Bila Menteri Pendidikan Nak Bagi 150 000 Laptop Kepada Pelajar







POSTED BY AMIR WRLR
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mempersoalkan kelewatan kerajaan menyediakan 150,000 laptop untuk membantu murid dan pelajar menyertai sesi persekolahan melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Beliau berkata, ketika ini ramai murid yang tidak dapat mengikuti kelas dalam talian kerana mereka tidak mempunyai peranti atau tidak mempunyai capaian internet yang mencukupi.
Disebabkan itu, beliau berkata KEADILAN Bayan Baru berusaha membeli komputer riba terpakai, iPad dan telefon pintar untuk diberikan kepada golongan memerlukan, malah merekrut beberapa sukarelawan untuk memperbaiki dan memformat semula peranti ini.
"Setelah lebih kurang seminggu bekerja keras, kami bersyukur apabila menerima lebih kurang 30 peranti, baru dan lama. Lebih kurang 20 peranti lagi akan sampai dan menunggu untuk dikumpulkan.
"Ucapan terima kasih yang tulus saya ucapkan kepada semua penderma yang baik hati, yang telah menderma alat ini. Kebaikan mereka diberkati," katanya.
Namun, Sim berkata ia menjadi perkara yang membimbangkan apabila ada sekolah yang menghubungi pihaknya untuk mendapatkan lagi alat peranti untuk PdPR.
"Semasa Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz telah mengumumkan anggaran RM300 juta untuk membeli 150,000 komputer riba yang akan diberikan kepada sekolah.
"Sekolah telah bermula lebih dari 2 minggu, namun, sehingga hari ini, masih belum ada tindak balas dari MoF atau KPM mengenai komputer riba ini.
"Ini adalah satu kegagalan," katanya.
Sim berkata, kerajaan sepatutnya lebih bersedia kerana sekolah dan murid-murid sememangnya memerlukan peranti sebelum sesi persekolahan bermula memandangkan pendekatan PdPR sudah pun dibuat sejak tahun lepas.
"Kerajaan semestinya sudah mengetahui berapa banyak murid-murid dan berapa banyak peranti yang diperlukan kerana para guru sudah mengetahui siapa yang mengikuti kelas dalam talian.
"Data ini semestinya cukup bagi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan untuk membuat perancangan ke depan. Kegagalan menyediakan peranti bukan mengenai wang. Ini adalah kegagalan pelaksanaan. Kegagalan itu datang daripada kepimpinan 2 kementerian ini," katanya.
Sehubungan itu, Sim menggesa kerajaan menangani isu laptop ini dengan segera bagi memastikan generasi baharu tidak keciciran pelajaran.
"Saya marah kerana saya sendiri merupakan seorang bapa. Anak-anak mahu belajar. Saya sedih melihat banyak anak-anak yang tidak mendapat peluang pendidikan kerana mereka tidak mempunyai komputer riba dan kerajaan lambat menyediakannya.
"Sekarang ahli parlimen pembangkang membantu. Tetapi ada had yang kita boleh lakukan. Peruntukan ahli Parlimen telah dibatalkan oleh kerajaan. Namun, kita masih berusaha sedaya upaya untuk melakukan sebanyak mungkin.
"Kami menganggap Menteri Pendidikan bertanggungjawab kerana gagal melaksanakan perolehan komputer riba dan kami Menteri Kewangan bertanggungjawab terhadap masalah pemberian dana.
"Sekiranya Parlimen tidak digantung, kita boleh mempersoalkan kerajaan di Dewan Rakyat. Namun, kerana darurat politik, kita tidak dapat mempersoalkannya.
"Namun, mereka tetap harus menjawab kepada rakyat, kerana kita pembayar cukai yang membayar komputer riba ini," katanya.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/bila-menteri-pendidikan-nak-bagi-150000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Bekas Timbalan Menteri Soal Kerajaan Pn Mana 150 000 Laptop Untuk Pelajar Miskin

Panas Bekas Timbalan Menteri Soal Kerajaan Pn Mana 150 000 Laptop Untuk Pelajar Miskin

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 286 hits
BILAKAH Kementerian Pendidikan akan mengagihkan 150 000 komputer riba yang diperuntukkan untuk murid miskin seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 soal bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching Ahli Parlimen Kulai itu berkata...
Apa Status Dana Rm150 Juta Beli 150 000 Laptop Untuk Pelajar

Apa Status Dana Rm150 Juta Beli 150 000 Laptop Untuk Pelajar

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 263 hits
Kerajaan digesa menjelaskan status terkini peruntukan Belanjawan 2021 melibatkan dana RM150 juta untuk membeli 150 000 komputer riba yang akan disumbangkan kepada 500 buah sekolah di seluruh negara Beliau berkata walaupun peruntukan itu tel...
Arahan Flip Flop Menteri Pendidikan Menyusahkan Mak Bapak

Arahan Flip Flop Menteri Pendidikan Menyusahkan Mak Bapak

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 176 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengambil kira kedudukan ekonomi rakyat sebelum membuat keputusan yang selalu tidak konsisten kata Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan Zahida berkata pada 11 Jan KPM mengumumkan bahawa persekolahan akan...
Where Are The 150 000 Student Laptops Under Budget 2021 Mp Asks

Where Are The 150 000 Student Laptops Under Budget 2021 Mp Asks

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 241 hits
Lembah Pantai MP has questioned the progress the government has made in delivering 150 000 laptops to students as promised under Budget 2021 Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz when tabling Budget 2021 had said that GLCs and GLICs wou...
Dilema Pendidikan Guru Semakin Terbeban Pelajar Hilang Minat Belajar

Dilema Pendidikan Guru Semakin Terbeban Pelajar Hilang Minat Belajar

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 344 hits
Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan dikhuatiri akan menjadi penyebab merudumnya kualiti pendidikan negara Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata hal itu boleh terjadi kerana guru guru pada tahun ini menghadapi lebihan beb...
Menteri Pendidikan Paling Bangang Dalam Sejarah Malaysia

Menteri Pendidikan Paling Bangang Dalam Sejarah Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 394 hits
Bob KelanangDulu aku ingat Mahdzir Khalid adalah Menteri Pendidikan paling bodoh dalam Sejarah Malaysia rupanya ader lagi yang lebih bodoh Radzi Jidin adalah Menteri Pendidikan yang aku rasa paling bodoh setakat ini Ini mungkin spesis banga...
Lain Kali Fikir Lah Wahai Menteri Pendidikan

Lain Kali Fikir Lah Wahai Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 229 hits
BOB KELANANG Tempohari aku ader post panjang lebar bab ni bab kemangkukan dan kebingaian Radzi Jidin selaku Menteri Pendidikan yang xpandai nak planning untuk kementeriannya DAN betapa bodoh wal bangangnya pegawai KPM level JUSA A dan B dal...
Tanpa Televisyen Program Tambahan Tv Pendidikan Tidak Bermakna Buat Pelajar Luar Bandar Sarawak

Tanpa Televisyen Program Tambahan Tv Pendidikan Tidak Bermakna Buat Pelajar Luar Bandar Sarawak

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 259 hits
Kementerian Pendidikan mesti menyelesaikan masalah asas berhubung pengajaran dalam talian KUCHING Seorang pendidik ragu tentang jumlah pelajar di luar bandar Sarawak boleh memanfaatkan slot tambahan 2 jam program TV Pendidikan ketika banyak...
Selangor Melancarkan Portal Pendidikan Dalam Membantu Pelajar Spm Dan Stpm

Selangor Melancarkan Portal Pendidikan Dalam Membantu Pelajar Spm Dan Stpm

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 279 hits
Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kaedah pendidikan telah beralih ke dalam bentuk secara atas talian Ini juga menyaksikan beberapa portal web diperkenalkan dalam menjadi hab dan halaman setempat dalam memudahkan pelajar mengiku...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa