Shahidan Tutup Bilik Gerakan Arau Annuar Kata Nama Kena Pancung


malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 31, 2022 10:00 PM
Penyandang kerusi parlimen Arau, Shahidan Kassim, malam ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan semua bilik gerakan BN di kawasan itu ditutup

Tidak cukup dengan itu dia - yang dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini - memberitahu semua bendera parti diturunkan pada "malam kesedihan yang teramat sangat" itu.

"Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat.

"Semua bilik gerakan BN di parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan.

"Kali pertama dalam sejarah," umumnya di media sosial.

Meskipun tidak dinyatakan dengan jelas, dipercayai langkah tersebut diambil Shahidan terkait dengan pemilihan calon untuk bertanding dalam PRU akan datang.

Sebelum ini ada khabar angin mendakwa bekas menteri besar Perlis itu adalah antara nama yang tidak dicalonkan semula oleh Umno dalam PRU pada 19 Nov ini.

Sementara itu seorang lagi anggota kabinet yang dilihat selalu tidak sehaluan dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, turut menyatakan rasa kurang senangnya terhadap perkembangan semasa parti itu.

Bekas setiausaha agung Umno itu berkata bakal calon BN sudah dibawa menandatangani dokumen dan aku janji tertentu sejak dua hari lalu. Ia, katanya, mendorong tercetusnya pelbagai khabar angin.

Penyandang kerusi parlimen Ketereh itu turut membayangkan dia tidak termasuk dalam kalangan bakal calon yang dibawa membuat ikrar tersebut.

Nampaknya, walau perlembagaan (Umno) menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan.

"Dijanjikan juga top five diberi kuasa merundingkan (calon) bagi pihak majlis kerja tertinggi yang berkuasa memilihnya, namun ahli top five mengesahkan list (senarai) itu ditapis lagi oleh high up (pihak atasan).

"Proses sedang berjalan," katanya dalam hantaran di media sosial malam ini.
Pembangkang - khususnya Pakatan Harapan - sudah mula mendedahkan barisan calon mereka untuk pelbagai peringkat, khususnya melibatkan pemimpin kanan masing-masing.

Parti yang lebih kecil seperti Gerakan Tanah Air juga tidak terkecuali.

Bagaimanapun BN dijangka mengumumkan calon masing-masing pada malam esok.

Boleh berkubur dua kali

Annuar adalah antara penyandang kerusi parlimen yang dilihat kritikal terhadap kepemimpinan Presiden Umno merangkap Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.

Untuk rekod, untuk membolehkan seseorang ahli parti menjadi calon, individu terbabit perlulah mendapakan watikah daripada presiden parti.

Sejak sehari dua ini, tersebar khabar yang mendakwa Annuar adalah antara nama yang tidak lagi dicalonkan oleh Umno.

Menurut Annuar, janji Umno untuk mengutamakan calon yang memiliki ciri-ciri Wali (winnable atau boleh menang, acceptable atau boleh diterima dan likeable - disukai) tidak lagi diendahkan.

"Namun kedengaran di sana sini banyak sudah winners dipancung, terutama yang dekat dengan PM (Ismail Sabri Yaakob). Tapi itu rumours yang tidak semestinya tidak berasas," katanya lagi.

Secara berlapik, Annuar juga mengingatkan partinya agar berhati-hati menyusun langkah serta adab seseorang yang tidak boleh meminta-minta untuk dicalonkan.

"Tak perlulah melobi-lobi. Ia satu amanah, tanggungjawab untuk memenangkan cukup kerusi bagi parti.

“Jika tidak, (parti) berkubur dua kali," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/shahidan-tutup-bilik-gerakan-arau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tudia Politik Umno Bilik Gerakan Bn Arau Ditutup Shahidan Kassim

Tudia Politik Umno Bilik Gerakan Bn Arau Ditutup Shahidan Kassim

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 166 hits
Hantaran yang dimuat naik Shahidan sebentar tadiPETALING JAYA Satu hantaran yang telah dimuat naik oleh penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim sebentar tadi seperti memberi bayangan namanya tidak dicalonkan pada Pilihan ...
Pru15 Bilik Gerakan Bn Arau Ditutup Kali Pertama Dalam Sejarah Shahidan Faris Danial Razi

Pru15 Bilik Gerakan Bn Arau Ditutup Kali Pertama Dalam Sejarah Shahidan Faris Danial Razi

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 198 hits
Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986 1990 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008 Gambar Astro AWANITerdahulu desas desus...
Tak Puas Hati Dengan Umno 13 Cawangan Di Jempol Tutup Bilik Gerakan

Tak Puas Hati Dengan Umno 13 Cawangan Di Jempol Tutup Bilik Gerakan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 218 hits
agendaily com1 11 2022Penyandang kerusi Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon pada PRU 15 kali ini Gambar Facebook 13 cawangan UMNO di Parlimen Jempol dilapor...
Waa Depa Dah Tutup Bilik Gerakan Laa

Waa Depa Dah Tutup Bilik Gerakan Laa

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 218 hits
ARAU Rentetan desas desus penyandang Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum Ke 15 beberapa bilik gerakan BN Parlimen Arau juga mulai ditutup bermula semalam Tinjau...
Bilik Gerakan Bn Parlimen Arau Ditutup Bendera Diturunkan

Bilik Gerakan Bn Parlimen Arau Ditutup Bendera Diturunkan

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 143 hits
Shahidan Kassim melalui hantaran Facebook memaklumkan bilik gerakan BN arau ditutup dan semua bendera parti sudah diturunkanPETALING JAYA Semua bilik gerakan Barisan Nasional di kawasan Parlimen Arau didakwa ditutup dengan semua bendera par...
Nama Dipancung Shahidan Annuar Tiada Dalam Senarai Calon Pru15

Nama Dipancung Shahidan Annuar Tiada Dalam Senarai Calon Pru15

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 267 hits
Penyandang kerusi parlimen Arau Shahidan Kassim malam ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan semua bilik gerakan BN di kawasan itu ditutup Tidak cukup dengan itu dia yang dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini memberita...
Gugur Nama Besar Umno Tak Beri Kesan Kempen Di Johor Kata Razali

Gugur Nama Besar Umno Tak Beri Kesan Kempen Di Johor Kata Razali

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 175 hits
Calon BN Pagoh Razali Ibrahim berkata ahi parti perlu pandang positif percaturan dibuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengetengahkan muka baharu PAGOH Keputusan Barisan Nasional menggugurkan beberapa nama besar daripada calon pilihan ray...
Shahidan Kassim Sah Bertanding Di Arau Atas Tiket Pn

Shahidan Kassim Sah Bertanding Di Arau Atas Tiket Pn

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 385 hits
Datuk Seri Shahidan Kassim disahkan bakal bertanding atas tiket Perikatan Nasional bagi merebut kerusi Perlimen Arau menentang calon BN dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lapor Sinar Harian Majlis memperkenalkan calon PN Perlis secara rasmi dila...
Annuar Tajuddin Shahidan Zahidi Digugurkan

Annuar Tajuddin Shahidan Zahidi Digugurkan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 241 hits
Amir Abd Hamidamir hamid mediaprima com myANTARA pemimpin BN yang digugurkan Kuala Lumpur Empat nama besar digugurkan daripada mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 15 Mereka adalah Tan Sri Annuar Musa Datuk Seri Tajuddin Abdu...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan