Bn Berdepan Laluan Sukar Jika Pru 15 Tahun Depan Ahmad Zahid


hmetro.com.my
BERNAMA


AHMAD Zahid berucap pada Konvensyen Wanita BN. FOTO Aswadi Alias
Kuala Lumpur: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun depan, gabungan BN bakal berdepan laluan yang lebih sukar susulan faktor ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.

"Saya fikir tahun ini adalah paling sesuai untuk kita adakan (PRU15)," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesiapsiagaan BN untuk menghadapi PRU-15 telah dimulakan di semua peringkat dengan rancangan untuk bersaing dengan semangat 'underdog' bagi memastikan jentera parti berusaha sebaiknya untuk memperoleh sokongan pengundi.

"Kita mesti mengusahakan lebih daripada apa yang kita perolehi terdahulu. Kita berusaha ke arah untuk dominan pada (PRU-15) kali ini, walaupun kita parti underdog yang diserang daripada pelbagai sudut terutama dengan isu-isu yang banyak ditujukan kepada kita," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, BN perlu tangkas menangkis tohmahan pembangkang, terutamanya di media sosial dalam isu-isu berbangkit seperti isu kapal tempur pesisir (LCS) bagi mengelak ia daripada "membunuh" BN.

Ahmad Zhid, yang juga Presiden Umno berkata, jentera BN tidak boleh menunggu sehingga tempoh berkempen untuk menjawab isu berkenaan.

"Tugas media sosial Wanita BN, Pemuda, Puteri dan media sosial komunikasi BN (BN Comms) adalah jawab dengan segera semua isu-isu yang dibangkitkan. Jangan tunggu. Kita kena menjangkakan terlebih dulu," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kepimpinan parti bersedia untuk membawa resolusi dibentang Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di konvensyen itu hari ini sebagai manifesto BN untuk PRU-15.

Resolusi itu antaranya merangkumi penubuhan bank wanita dan universiti wanita, kelonggaran bekerja dari rumah untuk ibu yang mempunyai anak berusia dua tahun dan pindaan dalam Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan anak daripada ibu warga negara dan bapa warga asing.

Turut hadir pada penutup konvensyen BN ialah Naib Pengerusinya, merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri SVigneswaran serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/bn-berdepan-laluan-sukar-jika-pru-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Akan Dengar Cakap Kita Pru 15 Diadakan Tahun Ini Juga Kata Zahid

Pm Akan Dengar Cakap Kita Pru 15 Diadakan Tahun Ini Juga Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 253 hits
agendaily com14 08 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini masih membangkitkan isu PRU 15 perlu disegerakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mematuhi permintaan Barisan Nasional untuk membubarkan Parlimen bagi memberi...
Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 416 hits
Di hari ulang tahun sang ibunda Luna Maya membagikan potret kebersamaan mereka Seketika foto fotonya mendapat banyak respon positif dari netizen Ibu dan anak ini ramai dipuji sama sama cantik dan memesona Ini foto fotonya
Pewartaan Had Umur Belia Kepada 35 Tahun Ditangguh Ahmad Faizal

Pewartaan Had Umur Belia Kepada 35 Tahun Ditangguh Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 436 hits
Ahmad Faizal pada sidang media selepas hadir pada Sesi Town Hall Bersama Komuniti Belia dan Sukan di Negeri Kelantan di Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan hari ini Foto BERNAMAKOTA BHARU Kementerian Belia dan Sukan akan ...
Tema Pas Teraju Pahang Menjelang Pru 15 Blueprint Dan Roadmap Untuk Masa Depan

Tema Pas Teraju Pahang Menjelang Pru 15 Blueprint Dan Roadmap Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 281 hits
nbsp KUANTAN PAS sekali lagi mengangkat tema PAS Teraju Pahang menjelang PRU 15 Tema yang menyatakan hasrat dan cita cita PAS Pahang Himpunan Hijau 3 0 PAS Pahang yang berlangsung pada 30 Julai 2022 baru baru ini menunjukkan komitmen para a...
Dr M Sues Ahmad Zahid Over Remarks Questioning His Ancestry

Dr M Sues Ahmad Zahid Over Remarks Questioning His Ancestry

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad has filed a defamation suit against Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi for remarks that allegedly questioned the former premier s ancestry The suit filed on July 20 is over Umno president Ahmad Zahid s kut...
Sabarlah Zahid Hamidi Pru Awal Jika Tujuannya Difahami Untuk Lepaskan Tengkuk Tidak Menjamin Bn Boleh Menang

Sabarlah Zahid Hamidi Pru Awal Jika Tujuannya Difahami Untuk Lepaskan Tengkuk Tidak Menjamin Bn Boleh Menang

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 285 hits
Dengan maksud yang jelas untuk mendesak serta menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar segera membubarkan Parlimen Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan tewas jika PRU15 tidak diadakan dengan segera Menurut beliau melenga...
Pemerintah Hapus Honorer Tahun Depan Wali Kota Tangsel Berharap Kebijakan Berubah

Pemerintah Hapus Honorer Tahun Depan Wali Kota Tangsel Berharap Kebijakan Berubah

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 269 hits
Wali Kota Tangerang Selatan Benyamin Davnie masih menunggu perkembangan kebijakan pemerintah yang akan menghapus tenaga honorer Dia berharap kebijakan itu berubah
Zahid Gesa Segerakan Pru Kerana Bimbang Lebih Banyak Pembongkaran

Zahid Gesa Segerakan Pru Kerana Bimbang Lebih Banyak Pembongkaran

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 293 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 21 2022 Ketua Bersatu Johor Sahruddin Jamal menyifatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai terdesak sehingga menggesa pilihan raya umum ke 15 diadakan segera Sahruddin berkata tindakan Zahid itu adalah ...
Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan

Tiada Aset I Serve Online Mall Yang Sedang Disita Oleh Polis Kata Agc

Perbezaan Antara Kotak Top Bottom Box Kotak Keras Kotak Magnet Mana Sesuai Untuk Produk Anda

Alamaa Dan Potter Menakluk Edisi Ke 10 Ironman Langkawi

Best Low Carb Meat Recipes

Toyota Supra In Ditch Landing Antics Is Alleged Bangladeshi Speedster Liable For Public Damages

How Shafbuild Keeps Sydney Construction Projects On Time On Budget And Beyond Standard

Ujian Hidup Menghadapi Sakit Kehilangan Dan Kesempitan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkhidmatan Line Clear Express Yang Mengecewakan

Lirik Busyra Lana Rabithah

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sedekah Kepada Ahli Keluarga

Mencendol Di Penang Chendul Aeon Nilai

Meatball Homemade Sedap Menyengat Tanpa Msg Sihat Mudah Dihasilkan

Dolar Kehilangan Sokongan