Bn Cari Nahas Di Perlis Shahidan Ikrar Pertahan Arau


malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Nov 2, 2022 7:27 AM
Shahidan Kassim berikrar untuk mempertahankan parlimen Arau walaupun digugurkan sebagai calon BN.

Pengerusi Umno Perlis itu berkata dia masih mempertimbangkan tiket parti yang akan diwakilinya untuk bertanding kerusi itu .

"Saya bertandinglah. Takkan (jadi calon) BN.

"BN dah tak pilih saya. Saya pilihlah parti yang mahu saya bertanding. InsyaAllah sah akan bertanding," katanya kepada pemberita malam tadi.
Secara kebetulan, Perikatan Nasional tidak mengumumkan calon gabungan itu untuk Arau pada majlis malam tadi.

Ini membuka spekulasi kemungkinan PN akan mengambil Shahidan sebagai calonnya.

Bagaimanapun, Shahidan berkata dia belum berbincang dengan PN, tetapi mengakui bahawa mereka telah menghubunginya.

"(Bertanding) tiket apa itu nombor dua. Saya akan bertanya cawangan-cawangan (Umno Arau bawah teraju) saya akan bertanding atas tiket apa," jelasnya.

Sementara itu, Shahidan mengecam Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dan menuduhnya "berbohong" kerana didakwa membuat keputusan sepihak terhadap calon dan menghukum pengkritik.

Kata Shahidan, Umno Perlis telah mengemukakan lima calon untuk kerusi Arau tetapi tiada seorang pun yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

"Pada pandangan saya presiden Umno dah mungkir janji dan 'pecah amanah'. Sebab presiden diberi amanah dia bertanggungjawab beri keadilan, tetapi nampaknya dia tidak mengikutnya

"Saya di Arau tidak ada masalah, ambil calon boleh menang. Bukan calon 'mesin padi' atau calon yang tak pernah balik, tak pernah menjejak kaki ke bahagian dan sekarang telah dicalonkan," katanya.
Menurut Shahidan, pemilihan calon Zahid menjadikan keadaan politik di Perlis "rosak."

Selain kerusi Arau, parlimen Padang Besar juga akan menyaksikan penyandangnya Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin (gambar, atas) tidak dicalonkan BN.

Pada pengumuman calon BN semalam, Ahmad Zahid memberitahu Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan akan diletakkan di Padang Besar manakala Rozabil Abd Rahman menggantikan Shahidan di Arau.

Pun begitu, Shahidan berkata dia lebih mirip memilih calon yang memegang jawatan parti di Perlis.

“Ini (Rozabil) tidak ada jawatan dalam parti dipilih.

"Termasuklah Padang Besar hantar calon 'payung terjun'. Ini semua cari nahas.

"Nahas politik akan berlaku di Perlis," tegas Shahidan memberikan amaran.

Justeru, dia menggesa Zahid berundur sebagai presiden parti dan membenarkan Ismail Sabri Yaakob mengendalikan parti sebagai pengarah pilihan raya.

"Saya percaya BN akan jadi lebih elok kalau Zahid Hamidi berhenti jadi presiden dan tidak bertanding," katanya lagi.

Shahidan juga menegaskan pengunduran Zahid demi menyelamatkan negara dan BN.

"Dan kita lihat SPRM kata, dia dah memaklumkan parti-parti supaya orang yang ada kes mahkamah dan sedang disiasat tak wajar bertanding.

"Tapi Umno tidak peduli," katanya.

Walaupun Shahidan tidak menyentuh pengerusi BN itu secara langsung namun Zahid kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah atas dakwaan rasuah, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Pihak pendakwaan pada 26 Sept lalu telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Ahmad Zahid dalam kes rasuah sistem visa luar negara (VLN).

Sementara itu, Zahid masih dibicarakan atas 47 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membabitkan 12 jenayah pecah amanah, lapan pertuduhah rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akal Budi.

Untuk rekod, Shahidan berkecimpung dalam politik Perlis lebih 30 tahun dan menguasai parlimen Arau pada pilihan raya umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 serta pernah menjadi menteri besar dari 1995 hingga 2008.

Sejak 1986, Shahidan tidak pernah tewas bertanding DUN atau parlimen dalam gelanggang pilihan raya umum dan pernah mengalahkan dua Mursyidul Am PAS, Allahyarham Haron Din dan Hashim Jasin.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/bn-cari-nahas-di-perlis-shahidan-ikrar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Perlis Sahkan Akan Letak Shahidan Bertanding Selepas Disingkir Bn

Pn Perlis Sahkan Akan Letak Shahidan Bertanding Selepas Disingkir Bn

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 340 hits
agendaily com2 11 2022Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim akan bertanding di Arau atas tiket Perikatan Nasional Veteran UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim akan diletak sebagai calon Perikatan Nasional untuk bertanding di Parlimen Ara...
Shahidan Umum Tanding Juga Di Arau

Shahidan Umum Tanding Juga Di Arau

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 187 hits
SHAHIDAN Kassim akan bertanding juga di Arau selepas beliau tidak dicalonkan semula bertanding sebagai wakil Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 15 19 November ini lapor Utusan Malaysia Beliau memberi bayangan akan memilih bertandin
Tudia Politik Umno Bilik Gerakan Bn Arau Ditutup Shahidan Kassim

Tudia Politik Umno Bilik Gerakan Bn Arau Ditutup Shahidan Kassim

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 178 hits
Hantaran yang dimuat naik Shahidan sebentar tadiPETALING JAYA Satu hantaran yang telah dimuat naik oleh penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim sebentar tadi seperti memberi bayangan namanya tidak dicalonkan pada Pilihan ...
Pru15 Bilik Gerakan Bn Arau Ditutup Kali Pertama Dalam Sejarah Shahidan Faris Danial Razi

Pru15 Bilik Gerakan Bn Arau Ditutup Kali Pertama Dalam Sejarah Shahidan Faris Danial Razi

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 210 hits
Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986 1990 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008 Gambar Astro AWANITerdahulu desas desus...
Shahidan Kassim Sah Bertanding Di Arau Atas Tiket Pn

Shahidan Kassim Sah Bertanding Di Arau Atas Tiket Pn

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 401 hits
Datuk Seri Shahidan Kassim disahkan bakal bertanding atas tiket Perikatan Nasional bagi merebut kerusi Perlimen Arau menentang calon BN dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lapor Sinar Harian Majlis memperkenalkan calon PN Perlis secara rasmi dila...
Shahidan Tutup Bilik Gerakan Arau Annuar Kata Nama Kena Pancung

Shahidan Tutup Bilik Gerakan Arau Annuar Kata Nama Kena Pancung

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 173 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 31 2022 10 00 PMPenyandang kerusi parlimen Shahidan Kassim malam ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan semua bilik gerakan BN di kawasan itu ditutup Tidak cukup dengan itu dia yang dilantik menjadi Menter...
Pn Poised To Name Shahidan For Arau Seat

Pn Poised To Name Shahidan For Arau Seat

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 167 hits
Perikatan Nasional is looking to field Umno s Shahidan Kassim for the Arau parliamentary seat in the 15th general election Yesterday the former Arau MP said he still wants to contest the seat although his name was dropped as a BN candidate ...
Shahidan Bidas Calon Gantinya Di Arau Sebagai Mesin Padi

Shahidan Bidas Calon Gantinya Di Arau Sebagai Mesin Padi

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 296 hits
agendaily com2 11 2022Datuk Seri Shahidan Kassim bidas calon Barisan Nasional yang menggantikannya sebagai calon mesin padi Penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim membidas calon Pilihan Raya Umum Ke 15 yang dipilih untuk...
Pru15 Pn Sah Beri Laluan Kepada Shahidan Di Arau

Pru15 Pn Sah Beri Laluan Kepada Shahidan Di Arau

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 206 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Perikatan Nasional mengesahkan nama calon bagi kerusi Parlimen Arau dikosongkan kerana ingin memberi laluan kepada Shahidan Kassim bertanding mewakili gabungan itu pada pilihan raya umum ke 15 Pengerusi PN Perlis ...
Merdeka 118 Agih Bubur Lambuk Buat Julung Kalinya Di Stadium Merdeka

Intellectual Property Protecting Ideas

Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

Make Us One Mixue Promotes Diversity Amid Racist Job Ad Controversy

No More Guesswork How To Pick A Vape That Won T Let You Down

Ringgit Opens Flat As Market Awaits Direction

Allbet 21 2568 918kiss 918 918kiss Apk 918kiss Allbet Top 3 By Tiffiny Allbet24hr Win

Activist 48 Hours Action Against Zamri Vinoth Or Hindus Will Launch Massive Yellow Wav Protest


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Kelayakan Berpoligami Mungkin Suami Anda Termasuk Dalam Senarai

Hukum Syarat Wajib Zakat Fitrah Jika Makan Beras Basmathi

Celebrate Hari Raya With The Latest Huawei Tech From Top To Bottom

Maximise Your Product Quality With Pcb Fabrication Malaysia

Mentally Exhausted

Lirik Lagu Teman Raya Oleh Alieff Irfan Ft Bellestrelle