campur Tangan Menyelesaikan Kemelut Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 318 hits
Dymm Yang Di Pertuan Agong Diminta Campur Tangan Menyelesaikan Kemelut Politik Malaysia
Koronavirus Situasi Di Malaysia Tidak Kritikal Buat Masa Ini Tun Mahathir

Koronavirus Situasi Di Malaysia Tidak Kritikal Buat Masa Ini Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 246 hits
KLANG 26 Jan Keadaan 2019 Novel Koronavirus di Malaysia belum lagi sampai di peringkat kritikal kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Buat masa sekarang ia belum lagi kritikal hingga kita perlu menghalang pelancong contohnya Kita per...
11 Foto Ini Bukti Kalau Anak Kecil Tertarik Pada Rambut Calon Hairstylist Masa Depan

11 Foto Ini Bukti Kalau Anak Kecil Tertarik Pada Rambut Calon Hairstylist Masa Depan

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 331 hits
Yang begini jangan langsung diomelin Siapa tahu emang mereka pengen jadi hairstylist Diarahin aja
Laksana Semula Ppsmi Gelapkan Masa Depan Anak Bangsa

Laksana Semula Ppsmi Gelapkan Masa Depan Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 323 hits
PPSMI pernah rekod reputasi buruk ketika dilaksana pada 2002 2010 Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia Mohd Zai Mustafa BANGI Keputusan melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025