Bn Beri Laptop Kepada Pelajar Percuma Tapi Pn Beri Laptop Cuma Pinjaman Syed Saddiq



Pada Belanjawan 2021 kerajaan berjanji menyediakan 150,000 komputer riba kepada pelajar.
Bagaimanapun, pelajar cuma akan diberikan komputer itu dalam bentuk pinjaman.
Komputer riba tersebut diperoleh melalui dana Inisiatif Cerdik bernilai RM150 juta yang digabungkan bersama oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyuarakan kekecewaannya dengan mekanisme yang diperincikan di laman web untuk program Cerdik, kendalian Yayasan Hasanah, bawah Khazanah Nasional Berhad milik kerajaan.
“Maksudnya, lepas pelajar dapat laptop, kena pulang semula. Ini sangat pelik caranya. Kenapa tak diberi terus sahaja?
“Kenapa laptop dibuat sama macam buku teks? Ketika perbentangan Belanjawan 2021 di dalam Dewan Rakyat, hal pinjaman ini tak pernah timbul.
“Sekarang, pinjam pula,” katanya pada hantaran di media sosial
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi perbahasan Belanjawan 2021 berkata, program komputer riba percuma itu akan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Kata Tengku Zafrul, pihak itu akan menyumbang RM150 juta bagi 150,000 pelajar di 500 sekolah.
Sementara itu, Syed Saddiq menggesa kerajaan menyediakan perincian program pemberian pinjaman komputer riba berkenaan.
“Kalau dah rosak, adakah pelajar dari keluarga susah ini kena ganti semula? Kalau macam tu, bermasalahlah sistem ini.
“Laptop tu kegunaannya panjang, bukan macam buku teks yang digunakan mengikut darjah,” katanya.

Syed Saddiq berkata sekiranya ahli parlimen pembangkang dengan dana terhad dapat memberikan komputer riba percuma kepada pelajar, dia tidak faham mengapa kerajaan tidak dapat berbuat demikian.
Katanya lagi, kerajaan BN sebelum ini pernah menyediakan netbook percuma dengan peruntukan RM450 juta.
Syed Saddiq pada Disember tahun lalu mengumpulkan hampir RM400,000 untuk menyediakan komputer riba kepada keluarga yang memerlukan.
Komputer riba menjadi lebih penting setelah negara berada bawah perintah kawalan pergerakan kedua (PKP) pada 13 Januari.
Sepanjang PKP, sekolah ditutup untuk kebanyakan pelajar kerana kelas dijalankan dalam talian tetapi tidak semua pelajar mampu membeli peranti atau data telekomunikasi.
Beberapa ahli parlimen, termasuk MP Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong, telah memulakan inisiatif mengumpulkan dana untuk membantu pelajar tersebut.
Tokoh-tokoh terkemuka seperti pendakwah dermawan Ebit Lew dan bekas jaguh badminton kebangsaan Lee Chong Wei juga tampil menyumbang komputer riba dan tablet kepada golongan memerlukan.
Prosedur pemilikan komputer riba, komputer tablet, dan sambungan data melalui Cerdik adalah mirip kepada program Skim Pinjaman Buku Teks.
Program ini menyasarkan pelajar yang tidak mempunyai akses internet untuk pembelajaran secara dalam talian.
Pelajar keluarga B40 layak mendapat pinjaman komputer riba ini. Pelajar berkeperluan khas, daripada komuniti Orang Asli atau dibesarkan oleh ibu bapa tunggal juga layak.
Tetapi syaratnya pendapatan isi rumah mereka tidak boleh melebihi RM4,849 sebulan.
The post BN beri laptop kepada pelajar percuma tapi PN beri laptop cuma pinjaman? – Syed Saddiq appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/08/bn-beri-laptop-kepada-pelajar-percuma-tapi-pn-beri-laptop-cuma-pinjaman-syed-saddiq/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bn-beri-laptop-kepada-pelajar-percu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Menteri Pendidikan Nak Bagi 150 000 Laptop Kepada Pelajar

Bila Menteri Pendidikan Nak Bagi 150 000 Laptop Kepada Pelajar

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 282 hits
POSTED BY AMIR WRLRAhli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mempersoalkan kelewatan kerajaan menyediakan 150 000 laptop untuk membantu murid dan pelajar menyertai sesi persekolahan melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Beliau berkata ke...
Syed Saddiq Questions Why Cerdik S Promise To Gift Students Laptops Now Just A Loan Programme

Syed Saddiq Questions Why Cerdik S Promise To Gift Students Laptops Now Just A Loan Programme

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 191 hits
Syed Saddiq pointed out the inconsistencies of the current government s promise to provide 150 000 laptops to students through the initiative pointing out that it is now a lending scheme similarly used for school textbooks instead Screencap...
Aktivis Yakin Korupsi Bansos Bukan Cuma Permainan Juliari Tapi Ada King Maker Yang Bersembunyi

Aktivis Yakin Korupsi Bansos Bukan Cuma Permainan Juliari Tapi Ada King Maker Yang Bersembunyi

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 158 hits
Kasus korupsi bantuan sosial diduga kuat bukan hanya melibatkan seorang mantan Menteri Sosial Juliari Peter Batubara melainkan ada aktor lain yang lebih besar Hal itu diyakini mantan aktivis Humanika Andrianto yang mendukung hukum mati bagi...
Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 452 hits
Seminggu boleh turun 5kg 8kg Banyak tu Bagi yang perlu menurunkan berat badan dengan kadar cepat mungkin boleh cuba kaedah GM Diet ini Kaedah yang sama juga dicuba oleh Mied Majid sehingga berjaya menurunkan 6kg dalam masa seminggu Ini yang...
Ilmu Cuma Pinjaman Salah Satu Perantara

Ilmu Cuma Pinjaman Salah Satu Perantara

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 240 hits
Assalammualaikum wbtILMU CUMA PINJAMAN SALAH SATU PERANTARADalam banyak banayak nikmat yang Allah SWT pinjamkan kepada kita salah satunya adalah ilmu Apa pun ilmu itu Apa sahaja ilmu yang kita ada kalau betul dimanfaatkan betullah jadinya K...
Syed Saddiq Opens Up Own Home To Senior Citizen Living In Squalor

Syed Saddiq Opens Up Own Home To Senior Citizen Living In Squalor

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 331 hits
Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has opened up his home temporarily for one of his constituents who has been living in squalor Taking to Facebook Saddiq said the 59 year old known as Pakcik Hashim had been living in a ramshackle wooden...
Ingatkan Laptop Percuma Rupanya Pinjam Sahaja

Ingatkan Laptop Percuma Rupanya Pinjam Sahaja

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 150 hits
POSTED BY AMIR WRLRTindakan kerajaan Perikatan Nasional yang menjanjikan pemberian 150 000 laptop kepada para pelajar tetapi kemudian dikatakan hanya pinjaman sahaja dipersoalkan pelbagai pihak Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil terke...
Syed Saddiq Nak Tumpang Sekaki Kena Tibai Netizen

Syed Saddiq Nak Tumpang Sekaki Kena Tibai Netizen

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 223 hits
Kalau sokong Muhyiddin dah lama jadi Menteri dan Tak ragu dapat Dato dari Annuar MUSA Menteri pun kena tibai
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord